
Menu tradisional Melayu
Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa kini memperkenalkan promosi Malay Authentic Buffet Lunch dengan menawarkan masakan tradisional Melayu popular dari semua negeri di Malaysia.
Dihidangkan secara bufet untuk makan tengah hari (tujuh hari seminggu), sasaran promosi ini adalah bagi semua lapisan pelanggan dengan tawaran harga promosi menarik iaitu RM29++ berbanding harga asal RM38++.

Antara menu popular yang dihidangkan adalah Gulai Kawah Kambing, Masak Lemak Telur Itik, Asam Pedas Ikan Pari, Masak Lemak Daging Salai dengan Pucuk Paku, Singgang Daging, Ikan Goreng Panas dan pelbagai lagi menu pilihan lain.
Tidak setakat itu sahaja, menu seperti Rendang Tok, Laksa Johor, Mi Rebus dan pencuci mulut iaitu tapai aiskrim.
Selain itu, Restoran Terapung D’Saji Titiwangsa turut menawarkan Gala Dinner & Cultural Show pada kadar promosi RM45++ berbanding harga asal RM62++ untuk semua pelanggan termasuk pelancong untuk menikmati hidangan di restoran ini.
Tidak hanya menu tradisional Melayu semata-mata, pelanggan juga patut mencuba Koay Teow Kambing, steamboat dan menu makanan laut lain yang turut disediakan secara bufet.

Jika datang pada waktu malam, pengunjung boleh menikmati hidangan makan malam sambil menikmati persembahan kebudayaan yang bermula pada jam 7 malam hingga 11 malam setiap hari.
Kemudahan dewan
Bukan sekadar menawarkan bufet sahaja, restoran ini turut menawarkan pakej perkahwinan bermula dari RM25++ per pax untuk jumlah tempahan minima 500 pax dan juga pakej untuk majlis keraian yang lain.
Di restoran ini terdapat tiga buah dewan banquet. Antaranya Dewan Rafflesia 500 orang, Dewan Anggerik 320 orang dan Dewan Tulip 300 orang.
Terdapat juga bilik mesyuarat iaitu Bilik Mayor yang boleh menempatkan 25 orang dan Bilik Safron seramai 70 orang.
Untuk majlis perkahwinan, helikopter dan kereta kuda juga boleh ditempah di sini untuk menyerikan lagi majlis bahagia dan mengabadikan kenangan terindah. Bagi majlis keraian lain seperti majlis hari jadi, perkhidmatan maskot turut disediakan.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Felda D’Saji Sdn Bhd, Ahmad Zaki Abdullah, menu yang diketengahkan ini akan terus dikekalkan dalam usaha mengangkat budaya Melayu.
“Sekiranya tiada halangan, selepas hari raya kita akan melancarkan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan secara terus.
“Konsep ini dilihat amat relevan dengan keadaan semasa. Kita akan mengekalkan masakan tradisional sebagai menu utama,” katanya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Trip Seminggu Redah Sendiri Ke Kundasang, New Zealand Sabah. Pit Stop KK, Kota Belud & Ranau. Syiok!

Kata orang, kalau sesiapa ke Sabah tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Kundasang. Ini kerana, kawasan yang berada di kaki pergunungan tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu itu cukup terkenal dengan pelbagai daya tarikan pelancongan yang unik dan tersendiri. Menjanjikan iklim sejuk, segar dan nyaman dengan pemandangan indah antara keunikan dan keistimewaan yang terdapat di pekan Kundasang.
Untuk yang bercadang ke Kundasang buat pertama kali, ini panduan perkongsian menarik daripada Mira Maira
(Kota Kinabalu – Kota belud – Kundasang – Ranau – Kundasang – Kota Kinabalu) – 30 August – 5 September 2020 (7h6m)
BUDGET
* Cabana Retreat, Kota Belud: RM195/ 1malam (Included Breakfast)
* Curvert View, Kundasang : RM189/1malam
* Hounan Ridge Farmstay & Camping : RM100.00/1malam
* Umea Glam, Kundasang : RM250.00/1mlm (Include Breakfast)
* Kereta (Cousin bg pinjam )
* Minyak kereta : RM120 untuk 7 hari
* Tiket Flight : RM338.00 (beli 1 minggu sblm fly)
ITINERARI RINGKAS:
AHAD | 30 AUGUST 20202
* Cousin ambik dkt airport
* Terus pegi pasar Gaya Street
* Signal hill tower (FOC) view bandar KK
* Gayang seafood (Cousin belanja)
* Perdana Park (Parking RM1.00)
ISNIN| 31 AUGUST 2020
• Jambatan tamparuli (FOC)
• Upside Down House Sabah (12.00/person)
• The Peak Of Hope (25.00/person)
• Sabandar cowboy town (2.50/person)
• Check In : Cabana Retreat (Kota Belud) +Free Tour Fireflies Tour
* Sunset Catching + Makan depan kedai Cabana (Try Nasi Ikan Bahulu Penyet) + Milo Ais dia mmg kawwwww.
