Cameron Highlands, Pahang merupakan pilihan warga tempatan yang suka akan kedamaian dan suhu yang sejuk. Pengunjung tidak perlu risau tentang penginapan di sini. Terdapat banyak resort dan hotel daripada status mewah hingga bajet yang boleh dipilih mengikut kemampuan.
Terkini, anda boleh pilih penginapan glamping yang ada di tawarkan oleh beberapa pengusaha di tanah tinggi tersebut. Antaranya yang terbaru, The Backyard Glamping Cameron Highlands. Lokasi glamping ini betul-betul di belakang rumah owner, maka keselamatan ketika bercuti di sini pasti terjamin.
Ini perkongsian daripada saudari Nursyafika Mohd Shahadan yang berpeluang menginap di port glamping ini.
Tukar angin, cuba aktiviti baru pula, masih dalam konsep camping, cuma glamour sikit.. Glamping..the best part is tempat sangat baru dan kami petandang ke 4 stay kat tempat ni. Walaupun masih baru, tapi totally perfect for my little family to enjoy the nature. Siap dapat star glazing, dgn suhu sejuk 12 ° hingga 15 °, tempat privacy untuk 1 family, owner sangat-sangat friendly ndan membantu dengan tempat bersih, selesa teramat ndan cantik sangat.
Ads
Rating : 10/10 for sure, will repeat again. Lepas ni tak boleh amek 1 malam, kena ambil bermalam-malam kat sane. Thank you sis Ezie Fazsha & kak Elmi Fazuin for having us stay at your place. #belakangrumah
Info Glamsite: Family Private Glamping 23-24 Ogos 2020
Ads
1.Name of place :-The Backyard Glamping Cameron Highlands
2.Cost of site :- Refer to the owner.. Dapat harga promo Merdeka RM180/night
3.Tent type : Bell tent
4.Campsite contact : FB Ezie Fazsha & Elmi Fazuin
5.Website/FB if got :- FB The Backyard Glamping Cameron Highlands
Review:
a. Toilet 5/5 perfect! Siap ada water heater lagi
b. Plugpoint siap ada smartTv, boleh tengok Netflix lagi
c. Kitchen and sink
d. Fire pit –
e. Stream, pool or beach kolam ikan ade berdekatan dengan Sg Pauh
f. Parking distance to campsite? 50 ke 70meter tapi kena mendaki sikit
g. Entrance for Normal Car, highrise car or 4X4? All type of vehicle.. tapi kena parking bawah
h. Compatible with campervan? Jawapan same seperti di g.
i. Phone Coverage? Celcom, umobile so-so
j. Security/safety? depan ade rumah owner
Ruang rehat, chill-chill.. dekat tepi tu ada port bbq dgn buat unggun api. Camping kali ni memang plan nak chill, relax je so portable stove, gas, kuali periuk semua simpan tepi dulu. Nak cari makan pun senang, banyak kedai makan area sini termasuklah Nasi Lemak Abang Stawberry tu dalam 250 meter mcm tu la.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Maldives memang tak boleh dipertikaikan lagi sebagai destinasi percutian berkelas dunia. Dengan pantainya memutih, air lautnya yang membiru, persekitarannya yang tenang, memang akan membuatkan sesiapa yang pergi ke sana seperti berada di alam fana.
Maldives ni kebiasaanya dikunjungi oleh pasangan yang baharu berkahwin, atau pasangan suami isteri atau couple yang nak lari jauh dari hiruk-pikuk kota dan inginkan masa berdua-duaan di bawah pokok kepala.. gitteww~
Tapi ada ke yang pergi travel ke Maldives ni sorang diri? Macam forever alone je? Ha jangan terkejut kalau Libur kata, ada yang pergi travel secara solo ke Maldives. Saudara kita Romi Zunaidi pernah ke sana secara solo dan ada info serta itinerari yang beliau ingin kongsikan bersama kita semua.
So lepas ni kalau ada yang nak ke sana secara solo, boleh la ambil sedikit maklumat di sini ya. Mana lah tahu tiba-tiba di sana terjumpa jodohkan? Siapa tahu rahsia Tuhan? Haha. Okay, selamat membaca dan semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.
Itinerary Maldives 5 Hari/4Malam – Solo Traveller (22-26 July 2018). Total all:RM1600++
1. Seperti sedia kita maklum, Maldives terdiri dari beribu-ribu pulau dan yang berpenghuni hanya 200 lebih sahaja. Ia terbahagi kepada public island dan private island. Velana International Airport terletak atas pulau buatan yang dinamakan Hulhulale dan bersambung dengan Hulhumale Island (Public Island).
