Zoo Negara memerlukan lebih banyak sumbangan bahan mentah dalam bentuk daging, sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menampung keperluan bekalan makanan di taman haiwan itu.
Ia berikutan makanan haiwan berkenaan sebelum ini diperoleh melalui hasil penjualan tiket masuk, sewaan tempat acara, tajaan syarikat dan sumbangan orang ramai. Tetapi hari ini berdepan dengan masalah untuk mendapatkan bekalan ekoran kekangan kewangan
Makanan utama iaitu daging, sayur dan buah amat diperlukan dengan jumlah yang banyak untuk bekalan makanan haiwan jenis herbivor dan karnivor di zoo ini. Zoo Negara sangat mengalu-alukan sumbangan pihak luar pada ketika ini.
Ads
Orang ramai atau pihak luar yang ingin menyalurkan sumbangan berbentuk bahan mentah boleh terus e-mel ke veterinar@zoonegaramalaysia.my atau sumbangan wang tunai melalui https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html
Anda juga boleh menyalurkan sumbangan dengan cara mengambil haiwan yang ada di sini sebagai haiwan angkat.
Sebelum ini Zoo Negara dikatakan terpaksa menggunakan tabung kecemasannya yang hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja untuk meneruskan operasi. Tabung kecemasan tersebut adalah peruntukan yang telah diwujudkan khusus oleh pihak pengurusan Persatuan Zoologi Malaysia (MSZ) untuk keadaan seperti di luar jangka ini.
Walaupun Selangor masih lagi dibawah sekatan PKPB, namun tidak jadi halangan untuk merentas daerah.
Mengambil peluang ini, empat best friend forever, (BFF) telah melakukan roadtrip di beberapa daerah terkenal di Selangor.
Memilih memulakan perjalanan dari Jeram – Tanjung Kerang – Kuala Selangor – Sekinchan dan Sg Besar dengan mengeluarkan bajet sekitarnya RM100 seorang untuk percutian singkat ini.
Banyak antara lokasi menarik yang dilawati BFF ini dan paling penting enjoy dapat melakukan aktiviti bersama-sama bagi mengeratkan lagi tali persahabatan.
Bagi yang berminat untuk melakukan roadtrip hujung minggu ini, boleh ikut 10 tempat menarik yang boleh dikunjungi sepanjang percutian ini.
Total burn RM100++/person . Jeram -Tanjong Karang – Kuala Selangor – Sekinchan – Sg Besar
P/S : Trip last minute ( 20/3 – 21/3) dapat book Homestay dekat Sg Besar je , area sekinchan dah full. Main activity kali ni ke Kelip Kelip Kg Kuantan nak naik bot tengok kelip-kelip, sampai sana rupanya santuari Kg Kuantan tutup. So kami pergi ke Kg Belimbing pula. Alhamdulillah buka.
20.03.2021 1. Sarapan Warung papan padil roti canai *sungai buloh* – Roti sarang burung paduuu
2. Jalan-jalan naik trem & santai-santai atas bukit (kat atas bukit penuh dengan monyet) Bukit Malawati
3. Coconut Farm *Sekinchan* – Air kelapa fresh dan tempat lawa, redup
4. Restoran Lembah Bernam (exotic food |rusa,arnab,landak,belut,baung) *Sekinchan* – Ada makanan yang anda tak pernah try, sedap dan berbaloi! #rusa masak sambal sedap
Check in 5. D Bayu Impian Housestay *Sg Besar* – Ada mini zoo dan pool tapi agak jauh dari Sekinchan
Malam 7. Kelip-kelip Kg Belimbing *Kuala Selangor* – Naik bot bersiar tengok kelip-kelip , agak seram tapi should be ok
Makan 8. Satay hut *Tanjong Karang*
Ahad Tengahari
9. Faridah Mentarang bakar *sekinchan* – Kedai viral di socmed so kami singgah jugak ler, mentarang bakar agak lama nak tunggu , so if sanggup tunggu boleh la order bakar-bakar. Kami cuba belangkas masak lemak , mentarang sambal , ikan kerapu . Tak tunggu lama makanan sudah sampai .
Bagi anda yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor, pastinya menarik nafas lega apabila kerajaan telah mengubah fasa PKP kepada PKPB. Ini bermakna perjalanan rentas daerah sudah dibenarkan manakala rentas negeri masih belum dibenarkan.