Notes :
- The Peak of hope tu tkda apa pun . sama je konsep tangga + Pintu. Lepas tu kena call utk pick up sbb jalan dia keta tk blh masuk. Korang jgn memandai nk naik keta tak Parking tepi jalan. Agak mahal 25.00 sorang. Rugiii
- Cabana Retreat (honestly aku tak rasa tmpt ni privacy utk org check in) Org awam boleh masuk dgn bayaran RM5.00 ~ Kalau nk rasa tido glamping why not? boleh lah stay sini. Toilet dia dkt luar yerr . Pakej termasuk free tour kunang2 + sarapan pagi. Hotel ni book direct website lg murah. Here the link : https://www.cabanaretreat.com/
- Plan asal utk stay kota belud ni utk pegi day trip ke Pulau Mantanani next day. Tapi sbb info yg kurang meh aku cerita pengalaman aku. Pulau Mantanani utk day trip beroperasi utk hujung minggu sahaja. Kena book awal2 utk day trip. Kalau weekday korang kena ada 8 pax ke atas utk sewa 1boat. Pulau Mantanani kalau nk prgi kena stay 1malam dekat pulau. Boleh cuba tido dekat sutera mantanani. Naik Dekat Sutera Mantanani Jetty Kota Belud. (Till next trip)
SELASA | 01 SEPT. 2020
• Tegudon Tourism Village (3.00 entrance)
• Polumpong melangkap
• Nohutu Ecotourism
• Check In : Curvert View (nak booking sini kena thru whatsapp +60 16-8324872)
• Dine Intan Cafe
Notes :
- Tegudon (kena masuk dalam hujung dunia jumpa perkampungan) but worth view. Nak khemah + ada beberapa aktiviti blh buat kt sini. Syoq BBQ kat sini. Kt jambatan tu wajib bergambar sbb ada sawah pagi.
- Polumpong + Nohutu aku tk dpt nak mandi manda sbb hujan. But my advice korang boleh cuba bermalam dkt Nohutu. tempat dia atas sikit dr Polumpong.
- Curvert View (Hotel konsep capsule) . aku ambik bilik VIP. semua bilik boleh jer view Akinabalu kalau bernasib baik sbb aku prgi musim hujan. Sama konsep mcm cabana tp kt sini org ramai boleh masuk smpi 3.00ptg sahaja untuk bergambar. Byk juga port2 gmbr kt sini.
RABU | 02 SEPT. 2020
• OOTD dkt curvert view
• Desa Farm (Lembu tutup sbb covid)
• Uncle Sulap View Gunung + Air terjun (13.40 mee goreng + milo)
• Sosodikon hill (3.00 entarance for 2)
• Sg monoli fish spa – (5.00/person)
• Sabah tea – lepak minum teh
• Check In : Hounan Ridge Farmstay & Camping
Notes :
- Main Highlight nk prgi tgk booo tapi boo tutup sbb covid haha untill futher notice.
- Bfst dekat Uncle Sulap tu view Gunung + Air terjun. Rasa dia mee goreng kicap.
- Naik Hiking sikit dekat Sosodikon Hill tp akinabalu tk muncul juga.
- Fish Spa- Geli weiii. ikan pun gigit kaki kau kemain kuat
- Sabah Tea – Hmmmmm best lagi dkt cameron hahahahahha but chill jelah rasa teh sabah kan.