Juga boleh bermalam di bandar Male dengan menaiki public ferry dengan bayaran 10MVR sahaja sebelum memulakan aktiviti pada esok hari.
2. Penginapan sepanjang saya di Maldives adalah di Alaka at Maafushi Island.Salah satu public island di Maldives. Itu rate paling rendah saya search di Maafushi memandangkan tiada hostel di sana maka bilik memang untuk 2 orang.
Umum mengetahui tax adalah salah satu sumber pendapatan Maldives jadi tidak hairanlah jika bilik saya untuk 3 malam dalam RM300++ dan setelah campur service charge,tax etc total dalam RM450. Kalau dari airport nak ke Maafushi Island boleh direct terus naik speedboat dengan kadar 20-25USD per pax ataupun boleh naik public ferry dari Villingili Ferry Terminal,Male. Nak ke Male ambil public ferry dari airport dengan kadar 10MVR dan apabila sampai ke jetty Male boleh ke other side Male iaitu di Villingili Ferry Terminal dengan naik taxi atau jalan kaki 2km macam saya sambil pusing bandar Male (saya tak galakkan anda follow cara saya.hehe).Di Villingili Ferry Terminal, Male anda boleh ke Maafushi Island menaiki public ferry atau speeeboat.
3. Sampai airport anda boleh beli sim card dengan memilih pakej yang sesuai dan menukar matawang USD ke MVR di Bank of Maldives. Simpan resit kalau ada balance nanti balik boleh tukar ke USD. Tak perlu tukar banyak memandangkan USD menjadi keutamaan di Maldives. (Bayar pakej,hotel dll).
4. Ambik pakej private island sebab private island lagi cantik dan superb dari public island. Boleh survey macam2 pakej keliling pulau. Tak semestinya kena ambik dari tempat penginapan yang kita stay. Maafushi Island adalah salah satu public island yang popular di Maldives dan menjadi pilihan traveller dari Malaysia disebabkan anda boleh mendapat harga yang murah untuk macam2 aktiviti seperti snorkelling, private island tour etc.
5. Makanan halal senang cari sebab negara muslim so tidak ada masalah tetapi jangan expect murah sebab pelancongan adalah sumber pendapatan utama Maldives. So agak mahal sikit.
Saya tak bawak apa-apa kali ni just nak santai & plan semua makan kat sana.
6. Secara keseluruhan saya cover 4 public island (Hulhulale:pulau airport), Maafushi Island, Male (bandar), Hulhumale Island & satu private island (Adaaran Prestige Vadoo).
?Flight Ticket:
Pergi Balik RM363.10
Meal RM20.00
?Penginapan:
Alaka at Maafushi, Maafushi Island : 111 USD (3Malam) include tax 12%, service charge 10% & Green tax 3%
Good Bye Maldives ❤
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Teratak Paris ini cukup menarik di Kg. Laneh, menawarkan pengalaman penginapan yang luas dan selesa, sesuai untuk percutian keluarga besar atau kumpulan kecil.
Pencinta alam semula jadi dan suka suasana tenang, boleh memilih lokasi ini dan menginap di sini.
Dengan suasana tenang di Kampung Laneh, yang dikelilingi oleh alam semula jadi, sawah padi, bukit-bukau, dan berhampiran dengan Air Terjun Batu Ampar, Teratak Paris adalah tempat yang sempurna untuk melarikan diri dari kesibukan kota.
Tiga bilik tidur dan ruang tamu yang dilengkapi penyaman udara serta tiga bilik air dengan pemanas air. Homestay ini juga dilengkapi dapur dengan kelengkapan asas, meja makan yang luas di koridor, ruang beranda di hadapan dan belakang, dan akses kepada wifi, Netflix, Disney+, dan YouTube. Tempat yang sempurna untuk percutian ramai.
Chalet dua tingkat ini mempunyai satu katil King di tingkat bawah, bilik air dengan pemanas air, serta TV, kipas, peti ais, dan seterika wap. Di tingkat atas terdapat dua katil single dan beranda yang menawarkan suasana tenang. Akses wifi dan hiburan digital seperti Netflix dan Disney+ juga disediakan.
Juga dua tingkat, dengan katil Queen di tingkat bawah dan dua katil single di tingkat atas. Chalet ini turut dilengkapi kemudahan penuh seperti aircond, TV, kipas, peti ais, seterika wap, dan wifi serta dua beranda di depan dan belakang.
