Selepas fenomena bunga sakura ala Jepun, jerami padi ala Texas, dan rumput karpet ala New Zealand tular di media sosial di negeri utara Semenanjung Malaysia, kali ini petak sawah atau padang terbiar pula ada tarikan terbaru.
Kawasan-kawasan ini dipenuhi dengan bunga lalang menjadi tumpuan ramai untuk bergambar. Ia juga dikatakan menjadi port terkini di Kedah untuk instagrammable. Namun, permandangan sebegini tidak akan lama, kerana ia hanya muncul pada musim-musim tertentu dan tidak boleh dijangka.
Antara Kawasan yang menjadi tumpuan ramai untuk melihat bunga lalang ini adalah berhampiran Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pekan Kuala Ketil dan berdekatan Balai Bomba Alor Setar Jalan Tun Razak. Lokasi ini dipenuhi bunga lalang berwarna putih kekuningan sekali gus menjadi tarikan pengunjung.
Ramai yang tidak menyangka kawasan itu begitu cantik setelah mengalami beberapa musim seperti musim tengkujuh dan musim panas yang sedang berlaku sekarang ini. Keindahan kawasan itu hanya disedari penduduk setempat selepas melihat gambar yang tular di media sosial.
Walau bagaimana pun ketika berkunjung di kawasan berkenaan, pengunjung dinasihati menitikberatkan keselamatan apabila bergambar kerana dibimbangi ada haiwan berbisa disebalik bunga lalang tersebut.
Luangkan masa untuk meneroka Lombok dan menikmati pelbagai aktiviti yang tawarkan. Berjemur, snorkeling, menyelam, bersantai, berenang, kayak laut, spa bertaraf dunia, bermain golf, menunggang, atau pengembaraan berkonsepkan eko pelancongan. Semuanya ada di Lombok!
Lombok adalah salah satu destinasi pelancongan yang popular di Indonesia yang menarik jutaan pelancong dari seluruh dunia. Merupakan pulau yang kaya dengan keindahan alam, ia terletak di bahagian timur Bali termasuk di dalam gugusan Nusa Tenggara Barat (Lombok dan Sumbawa). Tidak kira sama ada anda seorang backpackers, mereka yang ingin berbulan madu atau bercuti secara berkumpulan, Lombok merupakan lokasi percutian ideal yang pastinya tidak mengeringkan poket anda.
Dengan pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan di sini, percutian sepanjang tiga ke empat hari di sini pastinya membuatkan rutin harian anda sarat dengan aktiviti. Percutian sempurna pastinya bermula di tiga pulau yang indah. Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air yang dikelilingi dengan pasir putih dan lambaian pokok-pokok kelapa melambai yang terletak di lautan yang berkilauan di kawasan barat laut Lombok.
Selama beberapa tahun, Gilis telah menarik pelawat dari di seluruh dunia untuk perairan yang bersih buat aktiviti skuba dan snorkeling. Apabila anda tiba di Lombok, Pulau Gili Trawangan antara lokasi pilihan pelancong kerana keindahan pantai dan kemudahan yang disediakan. Pulau Gili Trawangan berkeluasan 35km persegi ini yang di awal kemunculannya diterokai oleh para backpackers kini mempunyai 30 penginapan berkonsep vila dan resort.
Selain itu, terdapat dua pulau berdekatan dengannya iaitu Gili Meno dan Gili Air. Setiap sudut pulau menjadi lokasi untuk para penyelam dan aktiviti santai sepanjang pantai. Di pulau ini, ternyata terumbu karang di sekitar pulau masih belum tercemar dan hidupan akuatiknya menjadi tumpuan para pencinta alam.
Buat mereka yang mendambakan inapan mewah, menjejakkan kaki di suatu kawasan bernama Senggigi pula pasti menemukan anda dengan hotel, resort dan vila bertaraf lima bintang. Tambahan pula, kawasan ini lebih ‘havoc’ pada waktu malam kerana adanya pusat hiburan untuk para pelancong.
Buat mereka yang ingin berlabuh di sini, pastinya peluang untuk berlibur di Batu Bolong Temple, Senggigi Art Market dan Kerandangan Valley tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Dari Pantai Ke Tanah Tinggi
Buat mereka yang sukakan cabaran, apa kata anda cuba aktiviti treking di Pergunungan Rinjani. Pengunjung juga boleh menggabungkan perjalanan di sini dengan menginap di Gili dan Senggigi sebelum memulakan langkah menjelajah Rinjani. Kebanyakan operator untuk aktiviti treking berpengalaman luas dalam menyediakan alatan, panduan, air, makanan dan keadaan cuaca bagi memastikan perjalanan berjalan dengan lancar.
