Jika anda ke Pasir Gudang, Johor jangan lupa singgah ke Kedai Makan Rahmat yang menjadi lokasi popular untuk makan tengah hari mereka yang bekerja di sekitarnya. Kedai makan yang diusahakan oleh Rohaizal Rahmat dan isteri merupakan warisan turun temurun dan kekal bertahan hingga kini.
Tidak sukar untuk ke sini jika menggunakan Applikasi Waze atau pun menggunakan Applikasi Google Drive (dalam google map ). Ruang meletak kereta juga tidak menjadi persoalan kerana sering mencukupi walaupun restoran ini sentiasa penuh dengan pengunjung.
Kedai Makan Rahmat ini terletak di hujung kampung dan ia berhampiran laut. Sebahagian kedai makan ini terletak sebahagian di atas darat dan sebahagian lagi di atas air laut. Kampung Pasir Putih ini juga tidak berapa jauh dari Tanjong Puteri Golf Resort.
Apa yang menjadi kebanggaan di mana Kedai Makan Rahmat dirasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar pada tahun 1986. Telah hampir 30 tahun kedai ini beroperasi dan terus digemari dan menjadi salah satu destinasi pilihan untuk menjamu selera. Momen perasmian kedai serta gambar Tun Siti Hasmah ketika kunjungan ke sini turut diabadikan pada memori wall di ruang kedai. Mereka yang berkunjung ke sini boleh melihat sendiri sejarah pembukaan kedai ini dari 1985 hingga 2015.
Menu Pilihan
Sebaiknya anda membuat tempahan terlebih dahulu sebelum berkunjung ke sini. Kebiasaannya waktu yang paling sibuk ialah antara jam satu tengah hari hingga dua petang. Pasir Gudang merupakan kawasan industri, maka memang ramai pekerja di sekitar makan di sini. Kedai ini boleh memuatkan sehingga 300 orang pengunjung pada satu masa.
Setiap mereka yang berkunjung ke sini, menu utama pastinya ikan siakap goreng yang menjadi tarikan pengunjung. Ikan ini digoreng dengan sisik dan rangup. Kesegaran ikan dapat dirasai, isinya lembut dan manis. Memang makan sampai licin. Tidak hairanlah restoran ini begitu popular.
Ads
Selain itu , udang sambal antara yang enak. Udangnya segar dan masakannya sedap, tidak terlalu pedas. Udang pun bukanlah saiz kecil-kecil, Antara menu lain yang dicadangkan ialah sambal goreng tempe, pelbagai sayuran, udang goreng, sambal kacang, kupang masak lada hitam dan ketam masak sambal telur. Memang enak dan cukup segala rasa. Pihak kedai akan berikan kuah kari, sambal kicap dan juga sambal belacan sebagai pelengkap hidangan.
Sambil menjamu selera, anda dapat melihat panorama laut di sebelah kedai. Pemandangan yang tenang ini serta tiupan angin menambah selera buat pengunjung. Pengunjung juga boleh melihat aktiviti memunggah kupang di sekitarnya.
Secara kesimpulannya, makan di sini sangat memberi kepuasan dan berbaloi dengan harga . Ini membuat sesiapa yang pernah ke sini mahu berkunjung semula untuk menikmati keenakan siakap goreng begitu juga lauk pauk yang lain. Sungguh menyelerakan , kami makan dengan penuh kenikmatan.
INFO
Ads
Menu utama : Siakap goreng. Pisang disediakan percuma sebagai pencuci mulut. Servis: Sangat cepat. Tidak menunggu masa yang lama untuk dapat hidangan yang dipesan. Harga: Amat berpatutan. Lokasi: No 3. Jalan Pantai, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor
Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 3.30 petang setiap hari dan ditutup pada hari Jumaat. Sepanjang bulan Ramadan dari 29 Mei hingga 22 Jun 2017 , Kedai Makan Rahmat dibuka setiap hari dari jam 6.30 petang hingga 9 malam.
Biasa kita melihat kontena tersusun bertingkat-tingkat hanya di kawasan pelabuhan atau di persekitaran kilang. Kali ini Libur membawa anda ke sebuah kafe hasil gabungan kontena dan menjadi idea bisnes yang sukses buat pemiliknya Tengku Azman Tengku Chik. Di Malaysia idea unik ini tidak banyak dicetuskan berbanding di luar negara di mana kontena diubahsuai menjadi ruang kediaman, kafe dan sebagainya.
Kebelakangan ini, pelbagai kafe muncul dan mengetengahkan konsep rekaan industri. Konsep ini kini menjadi tren bagi kafe hipster begitu juga Gaffe & Co . Rekaan dalaman ini menepati jiwa anak muda, sehingga membuat mereka menjadikan kafe sebegini sebagai ‘spot’ untuk membincangkan hal pekerjaan, bertemu dengan klien atau sekadar bersantai dengan teman.
