Bermalam dalam kapal terbang ketika travel tu perkara biasa, tapi kalau bermalam dan bercuti dalam kapal terbang yang diubah suai menjadi penginapan hotel mewah mesti luar biasa kan?
Kalau nak rasai sendiri pengalaman bermalam dalam kapal terbang yang dah diubah suai menjadi jet mewah, Twin Jets Resort yang terletak di Lenggeng Negeri Sembilan ini boleh korang lawati.
Menggunakan pesawat Boeing 727, Resort ini menawarkan 4 jenis penginapan untuk anda pilih. Dua daripadanya adalah kapal terbang yang diubah menjadi penginapan manakala dua lagi merupakan cabin suite dan juga villa.
Mempunyai 2 bilik untuk setiap jet yang ditukar menjadi penginapan, ia boleh memuatkan sehingga 8 orang bagi setiap jet.
Ads
Menampilkan dekorasi yang cukup cantik dan mewah, tempat ini juga turut menawarkan fasiliti lain seperti karaoke, ruang makan, minibar, dan juga pool table.
Ads
Datang bersama keluarga atau rakan-rakan dan abadikan kenangan bersama dalam penginapan yang unik ini. Bergambar dan luangkan masa bersama dalam jet peribadi anda sendiri, mesti best!
Ads
Nak tahu rate harga untuk menginap di sini boleh rujuk website twinjetsresort.com.my
Untuk pergi bercuti tak perlu bermalam, sebaliknya perjalanan day trip juga sangat berbaloi.
Asalkan dapat hilangkan stress dan bonding bersama insan tersayang. Kadang kala perjalanan sehari begini lebih menyeronokkan dan lebih puas hati.
Seperti perkongsian sahabat di Cuti-Cuti Low Bajet, Nurul Hani Suhadah, yang mengambil kesempatan day trip ke Sekinchan saja. Perjalanan pun tak ambil masa berjam-jam dan balik semula ke rumah sebelum menjelang tengah malam.
Ayuh, kita lihat perkongsian itinerary yang boleh dicuba bagi yang berminat untuk bercuti cara begini.
Dia turut menyenaraikan apa aktiviti menarik dan port makan best kena cuba kalau ke Sekinchan.
Cadangan aktiviti dan port makan best ; – Sewa basikal di AMG Bicycle Rental (boleh waze AMG Bicycle Rental) – Basikal boleh naik solo/duo RM 10 sejam – Basikal boleh naik 4 orang RM 50 sejam – Kayuh keluar ke jalan besar dan akan terus nampak bendang terbentang luas. Cari port ngam untuk berhenti dan boleh terus photoshoot. – Kena budget masa ya, ingatkan sejam tu cukup, campur termengah-mengah kayuh basikal dan gambar tak nampak kurus lagi lah, it take longer time sebenarnya. – Naik yang solo/duo better sebab tak penat sangat, tapi if naik basikal berempat dia ada joy tersendiri sebab ko boleh bergaduh sape tak kayuh or sape kayuh paling laju bla bla. – Laman Tebu Aidil – Selain bendang, ladang tebu ni dah macam port wajib kalau orang datang Sekinchan kot. Jadi haruslah ambil gambar. Cuma masa kami datang hari Rabu, kedai ni tutup.
Cadangan makanan : 1. Breakfast : Warung Kasuni (kena waze Pasar Awam Pekan Pasir Panjang Sekinchan, kedai dia kat sebelah pasar ni) Sini port favourite orang kampung makan roti sarang burung cicah kari kambing. Ada banyak pilihan menu sarapan lain seperti nasik lemak, lontong, mee goreng bodo.
2. Lunch : AZR Mentarang Fresh Sekinchan Port ni dah dua kali sis datang. Memang onz. Kalau nak try menu rare belangkas dan mentarang pun ada. Paling favourite mentarang celup tepung dan pepahat masak lemak cili api. Ada option untuk yang alergik takleh makan seafood, boleh opt for ikan.
3. Dinner : Nasi Goreng Melimpah (NGM) Nasi goreng dia sedap. Portion besar dan recommended for sharing. Kalau ramai boleh je terus ambil set yang RM 79.90, ada semua jenis haiwan atas tu. Tapi personal recommendation adalah ayam dan kambing. Kopi ais dia padu.
Mohon banyak-banyak bersabar ya kalau datang sini time peak hour especially waktu weekend atau public holiday.
Kalau nak menginap, boleh try vila ni, best gila, lawa sangat.
Villa tepi sawah ini dekat Sekinchan je. Siap ada private pool lagi. Jadi kita dah tak payah susah-susah nak travel jauh-jauh, kita bercuti di destinasi desa yang tenang, simple tapi view cantik. Nanti boleh bawa keluarga ke sini.
Alamat: Villa , Jalan Tali air 11 Ban, Sekinchan,Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Memang heaven kalau dapat pergi travel tiap-tiap tahun, lagi-lagi saing dengan bestfriend atau family kan. Bergelak sakan melepaskan tekanan dan pergi jauh daripada kesibukan seharian.