Satu pilihan yang lebih kecil tetapi selesa, bilik ini dilengkapi katil Queen, bilik air dengan pemanas air, mini peti ais, seterika wap, dan wifi bersama dengan akses Netflix dan Disney+.
Selain dari penginapan yang selesa, Kampung Laneh terkenal dengan musim durian dua kali setahun, menambah lagi daya tarikan percutian di sini. Teratak Paris adalah pilihan tepat untuk mereka yang mencari ketenangan alam semula jadi dengan kemudahan moden.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kolam renang berciri semula jadi, kelab khas untuk kanak-kanak dan aktiviti panjat pokok merupakan antara ciri-ciri unik hotel keluarga kegemaran tetamu sedunia, menurut pakar penginapan Hotels.com™.
Anugerah Kegemaran Tetamu (LovedbyGuests) Hotels.com yang berprestij merupakan anugerah tahunan yang diberikan berdasarkan penilaian tetamu hotel sedunia. Ia meraikan dan mengiktiraf hotel yang mencapai purata terbaik penilaian ulasan tetamu, dengan lebih 25 juta ulasan yang asli dan dipercayai daripada tetamu yang benar-benar menginap di hotel-hotel tersebut.
100 buah hotel di seluruh dunia telah menerima anugerah ‘Terbaik untuk keluarga’* 2017 dan berikut ialah beberapa pilihan daripada hotel-hotel tersebut, setiap satunya dengan ciri kegemaran keluarga yang tersendiri.
Jelajah Malta daripada pangkalan yang sempurna ini dengan perjalanan untuk seluruh keluarga termasuk ke Taman marin, Taman Air Splash and Fun, Taman Hidupan Liar dan Pelayaran persiaran pelabuhan. Menu SuperChefs Eat Well memberi kanak-kanak hidangan berkhasiat yang diperlukan oleh mereka untuk pengembaraan sepanjang percutian supaya mereka boleh bermain air di dua kolam luar, menjadi kreatif di Westin Family Kids Club dan menjelajah suak berpasir yang eksklusif di Reef Club. Lebih menarik lagi, dua orang kanak-kanak boleh menginap secara percuma berasaskan penginapan yang sama apabila berkongsi bilik dengan dua orang dewasa yang membayar. Tarif bilik dari RM837 semalam*.
Denmark terkenal dengan bandar Eropahnya yang penuh bergaya tetapi banyak lagi yang boleh dinikmati oleh seluruh keluarga di sini. Di hotel ini, nikmati alam semula jadi dengan sepenuhnya di Taman Safari Knuthenborg yang berdekatan atau bermain air di Lalandia, iaitu taman air untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Menginap di pangsapuri percutian di sini dan nikmati malam musim panas Scandinavia dengan menghadap laut. Pada siang hari, kanak-kanak boleh menikmati air suam di jeti mandian, pontun terapung dan gelongsor kecil. Untuk tetamu dewasa, jangan lupakan spa, muzium yang berdekatan dan kota Bandholm yang aneh tetapi cantik. Tarif bilik dari RM406 semalam**.
Bersantai di pantai Dubai yang cantik atau penuhkan jadual perjalanan keluarga dengan pusingan golf di padang golf 9 lubang yang dimiliki resort, spa, tiga kelab kanak-kanak, aktiviti menunggang kuda, tenis, yoga dan taman air. Dengan lokasinya yang berhampiran dengan Legoland, Taman Air Legoland, Motion Gate, Bollywood Park dan Riverland, pasti tiada pengakhiran untuk hiburan berdekatan anda. Tarif bilik dari RM452 semalam**.