Jika dilihat material yang digunakan rata-rata daripada elemen logam, kayu dan batu bagi mendapatkan “warehouse look” menepati gaya kafe. Kafe Gaffe & Co menawarkan konsep kasual, cozy dan eco-friend. Kafe ini dilengkapi dengan peralatan barista , deretan kerusi pelbagai reka bentuk dan ada juga kerusi diolah daripada barangan terpakai. Maka tidak hairan kebanyakan perabot yang terdapat di sini kelihatan ringkas namun unik. Selain itu kafe turut dihiasi dengan barangan lama umpamanya televisyen, radio yang memberi nostalgia lama buat sesiapa jua yang berada di sini.
Kafe Gaffe&Co beroperasi di The Garage, Jalan Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Kafe yang tercetus daripada binaan kontena ini berkonsep family dining selesa untuk keluarga untuk bersantai. Kafe ini beroperasi setiap hari pada pukul 12 tengah hari hingga 12 malam, manakala Sabtu dan Ahad pada pukul 9 pagi hingga 1 pagi. Kafe ini tidak pernah sepi daripada pengunjung kerana selain menjadi lokasi untuk menjamu selera, terdapat pelbagai kedai antaranya barber shop dan kedai servis kereta, Tambah meriah, pada setiap Sabtu dan Ahad diadakan ‘flea market’. Buat anda yang tercari-cari barang yang unik sini lah lokasinya.
Hidangan istimewa di sini terdiri daripada makanan barat. Anda boleh memilih pelbagai kategori makanan iaitu sarapan pagi, snek, pasta, piza, sup, hidangan utama, sandwic dan dessert. Antara menu yang menjadi pilihan pengunjung ialah Seafood Marinara, Stuffed Chicken With Caesar dan Grilled Lamb Loins. Tidak lengkap hidangan tanpa menikmati secangkir kopi. Apalagi jika kopinya merupakan racikan barista yang arif. Selain itu aneka frappe, smoothies, milk shake tidak kurang menariknya buat anda.
Pendek kata , kafe Gaffe&Co bukan hanya unik binaannya malah hidangan makanan juga tidak mengecewakan.
Sesiapa sahaja pasti sukakan kejutan hari jadi lebih-lebih lagi jika ianya datang daripada seorang insan tersayang yang bergelar seorang anak.
Jeet Grewal melalui satu postingnya di Facebook, berkongsi saat-saat manis apabila beliau berjaya membuat kejutan kepada ayahnya di dalam pesawat AirAsia sewaktu dalam perjalanan ke Krabi bersama sembilan ahli keluarganya yang lain.
Video berdurasi 67 saat itu memaparkan ulang tahun Narangan Singh yang ke-65 disambut dengan nyanyian happybirthday daripada semua penumpang dan krew kabin pesawat Air Asia.
Selain daripada nyanyian, sambutan hari jadi Narangan juga diserikan lagi dengan kek hari jadi. Makan kek di ketinggian lebih 10,000 kaki di udara? Pasti ianya akan jadi kenangan manis seumur hidup Narangan.
Dalam komen posting yang mendapat 867 like di group Facebook – Backpackers Buddies Malaysia itu, Jeet turut berkongsi tip mudah mengenai sambutan tersebut. Beliau hanya berhubung dengan customerservice Air Asia dan selepas lima hari, taddaa! Kejutan siap untuk dilaksanakan.
Rata-rata pembaca di posting Facebook tersebut tumpang gembira dengan apa yang dilakukan Jeet kepada ayahnya. Malah ada yang frust sebab tak dapat kek kerana duduk di seat yang paling belakang, hahaha.
So, lepas ni sesiapa ada idea untuk buat kejutan sambutan hari jadi kepada yang tersayang, idea sambutan atas kapal terbang ini antara yang menarik untuk dilakukan.
p/s: Happy Birthday Mr. Narangan Singh! Libur wish you love, hope and everlasting joy and happiness.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pasti anda sudah terbiasa mendengar atau menyanyi-nyanyi sendirian lagu ‘Havana’ yang dinyanyikan oleh penyanyi Amerika Syarikat iaitu Camilla Cabello.
Havana merupakan sebuah bandar yang menjadi ibu negara untuk sebuah negara yang terletak di kepulauan Carribbean iaitu Cuba. Cuba merupakan sebuah destinasi pelancongan yang sangat menarik untuk dikunjungi dan seharusnya diletakkan dalam senarai negara percutiaan yang perlu lawati!
Menerusi perkongsiaan daripda Ayu Hasman ini diharap boleh memberi anda idea untuk bercuti di Havana akan datang.
Lost in Havana Oh Na Na
Saya ni mudah terpengaruh kalau tengok movie. Bukan terpengaruh dengan jalan cerita atau watak. Tapi lebih kepada terpengaruh dengan filming location sesebuah drama mahupun filem. Disebabkan terpengaruh dengan movie fast & furious dan kdrama encounter, saya pun tersampai lah di bandar Havana dengan tak sengaja.
