Kalau anda memang minat dengan camping, memang sesuai datang pacak khemah di JiwaCamp, Sungai Pandan Waterfall.
Dengan bunyi semula jadi unggas binatang dan sungai yang amat tenang, boleh buat nyenyak lena di sini.
Hah, kat sini malam tidur memang tak ada nyamuk. Tapak khemah yang besar dan bersih. Kemudian plugpoint dari jam 7.00 pagi sampai 7 malam berdekatan dengan khemah.
Paling best, sungai mesra alam untuk budak-budak berhadapan tapak berlian. Jadi mak ayah boleh healing tenang ribut jiwa dan anak-anak selamat bermain.
Ads
Banyak aktiviti untuk anak-anak yang disediakan. Owh ya, kalau suka lepak-lepak minum, di dalam campsite ada kedai kopi jiwa menyediakan sarapan dan kopi.
Ads
Malam ada busking, yang minat muzik memang layan. Cuma yang sukar, bab line telefon. Kalau YES lepas, line yang lain memang tak dapat. Jadi kena bersedia untuk putus dengan internet kejap.
Ads
Sebarang masalah boleh berurusan dengan pihak pengurusan yang cukup bagus akan membantu anda sepanjang perkhemahan.
Yang nak merasa suasana berkhemah dengan keluarga tersayang, boleh datang sini, ya!
Lokasi:
Campsite terletak di Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sekali pandang rumah ini kelihatan seperti rumah kampung biasa yang lain. Namun rupanya rumah lama yang terletak di Perak ini mempunyai keistimewaan tersendiri.
Rupanya terdapat 16 tiang untuk menyokong keseluruhan struktur dan seni bina tradisional Rumah Bumbung Panjang Perabung Lima berusia hampir setengah abad ini serba unik.
Teratak diberi nama Rumah Tiang 16 (RT16) terletak di Kampung Kubang Jambu Lenggong, Perak dibina pada 1974.
Simboliknya pembinaan RT16 turut menjadi platform mengetengahkan ‘permata warisan’ di Lenggong sebagai tarikan pelancongan.
Justeru, Heritage Stay by Rumah Tiang 16 – Inap Warisan oleh Rumah Tiang 16 (IWRT16) dilancarkan Ogos 2019 dan tersenarai dalam peta pelancongan di Lembah Lenggong.
Menurut Abdul Nasir Jalaludin yang mewarisi rumah tinggalan bapanya, Allahyarham Jalaludin Che’ Man, berkata matlamat itu sesuai dengan hasratnya untuk kembali ke kampung kelahirannya selepas beliau enam beradik berpindah ke Ipoh sejak 1981.
Namun, pada hujung 2017 beliau teruja kembali semula ke kampung halamannya dan menginap di rumah berkenaan.
Katanya, RT16 lokasi strategik dikelilingi beberapa destinasi pelancongan menarik seperti gua batu kapur, tasik, lata air terjun, kampung tradisional sarat dengan monumen bersejarah, makanan tradisional dan pelbagai lagi.
Tambahnya lagi, rumah ini mempunyai ruang anjung yang ditukar menjadi beranda. Dari pandangan sisi seperti rumah kutai, tetapi dibuat dua tingkat bagi menampung keluarga besar.
Lengkap ruang tamu atas dan bawah, dapur, makan, bilik solat, tiga bilik tidur, dua bilik air dan bilik bacaan, identiti RT16 lebih terserlah dengan koleksi perabot, dan perhiasan klasik dan retro begitu menggamit nostalgia.
Rumah ini juga diperbuat daripada kayu cengal mas, merbau dan kemuning kelihatan tersergam indah berciri penempatan tradisional.
Bahagian bawah rumah ini berdindingkan batu konkrit separuh berdindingkan kayu, manakala tingkat atas dibina dengan menggunakan kayu sepenuhnya serta diperkemaskan dengan ukiran.
Ternyata pengalaman menginap di sini akan dapat merasai suasana sebenar yang tenang dan permai. Malah turut dilengkapi balkoni dan pemandangan taman saujana mata memandang.
Justeru katanya, bagi mereka yang ingin menikmati pakej 3H2M boleh mendapatkan maklumat di www.rumahtiang16.com atau Facebook dan Instagram Rumah Tiang 16.
Bila sebut Eropah sahaja, asyik bercita-cita ke Paris sahaja! Why not pilih Eropah Timur sebagai lokasi percutian idaman pula kan?
