Selepas ditutup sementara selama beberapa bulan akibat pandemik COVID-19, Legoland Malaysia Resort kembali dibuka kepada pengunjung dengan beroperasi pada kapasiti lebih rendah sebagai langkah pencegahan.
Taman tema itu mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke hotelnya selain SEA LIFE Malaysia, tarikan di dalam air yang interaktif. Pembukaan semula operasinya sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan kerajaan, tetamu dijangka berdepan protokol baharu dan perubahan operasi di seluruh resort di samping perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan.
Ads
Legoland Malaysia mengehadkan kapasiti resort kepada hanya 30 peratus daripada operasi normal dengan menyediakan platform urus niaga tanpa tunai untuk meminimumkan sentuhan di antara tetamu dan pekerja. Mereka turut menutup sebahagian aktiviti untuk sementara bagi memastikan penjarakan sosial.
Ads
Resort taman tema itu turut menerima sambutan di luar jangkaan setelah dibuka semula. Bagi menggalakkan kehadiran lebih ramai pengunjung, Legoland Malaysia Resort turut menawarkan pelbagai promosi menarik kepada orang ramai.
Ads
Antaranya tempah satu malam di Legoland Hotel dan percuma untuk malam kedua, dan sekiranya pengunjung menempah tiket satu hari di taman tema itu, mereka akan menerima satu lagi tiket percuma. Untuk pembelian promosi tiket klik di sini dan ingin dapatkan tawaran promosi penginapan layari legoland.com.my
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tahu atau tidak, laut di kawasan pantai timur semenanjung tidak selamat untuk sebarang aktiviti mandi manda sepanjang Monsun Timur Laut kerana tenaga ombak yang sangat kuat dari kawasan tengah Laut China Selatan sentiasa aktif dan boleh membawa tenaga ke kawasan pantai pada bila-bila masa dan ini yang sering menjadi punca lemas.
Namun, pengunjung yang terpesona dengan keindahan pantai dan ketenangan ombak itu akan mandi manda sedangkan ia umpama ‘perangkap maut’ kepada mereka. Walaupun mungkin anda tahu berenang namun situasi cemas akan menyebabkan panik dan gagal menyelamatkan diri. Setiap tahun, beratus kes lemas dilaporkan berlaku di seluruh negara kita dan kebiasaannya akan melibatkan kehilangan nyawa.
Antara faktor berlakunya kes lemas adalah disebabkan kehadiran ‘rip current’ atau dikenali sebagai arus karau di persisiran pantai. Apa itu arus karau dan bagaimana ia terbentuk? Arus karau merupakan arus yang melalui saluran sempit yang terbentuk di pesisiran pantai dan bergerak menuju ke arah laut.
Secara ringkasnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan arus karau terbentuk antaranya adalah disebabkan keadaan muka Bumi di sekitar pantai seperti wujudnya celah antara dua beting pasir berhampiran pantai sehingga mengganggu pergerakan air untuk kembali ke laut. Beting pasir tersebut menyebabkan air laut terumpu pada satu haluan yang membentuk saluran untuk air kembali ke arah laut.
Selain itu , arus karau juga boleh terbentuk apabila ombak dari laut bergerak pada sudut tegak ke arah pantai dan menyebabkan hadirnya arus yang sejajar dengan pesisiran pantai. Arus sejajar tersebut akan menyebabkan air laut di pesisiran pantai bergerak menuju pada satu titik yang sama lalu membentuk satu saluran untuk air kembali ke laut.
Arus karau yang bergerak menuju ke laut lazimnya berkelajuan sekitar 0.5 meter/saat dan mampu mencapai kelajuan lebih 2 meter/saat iaitu melebihi kelajuan manusia biasa berenang. Kelajuan arus karau bergantung kepada kekuatan dan kekerapan ombak , pasang surut air laut dan keadaan muka Bumi di sekitar pantai.
Cara Mengenali Arus Kurau
Tip Menyelamatkan Diri Dalam Arus Karau
1) BERTENANG dan kumpul tenaga.
