Manfaat percutian datang dalam bentuk yang pelbagai. Ada yang merasakan percutiaan membantu diri keluar dari ‘masalah dunia’, ada juga yang kata ia sebagai cara untuk dekatkan diri dengan Tuhan. Jika anda mempunyai pasangan hidup, dengan bercuti juga sebenarnya dapat mengeratkan lebih hubungan anda yang mungkin sudah seakan ‘bosan’.
Baca perkongsian ini daripada Puan Diyana Tahir, Pakar Hubungan & Keintiman
Saya percaya dalam pada kesibukan bekerja dan menjalankan tanggunjawab dalam rumahtangga sangat memenatkan. Sehingga ada yang merasakan hubungan mereka dengan pasangan semakin suram dan hambar. Ada juga yang rasa kehidupan yang dijalankan ini hanya sekadar menjalankan tanggungjawab. Komunikasi dengan pasangan juga dah tak sama seperti selalu bahkan tiada lagi seri dalam kehidupan rumahtangga. Ramai yang rasa percutian atau honeymoon ni sesuai untuk pasangan yang baru mendirikan mahligai rumahtangga sahaja. Sedangkan percutian atau honeymoon ini seharusnya dijadikan satu aktiviti wajib bagi setiap pasangan suami isteri, tak kira yang dah lama berkahwin atau pun baru berkahwin. Kerana dengan percutian ini sebenarnya membantu untuk meningkatkan kualiti kebahagiaan kita dengan pasangan di samping dapat menyuburkan semula rasa cinta yang kian layu. Tak percaya? Cubalah!!!!
Bercuti tak semestinya jauh di luar negara atau pergi ke tempat yang melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Bercuti di tempat yang berhampiran sahaja asalkan ke tempat baru atau tempat yang pernah dikunjungi yang meninggalkan memori yang indah. Sangat berbeza apabila anda bersama pasangan berada di rumah dan ketika bercuti bersama. Sebenarnya ketika bercuti bersama pasangan ni banyak aktiviti yang boleh kita lakukan bersama jom saya share tipsnya.
1. CIPTA MASA BERKUALITI BERSAMA
Jika anda yang benar-benar nak hubungan dengan suami menjadi ‘loving-doving’ dan ada deep connection jadi inilah peluangnya. Anda boleh ambil kesempatan berbual hati ke hati dengan pasangan,berterus terang dan hati terbuka. Ini adalah praktis yang saya panggil ‘sesi counter feedback’. Inilah satu cara emperbetulkan kesilapan saya dahulu. Saya terlalu ambil mudah kualiti perhatian pada suami. Bila berkahwin ramai isteri harap suami akan sentiasa faham dengan kesibukan kita. Ramai isteri ingat sama-sama mencari rezeki jadi pasangan seharusnya lebih memahami. Tapi hakikatnya, pasangan tak semudah ABC untuk faham apa yang kita fikir. Dia manusia biasa juga yang perlukan perhatian walau dah anak berderet pun.
Point saya di sini ialah, kena sedar. Ambil tahu apa keperluan dan kemahuan suami serta apa yang si dia harapkan dari kita. Jangan terlalu cepat untuk berteka-teki dan mengharap pasangan untuk memahami kita. Jadi ketika bercuti itu cuba untuk ambil peluang dan ruang untuk melakukan cara ini. Saya percaya komunikasi anda dengan pasangan selepas ini akan lebih ikhlas dan terbuka. Yang paling penting ialah bercuti tanpa anak-anak. Hanya kita dan pasangan berdua saja.
2. MENGINGATI DAN MENCIPTA SEMULA MOMENT PENGANTIN BARU
Saya percaya, kalau di rumah kita jarang-jarang ada masa untuk bersama. Perhatian yang diberikan pun sudah tidak sama seperti awal kahwin dulu disebabkan kesibukan bekerja dan tanggungjawab yang dipikul lebih-lebih lagi ketika dah pun ada anak-anak. Sebagai isteri, mungkin perhatian yang diberikan kepada anak-anak sehingga lupa untuk memberikan sepenuhnya perhatian pada suami. Jadi ketika anda sedang bercuti bersama pasangan sebenarnya anda dapat peluang memberi dan menerima sepenuh perhatian pasangan. Nikmati juga saat-saat ini untuk memerhati dan meluangkan masa dan perhatian anda sepenuhnya kepada hal-hal yang berlaku sepanjang tempoh pengembaraan anda.
Jadi pada saya tak ada salahnya jika anda dan pasangan pergi bercuti dan honeymoon bersama untuk mengeratkan semula hubungan yang semakin suram dan hambar. Mungkin honeymoon pada kali pertama dengan pasangan anda dapat menyulam cinta dan mengenali hati budi pasangan. Sudah pasti honeymoon dengan pasangan yang sekerap ini dapat mengeratkan hubungan dan menyuburkan cinta dengan pasangan sekaligus banyak masa terluang bersama dan dapat mengimbau detik-detik percintaan awal berkahwin dulu.
