Ramai rindukan untuk menikmati suasana kampung yang aman damai dan jauh dari hiruk pikuk kenderaan. Namun tidak semua berpeluang menikmati suasana sebegini kerana lahir di kota metropolitan dan tinggal di rumah-rumah flat, apartment mahu pun kondo yang tiada ruang luar untuk bersantai-santai mengambil angin petang.
Bagi penduduk belah utara yang ingin bercuti menikmati suasana kampung sempena cuti Deepavali ini, bolehlah singgah di Homestay Bokbak Kupang yang terletak di Baling, Kedah ini.
Suasana kampung di sini memang tenang dan boleh santai-santai saja sambil buat BBQ dan borak-borak dengan ahli keluarga.
Ads
Air sungai yang di tepi homestay ini sangat sesuai untuk kanak-kanak mandi mandi dan ianya juga agak privasi tanpa bercampur dengan orang lain jika menginap di sini. Bahkan di sini ada petting zoo.
Lebih padu, harga penginapan juga boleh tahan murah iaitu RM100 semalam sahaja dan dapat ruang yang luas memuatkan seisi keluarga. Dan kalau buat family day memang sesuai kerana ia boleh memuatkan ramai ahli keluarga. Kawasan homestay ini juga dilengkapi pagar lengkap untuk keselamatan penghuni di malam hari.
Dipetik dari fb Homestay Bobbak Kupang dan Tourism Kedah, jom tengok apa yang menarik di sini.
Ads
Homestay dalam suasana kampung. Ada dua bilik lengkap dengan aircond. Sesuai untuk 8-10 orang. Kalau ramai hangpa boleh bawak khemah mai pasang kat situ. Nak pasang berapa biji khemah pon takpa. Harga? RM100 jaa semalam untuk sebiji homestay.
Sesuai lah nak kumpul-kumpul dengan keluarga. Masak sama-sama pastu pakat pi berkelah kat sungai. 80 meter jaa jarak sungai dengan homestay. Perkakas memasak pon siap disediakan. Mesin basuh, peti ais, periuk belanga semua ada. Siap dengan lesung batu tauu. Hangpa nak apa lagi? Malam-malam boleh BBQ kot kawasan rumah. Petang-petang bawak anak-anak pusing tengok suasana kampung.
Lebih best, dekat dengan homestay ini ada rawatan urut patah dan rawatan mata yang rabun oleh Haji Yusoff dan Haji Lah. Keduanya cukup terkenal ya. Di keliling kampung juga ada warung-warung menjual makanan yang padu rasanya.
Jadi kalau nak ke sini, waze saja Homestay BokBak, Lorong Che Dollah, Kampung Bok Bak, Kupang Kedah, gerenti jumpa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada yang tak pernah tahu pun pasal ATV Kunci Air Buang di Kuala Selangor, jom tengok apa yang best kat sini untuk beli jiwa anak-anak pada musim cuti sekolah.
Nak keluar bercuti, modal kena ada lebih, sesak dengan pengunjung pula. Jadi apa kata anda yang tinggal di kawasan bandar lembah Klang ni, keluar berjalan ke Kuala Selangor!
Di Kuala Selangor, atau lebih tepat lagi di Tanjung Karang, ada banyak aktiviti menarik. Di ATV Kunci Air Buang, anda boleh mencuba aktiviti sukan lasak iaitu bermain ATV. Uniknya di sini, litar telah dibuat khas ditengah sawah.
Aktiviti bermain ATV di sini amat sesuai untuk keluarga mahupun dengan kawan-kawan. Owh ya, ATV untuk kanak-kanak pun ada! Faktor keselamatan, jangan risau kerana anda bakal diselia oleh pakar yang bertauliah.
Lagi best kalau anda ambil sekali pakej drone, boleh simpan video rakaman segala aksi anda di litar sebagai kenangan.
Soal harga yang dikenakan pula amat berpatutan iaitu RM50 untuk 30 minit & RM80 untuk satu jam
Lokasi: ATV Kunci Air Buang
Alamat: LOT 4004,BLOCK L SAWAH SEMPADAN 45500 TANJONG KARANG.
