Bercuti ke negara-negara Eropah semestinya menjadi wishlist setiap pengembara. Kos untuk menjelajah ke negara-negara ini tentunya agak tinggi kerana nilai mata wang yang berbeza dengan negara kita.
Namun kalau bijak merancang itu semua tidak menjadi halangan. Winter trip selama 12 hari menjejaki enam negara Eropah tentunya satu kenangan manis buat Amri Baik dan isteri serta dua lagi teman.
Walaupun hanya touch & go di beberapa negara kerana kekangan cuti, itu sahaja sudah memadai. Berkongsi itinerari dan juga kos sepanjang percutian mereka, ternyata tak sampai RM9 ribu mereka dapat merealisasikan pengembaraan ke bumi Eropah.
Yang penting dapat melawat ke tempat-tempat cantik di negara Eropah dan juga sempat shopping barangan berjenama yang harganya agak murah berbanding di Malaysia. Nak tahu apa lagi yang menarik sepanjang percutian mereka, Ikuti perkongsiannya:
Winter Trip Ke Enam Negara Eropah
Alhamdulillah..selesai sudah trip winter di negara Eropah selama 12hari.
France – Switzerland – Italy – Germany – Austria – Slovakia
Trip kali ni pergi berempat.Harga dh siap2 dibahagiakan kepada 4orang.
Touch N Go di sebab susah dpt cuti, so jejakkan kaki kejap pun dh bersyukur
Thanks to otai2 yg byk ajar & bg tips utk trip kali ni expecially abg DK & WA
KL-Paris – Hotel (check in) – Eiffel tower – hotel
Day 2
Hotel (check out) – Airport – Zurich Hbf –
Bern (jalan2 sekitar, tangkap gambar, makan) – Interlakern west – hotel ( check in) – jalan2 sekitar (cuaca x ok. snow lebat)
Day 3
Naik bas & train ke – Grindelwald – Hotel – Iseltwald – hotel
Day 4
Hotel (check out) – naik train ke Domodossola (Saje nk merasa jejak kaki kat Italy , tangkap2 gambar kat luar station)- naik balik train pergi ke Tasch- hotel (check in)- keluar balik naik train pergi ke
Zermatt (Matterhorn)
Day 5
Hotel (check out) – naik train ke Zurich Hbf – naik bus no 43 ke hotel (berhenti kat wikpengenplatz st) utk pergi ke hotel
Keluar balik, naik train ke Old town Zurich (berhenti kat Burkliplatz st.)-shopping souvenir, minum kopi & makan kedai Thailand
Balik naik tram dr Rathaus st. ke hotel. Turun di Wikpengenplatz st.
Keluar balik dr Wikpengenplatz st pergi ke Starbucks Zurich mengopi balik semula ke hotel
Day 6
Check out hotel
Naik train dr Zurich Hbf ke Innsbrucks.
Check in hotel dan keluar ke Old town Innsbrucks (masa sampai hari ahad. Semua tutup kecuali Restaurant/cafe)
Ads
Lepak2 makan, cari FM pastu balik tido.
Day 7
Keluar jalan kaki pergi Primark Innsbrucks (dlm Sillpark)
Check out hotel & naik bas ke Munich central bus.
jalan kaki ke hotel 600meter & check in.
Keluar semula pergi ke Allianz Arena, Munich naik teksi. Skali stadium tutup
Day 8
Jalan kaki ke Old town Munich, bergambar sikit pastu check out hotel gerak ke Salzburg naik flixbus.
Sepatutnya sampai awal tp bas ada masalah sikit kena tahan dgn polis german.
Smapai Salzburg, check in hotel dan keluar cari makanan dan jalan kaki ke Old town Salzburg.
Day 9
Check out hotel dan jalan kaki ke Salzburg hbf. Naik train ke Hallstatt. Turun di Obertraun sbb dekat dgn hotel. Jalan kaki dan check in.
Keluar balik naik bas ke Hallstat Lahn.
Habiskan masa sampai petang kat Hallstat.
Day 10
Check out hotel, dan naik train ke Vienna. Jalan kaki ke hotel dan check in. Keluar balik, naik train pergi hard rock cafe, old town. Santai2 kat area situ.
