Singgah lah di Teluk Buih kalau sesekali nak tenangkan emosi di tepian pantai. Tempat menarik ini ada di Daerah Mersing, Johor yang kini menjadi bualan khasnya buat mereka yang sedang merancang untuk mencari ‘port’ bercuti bersama yang tersayang.
Cantik dan mempersonakan, itulah kata-kata terucap tatkala chalet di Mersing ini, ada didepan mata.
Lokasi berhampiran perkampungan nelayan kecil, anda dapat menikmati pemandangan dan bayu kat sini.
Ads
Kampung Stay @ Teluk Buih, Mersing ini berada disalah satu lokasi tumpuan percutian di Pantai Air Papan, Daerah Mersing.
Namun yang menjadikan hati ini terus jatuh hati kat chalet ini adalah persekitaran chalet cukup cantik kerana reka bentuk berkonsepkan ‘English Cottage’ bagaikan sebuah lukisan, selain kedudukan chalet berada di tepi teluk menjadikan kawasan ini, cukup nyaman dengan hembusan angin laut yang bertiup.
Ads
Kalau anda sukakan percutian seperti berada di sebuah pulau kerana kedudukan chalet yang berada di tepi air laut ini, datanglah bercuti ke sini dan buatlah tempahan awal kerana chalet ini selalu “full-house” terutama masa cuti hujung minggu dan cuti umum.
Jika anda sudah buat perancangan untuk bercuti ke Sydney dalam masa terdekat ini, diharap membuat sedikit persediaan awal dan menjaga keselamatan diri.
Buat pertama kali, bandar terbesar di Australia iaitu Sydney dan kawasan sekitar berdepan tahap amaran kebakaran paling tinggi. Pihak berkuasa turut memaklumkan risiko terhadap nyawa dan kediaman. Australia kemarin dilaporkan mengisytiharkan darurat di Sydney dan penduduk dinasihati berjaga-jaga susulan siri kebakaran hutan yang melanda timur negara itu.
“Tiada binaan atau rekaan yang mampu bertahan dalam situasi yang mungkin terjadi dalam keadaan bencana,” kata Shane Fitzsimmons, Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Pedalaman New South Wales yang merangkumi Sydney.
Suhu tinggi dan angin kencang mencetuskan kebakaran menyebabkan Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian mengisytiharkan darurat selama tujuh hari bermula kelmarin. Menurut Berejiklian, fokus utama mereka adalah melindungi nyawa, harta benda dan memastikan keselamatan semua pihak. Sejenis cecair yang menghalang kebakaran lebih besar berlaku dilihat disimbah sekitar lokasi ini menggunakan helikopter dan bantuan anggota keselamatan.
Setakat ini, tiga orang dilaporkan maut manakala ribuan yang lain kehilangan tempat tinggal, 150 kediaman turut musnah susulan berpuluh kebakaran tidak terkawal di utara negeri terbabit. Dalam pada itu, situasi terkini dilihat sedikit pulih, membolehkan sebilangan penduduk pulang ke rumah masing-masing namun jerebu dilaporkan di beberapa kawasan yang dilanda kebakaran.
Seronok kalau dapat berjalan dengan geng sekepala kan? Kumpul sikit duit dalam dua ke tiga bulan, anda boleh buat trip seperti tiga sahabat baik ini ke Surabaya dan Jogjakarta, Indonesia.
Bajet : 1 Minggu- RM1000+ inc makan + hotel + shopping + tix flight beli awal time promo dapat return rm200/pax
DAY1
DAY2
DAY3
DAY4
DAY5
DAY6
DAY7
Note :
*kalau dari awal plan nak pergi 2 tempat boleh lah beli tiket flight lain2 (example : pergi turun Surabaya – balik dari Jogjakarta)
*tiket train beli awal 2 minggu via pegipegi.com (bayar pakai debit card cimb / RM20 charge per transaction)
* hotel pun booking siap senang nanti sampai terus check in (booking.com / agoda)
*sesiapa yang tak suka shopping, boleh balik ke surabaya awal & jalan2 ke batu surabaya
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jambatan-jambatan ini dibina tinggi di puncak bukit, tebing tinggi, dan antara lembah merentasi sungai atau lembah. China negara paling banyak bina jambatan tinggi lebih dari 100 meter. Daripada 100 jambatan tinggi di dunia, lebih 80 adalah milik China. Tinggi jambatan dikira dari permukaan sungai atau lembah di bawah jambatan.
Berikut 10 jambatan tertinggi di dunia.
10. Jambatan Sungai Dimuhe (360 meter tinggi)
Ia jenis jambatan gantung berhampiran Liupanshui, Guizhou, China. Dengan dek jalan raya 360 m tinggi, iambatan ini adalah sebahagian daripada laluan Lebuhraya G56 Hangzhou-Ruili antara Liupanshui dan Bijie dan dibuka pada tahun 2016.
9. Jambatan Sungai Beipanjiang (366 meter tinggi)
Ia adalah jambatan gantung 366 meter tinggi. Ia sebahagian laluan Lebuhraya Guanxing berhampiran Xingbei Town (Xinbeizhen),daerah Zhenfeng , Wilayah Guizhou, China. Jambatan ini sepanjang 388 meter. Ketika dibuka pada 2003, ia adalah jambatan tertinggi di dunia. Ia memegang gelaran tersebut sehingga pembukaan Jambatan Pipa Hegigio Gorge pada tahun 2005.
8. Jambatan Sungai Baling (370 meter tinggi)
Merupakan jambatan gantung di daerah Guanling , wilayah Guizhou, China. Jambatan ini merentas Lembah Sungai Baling dan dibuka kepada awam pada 23 Disember 2009. Jambatan ini sebahagian daripada laluan Lebuhraya Shanghai-Kunming G60 antara Kunming dan Guiyang dan mengurangkan masa perjalanan merentasi lembah sungai dari satu jam ke empat minit sahaja. Panjang jambatan gantung ialah 1,088 m manakala mempunyai panjang keseluruhan 2,237 m.
7. Jambatan Baluarte (390 meter tinggi)
Terletak di Mexico, jambatan empat lorong seluas 20 meter lebar serta sepanjang 1,124 meter yang disokong 12 tiang, dengan dua daripadanya menjadi menara di atas tebing sungai Baluarte. Ia menghubung jurang pergunungan Sierra Madre Occidental pada ketinggian 390 meter,jauh lebih tinggi daripada Menara Eiffel dan dibuka pada 2013.
6. Jambatan Paip Hegigio Gorge (393 meter tinggi)
Dengan ketinggian 393 meter, jambatan paip tertinggi didunia. Ia adalah jenis jambatan gantung sepanjang 470 meter merentasi Sungai Hegigio. Ia digunakan untuk mengangkut minyak petroleum dari ladang minyak Mananda Tenggara di selatan tanah tinggi Papua New Guinea. Ia menjadi jambatan tertinggi di dunia pada tahun 2005 dan kekal tertinggi sehingga pembukaan Jambatan Sidu River di China pada tahun 2009.
5. Jambatan Sungai Qingshui (406 meter tinggi)
Ia jenis jambatan gantung di Guizhou, China. Berada 406m di atas Sungai Qingshuihe, ia merupakan jambatan gantung ketiga tertinggi di dunia. Ia juga merupakan salah satu jambatan terpanjang dengan jarak 1,130 m. Dua menara setinggi 230 m dan 224 m tinggi menjadi sambungan utama menggunakan keluli untuk sokongan dan keutuhan jambatan. Jambatan ini sebahagian daripada Lebuhraya Guiweng. Ia memendekkan jarak perjalanan antara wilayah Weng’an dan Guiyang dari 160km ke 38km. Jambatan dibuka untuk trafik pada 31 Disember, 2015.
4. Jambatan Sungai Yachi (434 meter tinggi)
Ia jenis jambatan kabel di Guizhou, China. Ia juga merupakan salah satu jambatan kabel terpanjang yang terpanjang dengan jarak 800 m. Menara barat setinggi 258.2 m dan menara timur adalah 243.2 m menjadikan ia antara jambatan tertinggi di dunia. Ia melintasi Sungai Yachi antara wilayah Qianxi di Bijie dan Qingzhen di Guiyang. Jambatan ini sebahagian laluan di Guiyang ke Qianxi Expressway.
3. Jambatan Puli (485 meter tinggi)
Ia adalah jambatan gantung berhampiran Xuanwei, Qujing, China. Jambatan ini merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Hangzhou-Ruili G56 menghubungkan Liupanshui dan Xuanwei dan dibuka pada bulan Ogos 2015. Jambatan dan lebuh raya mengurangkan masa perjalanan dari Xuanwei ke sempadan Guizhou dari empat jam ke hanya sejam. Jambatan melintasi aliran kecil di seberang jurang Sungai Gexiang. Ia mempunyai ruas utama 628 meter dan panjang keseluruhan 1,040 meter. Dek jalan raya adalah 24.5 meter lebar dan kabel suspensi utama adalah 26 meter jarak setiap satu. Ia seakan sama dengan Jambatan Sidu, cuma kable berwarna merah.
2. Jambatan Sungai Sidu (496 meter tinggi)
Jambatan gantung sepanjang 1,222 m yang menyeberangi lembah Sungai Sidu berhampiran Yesanguan di wilayah Badong, Hubei, China. Ia dibuka kepada awam pada 15 November 2009. Jambatan ini sebahagian daripada Lebuhraya G50 Huyu baru yang sejajar dengan Lebuhraya Nasional China 318, laluan timur-barat antara Shanghai dan Chongqing. Ia terkenal dengan dua menara berwarna kuning.
1. Jambatan Duge (565 meter tinggi)
Ia adalah jambatan kabel di Liupanshui,China. Pada 2016, jambatan ini adalah yang tertinggi di dunia dengan dek jalan raya yang terletak lebih 565 meter di atas Sungai Beipan. Jambatan ini melintasi sungai di sempadan antara Yunnan dan wilayah Guizhou.
Jambatan ini adalah sebahagian daripada Lebuhraya Hangzhou-Ruili G56 antara Qujing dan Liupanshui. Menara timur berukuran 269 m menjadikannya salah satu yang tertinggi di dunia. Jambatan ini terletak 1.34 km antara bandar Xuanwei di wilayah Yunnan dan daerah Shuicheng di wilayah Guizhou. Ia memendekkan perjalanan antara dua tempat dari lebih dari empat jam perjalanan ke kira-kira sejam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...