Kita sekarang dah masuk ke fasa 10 malam terakhir bulan Ramadan. Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, cuti raya akan tiba dan sudah tentu ramai diantara kita sudah mengambil cuti dan akan pulang ke kampung halaman.
Oleh demikian, dikhuatiri banyak kedai-kedai ubat, farmasi atau klinik akan tutup semasa musim perayaan. Ditambah lagi dengan bilangan kenderaan di kawasan-kawasan luar bandar, adalah baik jika anda bersedia dengan segala ubat-ubatan yang perlu dibawa pulang sewaktu cuti ini.
Untuk memudahkan anda membuat checklist, apa barang atau ubat-ubatan yang perlu dibawa semasa balik ke kampung hari raya nanti, kami sampaikan perkongsian oleh Farmasi Salam kepada anda.
Semoga perkongsian ini akan dapat membantu anda dalam membuat semakan dan panduan kelak. Semoga bermanfaat.
Ads
Sudah pasti ramai yang tengah bersiap sedia untuk balik ke kampung halaman masing-masing. Ada yang dah start packing barang???♂??
. Haa, buat checklist siap-siap takut ada barang & bekalan penting yang tertinggal pula nanti! . Sambil-sambil tu, boleh masukkan juga list bekalan ubat-ubatan basic yang perlu ada ketika pulang ke kampung. . Kita perlu ambil langkah berjaga-jaga ya! Ada fasiliti kesihatan yang bercuti di musim perayaan. Ada juga yang sukar diakses sepanjang perjalanan. Jadi agak susah untuk dapatkan bekalan ubat-ubatan. . Tapi.. Nak standby ubat apa ye? . Biasanya ada 3 senario biasa yang berkemungkinan boleh berlaku di kampung halaman atau sepanjang travel:
====================
1. Tak sedap badan, rasa macam demam, selsema, batuk-batuk. Di musim perayaan pula sangat sinonim dengan hidangan air sejuk berais kan? Hah, apa lagi.. Standby juga kalau-kalau sakit tekak nanti! . Idea ubat-ubatan yang boleh membantu situasi di atas: .
✅ Paracetamol – Demam, tak sedap badan, pening kepala .
✅ Loratadine – Selsema/alahan/gatal – Tidak mengantuk, siapa drive boleh ambil .
✅ Cloperastine HCl (batuk) + Bromhexine (jika ada kahak) .
✅ OTC throat lozenges – Melegakan sakit tekak – Ada juga buat hilang ngantuk ketika drive? . ====================
Ads
2. Mabuk jalan? Atau makan terlalu banyak?Rasa macam tersalah makan? Haish, mulalah perut rasa sakit, kejang dan cirit birit! . Idea ubat-ubatan yang boleh membantu situasi di atas: .
✅ Dimenhydrinate – Mengelakkan / mengurangkan muntah, loya, pening kepala dan mabuk jalan .
✅ Charcoal tablets – Disarankan pengambilan ketika sakit perut, cirit birit – General detoxification agents. Boleh bantu nyah toksin di dalam perut .
✅ Hyoscine butylbromide – Sakit perut, perut kejang dan tidak selesa .
✅ ORS (air garam) – Mengelakkan dehidrasi ketika perjalanan jauh & sakit perut
====================
Ads
3. Rasa macam tersalah urat angkat beg-beg yang berat? Sakit pinggang ubah suai kedudukan perabot dalam rumah? Sambil-sambil membawang nak masak rendang terhiris jari? . Hah, perlu standby apa? Antara yang boleh membantu: .
✅ Mefenamic acid – Ubat tahan sakit .
✅ Pain management cream/oinments – Melegakan kekejangan, sakit otot dan lenguh-lenguh di badan .
✅ Krim luka – Mengelakkan jangkitan bakteria untuk luka kecil .
✅ Plaster luka – First aid paling simple dan wajib ada pergi mana-mana! .
Ni antara idea bekalan ubat-ubatan untuk orang dewasa. Tapi kebanyakkannya merupakan ubat-ubatan terkawal ya! Perlu dapatkan khidmat nasihat pegawai farmasi jika perlukan ubat-ubatan ni. . Kami doakan semoga semuanya sihat & selamat dalam perjalanan pulang ke kampung. Dan berhati-hatilah ketika memandu?
Saban tahun bila memasuki bulan Mac, akan berlaku jerebu. Kebiasaannya ia melibatkan pembakaran hutan secara terbuka oleh negara jiran bagi penanaman pokok baru. Malah isu pemcemaran rentas negara ini akan sentiasa berulang tahun demi tahun.
Terkini, beberapa daerah di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat, pagi ini.
Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan stesen Johan Setia Klang paling tinggi, iaitu 183 diikuti Banting (165) dan Petaling Jaya (141) pada jam 8.00 pagi ini.
