Kalau nak merasa sarapan sedap di Ipoh, korang wajib singgah Kedai Kopi Yeop yang ada Taman Meru. Satu langkah ke dalam kopitiam ini, korang akan diselubungi dengan perasaan nostalgia membawa korang kembali ke tahun 90-an.
Apa yang menarik, korang boleh nikmati hidangan sarapan ringkas dan sedap.
Sarapan Sedap Ala 90-an, Singgah Ipoh Wajib Masuk Kopitiam Ini
Ini beberapa menu pilihan yang anda boleh cuba di sini iaitu Nasi Goreng Yeop, Kue Tiaw Goreng, Maggie Sotong Telur, Keropok Lekor, Cucur Opah, Kopi Yeop dan banyak lagi!
Ads
Ads
Nampak tak semua menarik, bukan? CUkup lengkap pilihan tekak, kui muih, goreng-goreng dan air kopi tu pun nampak ‘seksi’!
Haa… tetapi jangan pergi petang dan malam pula sebab kedai ini hanya dibuka pada waktu pagi saja.
Naik train ke Dabong, itulah yang wanita ini mahu kongsikan kali ini dengan anda yang suka naik kenderaan awam untuk bercuti.
Menerusi perkongsian di facebook miliknya, Felicia Ramzi berkongsi tip bercuti selama 4 hari 3 malam.
Jom ikuti perkongsiannya. Menarik boleh jadi panduan!
Kali ini saya nak kongsikan trip kami 5 sekeluarga menaiki “Jungle Train” aka Ekspress Rakyat Timuran koc berkatil ke Dabong musim cuti sekolah lepas. Ini beberapa tips dan tricks tentang jungle train ni dan juga info tempat-tempat menarik di Dabong.
Laluan kami adalah dari stesen Kajang 1 menaiki ETS ke Gemas. Dari Gemas, naik Jungle Train menuju ke Dabong.
1. Pembelian online: KTMB banyak beri diskaun berbentuk kod promo.
2. Pembelian online: Kalau ada warga emas, beli tiket di bawah penama warga emas tersebut. Sebab kalau beli atas nama penama dewasa, kategori warga emas takkan muncul dalam pilihan check box, kena bayar harga dewasa. Rugi.
3. Kalau beli di kaunter, minta bantuan staff KTMB. Bagitau lah minta letakkan kod promo. Juga beli di bawah penama warga emas jika ada warga emas. Staff KTMB pasti lebih arif. Kami tempoh hari, kalau tak pakai kod promo, Kajang-Gemas saja pun dah RM250. Tapi sebab masukkan kod promo (CUTIKERETAPI2) & (MKTMB22) – total tiket kami jadi RM148 pergi balik. Jauh kan bezanya. Jimat banyak.
4. Sama juga pembelian tiket Gemas-Dabong. Harga asal dapat sekitar RM400. Tapi sebab masukkan kod promo yang KTMB bagi, total pergi balik dapat RM268 koc berkatil.
5. Koc berkatil : Koc T6-T8. Tips saya, belilah katil tengah-tengah di Koc 8. Satu sebabnya, penumpang lain tak lalu-lalang ke cafe di Koc 5. DAN, koc 8 paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 paling depan sekali. Cuba elakkan ambik katil depan sekali jugak sebab besi ‘connecting’ koc tu bising gedegung gedegang.
6. Untuk pilihan katil, nombor genap ialah katil bawah. Nombor ganjil ialah katil atas.
7. Untuk pemandangan bukit di Gua Musang, pilih katil sebelah kanan bermula dengan nombor 3,4,7,8,11,12,15,16 dan seterusnya sehingga 39,40.
8. Bawa sarung extra untuk balut tilam dan bantal. Sebab tak tahu berapa ramai yang dah baring kat tempat kita tu kan.
9. Bawa extra makanan. Jangkakan servis penyediaan makanan sedikit lewat kalau penumpang ramai.
1. Mee Udang Che Da – depan stesen. sedap namatey.
2. Mee Udang Harimau Kak Nah – menjilat jarey.
3. Nasi Kerabu Kak Tiey – di Jambatan Kemubu – menanges.
4. Ikan Bakar Adam’s Cafe – terkenang-kenang.
5. Dodol lemak – sebagai souvenir
1 malam kami di – Resthouse MDD – 1 unit berkonsepkan rumah. 2 bilik tidur beraircond, 2 katil queen, ruang tamu bersofa dan berkarpet, dapur basic, bilik mandi – RM150/malam.
2 malam seterusnya di – Rose House Dabong – 1 bilik. 1 katil queen, 1 katil single, 1 toto – RM80/malam + RM50 extend sehingga malam sementara tunggu train balik Gemas 11.32 malam.
Kedua-dua penginapan ini tidak disediakan TV, peti ais atau tempat masak tapi sangat berdekatan dengan stesen keretapi. Kami memang pilih lokasi di pekan sebab takda transport.