3. REVIEW PERJALANAN PERKAHWINAN
Ambil peluang dan kesempatan untuk kita bersama mengenang suka duka kehidupan kita bersama dengan berkontemplasi apa yang kita sudah capai bersama ketika ini.? Apa lagi yang kita nak bina dalam perjalanan kita bersama dimasa hadapan bersama anak-anak dan cucu cicit satu hari nanti. Bagaimana kita boleh lebih menyayangi dan melayani dengan lebih baik.
4.JADI ROLE MODEL BUAT ANAK-ANAK
Ramai yang tidak menyedari sebenarnya kita sebagai seami isteri atau sebagai ibu bapa adalah asas utama dalam pembentukan hidup anak-anak sejak awal usia mereka. Membina hubungan yang lebih intim dan menjadi contoh buat anak-anak adalah perkara wajib kita lakukan supaya anakanak belajar erti kasih sayang sebenar dalam kehidupan mereka bermula dari rumah. Keluarga yang bahagia dan stabil akan melahirkan anak-anak yang lebih bijak,berani dan berdikari berbanding mereka yang bermasalah. Keluarga bermasalah akan membentuk anak-anak yang cenderung berperangai negatif serta memberontak. Nampak mudah bukan, tetapi kasih sayang yang sentiasa kita suburkan antara suami isteri melalui pelbagai cara termasuk percutian sebenarnya mampu menjadi asas pembentukkan rumahtangga yang harmoni.
5. REHAT & REJUVANATE
Semasa bercuti ni adalah peluang berehat daripada melakukan rutin harian dan pekerjaan. Semasa bercuti inilah kita berpeluang membina kelainan dalam hubungan bersama pasangan. Inilah masanya yang sangat mudah untuk melakukan aktiviti yang tak biasa dilakukan ketika di rumah. Terokalah dunia percutian anda dengan aktiviti seperti baru seperti sky diving, selam skuba dan sebagainya.
6. JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN
Bila bersama-sama travel cara pandang kita akan berbeza. Kita dapat belajar budaya orang yang berbeza. Dari situ boleh belajar bahawa dalam perhubungan juga ada perbezaan sebab dua manusia yang berbeza. Jadi lebih matang dan lebih memahami bila ada konflik. Maksudnya kalau ada konflik pun itu hanyalah kerana perbezaan cara pandang bukan tak sayang. Kesedaran yang saya dapat adalah bila kita bercuti, banyak tempat kita dah discover itulah tanda kejayaan sebuah hubungan. Jika hubungan tak berjaya, kita takkan dapat rezeki untuk kemana-mana. Jadi travel itu adalah reward atas usaha suami isteri untuk mempertahankan perkahwinan, untuk buat perkahwinan kekal dan work together.
Saya ingin berkongsi sikit kisah saya suami isteri. Syukur kerana saya dan suami ada minat yang sama, iaitu kami suka untuk travel ke tempat-tempat yang cantik di luar negara. Baru-baru ni kami berkesempatan menjejakkan kaki ke Manhanttan, New York. Satu kota yang dikenali sebagai “ The city that never sleep’ kerana kesibukan bandarnya 24 jam sehari tanpa henti. Rasa teruja juga menerokai bumi Uncle Sam ni. Asalnya kami ke sana adalah untuk menuntut ilmu dengan guru untuk ‘bisnes’ tapi mestilah kami takkan lepaskan peluang untuk meluangkan honeymoon ala-ala Julia Roberts gitu kan. Kata orang sambil menyelam minum air. Sepanjang berada di Manhanttan, New York ada beberapa tempat yang sempat saya lawati dan dalam kategori wajib pergi sekiranya bercuti di sini antaranya: 1. Central Park
Central Park ini betul-betul terletak di tengah-tengah bandar Manhanttan, dan Central Park merupakan satu taman dalam kota dengan keluasannya yang tak terjangkau dek akal. Kalau nak tahu Central Park ini dah menjadi lokasi utama untuk pengambaran filem. Central Park ini bukan sekadar taman biasa kerana sepanjang keluasan taman ini ada pelbagai tempat menarik untuk dilawati. Indahnya menikmati alam sekitar menghijau yang tumbuhannya berbeza dengan negara kita. Apatah lagi bersama buah hati kan, nasib tak sempat sign jadi artis hollywood tau.
