Tak perlu pergi jauh untuk menikmati pemandangan indah sambil melakukan aktivit lasak yang diminati.
Salah satunya adalah berkayak hanya di Kebab Tasik Putrajaya. Dengan bertemankan pemandangan di kawasan sekitar, pastinya aktiviti berkayak akan jadi memori terindah walaupun baru pertama kali mencubanya.
Terletak 30 kilometer dari selatan Kuala Lumpur dan walaupun terletak di kawasan pentadbiran persekutuan, tetapi sebenarnya menawarkan pelbagai aktivti menarik dan salah satunya berkayak.
Bagi yang mahu mencuba aktiviti berkayak ini pada keluasan 650 hektar menyelusuri pemandangan indah di sekitar Tasik Putrajaya ini.
Jadi untuk yang mahu mencuba pertama kali aktiviti berkayak secara single, bolehlah menaikinya dengan hanya caj dikenakan RM10.60 sejam dan bagi yang untuk Double Kayak dan Canadian Canoes pula caj hanya RM15.90 setiap jam.
Untuk yang berminat mengisi masa senggang di hujung minggu, teruslah hubungi Kebab Tasik Putrajaya pada maklumat di bawah ini. Dan rasai sendiri keseronokan pengalaman berkayak.
Ramai mengambil kesempatan menghabiskan cuti tahun dengan mengunjungi destinasi menarik dalam negara.
Salah satunya adalah Pulau Langkawi. Bagi yang pertama kali mengunjungi Pulau lagenda ini, jangan risau jika tidak tahu mahu ke mana.
Perkongsian di laman sosial Facebook Detektif Kembara menyenaraikan tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi untuk percutian selama 4 hari 3 malam.
Sebenarnya banyak lokasi menarik untuk dikunjungi, tetapi takut tidak sempat dan tempat disenaraikan ini melengkapi percutian di pulau bebas cukai ini.
Setiap kali melintasi Gua Tempurung dalam perjalanan ke Utara, sentiasa terfikir apa keistimewaan gua ini hingga jadi bualan pengembara.
Kenapa Gunung Tempurung ini begitu viral di kalangan pendaki atau mereka yang gemarkan aktiviti percutian lasak dan lebih adventure ini.
Perkongsian dari Minah Travel di Grup Backpackers Buddies Malaysia memberitahu rahsia di sebaliknya apa yang ada dalam Gunung Tempurung ini.
Gua tempurung merupakan destinasi utama jika berkunjung di Gopeng, Perak. Gua ini kaya dengan batu kapur, marmar, stalagmit dan stalaktit.
Menariknya, batu-batu yang berusia jutaan tahun ini mempunyai tarikan tersendiri. Terdapat 25 objek yang menyerupai bentuk manusia atau haiwan di dalam gua ini.
Gambar pertama ni boleh nampak dengan jelas wajah seorang wanita. Gambar kedua pula, bentuk seperti ayam. Ini bukan ukiran manusia ye tapi ini adalah pembentukan semulajadi!
Unik kan?
Nak tengok bentuk-bentuk lain lagi, korang kene jelajah sendiri ke Gua Tempurung.
Kalau korang masuk ke gua ini tanpa ‘guide’ mungkin tak perasan bentuk-betuk ini, jadi kalau korang inginkan cabaran dan eksplorasi yang lebih informatif, boleh ambil guide @guatempurungextreme
Terdapat empat jenis ekspedisi iaitu Golden Flowstone (tempat kering), Top Of The World (tempat kering), Top Of The World and Short River Adventure (kawasan basah) dan Grand Tour (kawasan basah). Minah Travel ambil kesemua ekspedisi. Memang best!!
Nak melancong dalam negara boleh dilakukan dengan apa sahaja cara yang suka dan selesa. Ada perancangan, anda memang boleh jejak bukan satu dua negeri sahaja tetapi seluruh Semenanjung Malaysia.
Perkongsian trip pusing satu Malaysia hanya dengan menunggang motorsikal seperti saudari Zahiruddin Zidane Zahiri memang boleh boleh dijadikan idea menarik cara bercuti lepas ni kan?
DAY 1
Penang – Kedah – Perak – Kelantan – Terengganu
8. 00pagi- midpoint Petronas Sg.Sluang
– tasik banding
– banjaran titiwangsa
– jeli
– kota bahru
– pasir puteh
– Kuala Terengganu
12.30pg – dungun
DAY 2
Terengganu – pahang – Johor
8. 00pagi- dungun
– kuantan
– pekan
– mersing
12.00pg – johor bahru
DAY 3
Johor – melaka – Negeri Sembilan – Kuala lumpur
8.00pagi – jb
– batu pahat
– melaka
– Negeri sembilan
9.30mlm – Kuala lumpur
DAY 4
11.00pg – Kuala lumpur
– batu caves
– ulu yam
– gopeng
– ipoh
– taiping
– bukit merah
10mlm – penang (Juru)
Alhamdulillah.. Alhamdulillah..Alhamdulillah
Boleh dikatakan ianya Impian childhood aku utk ride kapcai pusing malaya..plan yg pada mulanya di plan oleh 3 org dr team kunyit production, aku, wak Kundang,Ahmad Akhmal Suhaimi..Tp last mnit wak Kundang trpksa tarik dri ats sebab2 diserang sawan..lusa trip dh nk Jln, tp tggal 2org, niat hati mmg nk postpone trip sbb klau 2 org aku jd x smngat skit.. Hahaha..sehari sblom brtolak aku cuba roger geng satu skolah aku dlu Firdaus Ismail, sbb aku taw dia ni suka ride sorang-sorang, alhmdllh dia on nk fllow, pnya gila trip last mnit..