Tapi tak semua orang bernasib baik nak pergi travel selalu sebab majoriti daripada kita bukannya orang have-have. Lagi-lagi dengan ekonomi sekarang ni yang agak terperanjat sikit, menyebabkan kos nak travel tu meningkat.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang pelik bila ada kawan-kawan kita boleh afford untuk melancong ke luar negara setiap tahun. Macam mana diorang buat? Okay, setelah membuat kaji selidik dan kajian secara berterusan, Libur ada lima cara untuk anda menyimpan wang supaya cukup untuk keluar travel.
Teknik duit ganjil
Memang ramai yang berjaya dengan cara ni dan Libur pun salah seorang yang mempraktikkan teknik duit ganjil. Kaedahnya, setiap kali anda ada duit terkumpul yang berjumlah ganjil seperti RM1, RM5, atau RM20 dibelakang tu, anda asingkan siap-siap dalam tabung simpanan anda. Contoh hari ni anda ada RM23, asingkan RM3 tu dalam tabung simpanan. Pada awalnya, memang susah nak kawal perasaan menabung ni. Rasa macam nak korek balik daripada dalam tabung, tapi anda kena berdisiplin. Lama-kelamaan, anda akan terbiasa dengan tabiat menabung ini dan rasa sayang nak guna bila tabung tu dah nak penuh sebab hasil simpanan duit itu yang anda nak gunakan keluar travel bersama bestfriend atau family.
Main duit kutu
Duit kutu ni biasanya kena ada geng yang main sama-sama. Lagi ramai, lagi seronok dan bersemangat nak main sebab selain dapat ‘beranakkan’ duit, anda juga dapat menyimpan. Sistem duit kutu ni macam biasa, mengikut undian dan giliran siapa yang bakal terima duit terlebih dahulu. Lagi satu yang best main kutu ni, anda boleh rancang awal-awal, apa yang anda nak gunakan duit tersebut. Sama ada nak beli tiket flight atau bayar duit hotel.
Simpan dalam tabung yang susah nak buka
Dulu waktu kecil, ibu bapa kita selalu ingatkan dan memberikan galakkan untuk kita menabung. Tapi dalam masa yang sama, kita selalu korek balik duit tabung tu. Hahaha. Itu yang simpanan seciput je. Okay, lepas ni, pakai tabung yang memang susah nak buka. Contoh macam tabung tong gas. Cari tabung yang tak ada pintu nak keluarkan duit. Bila dah penuh, korang terpaksa gergaji besi tabung tu. Dengan cara ini, akan memalaskan anda untuk korek balik duit tabung tersebut dan hanya rajin berusaha nak buka bila tiba masa yang diinginkan sahaja. Hasil daripada tabungan tu boleh la gunakan untuk pergi travel.
Bagi pada orang yang dipercayaai untuk simpankan
Teknik ini kadang-kadang berkesan sebab anda akan berasa segan nak minta balik duit tu. Contoh, anda minta mak anda simpankan. Kalau tak tahu malu, minta la balik duit tu. Confirm, kena bahan. Hahaha. Tiap-tiap bulan, asingakn sejumlah kecil duit dan bagi kepada individu yang dipercayai itu untuk disimpan.
Teknik paksa rela
Ramai diantara kita dah tahu kebaikan menyimpan dalam ASB. Selain dapat menggandakan duit simpanan, menyimpan di ASB juga salah satu cara untuk anda menyimpan dengan selamat. Anda akan mula rasa sangat rumit untuk menunggu di cawangan-cawangan ASB yang ada semata-mata nak keluarkan duit. Selain daripada itu, ASB juga memberikan dividen yang agak tinggi di hujung tahun. Lagi banyak anda simpan, lagi tinggi hasil yang anda bakal dapat.
Jadi, anda tak perlu lagi rasa sedih sebab mereput dekat rumah dan tengok kawan-kawan anda pergi bercuti. Anda juga mampu untuk ikut mereka kalau berusaha untuk menabung dan simpan wang secukupnya. Selamat berjaya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Walaupun baru-baru ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin mengalami kemalangan ketika menaiki basikal tetapi aktviti ini sangat menyeronokkan.
Apatah lagi jika dilakukan bersama teman-teman yang mempunyai minat sama.
Seperti perkongsian Jazlan Nangar yang juga merupakan anak jati Johor berkesempatan menjejakkan kaki ke Bandar Muar dengan menaiki basikal.
Mengambil kesempatan ketika cuti krismas tempohari berama Geng Cylo dan Camping Southern Foldies.
Bermula dari Jumaat malam mengayuh santai di Banda Muar atau terkenal dengan nama sebutan Bandar Muo, sebelum keesokannya meneruskan perjalanan seharian Le Tour De Pagoh-Muar.
Perjalanan kali ini melalui mukim yang ada di kawasan sekitarnya. Menurutnya route ini sangat menyeronokkan dan antara part paling ditunggu adalah ketika menaiki bot.
Biarpun berpanas dan berhujan, tetapi trip kali ada penuh dengan momen yang menyeronokkan.
Antara diingati, tayar basikal ‘koyak’ dek penangan melihat keindahan bandar Muar.
Kalau anda jenis suka lepak lama sambil borak kosong, buat kerja atau sekadar tenangkan kepala dengan secawan matcha atau kopi, Shah Alam memang ada...