Wish Resort Golf ialah tempat yang paling sesuai untuk melawat Amerika Selatan yang terletak 20 minit dari Air Terjun Iguaçu di sempadan antara Brazil, Paraguay dan Argentina. Di dalam resort, serlahkan kehebatan anda dengan sukan bola sepak, bola keranjang, bola tampar, panjat tembok dan golf mini. Jika itu tidak mencukupi, pengembara cilik boleh mendaftarkan diri dalam salah satu kelab kanak-kanak terbesar di Brazil dengan kawasan seluas 500m2 yang lengkap dengan bilik permainan, permainan video dan pawagam. Untuk ibu bapa pula, bersantailah di satu daripada 10 kolam di sekeliling resort, menjejak langkah mengikuti denai semula jadi atau menguji kehandalan sukan anda di padang golf 18 lubang. Tarif bilik dari RM368 semalam*
Tiada tempat yang lebih sesuai untuk santaian seisi keluarga kalau bukan di hutan tropika yang seluas 240 ekar yang dikelilingi oleh jalan air yang indah. Terdapat lima kolam renang termasuk kolam bentuk bebas bersaiz 10,000 kaki persegi dan gelongsor air, kolam mainan kanak-kanak dan kolam tepi infiniti untuk orang dewasa sahaja yang menghadap lagun – semua jenis untuk semua orang. Terdapat denai semula jadi, lawatan bot pemandangan indah, sukan air tidak bermotor, tenis untuk penggemar aktiviti manakala Discovery Club menanti kedatangan kanak-kanak dengan pelbagai pengembaraan yang ditawarkan olehnya. Tarif bilik dari RM1,122 semalam*
Dengan kolam renang gaya lagun yang bersebelahan pantai dan pokok hutan hujan yang mencakar langit, resort ini umpama syurga dunia. Terdapat gelongsor air menjunam untuk kanak-kanak dan pengembara berjiwa muda serta bahagian meranduk untuk kanak-kanak bertatih. Dan jika si manja anda inginkan pengembaraan kecil, mereka boleh menyertai Kelab Young Explorer dalam rombongan pendidikan yang berkisar sekitar alam semula jadi dan penjelajahan.Tarif bilik dari RM770 semalam*.
Dengan lokasi di tengah-tengah Yuchi, hotel ini merupakan alam ajaib untuk golongan dewasa dan kanak-kanak dengan teres atas bumbung, kolam renang luar dan dalam, taman air percuma serta kelab kanak-kanak. Untuk ibu bapa, jarak hotel ini hanyalah 20 minit berjalan kaki dari Tokong Xuanzhuang dan Sun Moon Lake Peacock Park atau bersantailah di spa perkhidmatan penuh.Tarif bilik dari RM1,114 semalam*
Dengan lokasi yang betul-betul bersebelahan dengan Universal Studio Japan, hotel ini merangkumi ciri ketenangan tetapi juga dipenuhi keseronokan. Bermalamlah di bilik bertemakan Minion, lawati kedai Universal Studio dan makan di restoran bertema, iaitu Rex Cafe dan Port Dining Ricorico. Sebagai bonus tambahan, kanak-kanak (6 tahun dan ke bawah) boleh menginap secara percuma di bilik ibu bapa atau penjaga menggunakan katil sedia ada. Tarif bilik dari RM569 semalam*
Jelajahi belantara di resort pengembaraan ini sepanjang tahun. Pada musim sejuk, tetamu boleh bermain ski, geluncur tiub salji dan kereta geluncur bermain perahu. Manakala untuk musim panas pula, tetamu boleh bermain terbang kelawar (ziplining), mendaki, menunggang kuda dan berakit di sungai. Dengan lokasi yang berhampiran dengan Taman Olimpik Utah, ujilah kemahiran sukan anda atau cabar diri anda di dalam kawasan resort. Kanak-kanak boleh memburu harta dengan mengambil buku pasport mereka sendiri, melengkapkan hentian, memperoleh cap dan mendapatkan pingat emas selepas mereka melengkapkan kesemua hentian, bersama dengan penginapan satu malam percuma untuk kunjungan anda yang seterusnya. Penjelajah cilik juga boleh berkhemah di dalam bilik anda dengan khemah, mainan moose lembut, lantera bintang National Geographic dan buku panduan. Tarif bilik dari RM1,068 semalam*
Sesuai untuk pencinta pengembaraan, Ninepipes Lodge di Charlo ialah tempat mencari ketenangan muktamad untuk keluarga yang tercari-cari percutian berasaskan aktiviti. Anda akan menikmati pengalaman Montana yang sebenar dengan pemandangan Pergunungan Mission dan Empangan Ninepines yang menakjubkan. Dengan jarak hanya 20 minit dari Tasik Flathead dan sangat dekat dengan Taman Negara Glacier, seluruh keluarga boleh turut menghayati keindahan alam semula jadi, mendaki hutan di sekeliling atau memancing ikan di tasik.Tarif bilik dari RM442 semalam*
Kesemua hotel keluarga yang memenangi anugerah ini, serta beratus-ratus ribu lagi,boleh ditempah dalam talian melalui Hotels.com atau melalui aplikasi mudah alih yang tersedia untuk peranti IOS, Android dan Amazon Kindle, yang pelanggan juga akan mempunyai akses kepada Harga Eksklusif khas*** untuk membantu mereka lebih berjimat untuk penginapan mereka yang akan datang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...