Sungai Kesang Melaka, Sungai Tular Yang Cantik Untuk Bersantai. Ada Jambatan Gantung Tau Kat Sini

Share

Keindahan Sungai Kesang yang terletak di Laman Belia Sungai Rambai Melaka bersempadan negeri Johor pernah tular di Facebook ketika PKP, lalu menarik perhatian ramai untuk mengenali lokasi itu. Ramai menggambarkan kawasan itu sangat unik kerana air jernih kebiruan yang menampakkan dasar sungai.


image via google

Ramai yang datang begitu teruja untuk mandi-manda di kawasan berkenaan, namun Jabatan Perhilitan negeri Melaka telah pun menasihatkan pengujung agar aktiviti itu tidak dilakukan dibimbangkan akan mengganggu habitat buaya yang dilaporkan wujud di kawasan berkenaan sejak tahun 2018.


image via bernama

Ingat tau, kalau anda teringin datang ke lokasi ini agar mengikut segala arahan yang ditetapkan. Ini perkongsian menarik daripada saudara Muhammad Fariqh

yang berkesempatan singgah ke sungai viral Melaka ini.

Hi guys, nak share sikit pengalaman aku semalam menerjah Sungai Rambai. Sesiapa yang sebelum ni pernah perasan, nama Sungai Rambai famous dan viral few months ago takala kajernihan air sungainya yang hijau dan sangat clear sehingga nampak ke dasar sungai!


Even dari rumah aku ke Sungai Rambai ni tak jauh (dalam 30minit je), baru sekarang berkesempatan nak lepak santai kat sini. Biasa pegi Dataran Pahlawan je. Sungai Rambai memang terkenal dengan jolokan Gerbang Selatan Melaka sebab kat sini sempadan Johor dah.

  • Korang lepas je Sungai Rambai, dah masuk area Muar, Johor. Sungai yang famous tu Sungai Kesang, bukan Sungai Rambai. Sungai Rambai tu nama tempat je jangan confuse pulak sebab ramai cakap sungai yang jernih tu Sungai Rambai. Aku yang dah lama dok Merlimau ni pon tercari-cari tang biler lak Sungai Kesang tukau nama jadi Sungai Rambai
  • Back to story, semalam ke sana ketika cuaca mendung sedikit dan hujan renyai. So agak cantik nak bergambau. Aku ke sini bukan nak tengok sgt sungai tu tapi nk amik gambau kat jambatan gantung kat sungai ni.
  • Tapi memang betul, sungai tu sangat jernih sampaikan reflection gambau sangt jelas dan dapat tengok ikan berenang kat dasar sungai!
  • Sampai jam 6pm, aiya…ghamai bebenau umat manusia lepak-lepak bawak family untuk santai kat sini. Nasihat aku, nk ke sini, elakkan weekend atau datang waktu pagi, nanti baru korang puas bergambau kat sini!







image via google

IKLAN