Vietnam negara ketiga yang kini semakin pesat membangun. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di sana terutamanya di Ho Chi Minh City (HCM), Hanoi, Sapa, Dalat dan banyak lagi. Setiap bandar yang disebutkan itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri untuk diterokai.
Hampir seminggu berkelanan ke Vietnam atau lebih khususnya di Hanoi dan Ho Chi Minh, Kamarul Sulaiman berkongsi tempat-tempat menarik untuk bergambar untuk dimuat naik di Instagram atau media sosial lain.
Menyifatkan percutian ke Hanoi sebagai underrated namun selamat kerana bebas berjalan-jalan di waktu malam, memang tempat-tempat yang dilawati jejaka ini cantik dan insta-worty.
Turut berkongsi itinerari simple sepanjang percutiannya, jom ikuti perkongsian jejaka ini bersama gambar-gambar cantik yang dirakam.
Trip to Hanoi: Instagram Style (24/2 – 2/3)
My trip to Hanoi kali ni memang best. The main focus is lebih kepada visit tempat yang cantik and that Instagram-worthy.
This is my simple itinerary:
24/2 –
12:20 – 13:45: KLIA > Ho Chi Minh (transit)
16:00 – 18.10: Ho Chi Minh > Hanoi (Noi Bai Airport)
So naik Vietnam Airlines and that time waktu book, direct flight xde lagi and it only cost RM600 per pax (complete 23KG + Inflight Meals)
– Airport pickup book dekat Klook. RM60 sahaja.
Check- In: Hanoi Calido Hotel (RM110 per night)
– Highly recommendable. dekat Old Quarter so easy to walking distance and it is located dekat quiet side so xde dengar bising sangat.
– Extra point: Dapat free upgrade to Family Room sebab specify nak twin bed.
– Staff semua amazing
25/2 –
Zaynab Restaurant (11:00 AM – 4:00 PM)
– Order Chicken Pho (70000VND), serious sedap and panas especially Hanoi tengah sejuk time tu.
CoffeeA Balcony
– If korang nak minum coffee while tengok streets of Hanoi from Balcony, you can come here.
– Egg Coffee and Vietnam Coffee sumpah sedap.
Highland Coffee
– Basically their own Starbucks, serious murah. 2 kek and 2 drinks only for RM30 cmtu.
Ads
Hoan Kiem Lake
– Basically first day, just nk explore Old Quarter. Friday-Saturday, dia tutup jalan tak bagi kereta masuk so you can take free and easy stroll here.
– Few meters dari lake, ada Weekend Night Market, so bolehlah shopping
10:00PM – Ambil sleeper train from Hanoi – Lao Cai sebab nak pergi Sapa. (Train book di baalao)
26/2 –
Arrive di Lao Cai around 6 pagi macam tu. Then amik transfer to Sapa around 100000VND like that.
Check In: Sapa Relax and Spa Hotel (RM150
per night)
– Rooftop dia cantik and dia ada those bubble space for those nak lepak
– Sapa ni takde langsung makanan Halal (Cosiana still ada but kena booked 2-3 days prior)
– Noodle dia sedap and pasta pun not bad.
Chestnut Cake
– If korang jalan-jalan, ada locals jual kek ni. rasa dia okay, rasa buah berangan tu memang kuat
27/2 –
9:00 AM: Ambil Sao Viet VIP Bus to Hanoi (RM90) *booked di Baolao)
Sampai Hanoi around 3:00PM
Cosiana Hotel
– As it is hotel food, expect harga dia pricey
– Taste-wise, biasa je.
CheckIn: Hanoi Elpis Grand Hotel
– Cozy Hotel
– Lift kecik so if bawak luggage sorang2 naik
Ads
– 3 minit jalan kaki ke Hoan Kiem Lake
28/2 –
Halong Bay Tour (RM150 per pax)
– Book dari Klook
– Pickup from Hotel
– As this is included makan, you guys kena remark yang korang makan Seafood and Vegetarian only. Nanti dia akan asingkan table based on food preferences.
1/2 –
7:00 AM – Roadside Halal Pho @ Zaynab Restaurant
– Dekat Zaynab, if korang nak makan halal meat pho dengan cakoi, sila datang sini from 6:00 AM – 10:00AM. Sumpah kena try sedap giler, rasa macam local
Duha Ao Dai
– Kitorang sewa Ao Dai for a day dengan harga 200000VND (boleh search kat Facebook)
– Baju cantik and owner dia very helpful.
Dah pakai Ao Dai, kitorang jalan2 kat area Temple of Art and HCM Mausoleum
Lepas 3 jam, return baju. Then do last minute shopping area Old Quarter.
9:00 pm, checkout and trus ke airport to Hanoi and transit HCM before flight ke KUL, 800 pagi esok harinya.
– Hanoi is kinda underrated and I feel safe here bila jalan2 waktu malam.
