Malaysia terkenal dengan keunikan flora dan fauna yang tersendiri selain menjadi tumpuan dunia mengkaji habitat yang pelbagai.
Namun ada berita sedih yang ingin dikhabarkan. Terkini, tinggal kurang daripada 200 ekor harimau Malaya di Semenanjung Malaysia manakala badak sumbu Sumatera pula hanya tinggal kenangan. Nasib yang sama juga menimpa tapir Malaya yang sehingga kini bilangannya didapati kurang daripada 1,500 ekor di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pada 27 April lalu, Hari Tapir Sedunia disambut setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan konservasi spesies tapir dan habitatnya di seluruh dunia yang diancam kepupusan.
Foto: wikipediaFoto: Malaymail
Ads
Kadar kematian tapir Malaya di Semenanjung Malaysia ialah antara 30 hingga 35 ekor setiap tahun, lazimnya disebabkan kemalangan jalan raya.Tapir merupakan haiwan terlindung dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
“Kita harus bertindak pantas sebelum terlambat seperti apa yang telah berlaku kepada populasi badak sumbu Sumatera dan badak Jawa di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Sabah Environmental Trust, Dr Rahimatsah Amat.
Ads
Menurut Dr Rahimatsah, pelan safe haven adalah satu kaedah saintifik bagi mengurangkan risiko kepupusan sesuatu spesies dengan membahagikan populasi haiwan itu di dua kawasan, berbanding membiarkannya pupus di satu kawasan dengan kadar kematian tinggi.
Memperkenalkan semula habitat selamat atau safe haven di Sabah bagi tapir Malaya mampu menambah peluang bagi spesies itu membiak di bawah pemantauan pakar dan saintis sekali gus mengurangkan risiko kepupusan.
Ads
Borneo Rhino Sanctuary, Lahad Datu merupakan lokasi dicadangkan untuk memulakan program safe haven tapir Malaya, kerana kawasan itu kini terbiar selepas kepupusan badak sumbu dan sangat sesuai bagi kehidupan dan pembiakan spesies tapir berkenaan.
Tersergam indah dengan pesona sentuhan kolonial Hotel Wyndham Garden Shahzan kini menjadi lokasi penginapan terbaru buat mereka yang berhasrat bercuti di Bukit Fraser.
Dikelilingi dengan alam semula jadi yang segar dan indah, bangunan putih ini cukup cantik dijadikan latar belakang foto percutian di tanah tinggi yang dingin ini.
Dulunya dikenali sebagai Shahzan Fraser’s Hill, hotel ini dijenamakan semula sebagai Wyndham Garden Shahzan sejak enam bulan lalu.
Majlis perasmian hotel telah berlangsung baru-baru ini disempurnakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menawarkan 92 bilik yang sudah ubah suai mereka yang menginap di sini akan disajikan dengan pemandangan indah serta udara segar dari setiap bilik yang dilengkapi balkoni.
Menurut Group CEO, Hospitality 360 Sdn Bhd Dato’ Sri Naresh Mohan, pemilik hotel iaitu TAS Industries membuat pelaburan RM 6 juta untuk penjenamaan dan pengubahsuaian sekaligus meletakkannya di dalam rangkaian hotel Wyndham yang beroperasi di hampir 95 negara seluruh dunia.
“Ia juga menjadi langkah strategik untuk memperkenalkan Wyndham Garden Shahzan Fraser Hill ke seluruh dunia,”ujarnya.
Hotel Wyndham Garden Shahzan ini juga turut dilengkapi dengan dua dewan yang sesuai dengan pelbagai acara dan Kafe Puteri Teja untuk menjamu selera.
Di samping menyempurnakan pelancaran hotel, Sultan Pahang untuk berangkat melawat dua tempat menarik sekitar Bukit Fraser iaitu pusat ekuestrian, The Paddock dan pusat rekreasi Allen’s Water, kolam indah yang dipenuhi dengan pelbagai spesis ikan.
Selain dua lokasi ini pengunjung yang datang ke Bukit Fraser wajib singgah untuk merakam foto di Menara Jam yang menjadi mercu tanda tempat percutian tanah tinggi ini.