- Hounan Ridge Farmstay ni mmg plg aku suka + tenang, jauh sikit dari kundasang ok. kena masuk ke dalam hutan + pastikan minyak keta korag penuh bah. utk camping pun boleh dekat sini. View Akinablu. Dine dkt cafe bawah hotel je. Sgt sesuai utk family trip
KHAMIS | 03 SEPT. 2020
• Akinabalu Park (3.00, each 1.50)
• Breakfast – Sutera lodges dalam park akinabalu. Sedap gak laksa kari (15.00)
• Pekan kundasang (beli sayur / buah tarap)
• Tapau untuk dinner : Wajib cuba sayap madu Wak Ali (29.00) + tapau dekat Restoran Selera Kebun Soboroong (9.90 makanan org dusun)
• Check in – Umea Glam (tempat ni dekat belakang club golf + kena jalan kaki masuk kebun sikit utk ke tempat ni) my advice better bawak bag pax . nangis guyss kalau bawak troli masuk utan hahahaa. nk turun ke tempat glam ni pun 1 hal. Belakang UMEA view akinabalu. Dpn view sunrise. + kredit to staff dia sbb sanggup pos brg aku yg trtinggal. Lagi 1 kat sini water heater tiada lagi. kena masak air panas utk mandi, Cuaca masa aku dtg 14c sbb hujan. mmg sejok + mandi air gunung perghhhhh nasib ada sleeping bag. hilang sejuk. Bilik kt sini kalau bukak website dia hanya utk bulan tu sahaja. kalau korang nk book kena booking direct owner (keutamaan kepada yg stay jauh) : wassap no ni +60 11-1300 8595 redzuan.
JUMAAT | 04 SEPT. 2020
• Desa Dairy Farm (ambik luar)
• Kundasang – KK (drive utk naik bot jam 10am ke Pulau Manukan + Sapi (rm120.40 sekali gear snokkeling + lift jacket) + 2.50 (utk entrance) * korang tak pyh sewa pun gear snokkeling sbb mandi tepi laut je pun. hahahahaa. bukannya ada special package mcm perhentian or tioman drop ke satu2 tempat utk snokkeling sis is rugi !
• Parking keta : 10am-2.39pm (4jam)
• Lunch dekat Resort Pulau Manukan, Nasi Goreng Ayam (13.00)
• Wajib cuba Lokan + Jelly Kelapa dalam kelapa muda : (42.50) dekat lokan bakar.
• Balik siap2 packing baju untuk balik.
SABTU | 05 SEPT. 2020
Fly balik
TIPS & AKTIVITI:-
• Ambil flight awal pagi, jadi banyak masa untuk diluangkan di sana.
• Kami mmg plan untuk trip bersantai saja. Tak nak rushing ke sana sini, penat. melainkan hari last tu sbb aku punya trip mantanani (jetty kota belud) tk dpt pegi , soo aku kejar trip dekat KK. utk manukan + sapi!
• Banyak tempat menarik aku xpegi sbbnya view sama mcm kt Bali. + surabaya + penang. sooo aku decide tk pegi tp korang blh lah masukkan dalam list Kokol Elf / Mari2 Cultural / Masjid KK / Pasar tamu / Pasar Filipina / Arnab Village Ranau etc….
• Island Hopping- Pulau Sapi, Pulau Manukan. aku pilih kaunter tiket No.10 boleh msg terus +60 17-890 9665 (Azlan)
• Jangan lupa untuk beli keropok Blinjo Sira Gula Melaka + Amplang
• Dalam perjalanan ke Kundasang tu jgn ngada2 nak singgah di kedai makan tepi2 jalan tu. Diorang jual SINALAU BAKAS (Babi Hutan Salai)
• Di Kundasang makan boleh cuba dkt area masjid or area roundabout.
• Bangun awal subuh 6.00pagi sebab disana 6.30pagi dah terang. Hayati permandangan puncak Kinabalu. Jam 6.00pagi-9.00pagi adalah waktu ‘mahal’ kalau nak tengok puncak Kinabalu sebelum ditutupi awan dan kabus. Kalau terlepas, kena tunggu esok hari.
P/S:
- Banyak lagi tempat menarik yang tak sempat kami singgah sewaktu di Kundasang disebabkan masa yang terhad. Apa2 pun, Sabah tempat yang cantik, orangnya baik2+ Peramah wei. Keharmonian kaum di sini yang buat aku teruja dan patut dicontohi oleh kita semua.