– Transport wise, mostly using grab or grabbike or jalan kaki most of the time.
– Most of the time, free and easy activity sebab nak tengok beauty of Hanoi.
If korang nak tengok gambar, reels or story leh pergi instagram saya terus: @kamarulsulaiman
Sebaik sahaja sampai negara ‘matahari terbit’ ini, asyik speechless dan rasa nak snap semua tempat nampak indah dan tenangkan mata yang memandang.
Apa Yang Best di Fujiyama
Itulah gambaran oleh saudari Ieda Juhri apabila dia dapat peluang ke negara Jepun. Sampai sahaja dekat Fujiyama, masuk hari kedua lepas subuh dalam pukul 5.30 pagi sudah gigih ke Lake Shoji sebab nak tengok Sunrise Mount Fuji.
Perjalanan dalam setengah jam juga dari hotel kitaorang. Pagi itu, suhu dalam 13 darjah celsius pagi. Sejuk sampai ke tulang! Nasib lah dalam kereta ada aircond pemanas. Lega sikit dalam perjalanan itu.
Sampai dekat Shoji tu rasa healing sangat, tempat tak ramai orang datang. Memang best lepak dalam sejam lepas itu kitaorang balik hotel.
Lepas zohor baru gerak keluar balik dan teruskan misi jalan-jalan kitaorang.
1. Kitorang isi perut dekat Fujikawaguchiko Masjid. Makan nasi kari jepun dan kebab.
2. Bila perut dah kenyang, Jalan kaki dalam 3 minit sahaja dan lepak dekat Oishi Park. Dekat sini dengan angin sepoi-sepoi bahasa sambil usha lake dan pemandangan yang indah. Memang rasa tak nak gerak.
3. Kemudian kitaorang pergi ke Lake Kawaguchiko, asalnye nak tengok bunga sambil usha Fuji-San tapi Fuji-san malu pula nak keluar waktu itu.
4. Lokasi terakhir kitaorang pergi ke Honcho Street. Di sini paling rasa teruja. Kalau sebelum ini tempat viral nampak dalam Tiktok & IG. Masa ini rasa tak sangka dapat tengok depan mata. Tapi kat sini tumpuan pelancong, jadi faham-faham lah.
Sebenarnya kalau anda lalu kat situ pun sudah rasa berbaloi. Lepas tu kitaorang cari lorong belakang yang tak ada orang untuk snap pic family sekeping dua. Jadilah, buat kenangan sampai Fujiyama.
Perasaan dapat ke negara orang ini memang tak dapat nak diluah dengan kata-kata. Pendek kata memang rasa puas hati sangat. Jadi, sila lah plan bercuti ke Fujiyama kalau anda nak merasa masuk Jepun dengan pemandangan yang indah!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Travel solo ni bukan mudah, faktor seperti keselamatan dan juga kesesuaian perlu diambil kira bila nak memulakan sesuatu pengembaraan. Memilih Edinburg sebagai destinasi percutian solo selama lima hari empat malam cukup menarik.
Lokasi percutian yang cantik dan tenang, Wan Zaimah menyifatkan Edinburg sebagai destinasi yang selamat dan sesuai untuk wanita solo. Berkongsi kos yang dibelanjakan sepanjang percutiannya di sana, menurut wanita ini juga mudah untuk mendapatkan makanan halal di sana.
Ikuti perkongsiannya:
Solo trip Edinburgh, Scotland | 22 – 26 Sept 2022
Pertama kali solo trip dan pertama kali jejak kaki ke Edinburgh. Mula – mula sampai berdebar takut sesat. Dah la masa sampai tu hujan lebat terpinga- pinga cari hotel. Google maps confusing sekejap tunjuk kanan sekejap kiri last- last tanya orang je. Penduduk tempatan sangat baik dan peramah. Bila tanya memang dorang guide betul-betul sampai jelas nak ke mana.
Hari pertama saya naik bas pusing bandar. Usha dulu tempat-tempat yang berkenan lepas tu baru berjalan kaki. Boleh dikatakan tourist attractions within walking distance ajer. So lepas dah familiar dengan tempat, saya jalan kaki je.
Edinburgh sangat cantik dan peaceful. Yang penting selamat untuk gadis solo. Takde jumpa scammer macam kat Paris.
Di sini saya kongsikan cost untuk rujukan kawan-kawan, jika perlu ;
TRAIN : Manchester – Edinburgh (return) – £180.40
HOTEL : The Britannia Hotel – £128 per night
Add on breakfast £12 per person, dinner £14.95 per person.
Saya hanya makan dinner satu kali je kat hotel kebetulan menu malam tu semua halal. Hari lain tak pasti. Sebelum makan kena tanya manager.
Kalau breakfast ada campuran menu halal + non halal. Saya tak makan.