Dalam pada itu Bukit Fraser juga dikenali sebagai lokasi terbaik di Malaysia bagi peminat burung untuk melihat keunikan pelbagai spesis haiwan ini. Tidak ketinggalan mereka gemarkan aktiviti hiking dan berbasikal, Bukit Fraser boleh jadi lokasi menguji kecergasan sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hujung tahun adalah bulan yang sering dinantikan oleh individu yang gemar bercuti dan berjalan-jalan. Mana tidak, jika anda bujang waktu ini la masanya peluang yang ada ‘dipaksa rela’ oleh majikan untuk habiskan cuti tahun yang berlambak. Bagi yang berkeluarga, hujung tahun adalah waktu yang mudah untuk bercuti kerana anak-anak diberikan cuti wajib persekolah sebelum masuk ke tahun baharu.
Jika bajet percutian anda dan masa yang ada, hanya terhad untuk percutian dalam negara sahaja, jangan risau ok! Malaysia pun tidak kurang menariknya destinasi yang ada untuk dikunjungi dan bercuti. Kali ini cuba kreatif sikit.
Jika anda merancang hanya bercuti di Pulau Pinang, lajak sedikit percutian anda ke Pahang terus. Begitu juga sebaliknya!. Jika anda membuat keputusan bercuti di Pahang, terus sambung percutian seterusnya di Pulau Pinang pula. Rasa buang masa dek fikirkan jarak perjalanan yang agak jauh dari utara ke pantai timur dan sebaliknya? Sekarang semuanya dah senang la!
Percutian indah dan eksklusif tidak kira samada di Pulau Pinang atau di Pahang sudah pasti mampu memuaskan hati pengunjung dan soal pengangkutan tidak menjadi masalah kerana Firefly menawarkan pernerbangan empat kali seminggu iaitu setiap hari Ahad, Isnin, Rabu, dan Jumaat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah dan sebaliknya.
Perkhidmatan penerbangan terus ini mengambil masa kira-kira satu jam 30 minit sahaja menggunakan pesawat jenis ATR72-500. Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang www.fireflyz.com.my
Pulau Pinang yang berada di nun utara Semenanjung Malaysia terkenal dengan gelaran Pulau Mutiara. ‘Penang’ juga merupakan panggilan biasa yang kerapkali di gunakan mempunyai pelbagai lokasi menarik yang boleh dikunjungi. Pulau Pinang merupakan antara negeri yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk makan-makan, beriadah dan berhibur. Antara lokasi pilihan pelancong termasuklah pusat bandar Georgetown.
Percutian di Georgetown tidak lengkap sekiranya pengunjung tidak mengambil peluang untuk bermalam di Royale Chulan Penang. Menariknya lokasi penginapan ini terletak di antara lokasi yang paling strategik iaitu berada di tengah-tengah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia memudahkan pengunjung untuk bergerak ke lokasi-lokasi menarik di sekitar Pulau Pinang dengan akses yang cukup mudah. Royal Chulan Penang juga terletak berdekatan dengan terminal feri dan pelabuhan Pulau Pinang.
Sebahagian daripada hotel ini adalah bangunan warisan yang dibina pada tahun 1892 dan telah dibaik pulih dengan indah. Hotel ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan sewajarnya menjadi pilihan bagi mereka yang inginkan percutian serba lengkap untuk bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan ketika berada di Pulau Pinang.Untuk tempahan layari www.royalechulan.com
Percutian di Pahang yang terkenal dengan sejarah Mat Kilau tidak lengkap jika tidak mencuba hidangan tradisi berasaskan ikan patin. Pahang mempunyai banyak lokasi menarik yang boleh diteroka antaranya Sungai Lembing, Pekan, dan Cherating.Jom teroka destinasi menarik di Pahang!
Jika memilih bercuti di Cherating, menginaplah di Royal Chulan Cherating Villa menjadi tarikan bertaraf antarabangsa kepada kawasan pelancongan di Pahang yang begitu popular dengan keunikan pantainya. Kedudukannya yang terletak di tengah-tengah kawasan tumpuan ramai di pantai Cherating membuatkan anda tidak perlu menghabiskan masa jika ingin melawat kawasan sekitar. Pilihan makanan lazat yang dihidangkan, kemudahan penginapan yang lengkap serta layanan mesra staf hotel pasti membuatkan penginapan anda lebih bermakna. Untuk tempahan layari www.royalechulan-cherating.com
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Menginap di V E Hotel & Residence, Bangsar South yang menjanjikan penginapan yang sangat memuaskan di Kuala Lumpur dengan reka bentuk moden. Menyediakan kemudahan, keselesaan dan akses mudah buat pelancong perniagaan di Bangsar South, sebuah hab komersial dan gaya hidup yang kian berkembang maju di kota Kuala Lumpur.
Inapan ideal di tengah kota
V E Hotel & Residence Bangsar South (V E Bangsar South) ialah jenama hotel empat bintang merupakan pilihan tepat buat sesiapa jua yang mencari inapan strategik di tengah kota . Terletak berdekatan dengan KL Sentral, stesen Transit Aliran Ringan utama di bandar yang menghubungkan terus ke kereta api ekspres menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hotel ini menyediakan kemudahan dan keselesaan untuk bergerak. Dengan sejumlah 337 buah bilik mewah dan bilik suite penjuru yang serba lengkap berserta 90 bilik kediaman servis apartmen dan berkelengkapan penuh yang mempunyai satu serta dua bilik tidur, hotel ini merupakan pilihan tambahan yang amat tepat buat kawasan yang semakin berkembang maju.
Pelbagai pilihan untuk penginapan
Direka dengan penuh teliti, V E Bangsar South menampilkan ruang lobi yang luas berserta tiga kaunter penyambut tetamu bagi menjamin proses daftar masuk dilakukan dengan pantas. Tetamu boleh memilih bilik mewah, bilik suit atau bilik mewah perniagaan yang menyediakan akses kepada kemudahan istirehat yang bersifat peribadi.
tetamu boleh menempah kediaman hotel yang mempunyai satu atau dua buah bilik tidur dengan kemudahan daftar masuk dan lif yang berasingan
Memasuki ke ruang apartmen satu bilik, memberikan keselesaan buat anda yang datang bersama keluarga. Apa yang menariknya ruang tamu dilengkapi dengan set sofa dan juga TV LCD untuk lepak santai sambil menonton program kesukaan.
Di lantai yang sama ruang dapur dan ruang makan tersedia buat pengunjung. Lengkap dengan kabinet dapur serta peralatan elektrik seperti peti sejuk, microwave dan mesin basuh memberi kemudahan. Ruang bilik juga dilengkapi dengan TV LCD. Tilam yang empuk memberikan anda istirehat yang sebenar. Bilik ini dilengkapi dengan wardrobe dan juga bilik air. Anda tidak perlu berebut kerana di luar bilik juga disediakan tandas.
Kemudahan amenity yang pelbagai
V E Bangsar South direka dengan ciri-ciri kepekaan moden yang memberi tumpuan terhadap penyediaan keperluan yang tepat, seperti katil yang besar, sambungan WiFi yang bagus, kemudahan dan ameniti yang amat teliti, perkhidmatan yang penuh perhatian serta lokasi yang strategik. Direka dengan gaya pancuran air yang mengagumkan, podium ini menempatkan restoran hotel untuk menjamu selera sepanjang hari, dikenali sebagai The Straits Estate, berserta tiga bilik menjamu selera peribadi, sebuah bar kawasan terbuka dan ruang istirehat, kolam yang amat luas, serta gimnasium yang serba lengkap dan dibuka 24 jam.
Design restoran yang classy..
Di sini terdapat empat in-house kafe dan restoran iaitu The Straits Estate, Kiosk The Deli, Veranda Bar & Lounge dan Poolside Cafe. Restoran The Straits Estate dibina menghadap central garden courtyard dengan sebuah kolam yang menambah suasana tenang. Manakala di lobi Kisosk The Deli, pengunjung boleh menikmati hidangan ringkas seperti gourmet sandwich, salad dan pastries bersama pilihan snek tradisional tempatan. Anda boleh singgah menikmati minum petang di sini sambil menghirup kopi atau teh.
Swimming sambil minum cocktail
Bagi yang suka berenang, jangan lepaskan peluang. Santai di area kolam renang memberi pandangan yang menarik sambil menikmati bangunan-bangunan di sekitar Bangsar South. Kolam untuk kanak-kanak turut disediakan . Kesemua kemudahan ini terletak di tingkat tiga.
Turut sesuai untuk event korporat
Untuk mesyuarat dan sebarang acara, V E Bangsar South terletak berhampiran dengan Pusat Persidangan & Acara Connexion, pengurus acara terkemuka yang mengurus kemudahan yang memiliki pelbagai fungsi menarik dan mampu memuatkan sehingga 2,000 peserta, selain mudah diakses terus dari hotel. Sesungguhnya hotel ini amat tepat untuk pelancong komersial dan kumpulan perniagaan, V E Bangsar South direka dengan ciri-ciri kepekaan moden. Terima kasih V E Hotel & Residence Bangsar South untuk penginapan yang sangat selesa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...