- Ramai yg masih tak tahu prosedure masuk SABAH. korang kalau ada beli luggage masa nk check dkt airport tu kena scan code isi ONLINE + declare lah apa2 soalan yg ditanyakan tu. Lepas tu masa dalam kapal terbang korang dpt borang juga yg sama (my advice isi online lg senang) .Isi sekali sahaja! sama ada online or fizikal kertas. kalau online masa last tu nti akan ada scan code. masa tiba tu nanti kalau ada dr soalan2 tu mencurigakan automatik dh tahu kau kena jumpa tak org masa ketibaan or lepas terus + row mana kau ptt kena pegi.
InsyaAllah akan repeat ke sini lagi nak cuba stay tidoo dalam khemah + xplore laut. Love Sabah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Merentasi Sempadan Jejak Awan Nano, 3 Wanita Ini Buat DIY Trip Ke Pattani & Betong. Tempat Underrated Tapi Awesome!

Betong dan Pattani yang terletak di Selatan Thailand antara destinasi yang semakin mendapat tempat dihati pengembara dari Malaysia amnya. Kedudukan yang tidak jauh daripada sempadan membuatkan kedua tempat ini menjadi singgahan buat yang ingin meneroka lebih banyak tempat menarik di wilayah di Selatan Thailand.
Azlina Wahab dan juga dua lagi wanita baru-baru ini membuat DIY trip ke Pattani dan Betong selama tiga hari dua malam. Perancangan utama ketiga-tiga wanita ini sebenarnya untuk menjejaki awan nano di Iyerwang, Betong tapi sudah alang-alang sudah memasuki Thailand, mereka turut singgah di Pattani dan melawat beberapa tempat yang menarik.
Memasuki sempadan melalui Durian Burung, di Daerah Padang Terap Kedah dan keluar semula melalui sempadan Pengkalan Hulu, Perak, ikuti perkongsian mereka bertiga ini:
Trip Diy Ke Pattani & Betong, Thailand
Just 3 of us, bawa kereta masuk ikut border durian burung, keluar ikut border Pengkalan hulu, Perak.
1st day
Chop border durian burung
Lunch sakom beach
Check in hotel @the Wood pattani
Sun set @telok semelei
2nd day
Breakfast depan hotel
Bang Lang National Park
Halabala lake
Check in hotel di betong
Mlm selfie @ mongkolit Tunnel
3rd day
4 am gerak ke iyerweng(solat subuh kat tempat parking)
5.30 naik tut tut ke sky walk tengok sun rise .
Winter Garden
Gerak balik ikut border Pengkalan hulu.
Plan utama nak tengok awan nano kat iyerwang, pattani tu nasi tambah .
Kredit: Azlina Wahab
Menarik:
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
‘Short Trip’ Ke Pulau Redang & Kuala Terengganu. Redah 2H1M Sahaja Pun Dah Seronok!

Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, ramai yang memilih negeri di pantai timur untuk bercuti terutamanya di kawasan pulau yang cantik. Tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang tinggi dalam kalangan pengusaha resort di pulau peranginan di Terengganu memberi keyakinan kepada pelancong untuk memilih pulau di negeri ini sebagai destinasi percutian.
Pulau Redang antaranya terkenal dengan pantai yang berpasir putih dengan pemandangan air laut yang membiru. Pulau Redang merupakan antara pulau pilihan terbaik untuk pelancong yang inginkan pengalaman percutian di pulau tropika. Bagaimanapun, biar hanya sekejap dapat bercuti di Terengganu, anda pasti jatuh cinta dengan keramahan penduduk dan terpukau dengan keindahan negeri keropok lekor ini.
Ini perkongsian daripada FB Nasi Lemak Seremban yang sempat berkongsi dengan Majalah LIBUR tripnya ke Terengganu selepas 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke sini. Paling menarik, walaupun hanya dua hari tempoh percutiannya, namun terisi dengan pelbagai aktiviti menarik. Jom baca!
10 tahun yang lalu adalah kali terakhir aku melawat pulau yang cukup Indah dan damai bagiku. Setelah 10 tahun itu jugalah hatiku membuak-buak untuk mengunjunginya kembali walaupun kali ini tiada teman-teman yang menemaniku.
Hari Pertama
- Perjalanan sekitar 7jam dari Bandaraya Seremban dengan menaiki bas persiaran dengan harga tiket RM50.60 sehala aku dan anak buahku Fadly menuju ke pulau yang sinonim dengan penyu itu. Perjalanan kami bermula lebih kurang jam 9.30 malam dari Terminal One Seremban dan sekitar jam 4.30 pagi bas yang kami naiki tiba di Terminal Bas Kuala Terengganu.
- Setiba disana kami terpaksa menunggu sehingga jam 6.00 pagi untuk kami menaiki mybass menuju ke Jeti Merang dengan harga cuma RM5.80 seorang, kami hanya mengambil pakej “Daytrip” sahaja untuk menikmati keindahan flora dan fauna yang ada di sekitar Pulau Redang tersebut. Pakej yang dikenakan kepada kami adalah sebanyak RM120 seorang ianya termasuk trip ke 5 buah pulau dan makan tengah hari juga disediakan oleh mereka. Aku memang suka dengan keindahan Laut yang terbentang luas, bagiku dengan melihat keindahan alam tersebut dapat melupakan segala masalah yang ada padaku.
- Hampir seharian kami meronda di sekitar Pulau Redang cukup puas aku rasakan dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang kami dibawa berjalan sekitar pulau tersebut kami turut bermain dengan penyu yang cukup sinonim dengan Negeri Terengganu itu. Setelah sampai di Jeti Merang kembali kami bergegas bersiap menukar pakaian untuk mendapatkan bas terakhir ke Kuala Terengganu kembali dan akhirnya kami sempat mendapatkan Mybass terakhir menuju ke Kuala Terengganu yang memakan masa lebih kurang satu jam perjalanan.
- Kami tiba di Kuala Terengganu sekitar jam 6.30 petang dan kami terus menuju ke Arena Boutique Hotel yang terletak tidak jauh dari Terminal Bas Kuala Terengganu, kami menyewa hotel tersebut dengan harga RM140.00 untuk 1 malam hotel tersebut sangat selesa dan luas berbaloilah untuk kami berdua menginap. Selepas check in aku pun berjalan disekitar hotel tersebut dan kebetulan disana terdapat “street food bazar” ala-ala pasar malam tapi terletak ditengah bandar Kuala Terengganu, selesai makan kami pulang ke hotel dan terus berehat sehingga esok pagi.
Hari Kedua
- Seawal pagi kami dah bersiap, destinasi kami pagi kedua adalah ke Jambatan Angkat Kuala Terengganu dan tujuan utama adalah banyak untuk bergambar kenang-kenangan kami kesana hanya menaiki “grab” dengan tambang hanya RM6.00 bak kata orang alang-alang dah sampai kenapa tidak bergambar. Selesai di Jambatan Angkat Kuala Terengganu kami terus ke Kedai Pasar Payang untuk membeli sedikit oleh-oleh untuk dibawa pulang, disana kami hanya membeli sedikit keropok lekor dan keropok ikan tamban yang sedap dan segar. Kemudian kami terus pulang ke hotel dengan berjalan kaki sahaja kerana jaraknya tidaklah terlalu jauh sekitar 10 minit berjalan kaki.
- Selepas “check out” kami meninggalkan barang-barang kami di lobi hotel kerana kami telah “deal” dengan petugas hotel tersebut untuk menumpangkan barang kami sehingga malam kerana bas kami pulang ke Seremban pada waktu malam. Kami terus makan tengahari di sekitar terminal bas, selesai makan kami menaiki bas C02 (bentuk rumah Terengganu) dengan tiket berharga RM1.00 seorang kami menuju ke Masjid Kristal bergambar sambil membuang waktu disana. Kami juga turut melawat Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu disana terdapat pelbagai mini masjid yg terdapat di dunia antaranya Masjid Negara Malaysia, Taj Mahal India dan banyak lagi dengan bayaran tiket RM20.00 seorang. Setelah penat berjalan kami pulang semula ke hotel dan bersiap untuk pulang ke Seremban kembali.
Kos Perbelanjaan
- Bas 2 hala RM50.60 x 2 orang x 2 hala = RM202.40
- Bas ke Jeti Merang RM5.80 x 2 orang x 2 hala = RM23.20
- Grab RM12.00
- Hotel 1 malam = RM140.00
- Pakej Pulau RM120.00 x 2 orang = RM240.00
Jumlah = RM617.60 (tidak termasuk makan dan shopping)
Sekian.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!






