Day 11
Jalan kaki ke Vienna hbf dan naik train ke Bratislava.
Dari Bratislava hl. St, naik bus no 93 utk ke Old town Bratislava. Turun di Zhokova.
Jalan2 amek gambar, breakfast then gerak balik ke Bratislava HL.st naik tram no 1. (Tggu depan mcD) dan balik ke Vienna.
Rehat kejap then keluar balik repeat pergi ke Old Town Vienna, butik YSL & LV, Leopoldau dan gerak balik hotel.
Day 12
Repeat pergi butik LV & Ysl dan terus ke Vienna Airport – Jeddah – KL
Nak menang penginapan 2 hari 1 malam di The Face Style? Jawab soalan mudah di Posting Facebook Libur (Libur Rewards). 3 pemenang bertuah akan memenangi Staycation 2 Hari 1 Malam di The Face Style, Kuala Lumpur. Good Luck!
Soalannya : Deep Blue terletak di tingkat berapa?
Syarat mudah nak menang
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall korang (PUBLIC)
Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan!
3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selain daripada lokasi-lokasi popular yang sering dikunjungi oleh orang Malaysia seperti Thailand dan Indonesia, Vietnam juga antara lokasi percutian terbaik yang perlu anda fikirkan dan pertimbangkan untuk percutian bersama yang tersayang.
Selain daripada lokasinya yang terletak tidak jauh dengan negara kita, Vietnam juga mempunyai potensi untuk memberikan satu percutian yang menarik kepada anda bersama teman-teman dan yang tersayang untuk menjelajah dan menikmati budaya, makanan dan persekitaran yang berbeza.
Jadi di sini adalah itinerari dan tip yang boleh anda gunakan untuk merangka perjalanan anda mengembara ke beberapa tempat yang terdapat di sekitar Vietnam bersama teman-teman dan pastinya, itinerari dan tip ini akan dapat memberikan panduan kepada anda untuk menempuh perjalanan tersebut.
Semoga berjaya!
Itinerari dan tip ini adalah perkongsian oleh Ita Md Jani
Untuk yang suka masuk Thailand & Indonesia, nak tukar angin boleh ke Vietnam pulak. Tidak memerlukan perbelanjaan yang terlalu tinggi. Nak mudah sikit boleh ambil ground tour package tapi incase nak redah pon okay, insya-Allah selamat cuma kena rajin bertanya public transport yang agak efisien dan selesa.
Hanoi – Sapa – Hue – Da Nang – Hoi An
Lokasi persinggahan yang menarik untuk anda lawati:
HANOI
Old Quarter Street
Hanoi Train Street
St Joseph Chatedral
Masjid Al Noor
Hanoi Ancient House
Hoan Kiem Lake
Restoran sebelah Masjid Al Noor
Grills & Gravy – highly recommended
SAPA
Fansipan Mountain (cable car, Muong Hoa Train, funicular)
Coffee Restaurant
Cosiana Hotel – D’Lions Restaurant
Sapa Ssquare
HUE
Citadel Imperial City (Unesco Heritage)
The Flag Tower
Perfume River
DA NANG
Dragon Bridge (Dragon Fire Show)
Ba Na Hills
Han River
Han Market
Marble Mountain
Pink Church
My Khe Beach
Big C Supermarket
Family Indian Restaurant – recommended
Simpur Restaurant / Brunei Rrestaurant – ada jual nasi katok di sini
HOI AN
Hoi An Ancient Town
Japanese Bridge
Perbelanjaan 2 orang termasuk flight RM2650
Flight KL – Hanoi RM 190/2 orang
Flight Hanoi – Hue RM211/2 orang
Flight Da Nang – KL RM565/2 orang – beli last minute
Can Tho – HCM – Mui Ne – Da Lat
Lokasi persinggahan yang menarik untuk anda lawati:
CAN THO
Can Tho Market
Can Tho Museum
Chang Rai Floating Market
Fruit Garden
Pho Noodle Factory
Night Market
MUI NE
Fisherman Village
Red Sand Dunes
White Sand Dunes
Fairy Stream
DA LAT
Hydrangea Garden
Love of Valley
Datanla Waterfall
Crazy House
Perbelanjaan 2 orang termasuk flight RM2100
Flight KL – Can Tho RM122/2 orang
Flight HCM – KL RM399/2 orang – beli last minute
Tips secara keseluruhan
kebiasaan barang-barang makanan seperti snacks, cookies yang ada cop halal boleh didapati di kedai-kedai serbaneka & supermarket, boleh dikatakan di seluruh Vietnam. Maggi yang berlogo halal pun ada dijual. Harga standard sebab dah siap ada barcord. Kalau beli di kedai-kedai biasa harga untuk lokal berbeza dengan foreigner.