2. Brooklyn Bridge
Jika melancong ke New York sangatlah tidak lengkap jika anda tidak ke Brooklyn Bridge ini kerana tempatnya yang sangat cantik untuk bergambar dan menghayati kota New York ini.Untuk makluman Brooklyn Bridge ini mula dibina pada tahun 1869 dan siap sepenuhnya 14 tahun kemudian iaitu pada tahun 1883. Menarik kan dan sejak dibuka Brooklyn Bridge ini menjadi salah satu ikon New York. Ia juga diistiharkan sebagai National Historic Landmark pada 1964 dan National Historic Civil Engineering Landmark oleh Persatuan Kejuruteraan Awam Amerika pada tahun 1972.
3. Times Square
Seperti yang sedia maklum, New York adalah bandar yang paling sibuk dan tak pernah tidur jadi Times Square menjadi pusat utama pelancong datang ke sini. Kawasannya yang sangat luas dan sangat meriah pada waktu malam. Bayangkan disinilah salah satu tempat wajib sambutan tahun baru di New York. Satu bandar metropolitan yang sebenar. Walaupun saya lebih sukakan ketenangan dan keindahan semulajadi tapi apa salahnya sekali sekala menikmati pemandangan yang berbeza kan.
4. Empire State Building
ESB adalah puncak tertinggi di kota New York jadi tidak rugi jika datang kesini sebab dapat tengok pemandangan kota New York yang sangat cantik. Saya cadangkan datang waktu pagi jadi boleh melihat keindahan matahari terbit di sini. Sepanjang seminggu berada di kota New York ini banyak kesedaran yang membantu mengeratkan hubungan kasih sayang saya dan suami. Lebih istemewa untuk percutin kami kali ini, saya dan suami membuat keputusan untuk hire seorang photographer profesional agar gambar gambar kenangan terindah kami dirakam sempurna.
Bila selalu travel ke sana kemari, menjadi nikmat yang saya dan pasangan syukuri bersama- sama. Bila kita sering travel bersama-sama sebenarnya kita sedang ‘create sweet moment’ yang menjadikan hubungan tu kuat dan menjadikan momen-momen indah untuk diingati bila cabaran datang. Sebab dalam perkahwinan macam mana pun mesti ada cabaran. Jadi momen-momen indah ni yang menguatkan kita bila kita ada cabaran dalam perkahwinan. Yes, ada cabaran, tapi banyak jugak benda yang indah yang kita dah lalui. Jadi atas sebab itulah kita tetap terus bersama waaupun pelbagai dugaan menduga. Sebab momen- momen indah ini menjadikan perkahwinan kita special. Sebab manusia ni perlukan variety secara psikologi. Kalau kehidupan kita sama je 10 tahun pergi balik kerja, tiada momen indah, itu yang menyebabkan perhubungan jadi boring. Jangan pernah ada tanggapan orang lain boleh kerana orang lain lebih baik dari kita.
Apa salahnya jadikan diri kita yang terbaik untuk diri kita sendiri, untuk pasangan kita dan untuk semua orang yang kita sayang. Percayalah saya juga pernah diduga dengan rumah tangga yang gagal ditengah jalan. Saya juga pernah hampir bercerai dalam perkahwinan kedua saya, pernah mengalami kekecewaan dan kemurungan yang menyakitkan. Tapi jangan lupa bangkit, jangan pernah putus asa, kerana setiap kesakitan, setiap kegagalan itu adalah jalan-jalan yang Allah berikan untuk kita menjadi lebih dewasa dan lebih bijaksana dalam hidup kita.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pernah tidak anda terfikir untuk bercuti di sebuah rumah hantu. Percutian seperti ini pastinya memberi pengalaman berbeza yang tidak pernah anda alami sebelum ini.
Jika berminat anda boleh pergi menginap di Rumah Agnes Keith, sebuah rumah lama di Sandakan Sabah.
Rumah ini yang pernah diduduki seorang penulis dari Amerika Syarikat, Agnes Newton Keith menyimpan banyak memori lama dan kisah misteri belum terungkai sehingga kini.
Tersergam indah di atas bukit di Jalan Istana, Sandakan, rumah setingkat diperbuat daripada kayu itu juga popular dengan kisah seram pernah dilalui dan diceritakan sendiri oleh penghuninya, termasuk Agnes, lebih separuh abad lalu.
Antara catatannya, Agnes pernah menceritakan sering ternampak lembaga wanita tinggi lampai bersama seorang bayi sepanjang tinggal di rumah berkenaan dari tahun 1934 hingga 1952.
Kisah seram itu juga diceritakan oleh penghuni selepas Agnes termasuk seorang pembantu rumah yang mengatakan pernah terserempak dengan wanita sedang berdiri di anak tangga ketika tinggal di rumah itu pada 1967 hingga 1968.
Benar atau tidak, hanya penghuni yang pernah tinggal di rumah, kini dijaga Jabatan Muzium Sabah sahaja yang tahu mengenai kisah menyeramkan di sebalik keindahan seni bina dan reka bentuk era kolonial rumah berkenaan.
Malah, ada mengatakan kisah misteri dan seram itu masih berlaku hingga ke hari ini dan ia menjadi antara tarikan pengunjung untuk melawat ke Rumah Agnes Keith sejak dibuka pada 2004.
Menyedari potensi itu, Jabatan Muzium Sabah merancang mewujudkan pakej pelancongan seram atau `dark tourism’ khusus untuk peminat kisah misteri dan cerita seram.
Tawaran itu dijangka dibuka selepas aktiviti pelancongan dibenarkan semula apabila pandemik COVID-19 semakin pulih, terbuka kepada sesiapa berani dan teringin merasai pengalaman seram.
Ketika mengumumkan perkara itu baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, berkata Jabatan Muzium Sabah akan membangunkan program e-Seram dengan membenarkan pengunjung bermalam di Rumah Agnes Keith.
“Ia akan memberi peluang kepada pengunjung bermalam di rumah terbabit bagi merasai sendiri kehidupan Agnes Newton Keith bersama suaminya, Harry Keith dan anak mereka, George pernah tinggal di rumah itu.
“Ketika ini, program itu ditangguhkan berikutan pandemik sejak tahun lalu,” katanya.
Berdasarkan catatan Jabatan Muzium Sabah, rumah itu sudah ada apabila Agnes mengikuti suaminya bertugas sebagai Pegawai Konservasi Hutan di Sandakan pada 1934 dan mereka adalah penghuni kedua di rumah berkenaan sehingga tercetus Perang Dunia Kedua pada 1942.
Rumah berkenaan dikatakan rosak ketika perang tetapi dibina semula pada 1946 sebelum diduduki semula oleh Agnes bersama suami dan seorang anak mereka, sekembalinya dari Amerika Syarikat ke Sandakan selepas perang tamat.
Agnes menamakan rumah yang dibina semula itu sebagai Newlands dan mereka tinggal di sana hingga 1952 sebelum digantikan Pegawai Konservasi Hutan lain dengan yang terakhir Tom Bayles, pada 1968.
Bagi peminat kisah seram atau aktiviti paranormal, peluang untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di rumah itu, terletak satu kilometer dari pusat bandar Sandakan.
Malah, inisiatif Jabatan Muzium Sabah itu mungkin dapat merungkai misteri di sebalik kisah itu, sama ada benar-benar berlaku hingga ke hari ini atau hanya khayalan dan rekaan semata-mata.
Port percutian untuk kaki pancing, siap boleh bawa family sekali. Ayah boleh memancing, ibu dan anak-anak boleh enjoy percutian dia Kong Kong Chalet Terapung yang terletak di Pasir Gudang, Johor ini.
Menawarkan pakej menarik untuk yang inginkan kelainan bercuti sambil memancing, di sini mereka mempunyai 20 bilik yang terdiri daripada 5 jenis bilik iaitu 1 bilik VIP, 4 Super Deluxe, 5 Deluxe, 5 Standard dan 5 Ekonomi.
Selain port memancing buat si kaki pancing, pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini iaitu karaoke terbuka, karaoke bot, memancing di chalet, memancing menaiki bot, pusing pulau juling dan juga bbq.
Mempunyai chalet yang luas dan selesa, antara kemudahan lain yang disediakan di sini termasuklah kolam renang buat anak-anak sementara menunggu ayah memancing.
Bagi yang tak mahu bermalam, jangan risau, kat sini juga mereka turut menawarkan pakej memancing tanpa bermalam. Tapi kalau dah bawa keluarga sebaiknya bermalam di sini dan nikmati kemudahan yang ada sambil memancing.
Kalau rasa tak nak memancing, boleh juga berkunjung ke sini untuk makan-makan dan juga pusing selat Mendana dan Pulau Juling. Pelayaran merentasi Selat Mendana kapten cruise tempoh pelayarannya adalah selama 25 minit manakala pelayaran mengelilingi Pulau Juling pula selama 45 minit dan melalui jambatan ikonik Senai-Desaru.
Bagi yang nak rasa hidangan seafood sedap juga boleh ke sini dan makan di Restoran D’Terapung yang menawarkan pelbagai menu enak untuk setiap pengunjung.
Kedudukan chalet terapung ini tak jauh dari daratan, bagi yang ingin ke sini boleh menaiki bot sekitar 3 – 5 minit perjalanan.
Selalunya bila bercuti, kita sibuk susun itinerari. Pagi pergi tempat viral, tengah hari cari kafe cantik, petang ke pantai, malam pula sambung jalan lagi....