Di sini, pengembara bakal bertemu dengan salah satu kawah besar yang dikenali sebagai Tasik Segara yang terletak kira-kira dua ribu meter di atas paras laut. Kawah ini merupakan tempat gunung berapi yang aktif di abad ini. Terdapat empat hot springs yang wujud di sini di mana salah satunya dipercayai oleh penduduk tempatan mampu untuk mengubati penyakit tertentu.
Pengalaman mendaki gunung dengan pemandangan mengagumkan dan kemudahan ekspedisi serta treking telah menjadi faktor utama di mana Taman Negara Rinjani telah berjaya untuk merangkul anugerah di National Geographic World Tourism Award pada tahun 2004.
Salah satu tempat yang turut menjadi tumpuan mereka yang gemarkan tanah tinggi ialah Malimbu – bentangan laut biru bersama alunan ombak-ombak kecilnya bagaikan panorama indah yang jelas terlihat di depan mata ketika menghadap laut dari tebing bukit. Ke mana pun jua lemparan mata memandang, pemandangan di Malimbu sungguh memukau. Di sini juga, pengunjung boleh melihat Gunung Berapi Agung yang terletak di bahagian timur Bali dan barat Lombok.
Info:
Mataram adalah ibu kota Lombok Barat Nusa Tenggara. Pekan ini sebenarnya terdiri daripada empat bandar-bandar yang berbeza Ampenan, Mataram, Ulu (Cakra) dan Sweta. Ampenan mempunyai kebanyakan tarikan, termasuk Muzium Nusa Tenggara Barat yang memberikan gambaran terbaik budaya tradisi Lombok dan Pulau Sumbawa.
Mesti Tahu
Apa yang menariknya, tiada kereta atau motosikal di tiga kepulauan Gili di mana bentuk utama pengangkutan selain daripada berjalan kaki adalah dengan kereta kuda yang digelar oleh penduduk tempatan dengan panggilan Ciodomo.
Info Menarik
Lombok secara majoriti didiami penduduk yang beragama Islam sebanyak 85% ini baru saja membuka lapangan terbang bertaraf antarabangsa di daerah Praya. Sebelum ini, lapangan terbangnya terletak di Selaparang, bahagian timur Lombok. Meskipun Lombok pernah dijajah oleh kerajaan Majapahit, tidaklah sukar untuk anda mencari makanan yang halal. Antara hidangan yang mesti cuba ialah Ayam Taliwang.
Sekali pandang rumah ini kelihatan seperti rumah kampung biasa yang lain. Namun rupanya rumah lama yang terletak di Perak ini mempunyai keistimewaan tersendiri.
Rupanya terdapat 16 tiang untuk menyokong keseluruhan struktur dan seni bina tradisional Rumah Bumbung Panjang Perabung Lima berusia hampir setengah abad ini serba unik.
Teratak diberi nama Rumah Tiang 16 (RT16) terletak di Kampung Kubang Jambu Lenggong, Perak dibina pada 1974.
Simboliknya pembinaan RT16 turut menjadi platform mengetengahkan ‘permata warisan’ di Lenggong sebagai tarikan pelancongan.
Rumah-Tiang-16-01-768×512
Justeru, Heritage Stay by Rumah Tiang 16 – Inap Warisan oleh Rumah Tiang 16 (IWRT16) dilancarkan Ogos 2019 dan tersenarai dalam peta pelancongan di Lembah Lenggong.
Menurut Abdul Nasir Jalaludin yang mewarisi rumah tinggalan bapanya, Allahyarham Jalaludin Che’ Man, berkata matlamat itu sesuai dengan hasratnya untuk kembali ke kampung kelahirannya selepas beliau enam beradik berpindah ke Ipoh sejak 1981.
Namun, pada hujung 2017 beliau teruja kembali semula ke kampung halamannya dan menginap di rumah berkenaan.
Katanya, RT16 lokasi strategik dikelilingi beberapa destinasi pelancongan menarik seperti gua batu kapur, tasik, lata air terjun, kampung tradisional sarat dengan monumen bersejarah, makanan tradisional dan pelbagai lagi.
Tambahnya lagi, rumah ini mempunyai ruang anjung yang ditukar menjadi beranda. Dari pandangan sisi seperti rumah kutai, tetapi dibuat dua tingkat bagi menampung keluarga besar.
Lengkap ruang tamu atas dan bawah, dapur, makan, bilik solat, tiga bilik tidur, dua bilik air dan bilik bacaan, identiti RT16 lebih terserlah dengan koleksi perabot, dan perhiasan klasik dan retro begitu menggamit nostalgia.
Rumah ini juga diperbuat daripada kayu cengal mas, merbau dan kemuning kelihatan tersergam indah berciri penempatan tradisional.
Bahagian bawah rumah ini berdindingkan batu konkrit separuh berdindingkan kayu, manakala tingkat atas dibina dengan menggunakan kayu sepenuhnya serta diperkemaskan dengan ukiran.