Pengangkutan dari satu negeri ke satu negeri selain sleeper bus / train, boleh selalu tengok tiket Vietjet. Kadang-kadang selain jimat masa, juga boleh dibeli dengan harga yang murah.
Hanoi, Sapa, Ho Chi Minh, Da Lat, Da Nang, Hoi An mudah untuk cari restoran halal. Cuma di Can Tho, Mui Ne susah nak jumpa.
Pengangkutan yang murah dan selesa ialah sleeper bus. Lebih selesa daripada naik van pelancong tu. Setiap penumpang akan diberi selimut dan kadang-kadang dapat air mineral juga.
Cuaca yang tidak menentu bermula dari awal Mei hingga September. Kalau payung agak berat, pastikan ade raincoat.
Kalau check-in hotel, biasa ade mineral water dalam bilik, tanya dulu receptionist freeke tak. Ada hotel bagi free ada masa check-out kena bayar.
Sekiranya ade pertanyaan untuk itinerari atau apa-apa je pertanyaan boleh pm ye..
Itinerari dan tip ini adalah perkongsian oleh Ita Md Jani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Sabang di Aceh ni pun antara tempat diving yang best juga kalau korang minat diving dalam trip holiday. Bandar yang terdekat dengan pulau ini adalah Bandar Sabang dan kalau korang tak tahu, tempat ni adalah lokasi paling utara di kepulauan Sumatera.
Nak merancang trip solo dengan bajet yang 'mampu' di poket? Anda boleh baca perkongsian ini.
Cerita trip ini saya share untuk berkongsi sedikit maklumat dan gambar yang mungkin menarik minat untuk anda semua pergi ke Pulau Sabang, bukan untuk dibuat pertandingan or perbandingan bajet siapa paling murah, gambar sapa paling lawa.
Tiket saya beli tahun lepas, Rm168 pegi balik, gamble beli sebab dah lama teringin nk ke Pulau Weh atau nama lain dia Pulau Sabang. Masalah utama saya tiada geng untuk pegi, dah iklan cari travel buddy kat sosial media tetap tak ada sambutan. Sampailah tiba hari nak pergi, dapatlah sorang kawan perempuan, tp still tak dpt nak berjimat pasal lelaki perempuan bukan muhrim tak boleh nak share bilik untuk penginapan. Dah la saya jenis penakut sedikit nak tidur seorang di tempat baru. Di Sabang pula tiada backpackers dorm atau hostel. Redha je la.
Flight 7.40am, sampai airport Banda Aceh around 8.10am, urusan cop passport tersangat cepat. Walaupun kecil tapi tak seteruk di Silangit. Keluar dari airport, berduyun tiba pak cik teksi tanya nak ke mana? dari Malaysia?
Saya stay kejap tepi bucu bangunan, sambil buat muka kesian kot kot ada traveller lain yak boleh di ajak kongsi teksi. Tapi hampa.. lemahhhhh berjalan membontoti Pakcik teksi yak girang hati dapat customer comel #ehperasan
Caj teksi untuk ke Pelabuhan Ulele dalam Rp140k, saya check juga grabcar dalam Rp109k sahaja. Tapi grabcar tak boleh masok kawasan airport, tak kuasa la nk menapak tempat orang, kang sesat pulak.