Hah, nanti jangan lupa ajak anak-anak sekali. Baru syok luangkan masa bersama dengan buat aktiviti menarik macam ini. Tak perlu pergi jauh untuk puaskan hati anak-anak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Pinang menawarkan pelbagai macam keistimewaan yang pasti membuatkan sesiapa saja teruja sekiranya berkesempatan menjejaki kaki ke sini. Selain percutian tepi pantai, kunjungan ke Pulau Mutiara membolehkan pelancong mengenali budaya dan menyaksikan pelbagai bangunan warisan yang unik. Bahkan anda turut berpeluang mengunjungi pelbagai tarikan yang tidak kurang menariknya seperti muzium kaca.
Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa turut teruja jika berada di muzium ini. Itu gambaran jujur sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke dalam iBox Glass Museum.
iBox Glass Museum diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai muzium kaca pertama di Malaysia, iBox Glass Museum memberi kelainan berbanding muzium lain yang selalunya kelihatan suram dan tidak ceria. Reka bentuk luaran muzium ini yang unik membuatkan ramai tertanya, apa yang terdapat di dalamnya.
Cukup mempersonakan tatkala kaki melangkah masuk ke iBox Glass Museum ini, dekorasi berasaskan kaca yang berwarna-warni dan datang dalam pelbagai bentuk melatari segenap ruang muzium. Setiap pengunjung yang datang ke sini bakal disambut oleh kakitangan muzium untuk diberi penerangan dari sejarah penubuhan muzium hingga ke sesi D.I.Y (do it yourself).
Pelbagai produk menarik yang dihasilkan daripada kaca dipamirkan di sini seperti jam dinding, cermin muka, hiasan dinding, panel penghadang dan banyak lagi. Pengunjung dibenarkan untuk membeli apa jua produk yang dipamirkan di muzium ini untuk di bawa pulang sebagai kenangan. Tanpa bayaran dikenakan kepada pengujung, iBox GlassMuseum dibuka setiap kecuali Ahad dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.
Ilham Kreatif
Pada sesi D.I.Y (do it yourself) pengunjung tidak kira dewasa atau kanak-kanak diberi kesempatan untuk mempamirkan bakat dengan melukis dan mewarna di atas botol kaca yang dileperkan. Pewarna khas diperkenalkan agar hasil kreatif yang dihasilkan tampak cantik di atas permukaan kaca.
Lokasi: iBox Glass Museum, 80-O Jalan Mt.Erskine, 10470 Tanjong Tokong, Pulau Pinang | www.iboxglass.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Shah Alam merupakan pusat pentadbiran bagi Negeri Selangor, banyak tarikan yang ada kat sini seperti I-City, Masjid Negeri, Tasik Shah Alam, Taman Persahabatan Selangor – Jepun dan banyak lagi. Kebanyakkan tempat yang ada di Shah Alam memang menjadi tumpuan untuk bergambar. Paling best ada tempat yang tak perlu bayar pun untuk masuk.
Jom tengok 6 port bergambar yang paling best ada di Shah Alam:
Kalau ke Shah Alam, mesti singgah ke I-City, terutama pada waktu malam. I-City merupakan antara tempat pertama yang menawarkan hiasan lampu LED yang sangat meriah di Malaysia. Pada waktu malam, tempat ini sangat cantik dengan lampu-lampunya dan sangat seronok untuk mengambil gambar di sana.
Selain hiasan lampu, terdapat banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana seperti Snowalk, taman tema air, musium 3d dan menaiki ferris wheel. Semasa melakukan aktiviti di sini pun anda boleh mengambil gambar juga dan pasti menjadi kenangan indah buat anda dan teman atau keluarga.
Dibuka secara rasmi pada 12 Mac tahun lepas, -Taman Persahabatan Selangor – Jepun seluas 242.7 meter persegi di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14, dibuka secara percuma untuk kunjungan orang ramai.
