Suka santai-santai nak healing dengan suasana teduh dek kerana pokok-pokok hijau, D’ Impiana Riverview ini port yang pastinya menarik dan mempesonakan untuk anda yang singgah di Lenggong, Perak.
Dengan suasana desa yang nyaman dan cantik pasti membuatkan anda semua teruja menginap disini.
D’ Impiana Riverview
Ada 11 unit Chalet yang membolehkan berkapasiti sehingga 40 orang cukup selesa bagi anda untuk berehat serta bercuti bersama keluarga atau pun aktiviti berkumpulan.
Antara harga bilik yang ada dalam RM160 (1 queen bed), RM 220 (2 queen bed) dan RM 250 (1 queen + 1 single, attached dengan dapur memasak).
Ads
Jadi ini cukup mudah bila ada dapur memasak, periuk, kuali, periuk nasi dan kelengkapan masak. Anda hanya perlu bawa bahan mentah sahaja.
Paling menarik dekat sini Chaletnya yang betul-betul di tepi sungai membuatkan kome rasa nyaman dan jangan risau setiap chalet juga terdapat bilik air private dan aircond.
Ads
Bukan itu sahaja ada juga kolam yang disediakan untuk anak-anak main air. Kesemua unit yang disewa sudah termasuk dengan breakfast atau sarapan pagi.
Ads
Anak-anak memang akan puas mandi sungai. Malam-malam boleh buat aktiviti sendiri selain dari hadap gadget sebab line internet tak berapa stabil. Jadi boleh lah tengok televisyen kat TV atau buat aktiviti lain.
Hotel/chalet ini memang sesuai buat yang suka dengan suasana alam. Deruan air sungai, bunyi unggas, udara yang nyaman dan segar serta persekitaran yang mendamaikan. Landscape yang cantik dan paling penting kawasan hotel, bilik dan toilet bersih. Sesuai untuk family gathering, nak camping tepi sungai, glamping pun ada.
Kira ini port memang healing habis, jadi kena datang puaskan hati sendiri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebut saja KLCC, ramai yang membayangkan bangunan tertinggi di dunia bermula tahun 1998 hingga 2004 ini terdiri daripada lokasi untuk membeli-belah dan port lepak manusia urban.
Selain itu,pengunjung juga berpeluang untuk menjejak di kawasan Skybridge KLCC, jambatan langit yang menghubungkan dua menara Petronas di tingkat 41 dan 42 tersebut. Berada di sini nyata memberi pengalaman yang berbaloi untuk melihat persekitaran Kuala Lumpur dari aras tinggi.
Pengunjung di The Skybridge hanya dibenarkan berada di sini untuk tempoh masa 15 minit saja sebelum dibawa naik ke lantai 86 yang terletak di ketinggian 370 meter. Di tingkat 86 ini, menempatkan pelantar pemandangan bagi menyaksikan panorama lebih menakjubkan! Pengunjung akan berada di situ untuk tempoh masa 15 minit lagi.
Sebagai rakyat Malaysia, ambil peluang untuk berjalan di jambatan ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda. Segan la..warga asing berpusu-pusu datang ingin cuba berjalan di laluan jambatann menara kebanggan kita ini, tetapi kita sekali pun tidak pernah jejak.
Teringin nak naik Skybridge? Ini peluang menarik yang tidak harus dilepaskan! Sekarang ini ada tawaran menarik khas untuk rakyat Malaysia, tiket untuk dewasa hanya RM20 dan kanak-kanak RM10 sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke https://www.petronastwintowers.com.my/
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Salah satu tempat sejuk yang patut anda singgah merasa adalah Bilut Hills Resort, di sini memang menggigil dengan pandangan yang cantik untuk anda jamu mata.
Ini pula pemandangan sekitar pada waktu malam, indah sungguh tengok.
Baik pada waktu atau malam, sangat tenang. Sesuai untuk buat family day sebab tempatnya sangat selesa, malah siap boleh makan durian!
Boleh pusing naik ATV juga, yang minat tu memang enjoy lah!
Rate harga di sini biasanya RM150-200, rasanya berbaloi lah dengan biliknya yang luas dan cantik.
Nampak tak view dari atas, boleh pili resort ikut keselesaan anda, ya.
Haaa.. dari jauh pun nampak tempat ini best, jadi anda wajib jadikan salah satu tempat ‘healing’ bersama rakan atau keluarga tersayang.
Lokasi: Bilut Hills Resort, Bentong, Pahang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tasik Kenyir yang terletak di Terengganu merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar.
Tasik Kenyir adalah tempat percutian hebat bagi pencinta alam semula jadi memandangkan ia dikelilingi hutan hujan tropika tebal. Dikelilingi hutan tropika yang luas, kawasan tasik buatan manusia ini terkenal dengan aktiviti utama iaitu memancing.
Bagi anda yang bukan kaki pancing, tetapi teringin untuk bercuti di Tasik Kenyir, jangan malu dan segan untuk ke sini. Tasik Kenyir punya tarikan aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk semua peringkat umur. Pelbagai jenis penginapan juga disediakan bermula dari bertaraf tiga bintang meliputi chalet di atas pulau, resort terapung atau rumah bot. Jika memilih untuk menginap di rumah bot, kalian berpeluang untuk menyusuri sungai hingga ke kawasan air terjun pasti memberi pengalaman menyeronokkan kepada pencinta alam semula jadi.
Salah satu produk pelancongan yang menarik di Tasik Kenyir ialah air terjun. Terdapat 14 lokasi air terjun termasuk yang popular iaitu Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Sungai Buweh dan Lata Terap. Anda boleh pilih lokasi air terjun mana yang anda ingin singgah. Antara dua air terjun menjadi pilihan pengunjung di Tasik Kenyir ialah: Air Terjun Lasir – Dengan ketinggian 500 kaki, Air Terjun Lasir merupakan air terjun tercantik dan paling sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berendam dan berenang kerana ia mempunyai beberapa kolam yang luas. Air terjunnya cantik dan bertingkat-tingkat. Antara yang menjadi tarikan di Air Terjun Lasir ialah menara tinjau dan jambatan gantung yang menyeberang air terjun. Air Terjun Lasir terletak 16 km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan dengan bot mengambil masa 30 hingga 45 minit.Aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung di Air Terjun Lasir ialah mandi-manda, berkhemah, merentas hutan dan mendaki. Air Terjun Saok – Air terjun yang agak landai dan terletak lebih hampir dengan Pengkalan Gawi ialah Air Terjun Saok. Ia juga merupakan kawasan yang sering dikunjungi tetapi tidak mempunyai kolam-kolam yang besar sebagaimana Air Terjun Lasir. Taman Herba di Pulau Sah Kecil terletak tidak jauh dari laluan masuk ke kawasan Air Terjun Saok ini. Lokasi Air Terjun Saok ialah di Pulau Besar, Hanya 8 km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan menaiki bot dari Pengkalan Gawi mengambil masa kira-kira 15 hingga 20
minit. Ia merupakan satu lagi destinasi popular untuk berkelah dan menikmati keindahan alam semulajadi.
Tasik Kenyir dan Gua Bewah tidak boleh dipisahkan lagi. Jangan lupa untuk singgah ke Gua Bewah untuk melihat sendiri kesan-kesan peninggalan sejarah dari zaman purba zaman Mesolitik & Neolitik.
Santuari Kelah yang terletak kira-kira 21 kilometer dari Jeti Pengkalan Gawi, dibangunkan dan diselia oleh Ketengah selaras usaha pemuliharaan spesies ikan kelah yang semakin terancam selain mempromosi aktiviti rekreasi sebagai galakan tarikan pelancongan di Tasik Kenyir.
Pengunjung pasti terpengun melihat beribu-ribu kelah, malah ikan-ikan ini tidak berganjak walaupun menyedari kehadiran manusia. Ikan kelah di sini sentiasa menanti kehadiran pengunjung untuk menghulurkan makanan berupa palet ikan. Selain memberi ikan kelah makan, anda juga berpeluang untuk memegang ikan ini.
Berkuatkuasa awal Mac 2019, kadar harga tiket masuk ke Santuari Kelah di Sungai Petang, Tasik Kenyir adalah sebanyak RM25 untuk pengunjung dewasa. Bagi kanak-kanak pula bayaran yang dikenakan adalah RM15 manakala kalangan bukan warganegara, sebanyak RM45 (dewasa) dan kanak-kanak (RM25). Kadar berkenaan meliputi tiket masuk, pertukaran bot dari Kompleks Santuari ke Hentian 1 di Sungai Petang di samping barangan cenderahati dan snek.
Bagi yang ingin melihat dan berinteraksi dengan si gajah boleh berkunjung ke Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir atau Kenyir Elephant Conservation Village (KECV). Kebanyakan gajah di KECV rata-ratanya adalah anak gajah yatim piatu. Gajah berkenaan sangat manja, begitu terlatih, selain 'mendengar' kata atau arahan daripada gembala mereka. Pengunjung di beri peluang untuk memberi gajah makan serta mandi bersama anak gajah. Ianya sesuatu yang menyeronokkan!
Tasik Kenyir memiliki tarikan untuk kaum wanita apabila diisytiharkan sebagai Zon Bebas Cukai dengan aktiviti penjualan barangan yang dikecualikan cukai bermula tahun 2017 lalu. Pusat jualan di sini terdiri daripada lima premis perniagaan antaranya coklat, bagasi, minyak wangi, pinggan, mangkuk dan peralatan memasak. Penjualan yang dijalankan ini tidak membabitkan aktiviti jualan barangan berduti tinggi seperti rokok, produk petroleum, kenderaan dan produk minuman beralkohol.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...