Kos hotel dan train agak mahal sebab book last minute. Kalau book awal mungkin lebih murah. Date saya pergi tengah peak sebab ada Edinburgh Fringe Festival. So everything is more expensive than usual.
FOOD – banyak kedai halal. Google je mesti jumpa. Setiap kali makan saya ambil 1 food + 1 teh harga sekitar £10-£15.
BUS – City tour dan Britannia tour, £19 untuk 48 jam.
SIMCARD : Tesco Mobile £0.99, topup £20 untuk beli bundle package, dapat 50GB.
Maaf gambar tak lawa sebab saya semulajadi tiada bakat dalam fotografi. Semua gambar diambil guna iPhone 12.
Macam mana dengan musim cuti sekolah kali ini? Ada yang nak menuju ke Dabong tak? Haaa… kalau anda salah sesorang yang suka ber jalan jauh dengan anak-anak, boleh cuba bagi pemgalaman naik jungle train.
Apa yang menariknya, Dabong ini boleh dikunjungi menggunakan perkhidmatan Ekspress Rakyat Timuran atau ‘Jungle Train’.
Menarik bukan? Pengalaman menaiki tren ini pasti akan meninggalkan kenangan yang indah di samping mak ayah dan anak boleh berekplorasi bersama. Jom kita tengok perkongsian percutian di bawah untuk dijadikan panduan!
Naik Ekspress Rakyat Timuran Dari Kajang Ke Timur
Kali ini saya nak kongsikan trip kami 5 sekeluarga menaiki “Jungle Train” aka Ekspress Rakyat Timuran koc berkatil ke Dabong musim cuti sekolah lepas. Izinkan saya kongsi beberapa tips dan tricks tentang jungle train ni dan juga info tempat-tempat menarik di Dabong.
Laluan kami adalah dari stesen Kajang 1 menaiki ETS ke Gemas. Dari Gemas, naik Jungle Train menuju ke Dabong. Tips and tricks beli tiket:
1. Pembelian online: KTMB banyak beri diskaun berbentuk kod promo.
2. Pembelian online: Kalau ada warga emas, beli tiket di bawah penama warga emas tersebut. Sebab kalau beli atas nama penama dewasa, kategori warga emas takkan muncul dalam pilihan check box, kena bayar harga dewasa. Rugi.
3. Kalau beli di kaunter, minta bantuan staff KTMB. Bagitau lah minta letakkan kod promo. Juga beli di bawah penama warga emas jika ada warga emas. Staff KTMB pasti lebih arif. Kami tempoh hari, kalau tak pakai kod promo, Kajang-Gemas saja pun dah RM250. Tapi sebab masukkan kod promo (CUTIKERETAPI2) & (MKTMB22) – total tiket kami jadi RM148 pergi balik. Jauh kan bezanya. Jimat banyak.
4. Sama juga pembelian tiket Gemas-Dabong. Harga asal dapat sekitar RM400. Tapi sebab masukkan kod promo yang KTMB bagi, total pergi balik dapat RM268 koc berkatil.
5. Koc berkatil : Koc T6-T8. Tips saya, belilah katil tengah-tengah di Koc 8. Satu sebabnya, penumpang lain tak lalu-lalang ke cafe di Koc 5. DAN, koc 8 paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 paling depan sekali. Cuba elakkan ambik katil depan sekali jugak sebab besi ‘connecting’ koc tu bising gedegung gedegang.
6. Untuk pilihan katil, nombor genap ialah katil bawah. Nombor ganjil ialah katil atas.
7. Untuk pemandangan bukit di Gua Musang, pilih katil sebelah kanan bermula dengan nombor 3,4,7,8,11,12,15,16 dan seterusnya sehingga 39,40.
8. Bawa sarung extra untuk balut tilam dan bantal. Sebab tak tahu berapa ramai yang dah baring kat tempat kita tu kan.
9. Bawa extra makanan. Jangkakan servis penyediaan makanan sedikit lewat kalau penumpang ramai.
1 malam kami di – Resthouse MDD – 1 unit berkonsepkan rumah. 2 bilik tidur beraircond, 2 katil queen, ruang tamu bersofa dan berkarpet, dapur basic, bilik mandi – RM150/malam.
2 malam seterusnya di – Rose House Dabong – 1 bilik. 1 katil queen, 1 katil single, 1 toto – RM80/malam + RM50 extend sehingga malam sementara tunggu train balik Gemas 11.32 malam.
Kedua-dua penginapan ini tidak disediakan TV, peti ais atau tempat masak tapi sangat berdekatan dengan stesen keretapi. Kami memang pilih lokasi di pekan sebab takda transport. Kot-kot apa jadi, kami masih boleh jalan kaki ke stesen.
Tak menyesal trip kali ni. Sungguh pun tidur tak lena dalam train, line telefon SOS, objektif utama telah tercapai – makan, nature dan merasa naik jungle train Malaysia.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...