Berdekatan dengan Dataran Merdeka Shah Alam dan Muzium Shah Alam, taman ini merupakan simbolik dan penghargaan kepada negara Jepun yang telah lama kekal setia menjadikan negeri Selangor dan bandar raya Shah Alam khususnya sebagai destinasi pelaburan.
Dipenuhi budaya kedua buah negara, di Taman Persahabatan Selangor – Jepun bernilai RM3.8 juta ini terdapat tasik serta ketenangan saat beriadah di sini. Ini kerana antara tarikan utamanya ialah seni bina melambangkan elemen Jepun seperti Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai.
Dikenali juga dengan nama Masjid Biru, masjid kedua terbesar di Asia Tenggara ini juga merupakan salah satu tempat bergambar di Shah Alam yang sangat indah.
Walaupun masjid merupakan tempat ibadah bagi kaum Muslim, kita juga boleh datang dan menghargai keindahan dan seni bina Tamadun Islam yang agung ini. Masjid ini mempunyai rekaan dan seni bina yang sangat cantik selain mempunyai keluasan yang besar. Ruang solatnya yang luas serta siling dan dinding dalamannya juga direka indah, selari dengan agama Islam yang sukakan keindahan.
Waktu senja merupakan waktu yang paling cantik untuk mengambil gambar di sini. Silauan cahaya matahari yang menyinar menambahkan lagi kecantikan gambar anda. Jika anda bernikah di masjid ini, jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di sini bersama teman dan keluarga.
Shah Alam memang mempunyai banyak taman tasik yang menarik. Antara taman tasik utama di sini ialah Taman Tasik Shah Alam. Meliputi Seksyen 2 dan Seksyen 14, taman tasik ini begitu luas dan mempunyai beberapa bahagian yang menempatkan fasiliti tertentu seperti zipline, menara dan taman permainan.
Landskap taman tasik ini yang pelbagai membuatkannya tempat yang menarik untuk mengambil gambar. Pokok bunga, susunan batu dan kilauan air tasik menambahkan lagi kecantikan gambar yang diambil. Kadang-kala terdapat juga majlis yang siap dekornya dan memang sangat cantik untuk photoshoot.
Sekarang sudah mula banyak laman seni yang dihasilkan di Malaysia. Jika di Penang, kita ada Penang Street Art. Di Selangor pula, kita ada Laman Seni 7 yang mempamerkan pelbagai karya seni yang menarik. Shah Alam merupakan antara bandar pertama yang awal mempamerkan laman seni ini. Jika ada mencari tempat bergambar di Shah Alam yang unik, di sinilah tempatnya!
Terdapat lebih 10 lukisan mural yang dipamerkan dan kesemuanya mempunyai cerita yang tersendiri. Terdapat juga hasil seni yang 3d yang sangat menarik untuk anda lawati.
Dikenali juga dengan nama Bukit Cerakah, Taman Botani ini sangat sesuai bagi sesiapa yang sukakan nature atau alam semulajadi. Kaya dengan pelbagai flora, tak kurang juga mempunyai fauna seperti kuda, rusa, itik dan kura-kura. Jika anda suka berjalan-jalan sambil menghirup udara segar, di sinilah tempatnya!
Dengan kawasannya yang menghijau serta mempunyai tasik dan bendang, di sini adalah antara tempat yang sesuai untuk anda bergambar. Photoshoot juga sering diadakan di sini dek kawasannya yang memukau dan indah. Jangan lupa singgah ke sini bagi kaki fotografi.
Siapa kata di Ipoh sahaja ada tasik cermin? Di Shah Alam juga ada tasik cermin. Tasik yang melangkaui Setia Alam dan Bukit Raja ini menjadi tumpuan penduduk sekitarnya kerana di sini juga mempunyai sebuah bukit iaitu Bukit Sapu Tangan yang menjadi kegemaran para hikers untuk berlatih.
Tasik ini memang sangat cantik untuk penggambaran tetapi anda harus hiking untuk ke sini, diingatkan untuk pergi bersama pendaki yang lebih berpengalaman untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!