Dari airport nak ke Pelabuhan Ulele mengambil masa selama 35 minit, sampai di Pelabuhan saya terus beli ticket ferry. Ada 2 jenis, Kapal Cepat Rp80k & Kapal Lambat Rp27k include insurance. Saya pilih kapal cepat.. Padahal naik kapal lambat pon ok, jimat & takde lah lambat sangat.
Dari Pelabuhan Ulele ke Pelabuhan Balohan mengambil masa kira kira 1 jam pejalanan. Dalam ferry ni saya berkenalan lagi dengan seorang perempuan Malaysia, so dapat geng lagi utk share transportation ke Pulau Sabang. Di sebabkan saya tak ada booking bilik lagi, saya follow rakan baru tu ke Pantai Iboih. Asalnya saya nk stay di Freedie Sumur 3, tapi tak ada bilik kosong.
Sampai di Pelabuhan Balohan, saya ada 2 options untuk ke Sumur 3 atau Iboih. Samada naik teksi atau sewa motor. Caj taxi Rp150k dan sewa motor plak Rp100k sehari, boleh bargain kalo kita sewa motor lebih dari 3 hari Dan saya decide amek taxi. Pejalanan dari Pelabuhan Balohan ke Pantai Iboih mengambil masa kira kira 45 minit.
Tiba di Pantai Iboih saya dok usha bilik paling murah tapi menarik hati dan pandangan. Maka bertemulah jodoh dengan Ohlala Bunglow Cafe & Restaurant, bilik sea view 1 malam Rp200k, saya ambil 3 malam.. pon bargain juga harga InsyaAllah boleh dapat lagi diskaun.
Cuaca awal January agak tak berapa friendly.. mendung, hujan sekejap2. Pasrah je lah. Kat sini saya kenal kawan kawan baru, Eldo dari Finland, Nina Dari France, Ijul & Alfin dari Indonesia, Fafa, Nas & Caligula dari Johor.
Saya ada ambil pakej dolphin & snorkeling, Rp400k sorang.. max 6 org baru dapat murah.. Kalo just berdua Rp500k, ber4 Rp450k.. include makan pagi, makan siang, professional guide & photographer, snorkeling equipment.. tp saya mmg bawak sendiri peralatan, tak suka share bekas mulut orang. haha
Makan pulau, saya makan kat cafe bilik je.. sedap dan boleh masok anak tekak.. harga standard pulau..
Tip:
1.Pakai pakaian sopan-sopan di sini tau, kalau tidak kena tegur.
2.Walaupun Aceh mengamalkan konsep Patuh Syariah, tapi ada je scammer (saya kena 2 kali, total loss Rp57k), ada je tak pakai tudung. Orang yang tak pakai tudung tu kemain tegur pakaian orang suruh balik bili tukar pakaian. Ada jual arak.
3.Kalau nak jimat sewa la motor dari Bandar Aceh, bawak masuk 'Kapal Lambat', then motor tu leh cover jalan-jalan d Sabang & Bandar Aceh. Tak perlu nak naik teksi.
4. Kalau rasa beg tu lebih 7kg, pastikan balik tu amek luggage. Kena timing tak baek, masa nk masok departure gate kat airport Bandar Aceh, sambil check ticket diorang akan suruh penumpang timbang beg setiap sorang.
5. Kalau cuaca tak elok, hotel tak cantik, planning tak menjadi.. jangan down.. jgn travel sbb nk sama mcm org len travel atau nk up skit dari org lain travel.. just create something yak boleh kita ingat sampai bila bila..
Travel untuk kita memuji dan melihat kebesaran Allah bukan travel utk minta di puji sesama manusia..
Budget Loss Rm500 je – exclude flight ticket (Rm168)
Total 4 hari 3 malam dalam RM668.
Sekian.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Artikel ini adalah perkongsian oleh Wan Nordini Hasnor Wan Ismail
Selalunya di Cameron Highlands, gunung yang sering menjadi pilihan para pendaki adalah gunung-gunung yang popular seperti Gunung Irau dan Gunung Brinchang Barat. Kedua-dua gunung ini memerlukan permit untuk memasukinya dan kebiasaannya trek akan ditutup pada penghujung tahun sewaktu musim tengkujuh (November hingga Februari).
Namun, ramai yang tidak mengetahui sebenarnya terdapat banyak lagi gunung di sekitar Cameron Highlands. Cuma mungkin sahaja ianya kurang dikenali menyebabkan gunung-gunung tersebut tidak menjadi pilihan utama para pendaki.
Pada penghujung tahun 2018, penulis telah berkesempatan mengikuti satu ekspedisi Trans-Gandik yang boleh dikira agak unik. Pemilihan kali ini adalah gunung-gunung yang agak kurang popular, yang mana gunung ini bukanlah dalam kategori hutan simpan.
Oleh itu, permohonan permit tidak perlu dilakukan, namun masih memerlukan khidmat jurupandu arah untuk masuk. Trans Gandik merangkumi 3 gunung yang bersebelahan iaitu Gunung Tanggung, Bunting dan Gandik. Ketinggian bagi setiap satunya adalah 1300++ m apl.
Untuk makluman, gunung-gunung ini tidak mempunyai puncak yang menjanjikan pemandangan yang indah, malah ada yang sekadar memiliki sedikit ruang lapang di tengah-tengah belantara. Oleh itu, Trans-Gandik bukanlah pilihan terbaik sekiranya ada sahabat-sahabat yang jenis mengejar “view” puncak.
Masa keseluruhan pendakian bagi Trans-Gandik adalah setengah hari sahaja dan keadaan treknya sesuai bagi mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak dalam sukan mendaki ini.
Gunung Tanggung, Bunting dan Gandik ini terletak di kawasan Ringlet. Jadi, kami memilih untuk bermalam di Hikers Sleep Port yang terletak di Tanah Rata. Konsepnya adalah “dorm” dan boleh memilih pakej bersekali dengan sarapan atau tanpa sarapan.
Di permulaan trek Trans-Gandik, kami telah disajikan dengan kesan-kesan tapak kaki haiwan yang begitu jelas. Menurut “guide”, haiwan tersebut baru sahaja berlalu dari situ. Kemungkinan besar kambing hutan. Kecut juga perut apabila pertama kali berhadapan dengan situasi ini.
Masakan tidak, sepanjang trek kesannya ada! Biarpun “guide” menyatakan mungkin kambing hutan, tetapi tetaplah ia haiwan liar yang tidak boleh dipandang ringan. Sebab apa-apapun, hutan ni ‘rumah’ bagi makhluk selain manusia. Kita kenalah sentiasa berwaspada.
Sehinggakan ada satu ketika, dalam perjalanan turun, “guide” kami meletupkan bebola mercun. Kuat sungguh bunyi mercun tu, walaupun saiznya kecil sahaja. “Guide” memaklumkan bahawa ada bau haiwan yang kuat.
Bagus, peka deria beliau, sebab kami tidak dapat mengenalpasti sebarang bau yang pelik pada waktu itu. Yang pasti, darjah kecut perut telah meningkat sekali ganda berbanding awal tadi.
Pendakian kali ini memang betul-betul santai sahaja. Kami banyak belajar mengenai flora hutan daripada “guide”. Seolah-olah menghadiri kuliah alam tanpa sempadan. “Guide” kami ni, jiwanya memang boleh nampak, jiwa hutan. Dengan beliau, kami berpeluang kenal jenis-jenis orkid liar, ada yang jenis tumbuh di darat, ada yang rupanya unik dan pelik, macam-macamlah.
Yang pastinya, banyak sangat khazanah negara kita yang unik, yang indah, tetapi mata kita sering terpedaya dengan tipu helah dunia luar. Dalam pada tidak sedar, tangan kita sendiri yang menghancurkan apa yang kita ada. Sayangkan?
Selain orkid, kami juga diperkenalkan dengan beberapa pohon herba renek secara dekat. Ada satu pokok herba ni, akarnya mengeluarkan bau minyak angin (methyl salicylate). Teruja betul kami. Sebab bau itu adalah ‘haruman’ yang “familiar” bagi dunia farmasi.
