Kuala Lumpur merupakan tempat pentadbiran ketika zaman British sebelum Merdeka lagi. Disebabkan itu, Bandaraya Kuala Lumpur dihiasi pelbagai binaan agung serta struktur bangunan yang menpunyai nilai sejarah yang tinggi dan menarik.

Kalau pelancong luar datang memang teruja untuk ambil gambar kenangan disekitar kawasan tersebut. Antara destinasi tersebut adalah Bangunan Sultan Abdul Samad, Victorian Fountain, Restoran Warisan, Kelab Diraja Selangor dan Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu.

Teknologi makin maju, ayuh rakyat Malaysia perkenalkan negara anda dan ajak lebih ramai pelancong luar datang melalui gambar-gambar destinasi menarik yang ada disekitar Kuala Lumpur ke dalam sosial media!

Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Warisan Di Kuala Lumpur Lokasi Ideal Kaki Instagram Bergambar

Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak berhadapan Dataran Merdeka menjadi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Tidah lengkap jika pelancong luar yang mengunjungi Kuala Lumpur tindak singgah di sini untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor yang memerintah ketika itu dan dibina pada 1894. Kini, bangunan ini telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dan pernah suatu ketika dijadikan sebagai Mahkamah Agung.

Reka bentuknya dihasilkan oleh Arthur Charles Alfred Norman, seorang arkitek Inggeris sekitar tahun 1893-1897. Beliau mendapat ilham daripada seni bina Taj Mahal yang membawa kepada konsep seni bina Moor dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad. Batu-bata yang berkualiti berwarna merah turut dibawa dari India.  Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 41.5 meter yang masih berfungsi sehingga kini. Ciri utama bangunan ini adalah pada ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked. Jika dilihat dari pandangan atas, keseluruhan bangunan ini berbentuk seperti huruf F.

Sambutan Detik Bersejarah

Bangunan Warisan Di Kuala Lumpur Lokasi Ideal Kaki Instagram Bergambar

Kubah tembaga yang berkilauan dan sebuah menara jam tinggi 40 meter menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa sejarah, di antaranya pengisytiharan kemerdekaan Malaysia (Malaya pada ketika itu) pada 31hb Ogos, 1957 dan juga penurunan Bendera Union Jack. Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi lokasi untuk peristiwa-peristiwa penting seperti Perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan ketibaan Tahun Baru. Berhadapan bangunan ini letaknya Dataran Merdeka yang turut menjadi lokasi acara-acara utama negara. Di sini juga terdapat tiang bendera tertinggi di dunia setinggi 100 meter.

View this post on Instagram

Spent all my money on food and fabric ?

A post shared by CASEY BOOTH (@caseybooth_) on

View this post on Instagram

get lost in what you love?

A post shared by era putri amazta f (@eraamztf) on

Kelab Diraja Selangor

Bangunan Warisan Di Kuala Lumpur Lokasi Ideal Kaki Instagram Bergambar

Kelab Diraja Selangor atau dahulunya digelar The Spotted Dog adalah sebuah kelab sukan kriket di Kuala Lumpur yang bermula pada 1884. Kelab ini terletak di Jalan Raja berdekatan dengan Dataran Merdeka. Pada tahun 1884, struktur bangunannya hanya menggunakan papan dan berbumbung atap nipah sahaja. Ahli-ahli pertamanya terdiri daripada H.F. Bellamy, D.G. Campbell, S.E. Harper, D.G. Gordon, Arthur Charles Alfred Norman, S.B.R. Reyne, H.C. Syers, K. Tambusamy Pillai dan A.R. Venning. Dataran Merdeka pada asalnya merupakan padang kriket bagi Kelab Diraja Selangor.

Bangunan Warisan Di Kuala Lumpur Lokasi Ideal Kaki Instagram Bergambar

Di padang hadapan bangunan ini merupakan lokasi bendera Union Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957. Semenjak peristiwa itu, ia dikenali dengan nama Dataran Merdeka menjadi tempat perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia setiap tahun. Di Dataran Merdeka terletak tiang bendera setinggi 95 meter yang merupakan tertinggi di dunia.

Victorian Fountain

Bangunan Warisan Di Kuala Lumpur Lokasi Ideal Kaki Instagram Bergambar

Binaan Victorian Fountain merupakan sebuah mangkuk air pancur bertingkat yang terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka. Usia air pancur ini dianggarkan berusia lebih 100 tahun. Ia dibawa khas dari England untuk diletakkan di Kuala Lumpur sebagai satu bentuk dekorasi tambahan untuk kota Kuala Lumpur. Dinamakan sempena Ratu England, Victoria, binaan air pancur ini mempunyai seni reka yang diadaptasi dari seni reka Art Nouveau.

Panggung Bandaraya

Bangunan Warisan Di Kuala Lumpur Lokasi Ideal Kaki Instagram Bergambar

Bangunan Panggung Bandaraya merupakan antara binaan yang tertua di Malaysia berusia lebih 100 tahun. Pada suatu ketika dahulu, Panggung Bandaraya amat terkenal dalam kalangan penggiat teater dan pencinta seni untuk pementasan persembahan mereka. Malang tidak berbau, bangunan yang berciri Moor ini pernah terlibat dalam satu kebakaran pada tahun 1992, dan telah dipulihara semula sehingga menyenaraikannya antara panggung yang tercanggih di Malaysia.

View this post on Instagram

??

A post shared by N A D E A . (@gulabbjamun) on

View this post on Instagram

Panggung Bandaraya 200118 #kltrip #dataranmerdeka

A post shared by rhaditya23 (@rhaditya23) on

View this post on Instagram

Facing new hope in new year..

A post shared by hermanto_bi (@hermanto_bi) on

Hotel Majectic Kuala Lumpur

Bangunan Warisan Di Kuala Lumpur Lokasi Ideal Kaki Instagram Bergambar Bangunan Warisan Di Kuala Lumpur Lokasi Ideal Kaki Instagram Bergambar

Hotel Majestic Kuala Lumpur memberikan momen penuh bersejarah kepada setiap tetamunya, bukan sahaja mempunyai keistimewa dek  kerana bangunannya tetapi ia merupakan binaan saksi sejarah Malaysia. Hotel Majestic direka oleh seorang arkitek Belanda, Van Leangeanderg dengan keluasan 150 kaki panjang dan 70 kaki tinggi. Semasa kegemilangannya, ia menjadi kediaman untuk golongan kenamaan serta kelompok elit penjajah British.

Bangunan Warisan Di Kuala Lumpur Lokasi Ideal Kaki Instagram Bergambar Bangunan Warisan Di Kuala Lumpur Lokasi Ideal Kaki Instagram Bergambar Bangunan Warisan Di Kuala Lumpur Lokasi Ideal Kaki Instagram Bergambar

Bangunan ikonik itu mula membuka pintu untuk kunjungan tetamu pada 15 Ogos 1932 dan kini usianya mencecah 80 tahun. Terletak di lokasi strategik di Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur, bangunan ini pernah menjadi salah satu hotel terbesar di Tanah Melayu dengan kapasiti 51 buah bilik ketika itu. Kini The Majestic Kuala Lumpur dibuka semula setelah ditutup lebih 28 tahun dengan gabungan unsur tradisional dan moden, serta masih mengekalkan identiti lamanya.

Bangunan Keretapi Stesen Tanah Melayu

Bangunan Warisan Di Kuala Lumpur Lokasi Ideal Kaki Instagram Bergambar

Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu pada satu ketika dahulu merangkumi bangunan stesen, hotel dan pejabat pentadbiran dibina pada zaman kemuncak ketika berlakunya pembangunan pesat dan perubahan teknologi pengangkutan keretapi di Tanah Melayu. Bangunan ini merupakan stesen ketiga di Kuala Lumpur yang merupakan sebuah bangunan beratap sementara menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang (Pengkalan Batu) dengan landasan keretapi yang pertama untuk menghubungkan bandar ini dengan kawasan-kawasan lain di Semenanjung Tanah Melayu.

Bangunan Warisan Di Kuala Lumpur Lokasi Ideal Kaki Instagram Bergambar

Pada asalnya, bangunan stesen ini mengandungi tiga platform yang berkonsep ringkas dan terbuka dengan ruang legar yang luas berbumbung selari dengan platform. Stesen Keretapi Tanah Melayu ini merupakan antara bangunan terindah yang memperlihatkan perkembangan reka bentuk dan nilai estetika melalui kepelbagaian seni hiasnya seperti penggunaan berulang gerbang besar (Gothe) dan  disulam beranda di setiap tingkat, serta tingkap besar dan kubah dengan tiang tegak terpintal yang terletak di empat penjuru bangunan.

Pulihara Kesan Kemusnahan

Dalam lipatan sejarah, bangunan ini pernah mengalami kemusnahan dan kerosakan besar iaitu di bahagian sayap utara akibat terkena bedilan bom semasa Perang Dunia Kedua. Kemudian, pada 14 November 1968, bahagian yang sama di tingkat kedua musnah akibat kebakaran yang tercetus.

https://www.instagram.com/p/BLvFBOAj4hb/?utm_source=ig_web_copy_link

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI