Perkongsian bajet perjalanan daripada wanita ini yang sudah berusia 50 tahun tetapi mampu kembara secara solo ke negara-negara Balkan selama 20 hari memang hebat.
Orang kata jauh perjalanan, luas pengetahuan. Tidak kira berapa umur anda, merantaulah untuk melihat tempat orang. Ramai juga yang memilih untuk melancong secara solo kerana cara itu memberi lebih kepuasan kepada diri sendiri. Untuk melakukan kembara solo lebih-lebih lagi anda seorang wanita bukan sesuatu yang mudah tetapi tidak mustahil.
Info
Balkan, adalah sebuah nama banjaran pergunungan yang merentangi timur Serbia hingga ke tengah Bulgaria yang mana kawasan ini turut digelar sebagai Eropah Tenggara. Semenanjung Balkan dikelilingi oleh Laut Adriatik di bahagian baratnya, manakala Laut Mediterranean ( termasuk lautan Aegean & Marmara ) mengelilingi bahagian selatanya dan diakhiri dengan Laut Hitam yang mengelilingi semenanjung in di sebelah timurnya. Antara negara-negara yang termasuk dalam semenanjung Balkan ini adalah:
Albania: 27,390 km2 (>99% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Bulgaria : 108,400 km2 (>99% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Bosnia and Herzegovina: 51,180 km2 (>99% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Macedonia: 25,430 km2 (>99% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Montenegro: 13,440 km2 (>99% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Croatia (south mainland): 30,000 km2 (54% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Greece (mainland): 104,470 km2[27] (80% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Italy (Trieste and Monfalcone): 300 km2 (0.1% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Romania (Dobruja ‘s mainland): 12,000 km2 (5% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Serbia (south part excl. Vojvodina and North Belgrade): 55,000 km2 (69% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Slovenia (southwest part): 10,000 km2 (50% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Turkey (European part): 23,000 km2 (3% termasuk dalam semenanjung Balkan)
Kalau orang bertanya negara mana di Balkan yang paling menarik, semua orang yang sudah berpengalaman ke Balkan akan memberi jawapan ‘semuanya cantik, masing-masing ada keunikan tersendiri yang sukar dibandingkan.’ Keindahan alam semula jadi, tembok dan istana lama, menggambarkan kegemilangan Kerajaan Uthmaniah dan Byzantine, patung pemimpin menjadi simbol kemegahan seperti Alexander The Great antara tempat tumpuan pelancong.
Ads
Alam semula jadi seperti gunung-ganang berkabus masih ada yang diliputi salji, cerun dalam, landasan kereta api, jambatan, terowong meredah ke dalam gunung dan bukit membuktikan besarnya tenaga manusia untuk membinanya. Air sungai jernih berwarna hijau, rumah di lereng bukit dengan kawasan bercucuk tanam di sekitarnya membuatkan sesiapa sahaja akan berasa kagum dengan keagungan ciptaan Tuhan.
Alhamdulillah…mission accomplished. Syukur ke hadrat Allah yg memberi peluang untuk mengembara solo ke Balkan di usia 50 dan dikurniakan kesihatan yg sangat baik sepanjang 3 minggu berada disana. Bila balik ke Malaysia barulah rasa letih yg teramat sangat sbb terlalu banyak sgt berjalan dan mendaki utk sampai ke old town & fortress. Sebenarnya smpi saat ini rasa mcm x percaya dah sampai ke sana…rasa mcm dlm mimpi ?
Pemandangan sepanjang di sana sangat2 lah memukau terutama di sepanjang Laut Adriatik…Subhanallah. Balkan negara yg selamat kalau nak travel solo esp perempuan tapi sebelum travel buat solat musafir dulu mintak Allah lindungkan kita, Insyaallah.
Kembara Solo Balkan 5.0 :
18 May 2019 – 5 June 2019
Ads
Countries:
Bosnia – Croatia – Montenegro – Albania – Kosovo – Macedonia – Bulgaria – Turkey
Transportation:
1. Sarajevo to Mostar by train – 11.90 BAM
2. Mostar to Dubrovnik by bus – 18€
3. Dubrovnik to Kotor by bus – 145.30 Kuna
4. Kotor to Shkoder by bus – 17€
5. Shkoder – Lake Koman – Valbona Valley by Furgon & Ferry – 2200 Lek
6. Valbona to Bajram Curri to Gjakova to Prizren by Furgon & Bus – 300 Lek + 4€ + 2.50€
7. Prizren to Skopje by bus – 9€
8. Skopje to Sofia by bus – 980 MKD
9. Sofia to Istanbul by bus – 50 Lev
Kalau ada masa anda boleh cuba buat carian di laman sosial mengenai Pulau Rawa. Kecantikkan dan keunikan pulau ini memang tidak boleh disangkal lagi. Macam tidak percaya lokasinya hanya di negara kita sahaja.
Pulau Rawa merupakan antara pulau yang tercantik ada di Johor. Pulau Rawa sering dihebahkan dalam laman sosial atau mulut ke mulut oleh pengunjung yang pernah menjejakkan kaki ke sini ibarat Maldives kepada Johor dek kecantikan perairannya persis di negara kepulauan itu.
Tanya siapa sahaja pasti teruja melihat pasirnya yang memutih dan airnya biru menghijau bagai cermin boleh terus nampak ke dasar laut. Selain itu, aktiviti snorkeling juga amat mengujakan dengan air yang jernih. Anda pasti teruja kegirangan dapat melihat ikan-ikan kecil berwarna-warni serta batu karang yang indah.
Aktiviti yang boleh dilakukan jika bercuti ke Pulau Rawa, selain snorkeling ialah bersantai dan bersiar-siar, selam skuba, berkayak, mengelilingi pulau dan merentas hutan. Jangan lepaskan peluang untuk mendaki ke puncak bukit Pulau Rawa ini yang hanya mengambil masa pendakian kira-kira 15 minit. Dari situ anda boleh melihat keindahan matahari terbit dan pemandangan Laut Cina Selatan yang terbentang luas.
Ketika ini, hanya ada dua resort di Pulau Rawa iaitu Rawa Island Resort dan Alang’s Rawa. Menginap di kedua-dua resort ini memang menjadi idaman setiap pelancong kerana kedudukannya berhadapan dengan laut. Menariknya, Rawa Island Resort ada menyediakan gelongsor khas kepada tetamunya yang mahu berseronok dengan aktiviti air sambil mandi laut di tepi pantai.
Jika mengimpikan percutian ke Pulau Rawa, anda perlu membuat tempahan lebih awal kerana faktor lokasi penginapan yang terhad. Jangan sesekali anda berangan untuk walk-in sahaja ke sini memang tiada harapanlah untuk bercuti di Pulau Rawa nan indah ini.
Pakej yang ditawarkan di kedua-dua resort ini selalunya termasuk penginapan, perkhidmatan bot laju ulang alik, sarapan dan makan tengah hari, makan malam dan barbeku untuk sekali. Apa yang menarik resort menyediakan pelbagai aktiviti berkonsepkan free and easy yang menyeronokkan dan tidak terikat pada waktu. Ini bermaksud anda boleh menyusun sendiri jadual aktiviti mereka dan meneroka mengikut masa yang sesuai.
Cara ke Pulau Rawa:
Jika anda dari Kuala Lumpur teruskan perjalanan ke Mersing menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, keluar di Plaza Tol Air Hitam. Teruskan ke Kluang dan ikut laluan ke Mersing.
Setiba di Mersing, terus ke Terminal Feri Mersing dan ambil perkhidmatan bot laju terus ke Pulau Rawa.
Kalau ada yang terlepas untuk saksikan supermoon dikenali sebagai Pink Moon pada bulan lalu, kini anda berpeluang untuk saksikan sekali lagi pada malam ini.
Bersiap sedia untuk menantikan kemunculan fenomena bulan purnama gergasi atau Super Flower Moon untuk kali keempat dan terakhir buat tahun 2020 ini.
Foto: Bernama
Fenomena bulan purnama sepenuhnya itu dijangka akan muncul pada Khamis, 7 Mei malam ini pada jam 7.18 malam (waktu Malaysia) iaitu apabila bulan mula mendekati garisan cakerawala. Menurut kenyataan National Aeronautics and Space Administration (NASA), fenomena ini akan mula dapat dilihat bermula Selasa lalu sehingga Jumaat, 8 Mei 2020.
Foto: bharianFoto: forbes.com
Pada Mac lalu, warga dunia termasuk Malaysia telah pun melihat kemunculan Supermoon yang dikenali sebagai Worm’s Moon dan diikuti Pink Moon pada April. Namun, perbezaan Super Flower Moon ialah ia akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang daripada bulan purnama biasa.
Supermoon atau bulan purnama gergasi ini juga memiliki nama-nama lain seperti Bulan Tanam Jagung (Corn Planting Moon) dan Bulan Susu (Milk Moon). Istilah “Supermoon” berasal dari seorang pakar astrologi, Richard Nolle pada tahun 1979. Ia merujuk kepada bulan baru atau bulan purnama yang tercipta pada 90 peratus perigee, atau titik kedudukan antara bumi dan orbit yang tertentu.
Foto: express.co.uk
Fenomena ini berlaku apabila bulan mendekati Bumi pada jarak sekitar 360,000 kilometer. Dengan itu, bulan akan kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa. Kemunculan Supermoon yang seterusnya pula dijangka pada 27 April 2021 dan 26 Mei 2021.
Pasti akan teruja bila berada di Tiarasa Escapes Pahang, anda akan rasa tenang dengan sekelilingnya yang dipenuhi dengan pokok hijau.
Apa yang lebih menarik, melihat tempatnya yang mesra untuk bawa kanak-kanak, umpama berada di satu perkampungan puteri gunung ledang.
Tiarasa Escapes Pahang
Ada kolam mandi untuk bermain air, jadi ini juga satu tarikan kepada sesiapa yan merancang nak beri pengalaman percutian berbeza pada anak-anak.
Ruang untuk lena pun agak selesa dengan nampak pemandangan luar dari dalam bilik.
Kemudian, setiap malam ada aktiviti bornfire pihak resort akan sediakan marshmallows dan biskut secara percuma.
Owh ya, selain itu ada aktiviti menonton movie di bawah bulan dan bintang.
Kalau ikutkan resort ini memang mampu membeli jiwa sesiapa sahaja yang singgah untuk bermalam dan sertai aktiviti di sana dengan cara berdamai dengan alam semula jadi.
Tengor dari atas, memang rasa teruja nak datang dan bila dah merasa, pasti puas hati untuk repeat datang lagi.
Jadi, apa lagi? Cepat booking dan bawa keluarga tersayang ke sini!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...