Pemerhatian mendapati kawasan di sekitar Shah Alam kelihatan agak berjerebu dengan bacaan IPU 96, setakat pukul 8.00 pagi.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya) (sumber Bernama).
Jelas, dalam keadaan beberapa buah daerah mencatatkan IPU tidak sihat, diharap orang ramai menjaga diri dan tidak keluar tanpa arah tujuan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Dari jauh nampak seakan salju putih yang jatuh di hamparan lautan. Semakin dekat, bau busuk mula menyapa. Beberapa pantai popular di Chennai India ketika ini dipenuhi dengan buih putih seakan buih sabun yang terhasil ketika membasuh pakaian.
Sungguh pun dikatakan beracun, ramai yang membanjiri kawasan tersebut untuk melihat fenomena ini. Kerajaan telah memberi amaran buih putih itu berpunca daripada pencemaran dan tidak selamat untuk didekati apa lagi untuk menyentuhnya. Buih racun ini dikatakan muncul setiap tahun setiap kali musim monsun. Penasihat perubatan memberi amaran buih ini paling buruk pada tahun ini dan menyebabkan masalah kulit serius.
Bagaimanapun, amaran itu langsung tidak dihiraukan oleh penduduk tempatan yang gembira dengan 'keunikan' tersebut. Meskipun dikatakan sangat bahaya, ia tidak menghalang orang dewasa mahupun kanak-kanak bermain dengan buih berbau busuk berkenaan. Kelihatan juga ramai yang merakamkan gambar dan ada juga yang berswafoto dengan latar belakang pantai yang putih.
Beratus-ratus keluarga miskin yang tinggal di sepanjang pantai itu pula hanya membiarkan kanak-kanak dengan gembira bermain dengan buih berkenaan.
Lembaga Kawalan Pencemaran Tamil Nadu berkata, pihaknya telah mengambil sampel buih itu yang tersebar beberapa kilometer di sepanjang pantai untuk dianalisis. Buih itu semakin banyak muncul dari tahun ke tahun dan dikatakan semakin tercemar dengan teruk.
Bila nak travel, kasut antara kelengkapan yang perlu dititik beratkan. Kasut yang dipilih untuk dibawa ketika bercuti atau melancong perlulah selesa dan cantik untuk digayakan setiap masa.
Nak tampil lebih berfesyen dan bergaya sepanjang percutian? Hush Puppies memperkenalkan koleksi kapsul Super-J edisi terhad
Kini kasut tidak lagi berfungsi sebagai alas kaki sahaja, sebaliknya ia menjadi salah satu pelengkap fesyen agar pemakai tampak lebih bergaya. Jenama kasut yang terkenal dengan fesyen kasut kasual Hush Puppies memperkenalkan koleksi baru mengikut gaya terkini namun mengekalkan keselesaan.
Koleksi kasut baru Super-J Hush Puppies dinamakan sempena maskot terkenal jenama itu, Jason. Ia mempunyai pelbagai koleksi kasut bergaya dan selesa, termasuk yang terkini: edisi terhad Betsy yang merupakan lambang gaya jalanan.
Koleksi Betsy yang direka khusus untuk golongan wanita tampil dengan rekaan kasut sneaker serba putih yang sentiasa mendapat sambutan luar biasa sejak sedekad yang lalu. Sebagai jenama yang dipercayai ramai, Hush Puppies membuat inovasi terkini mengikut citarasa peminatnya.
Berasaskan gaya klasik asas, rekaan terkini koleksi terhad ini memberi fokus kepada gaya, keselesaan dengan harga yang berpatutan. Dihasilkan menggunakan teknologi berkualiti untuk memastikan ia mengikut fesyen terkini namun tetap selesa disarung di kaki.
Betsy diperkenalkan dalam dua warna pilihan iaitu emas dan hijau dan ia diserlahkan dengan cetakan grafik yang memberikan gaya sentuhan ceria. Kelainan kasut ini ditampilkan dalam rekaan tidak sepadan iaitu sebelah kasut mempunyai tali dan sebelah lagi tanpa tali – gaya ini dapat menampilkan kelainan pada si pemakai. Setiap pasang dilengkapkan dengan logo jenama serta perkataan Super-J yang dicetak menggunakan tulisan tangan.
Koleksi Betsy berharga RM269 sepasang, serta didatangkan dengan sekaki payung edisi terhad dan mempunyai reka bentuk grafik yang senada dengan kasut.
Aksesori hijau beraksen dengan koleksi logo berwarna emas dan putih menghasilkan gabungan yang menarik. Tidak kira sama ada anda peminat warna emas atau hijau, Hush Puppies mahukan anda sentiasa menjadi individu yang baik, berani, selesa dan jujur.
Koleksi kapsul Super-J Betsy edisi terhad boleh didapati bermula dari 27 Oktober 2022 di semua stor Hush Puppies di seluruh negera. Anda juga boleh beli secara dalam talian di https://hushpuppies.my/.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...