Kalau tetiba tak ada transport, kami masih boleh jalan kaki ke stesen. Tak menyesal trip kali ni.
Walau tidur tak lena dalam train, line telefon SOS, objektif utama telah tercapai – makan, nature dan merasa naik jungle train Malaysia.
Nama Tasik Chini yang terkenal dengan mitos kewujudan naga kembali disebut-sebut sejak kebelakangan ini, selepas sekian lama tenggelam disebabkan tidak lagi menjadi destinasi pelancongan terkenal negeri Pahang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Pekan, Pahang, dahulunya sinonim dengan bunga teratai memenuhi permukaannya, namun keindahannya dikatakan mula terhakis akibat aktiviti penerokaan tanah secara haram dan perlombongan.
Menyedari akan potensi dan kepentingan Tasik Chini sama ada dalam aspek pelancongan atau sebagai khazanah negara, kerajaan negeri Pahang telah merancang pelbagai inisiatif untuk mengembalikan kegemilangan tasik itu. Pada 13 Mac 2019 telah bersetuju mewartakan kawasan seluas 4,498 hektar di tasik itu sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK). Jumlah 4,498 hektar itu bukanlah satu keluasan yang kecil, kerana jika dihitung secara mudah, ia bersamaan dengan hampir 6,000 saiz padang bola sepak yang berkeluasan 110 meter x 70 meter, menunjukkan keseriusan kerajaan negeri dalam memulih dan memulihara persekitaran Tasik Chini untuk generasi masa depan.
Penanaman 5,000 batang pokok balak terdiri daripada Balau, Meranti dan Merawan di hutan tasik itu sekitar Oktober 2018. Program itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Pahang, pelajar institusi pengajian tinggi di Pekan dan penduduk Felda Chini dan turut disertai penaung SASET, Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muad’zam Shah Sultan Ahmad Shah. Pokok itu akan mengambil masa sekitar 15 tahun untuk menjadi pokok dewasa dan sepanjang tempoh itu, pemantauan akan dilakukan oleh Jabatan Perhutanan bagi memastikan tiada yang dapat menceroboh ke kawasan itu.
Program ini diharapkan dapat memulihkan alam semula jadi di Tasik Chini kerana masih ada yang bergantung kepada aspek ekopelancongan di situ termasuk masyarakat Orang Asli yang mengambil upah membawa bot pelancong.
Namun, walaupun pelbagai rancangan pemulihan sudah dirancang, sudah pasti kejayaannya memerlukan masa. Orang ramai dijangka dapat kembali menikmati keindahan Tasik Chini dalam tempoh 10 hingga 20 tahun. Dasar khas sudah dibuat tahun lalu dan kini kita memasuki peringkat pelaksanaan dengan keutamaan untuk mengekalkan status tapak rizab biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selain menjadikannya destinasi pilihan untuk ekopelancongan.
Kalau anda memang anak jati Kuala Lumpur, sebut sahaja bandaraya ini lokasi menarik yang terbayang dalam fikiran kita untuk terjah seperti kurang rencah. Jika tidak tahu ke mana hendak dituju pasti mati kutu, dan hanya lokasi tumpuan untuk membeli-belah dan makan-makan sahaja yang dijejak. Janganlah macam tu..Kuala Lumpur banyak lokasi baru yang menarik untuk lepak ok.
Adakah anda sedar tentang kewujudan mercu tanda baru di ibu negara menerusi projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life? Dulunya lokasi ini lebih dikenali sebagai tempat pemisah Sungai Klang. Lokasinya berada betul-betul di belakang Bangunan Sultan Abdul Samad, dan berhampiran pula Masjid Jamek. Lokasi ini juga menjadi jolokan sebagai Kolam Biru oleh penduduk tempatan.
River of Life adalah kawasan rekreasi baru untuk beristirahat bersama keluarga dan rakan-rakan. Lokasi ini juga turut menjadi tumpuan jurugambar tempatan dan asing untuk merakam foto ketika senja atau malam kerana ia mempunyai panorama yang sangat menarik.
Reka bentuk moden River of Life pastinya memberikan inspirasi kepada peminat seni binaan dengan dilengkapi pancuran air yang cantik dan paparan masa menjelang detik menyambut tahun 2020. Selain itu, disekeliling lokasi ini dihiasi dengan tanaman landskap yang indah dan terjaga rapi..
Laluan pejalan kaki di sepanjang River Of Life boleh dipuji kerana bersih, mempunyai banyak papan tanda untuk pelancong selain menjadi destinasi terbaik bagi merakam gambar untuk menceritakan tentang banyak bangunan ikonik di Kuala Lumpur.
Kalau sebut tentang Curaçao, antara perkara pertama yang pasti terbayang ialah deretan bangunan berwarna-warni di tepi laut. Itulah pesona Willemstad, ibu negara Curaçao yang...