Alhmdllh segala persiapan smua dh rdy, tgai nk boh juboq ats seat mutu tros pulas minyak ja..hari pertama ride,yg mmkan masa lbih kurang 15jam perjalanan trmsuk berhenti rht..hari pertama mental aku dh diuji,setibanya di Kuala Terengganu lebih krang jam 9mlm,sangkaan aku mleset kerana beranggapan k.terengganu-dungun hanyalah sebatang rokok,tetapi aku ditipu hidup2.. Lbih krang 2 3jam perjalanan utk ke sana klau naik kapcai, allahuakhbar bdn dh xtrdaya, pkiran dh nmpk tilam vono maya karin.berbekalkn loceng dlm sluar, aku xbleh mngalah dgn mudah, ini panglima laaa!!!aku nekad truskan prjlan ke dungun, ini kerana utk memudahkan perjalan aku keesokkan harinya yg akn ke jb..alhmdllh tepat 12.30pg kmi tiba di roomstay..allahuakhbar nikmat dunia bila dpt tilam maya karin dgn View berhadapn pantai…ancutt…hari kedua, seawl jam 7pg dh trsdar, sbb nk lyn sunrise dpn roomstay, fuhhh nikmatnyaaa..
8pg kmi memulakan perjalan dr dungun ke kuantan,mengikut maps perjalan akn mmkan masa lbih krang 2jam shj, tp mmndangkn trip santai mmg byk sggah spot2 mnarik utk ambk gmbr..bermula la azab mental koyak aku utk hari kedua,apabila melalui Jln Dr pekan-mersing, masa ni dlm hati dh mla nk cll helikopter mai ambk, tp xjd sbb ank jantan mna bleh mngaku kalah..tkar plan maki najib plak, sbb blas duit byk2 tp xbuat escalator p mersing, Jln pnya la sunyi kiri kanan mmg nature shj..klau hg xda ilmu bercakap dgn moto, jgn lalu Jln ni..alhmdllh pkl 8.30 mlm slamat smpai di mersing.. Allahuakhbar azab dia, Spa yg besa lalu shj akn taw,Jln tu mcm mna..pnya la sronok dh msuk jhr, ingtkn dh abis azab aku..tp aku kena game lg.Perjlanan Dr mersing-jb yg mmkan masa lbih krang 2jam,dlm byk2 Jln yg aku lalu, Jln ni paling kejam & haram j..jln dh xelok 1psal,gelap plak tu tmbah lg sunyi..allahuakhbar nk qeyau ats moto xguna dh,so aku ambk kptusan syair ja ats moto smbil berharap xda hantu lintas dpn muka,side mirror mmg kalih ke dpn dh..alhmdllh pkl 12 tgh mlm slamat smpai jb, fuhh lega dpt hotel besaq arini tmbah plak dpt tilam maya karin sze King mmg selesa laa..Hari ke tiga,bermula jam 8pg kami memulakan perjlanan..utk hari ke tiga,target kami nk tdoq di kolompo. Alhmdllh berjaya..wlaupn smasa dlm perjlanan Mcm2 halangan, onak berliku terjadi tp ttap kental..fuhhh berfalsafah..segala perjalan, kami memalui jln lama..johor ni pn pnya la bsar,pnya seksa nk bg abis jhr utk ke mlaka..
alhmdllh 3ptg kmi slamat smpai ke melakau.selesai berasam pedas trus ke negeri sembilan,yg mna perjlanannya xla jauh mna, di n9 kmi hnya sggah sebentar utk rhatkan bdn sblom truskan perjlanan ke kolompo..alhmdllh utk hari ketiga dpt la checkin awai skit.trima kasih kpd shabat kunyit cwngn kolompo anique Iskandar sbb tlg booking hotel..hari terakhir perjalanan..home sweet home..last day mmg kmi plan nk santai habis smbil lyn nature.kmi ambk kptusan utk kluar lwat sikit. Pkl 11pg dr kl trus ke batu caves..dr batu caves kmi memalui jln dlm utk ke ulu yam utk ke spot air terjun, subahanallah, pnas2 n skit2 bdn hlang seketika seusai bdn melabuh di air terjun ulu yam..lebih krang sejam lyn air terjun,kmi bersiap utk meneruskn perjalan ke gopeng,langit x slalunya cerah, mungkin itu pepatah yg ssuai utk kmi, kerana sepanjang perjalan kmi, di gopeng sehingga ke ipoh shj kmi trpksa ride dlm hjn..alhmdllh sejuk & kecut lynnn..setiba di ipoh alhmdllh cuaca kembali normal,tp dkt sni la moto dh start nk buat psai, lmpu dpn dok kelip2(rpnya dia bgtau dh xlrat Sgt)..ride Dr ipoh ke penang dgn kdaan lmpu sat ad, sat xda,nasib la shabat2 aku ni jnis yg ride xtggal Kwn..smpai ja penang moto trus ok,sry syg mst awk letihkn perjlanan yg pnjang..alhmdllh 10mlm slamat smpai di juru…childhood dream unlock..another achievement…
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...