Bukan sahaja tersampai dengan tak sengaja, malah tersuka, terpaut dan terjatuh hati dengan tak sengaja. Gittuuu…Secara jujurnya saya ni bukan lah jenis ‘city-person’. Saya lebih suka kepada kawasan pergunungan, laut dan hutan. Tapi bila sampai Havana, tak tau kenapa ada satu perasaan lain tetibe rasa ‘eh, bestnya tempat ni!’ Maybe sebab bangunan dia colorful kot. Terasa macam meriahnya hidup. Ditambah pulak dengan kehadiran kereta-kereta antik. Memang terbaik. Niat dihati nak try drive. Tapi driver kereta antik tu tak kasi la pulak. Dia kasi posing acah-acah drive je.
Disini saya share kan serba sedikit info dan tips mengenai Cuba & Havana:
Pemegang passport Malaysia tak perlu apply visa untuk memasuki Cuba.
Masyarakat dorang jenis laidback, chill2 je. Pastu takde nak buat muka pelik bila tengok kitorang yang bertudung ni. Jalan waktu malam pun tak takut. InsyaAllah selamat.
Dari segi makan pula, tak jadi masalah. Since negara ni dikelilingi laut, lobster, ikan dan semua hidupan laut semuanya murah. Satu set nasi, medium size lobster dan air harganya lebih kurang RM50.
Currency kat Cuba ada dua. Satu Cuban Peso (CUP) dan satu lagi Cuban Convertible Peso (CUC). Untuk tourist macam kita, kena pakai CUC. nilai CUC ni lebih kurang macam USD. 1 CUC = 1.05 USD. Agak mahal sebenarnya bila pakai CUC compare to CUP. Tapi ni merupakan cara mereka untuk menstabilkan ekonomi negara. Dah nak sangat datang negara dorang, layankan aje la ye. Kalau nak jimat, korang boleh withdraw duit pakai kad bigpay. Exchange rate lagi best dan tak perlu nak beratur di bank untuk tukar duit. Queue kat bank tak pernah tak panjang. Yang belum ada bigpay, boleh download di smartphone korang dan masukkan referral code ni untuk dapatkan cash RM10 (REFERRAL CODE : EXWRHCG1JQ).
Untuk penginapan, saya suggest untuk menginap di kawasan centre La Habana. Ada banyak choice kat sini. Dari backpackers hostel hingga lah ke hotel 5 bintang. Boleh pilih ikut bajet masing-masing. Macam haritu kitorang stay kat Sevilla Hotel.
Since haritu kitorang stay kat kawasan centre Old Havana, semua tempat menarik within walking distance. Kalau rasa macam malas nak menapak, kitorang naik beca. Harga beca bermula dengan 2 CUC dan kalau korang ramai, bolehlah tawar mintak murah. Hehe..
Dari segi internet, sangat lah terhad untuk tourist. Walaupun korang stay kat hotel 5 bintang, tiada istilah free wifi disini. Korang kena beli kad pra-bayar yang harganya 1 CUC untuk 1 jam. Haritu terpikir juga nak beli simcard. Tapi bila tanya harganya, memang tak berbaloi sebab terlalu mahal.
Since internet limited, pastikan korang download siap-siap offline maps. Saya download maps.me. Alhamdulillah, memang sangat membantu. Dapatlah sampai ke masjid dengan jayanya.
Aktiviti menarik di Havana?
1. Berjalan tanpa hala tuju di Old Havana. Korang akan jumpa banyak lokasi dan bangunan insta-worthy.
2. Join antique car city tour (30CUC/car). Sambil dapat merasa naik kereta antik tahun 1950an, sambil tu juga korang berpeluang untuk tahu dengan lebih mendalam sejarah Cuba. Kebanyakkan pemandu kereta antik ni pandai berkomunikasi dalam bahasa inggeris. So time ni la korang boleh tanya macam-macam.
3. Menikmati secawan kopi Cuba. Perghh memang piaw terangkat. Dia punya likat memang tak boleh blah
4. Join salsa class / lepak layan salsa. Actually kebanyakkan tempat makan memang ada live performance salsa. So sambil makan, boleh la korang tengok dorang bersalsa. Cuma nak pesan, wajib untuk bagi tips walaupun korang sebenarnya taknak pun tengok dorang menari. Tipping adalah WAJIB
5. Setiap malam jam 9, di La Cabana Fortress akan ada satu ceremony cannon firing. Korang boleh tengok secara depan-depan tentera dorang berarak dan macam mana dorang pasang peluru meriam.
6. Aktiviti lain, korang google je la. Sebab yang lain tu tipikal tourist attraction. Hahaha
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...