Memiliki bunga-bunga putih halus, sekali pandang bagi yang tidak arif, memang anggap macam kumpulan rumput liar aje lah. Apabila dirujuk, nama tumbuhan tersebut adalah tuju angin/akar suasa/akar simpul angin.
Kami juga menemui banyak “crab-spider” dengan sarangnya di sepanjang laluan trek. Kebanyakannya warna hitam, ada juga yang berwarna ala-ala jingga-keperangan. Unik bentuknya. Selain bentuk fizikal belakang badan, “crab-spider” juga disebut sedemikian kerana tabiat berjalannya yang mengiring ke tepi.
Selain itu, kami ada juga terserempak dengan sekumpulan kutu yang sedang menjamu selera di lantai hutan. Saiznya besar sehinggakan boleh nampak dengan mata kasar sahaja. Mangsanya adalah spesies ulat gonggok yang bersaiz sebesar ibu jari tangan. Unik sungguh rantaian makanan alam di habitat asal mereka.
Keluar sahaja dari trek Trans-Gandik, kami ingatkan berakhirlah ekspedisi hari pertama. Rupa-rupanya “guide” kami mempunyai perancangan lain. Beliau membawa kami ke Plot Hutan Pinus yang terletak di Kg Taman Sedia.
Plot Hutan Pinus dahulunya dibangunkan oleh orang-orang Inggeris, dalam percubaan menanam pokok-pokok pine di Cameron Highlands. Kini, pokok-pokok tersebut sudah tinggi menjulang.
Namun sayang, kawasan itu kini terbiar begitu sahaja tanpa pemantauan daripada mana-mana pihak. Sedangkan jika dikawal-selia, ianya boleh menjadi tarikan daripada sudut ekopelancongan. Tetapi, daripada satu sudut yang lain pula, bagus juga tak dibangunkan tempat ni. Agar ianya kekal terpelihara bersih dalam suasana asalnya.
Di plot ini, terdapat satu “viewpoint”, yang boleh nampak gunung-ganang yang popular di sekeliling iaitu Irau, Brinchang, Berembun dan Jassar. Kami keluar daripada plot ini sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang.
Ekspedisi pada hari kedua diteruskan dengan pendakian ke Gunung Ruil. Letaknya di Kg Sg Ruil, sebuah perkampungan orang Asli. Namun, jangan terkejut ya, kampung orang Asli di sini sudah moden. Tiada lagi rumah-rumah asal yang kita bayangkan.
Gunung Ruil berketinggian 1710m apl. Terletak di dalam tanah adat orang Asli. Oleh itu, biasanya, “guide” akan meminta izin dahulu daripada pihak yang berkenaan untuk masuk.
Dahulunya, kawasan pergunungan ini dijadikan tempat persemadian bagi masyarakat orang Asli. Mayat-mayat dikatakan diikat pada pokok-pokok yang besar atau diletakkan pada banir akar dan akan ditinggalkan sahaja di situ sehinggalah proses pereputan secara alami berlaku.
Trek Ruil adalah jelas. Banyak juga laluan kecil yang disebut laluan tikus, yang mana mungkin terbentuk akibat aktiviti masyarakat setempat. Kami sempat terserempak dengan satu keluarga orang Asli yang sedang menebang dahan-dahan kayu. Menurut ketua keluarga, mereka perlu membina pondok kayu untuk si nenek.
Gunung ini juga tiada puncak nyata, maka tiada pemandangan. Hanya ada batu sempadan yang memisahkan di antara negeri Perak dan Pahang. Di sini juga rezeki kami menemui sejenis kulat yang tumbuhnya di perdu pokok, berwarna kemerahan terang. Bersaiz sangat kecil tetapi tetap cantik.
Begitulah serba-sedikit ekspedisi kali ini, yang bagi penulis bukan sekadar mendaki-penat-kejar-puncak. Ianya lebih dari itu, 2 hari yang penuh dengan ilmu yang mungkin sukar diperolehi di mana-mana.
“It is truly beyond hiking those mountains!”
Penulis: Wan Nordini Hasnor Wan Ismail Pensyarah Kanan, Fakulti Farmasi, UiTM Caw Pulau Pinang (Kampus Bertam)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...