Obor-obor beracun atau ‘Portugese Man O War’ ini biasanya mendiami lautan Pasifik namun pernah ditemui di perairan pantai negeri Terengganu sebelum ini.

Obor-obor jenis ini disifatkan antara spesies berbahaya kerana sengatannya boleh menyebabkan kulit melecur, melumpuhkan mangsa dan membawa maut.

Fizikal obor-obor itu yang cantik, kecil seakan plastik dikhuatiri akan menarik minat sesiapa sahaja untuk menyentuhnya. Bagaimana pula jika terkena sengatan obor-obor ini? Apakah yang perlu dilakukan?

Ini ada info pertolongan cemas jika terkena sengatan obor-obor beracun perkongsian daripada saudara Altok Yusri Yusud

Ads

Catatan berkenaan dengan “Portugese man o war”/ “Blue Bottle”/ Obor2 karipap biru (budak lab bagi nama) Apa yang ambe tau setakat ini, ambe bukan expert dalam bab ni, tapi tak de pon org yang betul-betul kaji spesis ni di Malaysia (as with lots of other species).

Spesis: Physalia physalis

Ads

Perkongsian Pertolongan Cemas Sekiranya Terkena Sengatan Obor- Obor Beracun 'Portugese Man O War'

  • Walau bagaimanapun, ada pendapat mengatakan ada 2 spesis; Physalia physalis bertaburan di kawasan Lautan Atlantik sana, dan Physalia utriculus, bertaburan di kawasan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.
  • Kajian genetic menunjukkan P. physalis dari Lautan Atlantik memang berbeza dari spesis di Lautan Pasifik dan di Lautan Pasifik sendiri, terdapat lebih dari satu spesis sebenarnya (Pontin & Cruickshank, 2012)

Perkongsian Pertolongan Cemas Sekiranya Terkena Sengatan Obor- Obor Beracun 'Portugese Man O War' Perkongsian Pertolongan Cemas Sekiranya Terkena Sengatan Obor- Obor Beracun 'Portugese Man O War'

Ads

Kesan sengatan:

  • Walaupun terdapat kematian yang disebabkan oleh spesis ini, tetapi kebanyakan kematian adalah dilaporkan di kawasan Lautan Atlantik.
  • Di kawasan Lautan Pasifik, berdasarkan laporan Australian Museum, tidak ada kematian dilaporkan di Southern Hemisphere, walaupan bilangan sengatan yang dilaporkan adalah agak tinggi, terutamanya di Australia (10-50ribu setahun)

Pertolongan cemas sekiranya terkena sengatan:

  • Basuh kawasan berkenaan dengan air laut.
  • Basuh juga kawasan berkenaan dengan cuka.
  • Rendam atau alirkan air panas (>45C) di kawasan berkenaan selama 45 minit.
    (Cuka dan air panas ini akan menyahaktifkan dan membasuh jarum-jarum halus cnidae/ nematosis yang dilepaskan oleh organisma ini dan akan menyahaktifkan racun yang dikeluarkan.)  Sumber: https://www.smithsonianmag.com/…/urine-luck-vinegar-best-t…/)
  • Di Australia, mereka menggunakan ais sebagai rawatan pertolongan cemas, menggantikan cuka.
  • Seterusnya silalah mendapatkan rawatan dari kelinik atau hospital yang berhampiran.

 

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads