
Di Langkawi, antara tarikan yang sudah lama di praktikan di sini adalah pengalaman merasai dan menaiki ‘Sunset Cruise'.
Anda boleh dapatkan perkhidmatan daripada pelbagai agen pelancongan berdaftar di Langkawi yang dilengkapi pakej makan malam pada waktu petang hingga ke malam. Sambil dihidangkan menu enak yang disediakan di atas kapal, mata anda pasti tidak henti menyaksikan keindahan alam dan lautan terbentang luas dari bahagian deck atas kapal.
Ternyata ia satu detik yang mengujakan dan sukar didapati di tempat lain. Anda juga boleh membawa pakaian bersesuaian sekiranya mahu merasai pengalaman jakuzi asli air laut yang disediakan di bahagian belakang bot cruise. Perjalanan lebih tiga jam mengelilingi lautan dan kemuncaknya adalah ketika menyaksikan matahari terbenam yang sangat mengasyikkan.
Ini pengalaman yang dikongsikan oleh si pengantin baru Fitry Amira

- Antara aktiviti highlight trip honeymoon kami ke Pulau Langkawi kali ini ialah Sunset Dinner Cruise.
- 3 jam dibawa belayar merentas lautan sambil melihat pemandangan menarik sekitar Pulau Langkawi memang pengalaman yang takkan dilupakan. Really worth the money guys!
- Terdapat banyak company yang menawarkan pakej sunset dinner cruise di Langkawi. Selepas survey beberapa syarikat, kami decide utk pilih Tropical Charters dan alhamdulillah sangat puas hati dgn layanan yg diberikan. Krew2x kapal sgt friendly dan happening
- Harga asal lebih kurang dlm Rm350 per pax dan kami agak bertuah sebab dpt grab harga promo Rm170 sahaja per pax
- Kami menaiki kapal layar dari jeti Resort World Langkawi bermula pkl 5pm – 8pm. Antara aktiviti sepanjang berlayar ialah salt jacuzzi bath (mandi air laut)dan makan malam (barbeque) sambil menikmati matahari terbenam.
Jadi, untuk anda yang mencari kelainan aktiviti di Langkawi boleh include sunset dinner cruise dalam itenari.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Tip Bila Melancong & Berada Di Tempat Orang, Terutamanya Selepas PKP

Kita semua harus akui dan terima, entah bila lagi kita akan berpeluang untuk makan angin atau melancong. Apatah lagi luar negara, merentas negeri pun nampaknya masih jauh lagi dari jangkauan kita.
Namun usah gusar. Pastinya kita akan berpeluang untuk melakukan itu semua dengan syarat semua pihak berganding bahu sama-sama membantu barisan hadapan membendung penularan wabak sedang melanda ini. Cara terbaik, daftar dan dapatkan suntikan vaksin!
Buat anda yang berkira-kira dan merancang untuk melancong selepas ini, mungkin sudah banyak lupa akan tip terutamanya bila berada di tempat orang. Usah risau, LIBUR akan kongsi 10 tip menarik untuk kita sama-sama ‘ulang kaji pelajaran’!
1. Jangan menginap di kawasan terpencil yang jauh dari bandar
Tinggal di hotel yang terletak di pinggir bandar mungkin lebih memudahkan dan menjimatkan kos. Tetapi sistem pengangkutan di luar bandar adalah kurang jadi anda mungkin terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membayar pengangkutan. Sebaiknya, tempah hotel di kawasan pusat bandar yang dikelilingi dengan banyak kemudahan selain berhampiran dengan tempat-tempat menarik. Dengan ini, anda berpeluang untuk mengunjungi pelbagai lokasi dan tidak perlu mengambil banyak masa untuk pulang semua ke hotel.
2. Sentiasa membaca ulasan daripada pelanggan lain
Setiap kali anda hendak mengunjungi mana-mana lokasi seperti hotel dan restoran, pastikan anda membaca dahulu semua ulasan daripada pelanggan terdahulu. Hal ini akan membantu mengelakkan anda daripada mengalami pengalaman yang tidak menyeronokkan.
Antara laman sesawang dan aplikasi yang boleh anda lihat adalah:
- Tripadvisor – Anda boleh mencari ulasan tentang apa-apa sahaja sama ada restoran kecil mahupun kawasan yang terkenal dan bertaraf tinggi.
- Foursquare – Laman sesawang dan aplikasi yang sangat membantu. Dengan aplikasi ini, anda boleh mencari lokasi terbaik untuk berseronok, menikmati makanan tempatan yang mengenyangkan dan sebagainya.
- Yelp – Yelp berfungsi lebih kurang sama dengan Foursquare tetapi ia lebih mengkhusus kepada restoran dan juga kafe.
3. Bawa ubat-ubatan
Ketika bercuti, anda perlu sentiasa membawa bekalan ubat-ubatan asas seperti ubat demam, selesema, minyak angin, pembalut luka dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Dengan cara ini, anda boleh merawat diri sendiri sekiranya berlaku kecemasan dan tidak perlu membazir wang untuk mendapatkan rawatan di klinik.
4. Pastikan anda membawa makanan ringan
Perkara ini mungkin agak melecehkan tetapi sangat membantu sekiranya anda sukar untuk mendapatkan makanan halal di luar negara. Antara makanan yang boleh anda bawa adalah seperti biskut, buah, mi segera dan paket minuman segera.
Anda juga dapat menjimatkan wang dan menggunakan wang lebihan untuk membeli buah tangan buat keluarga di Malaysia.
5. Jangan membawa terlalu banyak barang
Sewaktu mengemas bagasi, kita sentiasa merasakan kita tidak membawa barangan yang mencukupi. Jadi, kita akan terus menyumbatkan segala barangan yang tidak penting sehingga akhirnya beg kita menjadi kembung dan berat! Pastikan anda hanya membawa barangan yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Sebagai contoh, bawa selendang yang bukan sahaja boleh digunakan sebagai tudung tetapi juga boleh dijadikan sebagai selimut, kain lapik semasa berkelah dan menggantikan baju sejuk anda.
6. Melantik seorang rakan sebagai ketua
Ketua yang dimaksudkan adalah individu yang boleh diharapkan untuk mengetuai sesuatu perjalanan. Biasanya, ketua dalam pengembaraan ini adalah seorang yang terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling.
Dengan adanya seseorang untuk boleh mengambil tanggungjawab ini, perjalanan akan menjadi lebih selamat dan menyeronokkan terutamanya ketika bercuti di luar negara.
7. Jangan takut untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan
Semasa mengembara ke luar negara, anda harus menjadi ringan mulut dan mesra dengan penduduk tempatan. Sebaiknya, berkawanlah dengan mereka dan juga para pelancong lain supaya memudahkan anda untuk meminta pertolongan seperti cadangan tempat penginapan yang selamat atau lokasi restoran yang menyajikan makanan enak.
8. Beli tiket secara atas talian
Jika anda mahu pergi ke tempat yang terkenal seperti Louvre, anda harus membuat tempahan tiket lebih awal secara atas talian. Dengan cara ini, anda tidak perlu menunggu terlalu lama dan berbaris di barisan yang panjang.
9. Membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan
Ada individu selalu membeli cenderamata yang tidak cantik dan ada juga yang akan menyesal di kemudian hari kerana tidak membeli apa-apa cenderamata sebelum pulang ke negara asal. Kami cadangkan supaya anda mengunjungi kedai-kedai cenderamata atau pasar lambak bagi mendapatkan pelbagai cenderamata istimewa dengan harga yang murah! Kebanyakan barangan yang dijual adalah hasil buatan penduduk tempatan sekali gus menjadikannya perkara wajib yang harus dibawa pulang!
10. Jangan takut untuk mencuba makanan tempatan
Kita semua mempunyai citarasa tersendiri dan segelintir daripada kita tidak suka atau takut untuk mencuba makanan baharu. Jika anda seperti ini, anda sememangnya manusia yang rugi! Bukankah lebih bagus jika anda dapat merasai makanan-makanan unik yang menjadi pilihan penduduk tempatan. Pengalaman ini pastinya dapat memberikan sejuta kemanisan dalam kenangan pengembaraan anda.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelancong Malaysia Dihalau Masuk Australia Kerana Bawa Wang Belanja AUD350 Sahaja Untuk Percutian 5 Hari

Umum mengetahui Australia merupakan negara yang mempunyai undang-undang imegresen dan kastam yang sangat ketat untuk dilalui jika ingin masuk ke negara mereka. Lebih-lebih lagi jika anda adalah warganegara Malaysia.
Tidak perlu lagi diceritakan mengapa dan kenapa rakyat Malaysia seringkali dipantau ketat untuk masuk ke Australia. Ia terjadi akibat daripada sikap penting diri rakyat kita sendiri yang suka masuk ke negara kanggaru itu untuk tinggal lebih masa dan salah guna visa pelancongan atau lawatan yang diberikan semata-mata untuk berkerja secara haram di sana.
Terbaru, seorang wanita yang dikenali dengan nama Reen di laman twitter, ada kongsikan ‘thread’ dihalau dari masuk ke Australia walaupun mempunyai visa masuk yang sah. Ini gara-gara dia hanya membawa wang sejumlah AUD350 sahaja untuk percutian 5 hari di sana bersama rakan-rakannya.
Baca perkongsiannya.
Today rs mcm nk share experience kiteorang ber-6 kena denied boarding ke Perth, Aussie. Denied bkn sbb visa x approve, denied sbb fully based on silly assumption. So, those nk pergi, boleh ambil iktibar & prepare.
Tp, xnk la this thread jd syok sendiri. Cukup 20rt i start! pic.twitter.com/0AzxZoEuZB
— Reen (@reenzahari) August 6, 2019
Ramai yang meninggalkan komen dan ada juga memberikan info yang sepatutnya atas kes yang berlaku. Diharap lepas ini jika ada yang bercadang bercuti ke mana sahaja destinasi, membuat sedikit rujukan terlebih dahulu mengenai undang-undang di setiap negara yang ditujui.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip & Panduan Ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Bersama Keluarga & Anak Kecil

Air Terjun Pelangi bukan sahaja menjadi destinasi utama penduduk tempatan bersantai malah sangat terkenal dalam kalangan pengunjung luar lebih-lebih lagi setelah menjadi viral di sosial media.
Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ini. Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi. Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam, berenang, sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam. Para pencinta alam semulajadi akan terpesona dengan percikan aliran air terjun setinggi 250 meter dan kejernihan kolam air yang dihiasi dengan biasan sang pelangi yang indah.
Ini panduan untuk anda yang bercadang ke Air Terjun Pelangi bersama keluarga dan anak kecil dikongsi oleh Azizi Aziz
Pernah tak tengok pelangi depan-depan? Kami pun tak pernah terbayang selama ni pelangi ni sebenarnya boleh nampak terang dan jelas di satu tempat yang kami kunjungi baru-baru ini Sg. Lembing, Pahang.
- Jika anda dari KL, anda perlu pandu menghala ke Kuantan. Tapi takde la sampai ke ke bandar. Ada sebuah pekan yang dinamakan Sg. Lembing.
- Kami bermalam di The Backpacker’s Village. Tempat penginapan ini adalah hostel yang menyediakan bilik air berkongsi dan dapur untuk memasak. Cuma bawa sendiri dapur stove. Taknak masak pun takpe. Kedai makan ada banyak.
- Kami menginap 5 orang sekeluarga. 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Jadi, pihak hostel berikan satu bilik mempunyai satu katil queen dan 2 katil double decker. Kebetulan pergi bukan waktu peek hour. Jadi, kami tidak perlu berkongsi bilik air dengan penginap lain.
- Kami upah guide untuk masuk dengan bayaran RM70. Harga tu termasuk mohon permit, naik 4 wheel dan makan minum (meggi & air milo) Kalau nak masuk sendiri, takde masalah. Cuma kena mohon juga permit di food court pukul 6.30 pagi hari berkenaan.
- Bagi yang pergi dengan guide, anda perlu bergerak seawal 6.15 pagi lagi. Kemudian guide akan bawa anda untuk sarapan sekejap di area food court. Sebagaimana saya nyatakan tadi, di situ jugalah tempat mohon permit.
- Kami tidak makan di situ kerana telah sediakan makan sendiri di hostel.
- Selesai peserta lain makan pagi dan permohonan telah dibuat, kami dibawa ke tempat sunrise. Jalan ke sana tidak bertar. Jadi, bersiap sedia untuk rasa bergegar sepanjang perjalanan.
- Nasib kami tidak baik kerana awan banyak pagi tu. Jadi, tak dapat la tengok sunrise. Malam semalam hujan. Itu yang berawan banyak. Tanpa berlengah, perjalanan diteruskan lagi selama 40 minit menuju ke Lubuk Beruk.
- Sampai ke Lubuk Beruk, anda diberi masa untuk ke tandas, beli air atau sewa kasut. Kalau rasa kasut tu tidak jenis tak grid, boleh sewa RM3 sepasang.
- Perjalanan menuju ke Air Terjun Pelangi mengambil masa selama 30 minit. Lebih kurang 1 kilometer jauhnya. Trek tidak la terlalu sukar. Cuma agak licin di kawasan berbatu yang menghampiri air terjun. Sila berhati-hati. Ramai yang terjatuh termasuk isteri saya. Tapi, alhamdulillah semua yang jatuh tu takde apa-apa.
- Pandangan saya, jika dah rasa kasut tidak bersesuaian, elok sewa kasut dengan uncle di Lubuk Beruk tu tadi. Kasut saya nasib baik bersesuaian. Takde pun tergelincir semasa melalui batu.
- Pelangi yang cantik akan muncul pukul 9 pagi. Jadi, anda perlu bergegas mengikut masa yang ditetapkan. Kami tiba pukul 8.55 pagi di kawasan air terjun. Besar pelangi muncul ketika itu. Jika cahaya matahari kurang, maka pelangi kelihatan kabur.
- Nasib kami baik kerana matahari terang benderang sehingga menampakkan pelangi yang sangat cantik. Kejap je. Pukul 10 dah hilang. Sebab matahari dah meninggi dan menghala ke belakang air terjun.
- Aktiviti di Air Terjun Pelangi ni tak lain tak bukan ambil gambar jela. Mandi tu dah jatuh aktiviti tempat kedua. Guide akan menghidangkan meggi dan air panas kepada peserta.
- Itu sahaja perkongsian saya. Elakkan pergi hari hujan. Bawa beg kalis air. Sebab memang akan basah disebabkan biasan air terjun. Kalau nak pergi, pastikan kasut bersesuaian. Nak bawa anak boleh. Pakaian dan kelengkapan perlu juga bersesuaian. Setakat tengok, budak-budak takde jatuh pun. Semuanya bapak dan mak budak je yang tergolek.
Satu lagi, hujung minggu memang ramai. Sekian.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI