Salah satu tempat yang sesuai untuk buat majlis, Astana di Bamboo Hills adalah ruang yang baru dilancarkan dikendalikan oleh Pusat Persidangan & Acara Connexion.
Tempat menarik ini menetapkan standard baru untuk kecemerlangan acara di ibu kota Malaysia yang meriah, cukup sesuai jika anda mahukan kelainan.
Astana di Bamboo Hills Ada Parking Yang Selamat
Menghadap Lebuhraya DUKE dan bersempadan di sebelah timur dengan Jalan Ipoh serta di sebelah barat dengan Jalan Kuching, lokasi utama dan aksesibiliti Astana memudahkan pengunjung untuk sampai ke sana.
Haa.. jangan tak tahu, di sini mempunyai 500 ruang letak kereta selamat yang disediakan di dalam premis pembangunan. Malah menawarkan kemudahan terbaik untuk tetamu dan penganjur.
Ads
Sekilas pandang, ciri-ciri yang berbeza dari tempat acara seperti rumah kaca ini termasuk seni bina berbentuk A khasnya dengan pemandangan panorama alam semula jadi mewujudkan suasana yang memberi inspirasi dan mempesona buat majlis perkahwinan dan acara yang indah.
Apa yang menarik, ketinggian siling 43 kaki Astana membuatkan nampak lebih ‘gah’ kerana keterbukaan kawasan yang dipasangkan dengan lampu pelita Kristal.
Ads
Kawasan dewannya seluas 2,100 kaki persegi dengan mudah menampung sebarang acara sehingga 100 orang dan memberikan suasana yang tidak dapat dilupakan.
Sesuai Buat Pelbagai Majlis
Dari fungsi korporat dan bengkel, untuk majlis perkahwinan, acara koktel, perhimpunan sosial, dan majlis-majlis khas yang lain, Astana di Bamboo Hills menyediakan ruang indah yang menggabungkan keanggunan, kecanggihan, dan nilai estatik.
Ads
Kapasiti ideal tempat ini juga memastikan para tetamu dapat menikmati pengalaman yang selesa dan mengasyikkan sambil meraikan detik-detik istimewa atau menjalankan urusan perniagaan dengan penuh gaya.
Makanan Berkualiti Dan Boleh Buat Pilihan Katering
Astana juga disokong oleh pelbagai konsep makanan yang pelbagai dan berkualiti tinggi yang terdapat di Bamboo Hills.
Pelanggan dan penganjur acara boleh memilih dari pelbagai pilihan katering F & B di lokasi, atau memilih untuk membawa katering mereka sendiri.
Jadi, apa lagi yang anda nantikan? Jika ada berniat mahu buat majlis tertentu akan datang, di sini lah pilihan terbaik yang patut anda booking!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bercuti ke pulau peranginan memang menjadi impian setiap orang. Suasana yang mendamaikan sambil mendengar deruan ombak serta keindahan kawasan sekitar menjadi tarikan untuk bercuti ke sini.
Walaupun sering pergi ke sini, tetapi pulau ini tidak pernah membosankan baginya. Kali ini dia berkongsi day trip ke Pulau Redang disebabkan semua hotel hotel penuh ditempah pengunjung.
REDANG DAYTRIP
Harini nak share pasal redang daytrip . Redang yang tak pernah bosan bagi aku la .
Kali ke berapa pergi pon tak tau la ni , tapi kali ni aku terpaksa ambik daytrip pakej memandangkan pakej stay pulau kebanyakan resort semua full . Pakej yang paling murah aku dah survey ini paling murah RM80 per person paling paling paling murah ni .
Pakej termasuk: – Tambang bot pergi dan balik. – Sewa peralatan snorkeling. – Sewa jaket keselamatan – 5 check point snorkeling – Untuk set lunch : tambah rm15 seorang (aku tak ambik pon sebab aku dah plan nak makan dekat long beach redang)
Jadual perjalanan – 9.00 pagi: Bertolak dari jeti Merang. – 9.45 pagi: Sampai di Pulau Redang
Check point yang pertama di Turtle bay.( Pelancong akan snorkeling di sini..untuk berenang bersama penyu..bergambar..)
– 11.00 pagi: Bertolak ke Pulau Paku ( snorkeling di tengah laut..bnyak batu karang, dan ikan ikan yang cantik..para pelancong akan turun dari bot untuk snorkeling di sini) – 1.00 petang: Bertolak ke Long Beach. (Long Beach adalah centre point bagi sesebuah pulau. Di sini juga terdapat 10 buah resort bertaraf 2-4 bintang. Di sini pelancong akan bersantai di tepi pantai, makan, dan mandi manda di tepi pantai.) dekat sini la aku makan – 2.00 petang : Bertolak ke Pasir Akar ( snorkeling laut dalam) – 3.00 petang : Bertolak ke Nyior Sepohon(menggantikan Marine Park tempat snorkeling yang terkenal di Pulau Redang..mempunyai batu karang yg cantik..ikan2 yg berwarna warni) – 4.00 petang : Bertolak balik ke Jeti Merang.
Pantai Maldives (extra point) – Sukanya, Best kan – Bagi yang kurang bajet ke atau pakej tido pulau full boleh la ambik pakej day trip ni .
Pernah menjejakkan kaki ke Pakistan dan menyaksikan sendiri keindahan pemandangan di Kashmir dan juga beberapa tempat lain di sana membuatkan Norzaini Rohaizan Zainudin mahu melihat sendiri tempat yang terkenal dengan julukan Kashmir Jeli di Kelantan.
Pemanduan dua jam dari Kota Bharu Ke tempat yang dikenali sebagai Kashmir Jeli itu memang sangat mengujakan wanita ini kerana sepanjang perjalanannya turut disajikan dengan pemandangan indah tidak kurang hebatnya seperti negara Pakistan yang pernah dilawatinya.
Menurut Norzaini juga ketika kunjungannya ke Kelantan pada ketika itu adalah waktu padi menghijau dan sepanjang jalan terdapat orang berniaga, sempatlah dia menyinggah untuk membeli dan merasa sendiri beberapa makanan kelantan yang popular.
View cantik di Kashmir Versi Kelantan
2 jam drive dari Kota Bharu ke Kashmir Jeli. Tapi view sepanjang jalan sangat cantiklah. Sampai kad bank jatuh pon tak perasan.
Waktu ni padi di kelantan sangat hijau. Cantik sangat la. Lagi best sepanjang jalan jumpa je orang niaga ,kita pon berhenti beli. Dapat la rasa etok salai, kuih gomok, putu halba dan air tuak.
Sampai je Kashmir Jeli memang puas hati. Tak menyesal pergi. Memang lawa lah. Macam kashmir versi kelantan.
Filipina negara yang terkenal dengan panorama alam semula jadi yang indah. Antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai ialah Pulau Cebu.
Keindahan lautan dan panorama pulaunya begitu menawan. Kunjungan ke Pulau Cebu pasti tidak mengecewakan boleh disifatkan satu percutian lasak buat penggemar aktiviti luar.
Lakukan Aktiviti Lasak Di Alegria
Alegria terletak di selatan Cebu dengan keluasan kira-kira 89.5 kilometer persegi dan mempunyai sembilan daerah pentadbiran kecil dipanggil Barangay. Menarik mengenai destinasi ini ialah kisah keindahan pemandangan ngarainya (canyoneering) terutama sekali air terjun yang sering dikongsi dalam media sosial.
Di Alegria, air terjun menjadi kawasan paling popular dan sering menerima kunjungan pelancong. Melihat air yang mengalir kebiru-biruan menjadi satu kepuasan sesiapa yang dapat menjejakkan kaki di sini.
Melihat Matahari Terbit Puncak Osmena
Jangan lupa singgah di puncak Osmena untuk merakam pemandangan matahari terbit. Lokasi ini cukup ideal buat peminat berswafoto apabila boleh merakam pemandangan sekitar kawasan.
Matahari Terbenam Di Tops Lookout
Tops Lookout membolehkan pengunjung melihat pemandangan indah terutama panorama Bandar Cebu yang memukau ketika matahari terbenam. Terdapat kemudahan teropong untuk melihat keseluruhan kawasan, dan kafe kecil untuk bersantai bersama yang tersayang.
Berenang Bersama Whale Shark Di Oslob
Oslob adalah lokasi tumpuan ramai pengunjung untuk melihat whale shark selain itu boleh juga lakukan aktiviti snorkel, berenang dan juga island hoping ke Pulau Sumilon.
Elak datang pada cuti hujung minggu, kerana ramai pelancong akan berasak-asak menunggu giliran untuk menaiki bot.
Pengusaha bot atau operator pusat pelancongan akan mengumpan mamalia terbabit dengan memberi makan agar ikan paus itu timbul menonjolkan diri. Operasi ini hanya berjalan pada waktu pagi sahaja dan berakhir sebelum 10 pagi. Anda perlu merancang jadual perjalanan anda dengan baik jika ingin melihat whale shark di Oslob.
Selam Skuba Di Pulau Pescador
Ia lokasi wajib untuk aktiviti ‘diving’ kerana keindahan taman laut yang mampu menggamit penyelam dari seluruh dunia untuk datang serta meneroka khazanah alamnya. Antara aktiviti lain boleh pengunjung lakukan ialah snokerling atau berkayak.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...