Ternyata pengalaman menginap di sini akan dapat merasai suasana sebenar yang tenang dan permai. Malah turut dilengkapi balkoni dan pemandangan taman saujana mata memandang.
Justeru katanya, bagi mereka yang ingin menikmati pakej 3H2M boleh mendapatkan maklumat di www.rumahtiang16.com atau Facebook dan Instagram Rumah Tiang 16.
Selain bercuti ke luar negara, untuk kaki travel sebenarnya korang boleh boleh melawat beberapa destinasi menarik dalam negara. Penuh dengan nilai estetik dan tersendiri, bagai berdamai dengan alam bila menjejakkan kaki ke lokasi yang berdekatan dengan bumi metropolitan.
Perkongsian di twitter menggunakan nama akaun @arifeddy menyenaraikan beberapa tempat yang best untuk #staycation hanya di sekitar Lembah Klang.
1. Hulu Langat, Selangor
Birthday weekend with the “kampung people” gang di Tanah Larwina. 1 jam drive dari KL. Sedikit jauh tapi seriously worth it, ikut hati nak tambah satu malam lagi tapi dah ada orang lain book. Bayangkan mandi sungai kat tepi rumah tu je, ada kuda, kambing, ayam etc keliling rumah!
Rumah utama boleh muat 8 orang, ada pondok tambahan yang di panggil pod sebanyak 3 buah. Ada 2 pod untuk 2 orang dan 1 pod untuk 4 orang. Total boleh muat 16 orang. Makanan kena bawak sendiri. Untuk breakfast pulak ada nasi lemak free.
2. Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
Have you been to Sekeping Jugra? If not, then you should! Celebrated our dear friend birthday recently and he booked the whole villa for 14 of us.
Kalau plan untuk staycation, jangan lupa ajak ramai-ramai buat one theme color untuk pakai jadi bila ambik gambar tu cantik je semua. Deco untuk meja, cermin dan props kitaorang bawak sendiri.
3. Salak Selatan, Kuala Lumpur
Nak share satu tempat yang best untuk korang bercuti dalam negara. Sesuai untuk 10 orang. Paling penting bukan kat ceruk hutan walaupun interior dia macam agak raw. Tempat ni kat Kuala Lumpur je. Ok nama tempat ni HALAMAN 145.
Terletak tak jauh dari LRT Salak Selatan. So kalau yang takda transport tu, no problem nak sampai sini. Total bilik ada 4. Ada yang katil single, ada yang katil double. Setiap bilik ada bilik air sendiri.
Ada extra bilik air di common area jugak. Fasiliti not bad, yang penting ada mini swimming pool, dapur agak lengkap dengan segala perkakas (induction cooker, microwave, pemanas air etc). Haritu kitaorg buat jamuan raya sikit kat sini order je kat D’Saji Delivery. Senang dan pantas!
4. Petaling Jaya
Lawa! Lepas ni dah tak payah berangan nak duduk dalam modified camper bus. Boleh book guna Airbnb je. Dekat Petaling Jaya pulak tu! Gambar-gambar lain dalam camper bus ni.
5. Kuala Kubu Baru
Last weekend dapat stay dengan kawan-kawan kat Batu Hillside Retreats ni. Seriously jatuh cinta tak nak balik. Boleh tidur 10 orang, ada swimming pool yang boleh share dengan villa satu lagi.
Jangan risau, tak panas pun tapi ada disediakan aircond dan tak ada nyamuk. Oh lupa nak cakap, villa ni terletak kat Kuala Kubu Baru. Dijaga boleh Encik Rajan yang sangat peramah.
Kawasan bukit ni ada beberapa villa private yang lain. Kurang friendly untuk anak kecil dan orang tua. Untuk BBQ, ada disediakan kemudahan. Tapi kami tak guna. Bawa makanan yang dah siap je. Birthday dan small gathering sebab dah lama tak jumpa after PKPB. Semua dah di check suhu. Yang tak sihat, dinasihati tak datang
6. Serendah
Sekeping Serendah, Retreat. Tempat menarik dengan kehijauan alam di sekelilingnya.
CONTEST!!CONTEST!!CONTEST
Dah habis tengok video ni, LIBUR nak bagi korang feel sendiri ke KL Museum of Illusions ni.
Syarat mudah nak menang tiket Museum of Illusions
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall korang (PUBLIC)
Tag 2 orang kawan &…
Jawab 2 soalan mudah ni di ruangan komen
1. Berikan nama 3 bilik ilusi yang ada di Museum of Illusions KL?
2. Bilakah waktu operasi Museum of Illusions KL?
HADIAH HADIAH HADIAH!!!
12 Pemenang dengan jawapan paling tepat dan pantas akan memenangi:
*** 4 Tiket Museum Of Illussions KL Setiap Seorang