Rusia negara bekas Soviet Union yang menjadi idaman ramai kaki melancong di Malaysia untuk ke negara tersebut. Ramai yang begitu teruja dengan struktur bangunan di sana yang berdiri megah ratusan tahun.
Menerusi perkongsian di Facebook RCSC Malaysia, ada khabar gembira buat rakyat Malaysia yang bercita-cita ingin melancong ke negara Rusia.
Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin telah menandatangani arahan bagi meluluskan senarai 52 buah negara yang boleh memohon e-visas dan Malaysia juga termasuk di dalam senarai tersebut. Projek E-visa ini telah dilancarkan pada tahun 2017 tetapi terdapat beberapa sekatan. (Warga asing dengan e-visa hanya boleh masuk ke Rusia menerusi pusat pemeriksaan di St Petersburg, wilayah Leningrad dan Kaliningrad dan mereka dilarang untuk melawat kawasan yang luar daripada wilayah-wilayah ini).
Namun, bermula tahun 2021, e-visa akan terpakai di seluruh Rusia! Warga asing boleh masuk ke Rusia menerusi mana-mana pusat pemeriksaan dalam negara dan melawat ke seluruh Rusia.
Ads
Di samping itu, tempoh menetap bagi warga asing telah dipanjangkan dari 8 hari kepada 16 hari.
E-visas akan dikeluarkan menerusi saluran online bagi tujuan pelancongan, perniagaan, bantuan kemanusiaan dan jemputan. Pemohon tidak perlu mendapatkan apa-apa jemputan, tempahan hotel atau apa-apa dokumen untuk memastikan sebab-sebab lawatan mereka.
Bayaran konsular ialah sebanyak 40 dollar (percuma bagi kanak-kanak bawah enam tahun).
Bermula tahun 2021, warga Malaysia boleh melawat Rusia dengan lebih mudah!
Ini info dan panduan daripada saudara Ahmad Najah yang berkongsi tip dan bajet ketika melakukan Umrah dan Ziarah seorang diri.
UMRAH & ZIARAH DIY 31-12-2019 sampai 10-01-2020
Assalamualaikum, Disini saya ingin berkongsi pengalaman melakukan Umrah DIY seorang diri selama 10 hari, 5 hari di Madinah dan 5 hari di Mekah. Umrah DIY ini disarankan untuk mereka yang pernah melakukan Umrah atau Fardhu haji sebelum ini kerana memudahkan pergerakan ibadah yang perlu dilakukan semasa di tanah suci Madinah dan Mekah. Mempunyai Kesihatan Yang baik dan fizikal yang kuat amat penting dalam umrah DIY. Kalau ada sakit kronik dan usia lanjut tidak digalakan melakukan umrah DIY.
Alhamdullilah sekarang Malaysia telah terpilih untuk memohon Visa pelancung ke Arab Saudi dan ini lebih memudahkan untuk melakukan Ibadah Umrah dan Ziarah di Saudi Arabia. Disini saya sertakan link dalam talian untuk memohon Visa Pelancung secara online. Saya juga ingin memaklumkan Umrah DIY tidak semestinya lebih murah dari pakej Umrah yang disediakan oleh syarikat pelacungan Umrah. Bagi menjimatkan kos disarankan pergi secara berkumpulan 4 orang. Umrah DIY membolehkan kita lebih fleksibel untuk melakukan ibadah semasa di Kota Madinah dan Mekah.
VISA Pelancong
Diatas link untuk memohon visa pelancung dan kita dibenarkan menginap selama 90 hari setiap kali lawatan dan visa berlaku selama satu tahun dari tarikh permohonan dan kita boleh melakukan kunjungan ke Saudi Arabia beberapa kali dalam masa satu tahun(multi entry). Kos memohon sekitar 500-700 Riyal untuk setiap permohonan. Masa pilih tujuan perjalanan pilih leisure jangan umrah Permohonan yang tidak berjaya tidak akan dikembalikan pembayaran. Setelah mendapat visa pelancung bolehlah mencari tiket penerbangan ke Jeddah atau Madinah.
Sekiranya anda tiba di Jeddah dan hendak ke Madinah boleh ambil teksi dari Terminal Utara atau Terminal Selatan Jeddah
Seorang Riyal 130.00 kongsi 4 orang bukan satu teksi tau. Sekiranya anda terus ke Mekah bolehlah menukar ihram didalam kapal terbang apabila hampir tiba di tempat Miqat Qarnaul Manazil. Teksi dari Jeddah ke Mekah Riyal 150 – 200.00 satu teksi MPV boleh naik 4 orang. Bag jangan bawa yang besar sangat.
