Rakyat Hargai Sikap Pemurah Agong Sampaikan Makanan Kepada Golongan Gelandangan KL Ketika PKPB

Share

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pegawai dan kakitangan Istana Negara menyampaikan bungkusan makanan kepada gelandangan di Pusat Khidmat Gelandangan di Medan, Tuanku beberapa hari lalu.


Menerusi hantaran di laman Facebook @IstanaNegaraOfficial, Istana Negara menjelaskan, aktiviti itu berlangsung dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.










"Menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pegawai dan kakitangan Istana Negara menyampaikan bungkusan makanan kepada gelandangan di Pusat Khidmat Gelandangan di Medan Tuanku, petang semalam.
Kurniaan makanan ini merupakan sumbangan peribadi Seri Paduka Baginda, dengan kerjasama Pertiwi Soup Kitchen, kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur.
Aktiviti ini berlangsung semalam dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Sumbangan Seri Paduka Baginda ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Baginda terhadap golongan ini yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka, lebih-lebih lagi pada ketika ini yang mana rakyat amat terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
Semoga kurniaan Seri Paduka Baginda ini dapat membantu mengurangkan beban golongan tersebut."

Hantaran berkenaan menerima pelbagai komen daripada pengikut laman sosial berkenaan yang rata-rata amat menghargai sumbangan itu.




IKLAN