Antaranya seperti Poland iaitu negara yang pernah menjadi blok komunis satu ketika dahulu antara 1940 sehingga 1945.
Bermula dari ibu negaranya iaitu Warsaw (disebut Warszawa), Gdansk sehingga ke kawasan semula jadinya, Murzasichle dan Gunung Tatra tetap menjadi tumpuan hampir sepanjang tahun sama ada dalam kalangan penduduk tempatan atau pelancong luar negara.
Lokasi wajib dikunjungi jika berpeluang ke Warsaw sudah tentu Kota Lama (Old Town) yang digelar masyarakat tempatan sebagai ‘Stare Miasto’. Ia adalah lokasi menempatkan banyak bangunan bersejarah bercirikan seni Renaissance, Baroque dan Gothic yang satu ketika dahulu pernah musnah akibat peperangan. Ia boleh diibaratkan kita berjalan di kawasan kota lama Eropah.
Masyarakat Poland juga sangat menghargai sejarah. Tidak hairanlah, muzium menjadi sesuatu yang sangat dihargai. Kawasan itu juga menempatkan dataran luas yang menjadi tempat berkumpul penduduk pada zaman dahulu.
Ramai pelukis dan pemuzik jalanan menjadikan kawasan itu sebagai tempat mereka mencari rezeki dengan mempamerkan hasil seni lukisan serta bermain alat muzik bagi menghiburkan pengunjung.
Selain itu, tempat bersejarah seperti muzium Auschwitz Birkenau yang pernah menjadi pusat tahanan semasa zaman pendudukan Nazi Jerman juga berjaya menarik pelancong dari seluruh dunia terutama dari Jepun dan China.
Poland bakal membuka kolam renang paling dalam di dunia yang mempunyai kedalaman 45 meter di bandar Msxczonow, tahun ini. Kolam digelarkan sebagai DeepSpot itu memerlukan 8,000 meter kubik air untuk mengisinya dan jumlah itu bersamaan dengan memenuhi 27 kolam renang Olimpik.
Kolam itu akan terbuka untuk semua jenis peringkat perenang termasuk atlit dan penyelam profesional. Selain itu, DeepSpot turut dilengkapi dengan fasaliti lain seperti bilik persidangan, restoran, hotel dan terowong dalam air untuk pengunjung.
Di samping itu, Poland juga antara negara yang selamat untuk dikunjungi terutama kepada pengembara solo. Mungkin beberapa panduan ini boleh membantu anda yang mungkin bercadang mahu melancong ke Poland. Antaranya:
Tidak seperti Perancis penduduk di sini terutama golongan muda kebanyakan boleh berbahasa Inggeris kerana majoritinya pernah bekerja di United Kingdom, Ireland atau Belanda. Begitu juga golongan pertengahan umur yang tinggal di bandar. Bahasa mudah yang mungkin boleh dipelajari seperti ‘czecs’ (hai) dan ‘Djengkuye’ (terima kasih).
Secara keseluruhannya, 90 peratus daripada lebih 38 juta populasi penduduk Poland beragama Kristian Katolik manakala penduduk Islam dianggarkan hanya sekitar 30,000 orang. Walaupun jurang itu terlalu besar, namun tiada tekanan ke atas golongan minoriti di sana malah kerajaan Poland membenarkan setiap penduduknya mengamalkan ajaran masing-masing.
Poland menggunakan nilai mata wang Zlotych.
Suhu pada musim sejuk boleh mencecah sehingga negatif. Tetapi kadang kala cuaca di sini turut berubah.
Ada beberapa barangan agak murah dan ada juga yang mahal. Sebagai contoh kebanyakan kos makanan untuk sehari ketika di sana antara 20 sehingga 40 Zlotych (mungkin lebih) jika anda makan di kedai. Begitu juga dengan penginapan iaitu antara 50 sehingga 150 Zlotych.
Bagi pelancong beragama Islam, memasak merupakan pilihan terbaik. Walau bagaimanapun ada juga gerai yang menjual makanan halal seperti kebab.
Poland juga mempunyai sistem pengangkutan yang efisien walaupun ia bukanlah sebuah negara maju seperti Perancis atau Belanda. Begitu juga dengan segala kemudahan di sana yang serba lengkap. Cuma ada masa tertentu ketika cuti umum anda boleh melihat hampir semua kedai dan pusat membeli belah tutup.
Jom layan beberapa foto menarik di sekitar Poland.
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...