Barang keperluan tak pelu banyak boleh basuh baju di dobi di mekah atau Madinah. (Ubatan yang perlu ada):
1. Ubat Selsema Clarinese
2. Ubat Cirit birit
3. Ubat cirit birit Charcoal
4. Ubat tahan sakit Arxocia (120mg)
5. Ubat Antibiotik ini kena mintak dari doctor untuk sakit tekak dan selsema
6. Losyen kalau pergi masa musim sejuk (December – March)
7. Panadol Actifast
8. Difflam warna merah untuk sakit tekak ada antibiotik
Senarai Kos untuk seorang minimum 4 pax
Jumlah RM 3,890.00 *Kalau bulan Ramadan maaflah tak dapat harga macam kat atas
Semoga Perkongsian ini bermanfaat untuk semua apa yang kurang mungkin dari kekhilafan saya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Benda penting kena buat sebelum melancong ke luar negara pastinya menukar terlebih dahulu matawang negara yang ingin dikunjungi.
Orang kata lebih elok tukar awal-awal di negara sendiri agar tidak mudah ditipu atau terlibat dengan apa-apa masalah kelak. Tapi tahukah anda menukar wang di pengurup wang negara sendiri kadangkala boleh juga ditipu?
Oleh itu, perkara paling penting selepas sahaja anda semua selesai tukar duit. Jangan terus berlalu pergi. Sebelum beredar dari pengurup wang atau money changer sila pastikan duit yang anda dapat dari proses pertukaran berada dalam kondisi yang baik. Tidak koyak, berconteng, terlipat-lipat dan paling utama wang tulen.
Mungkin ada yang risau jika duduk periksa duit lama-lama di pengurup wang mungkin akan dijadikan sasaran untuk disamun. Oleh itu, jika anda ke pengurup wang pastikan membawa beberapa orang teman disamping anda ya.
Ini ada perkongsiaan daripada saudara Faidz Ashrofie mengenai kisah duit palsu diterima daripada pengurup wang tempatan. Diharap dapat dijadikan sedikit panduan buat anda semua.
Nak kongsi kes yag berlaku pada salah seorang kakak peserta group yang saya bawa.
Lokasi : Restoran di Granada, Spain Situasi : Selepas makan, keluarkan duit €50 Euro untuk bayar. Mamat restoran cakap duit yang di bayar adalah DUIT PALSU. Dah test pakai tester pen & kami pun keluarkan semua duit 50 euro yang ada untuk make sure yang test tu valid. Sah duit palsu.
Duit ditukar di money changer di Giant Shah Alam (akak ni cakap dia tukar di 2 kedai di giant tersebut, tak pasti mana satu yang bagi duit palsu). Kalau bawak balik duit tu nak tukar balik belum tentu dia pun nak amik balik. So pesanan, lepas ni tukar duit kena check betul-betul. Hati-hati semua.
Nota kaki:
Hati-hati semua kaki travel. Mohon di share untuk kebaikkan bersama.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ramai yang suka menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan setiap kali ingin melancong kerana mahu memudahkan urusan merancang perjalanan.
Namun kebelakangan ini timbul pelbagai isu berkaitan agen pelancongan yang tidak bertanggung jawab, termasuk perkhidmatan yang tidak cekap.
Jadi ramai memilih untuk merancang perjalanan mereka sendiri (DIY).
Selain dapat menjimatkan wang, merancang perjalanan secara DIY juga memberi lebih kebebasan untuk menyesuaikan itinerari mengikut kehendak dan bajet sendiri.
Bagi yang ingin travel secara DIY, apa kata anda cuba tip sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pelayar, @miyabell menerusi akaun TikTok miliknya.
– Langkah pertama adalah menentukan negara pilihan anda.
– Sebagai contoh, Bali merupakan pilihan yang mesra bajet dan sesuai untuk mereka yang baru ingin mencuba travel secara DIY.
– Tempah tiket penerbangan pada musim rendah, elakkan musim cuti sekolah, cuti umum, atau musim perayaan kerana harga tiket biasanya lebih mahal pada waktu tersebut.
– Buat tempahan tiket secara berasingan (sehala), berbanding pakej pulang-pergi yang biasanya lebih mahal.
– Cari tarikh dengan harga tiket yang paling rendah dan tentukan bilangan hari di destinasi tersebut.
– Semakin lama tempoh perjalanan, semakin fleksibel anda menyusun aktiviti dan bajet.
– Langkah seterusnya ialah melakukan kajian menyeluruh tentang tarikan pelancongan dan aktiviti yang menarik di destinasi pilihan.
– Dalam era digital ini, anda boleh menggunakan platform seperti TikTok, YouTube, Google, dan Google Maps untuk mencari informasi tentang tempat-tempat menarik.
– Mengikut tip yang dikongsi oleh Miya, di Google Maps, anda hanya perlu menaip ‘attractions in (nama destinasi)’ dan senarai tarikan akan dipaparkan bersama ulasan dari pengunjung sebelum ini.
– Di Bali, terdapat beberapa pilihan pengangkutan yang boleh disesuaikan dengan keperluan dan bajet anda. Jika anda berseorangan atau berdua, menyewa motosikal adalah pilihan paling murah.
– Namun, perjalanan dari satu lokasi ke lokasi lain di Bali boleh mengambil masa antara 1 hingga 3 jam. Oleh itu, pastikan motosikal yang disewa berada dalam keadaan baik, terutamanya jika anda merancang perjalanan jauh.
– Maklumkan kepada penyedia perkhidmatan sewaan motosikal tentang rancangan perjalanan anda supaya mereka dapat menyediakan motosikal yang sesuai dan selamat untuk jarak yang lebih jauh.
– Bagi kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang, menggunakan supir (pemandu peribadi) mungkin lebih praktikal dan menjimatkan.
– Selain itu, aplikasi e-hailing seperti Grab atau Gojek boleh digunakan untuk perjalanan yang lebih pendek dan fleksibel.
– Agar lebih efisien, susun jadual perjalanan dengan mengumpulkan lokasi tarikan mengikut kawasan berdekatan.
– Oleh itu, gunakan Google Maps untuk melihat jarak antara lokasi-lokasi yang ingin anda lawati dan menyusun jadual secara sistematik. Ini dapat menjimatkan masa, tenaga, dan kos perjalanan.
– Apabila melancong secara DIY, beg galas belakang (backpack) lebih sesuai berbanding bagasi besar yang biasa digunakan dalam perjalanan dengan agensi pelancongan. Ia memudahkan pergerakan dan menjimatkan ruang, lebih-lebih lagi jika anda bergerak ke banyak tempat.
– Selain itu, pastikan bawa pakaian yang tidak memerlukan gosokan seperti baju dan tudung yang ironless
– Ini akan menjimatkan masa dan memudahkan perjalanan anda, menjadikan keseluruhan pengalaman lebih selesa.
– Sebelum memilih restoran, pastikan anda memeriksa kebersihannya, dari segi lantai, meja makan, dan sebagainya.
– Pastikan anda membaca ulasan pelanggan di Google atau platform lain sebelum memilih tempat makan untuk memastikan makanan yang dihidangkan selamat dan memuaskan.
– Ini secara tidak langsung mampu mengelakkan kita mengalami keracunan makanan.
– Keselamatan adalah perkara yang perlu diberi perhatian utama, terutamanya bagi mereka yang melancong sendirian.
– Salah satu langkah yang perlu diambil adalah memberitahu keluarga atau rakan rapat mengenai perjalanan anda, termasuk lokasi penginapan dan tarikh perjalanan.
– Simpan salinan dokumen penting seperti pasport, kad pengenalan dan tiket penerbangan dalam cloud storage atau emel, sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kehilangan.
– Guna sim kad atau internet roaming supaya dapat berhubung dengan orang lain, mencari bantuan jika perlu dan menggunakan peta digital untuk membantu navigasi di negara asing.
Melancong ke luar negara tanpa bantuan agensi pelancongan bukan sahaja menjimatkan kos tetapi memberi anda kebebasan untuk merancang perjalanan mengikut cita rasa sendiri.
Dengan kajian awal, penyusunan itinerari yang baik, pengurusan bajet yang teliti, dan penerapan tip keselamatan, travel secara DIY boleh menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan dan memuaskan.
Paling penting, rancang, buat kajian, dan mula dengan langkah kecil. Selamat melancong dan pastikan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan anda!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...