2) Jangan berenang melawan arus karau kerana arus tersebut membawa anda ke arah laut bukan ke pantai . Melawan arus hanya akan mengurangkan tenaga.
3) Jika anda pandai berenang, Berenang ke arah tepi (kiri atau kanan arus karau)
4) Jika tiada tenaga untuk berenang, usaha apungkan diri dan biarkan arus karau membawa anda sehingga ke hujungnya atau dikenali sebagai ‘kepala’ lalu berenang ke arah tepi arus karau . Semakin jauh arus karau dari pantai, semakin lemah kekuatannya .
5) Setelah keluar dari arus karau, cuba berenang mengikuti arus yang menuju ke pesisiran pantai.
6) Jika tidak mampu berenang sehingga ke pesisiran pantai, lambaikan tangan dan menjerit meminta tolong.
7) Jika anda tidak pandai berenang, berdoalah semoga anda terselamat. Pentingnya di sini untuk belajar berenang.
Pulau Tioman terletak lebih kurang 32 kilometer dari pantai barat negeri Pahang dan berkeluasan lebih kurang 20 kilometer panjang dan 12 kilometer lebar. Sebahagian besar pulau ini diliputi hutan dan kaya dengan khazanah flora dan fauna yang menjadikan Pulau Tioman popular di kalangan pasangan yang ingin berbulan madu. Pulau ini boleh diakses melalui jeti Mersing dan jeti Tanjung Gemuk dengan menaiki feri atau bot.
Air lautnya yang jernih cukup indah. Pasir pantai yang halus pula memukau setiap pengunjung yang bertandang. Itulah keindahan Pulau Tioman. Mendengar namanya sahaja sudah tidak asing bagi kebanyakan kita, kerana pulau ini adalah pilihan pengunjung yang ingin bercuti di Pahang. Menariknya di sini, air lautnya cukup jernih sehingga anda mampu melihat ke dasar lautan, ikan pelbagai jenis yang bebas berenang dan terumbu karang yang berwarna-warni. Lokasi ini juga cukup popular untuk aktiviti snorkeling dan selam skuba. Aktiviti menarik di sana:
Bercadang ke Tioman untuk trip 3 hari 2 malam? Nah, ini perkongsian bajet ke sana untuk 5 orang oleh Hamimah Miema
Orang ramai perlu memohon kebenaran polis sebelum membeli tiket penerbangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Itu kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sebarang aktiviti merentas negeri sama ada melalui laluan udara atau darat adalah tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran polis. Rentas negeri di dalam Semenanjung adalah tidak dibenarkan kecuali ada kebenaran polis. Begitu juga rentas negeri dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak (dan sebaliknya) juga tidak dibenarkan, melainkan ada kebenaran polis.
“Saya ingin menasihatkan kepada mereka yang berniat rentas negeri melalui laluan udara, minta kebenaran daripada polis terlebih dahulu sebelum beli tiket penerbangan Mereka yang sudah membeli tiket tetapi tidak mempunyai kebenaran polis akan disekat daripada menaiki pesawat. Di sekatan jalan raya berdekatan lapangan terbang, mereka akan diarah untuk berpatah balik oleh polis. Akhirnya, mereka yang terpaksa menanggung kerugian kerana membeli tiket tetapi tidak mendapat kebenaran untuk terbang merentas negeri,” katanya.
Bagi penerbangan ke Sabah dan Sarawak yang sudah mendapat kebenaran polis, penumpang akan disaring sejurus tiba di lapangan terbang negeri masing-masing. Individu yang didapati positif COVID-19 akan dihantar ke hospital untuk rawatan. Jika didapati negatif, mereka dibenarkan pulang ke rumah tetapi wajib menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing. Bagi yang ke Sarawak, mereka akan disaring sekali lagi pada hari ke-10 kuarantin wajib.
Huacachina di Peru memang antara destinasi yang nampak seperti ilusi di tengah gurun. Bayangkan sebuah lagun kecil dikelilingi pokok palma, bangunan-bangunan comel dan bukit...