Jadi mungkin sekaranglah masa untuk kita bantu industri pelancongan dalam negeri. Dikala industri pelancongan perlu sedia menangani impak pandemik Covid-19, Negeri Selangor memperkukuhkan status sebagai destinasi pelancongan pilihan rakyat Malaysia dengan seleksi produk pelancongan baharu yang mempunyai potensi untuk menggamit perhatian pelancong pasca-pandemik seperti senarai yang berikut.
Melancong secara lokal dengan mengikuti SOP yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. Sama-sama kita membantu industri ini terus kukuh dan stbalil semul. Berikut 10 lokasi paling menarik di Selangor untuk sepanjang tahun 2021.
Singgah Santai Resort merupakan antara penginapan bercirikan “resort” terbaharu di Daerah Hulu Langat dengan pelbagai jenis bilik penginapan mengikut keperluan pengunjung. Di sini turut disediakan pelbagai ruang untuk bersantai di sekitar kawasan resort. Para penggemar aktiviti percutian dan “backpacking”, atau pengunjung yang datang bersama keluarga dan anak-anak kecil pastinya akan menikmati pengalaman menginap di sini kerana suasananya yang penuh mendamaikan; agak terpencil dari hiruk-pikuk kawasan bandar.
Alamat: Kg Batu 14, Jalan Felcra Semungkis, Hulu Langat, Selangor.
Di Pekan Banting terdapat sebuah monumen yang berdiri gah bagi memperingati jasa anak-anak Sidek yang pernah mengharumkan nama negara sehingga ke peringkat dunia dalam arena sukan badminton. Kisah mereka juga pernah menjadi nukilan dalam siri animasi dan komik yang amat popular suatu ketika dulu; Anak-Anak Sidek. Tugu Peringatan Keluarga Haji Sidek ini dibina bagi meraikan kejayaan anak-anak Sidek di persada sukan badminton dalam Negara dan antarabangsa.
Tugu ini telah didirikan di dalam kawasan kediaman Tuan Haji Sidek di mana ianya adalah tempat tokoh-tokoh badminton Negara tersebut telah dibesarkan. Kini, ianya merupakan salah sebuah tarikan dengan nilai sejarah di Pekan Banting, Kuala Langat.
Alamat: Jalan Sultan Alam Shah, Kampung Kanchong Darat, 42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.
Air Terjun Sg Lepoh adalah salah sebuah daya tarikan terbaharu di Daerah Hulu Langat. Juga dikenali sebagai Sungai Lopo ataupun Sungai Lepok, air terjun yang sangat menenangkan ini merupakan sebuah kawasan perkelahan yang sentiasa menarik minat penggemar aktiviti pendakian serta pencinta alam sekitar yang tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.
Alamat: Lot 3461, KM22 Sungai Lepoh, Kampung Kuala 43100, 43100 Hulu Langat, Selangor.
Anjung Spotter, yang merupakan sebuah tarikan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) di Daerah Sepang kini dibuka kepada orang ramai terutamanya peminat kapal terbang dan fotografi. Di sini, mereka berpeluang untuk melihat dan merakam gambar pesawat yang berlepas atau mendarat di KLIA ini dari sudut-sudut yang menarik. Konsep terbuka di Anjung Spotter ini juga memberikan pengalaman luar biasa kepada pengunjung, serta dapat mencipta memori tersendiri terutamanya kepada kanak-kanak.
Alamat: Jalan Pekeliling , Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor.
Dalam ramai asyik berlumba-berlumba mencari tempat-tempat menarik sebagai latar bagi gambar mereka di laman media sosial, pemaju hartanah di Negeri Selangor turut tidak berkecuali dari mewujudkan tempat-tempat menarik di sekitar kawasan yang dibangunkan mereka. Sebagai contoh, Ardence Labs @ Eco Ardence merupakan tarikan terbaharu di Setia Alam di mana para pengunjung berpeluang merakamkan gambar yang menarik dengan elemen 2D, 3D, grafitti dan lain-lain.
Alamat: Eco Ardance Sales Gallery PT 8, Persiaran Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
Kehijauan dalam pemodenan. Elmina Central Park merupakan kawasan riadah yang mempunyai trek joging yang dikeliingi pepohon yang menghijau. Pengunjung taman juga dapat menikmati kemudahan aktiviti berbasikal dan kasut roda. Jambatan Icon Elmina (Elmina Iconic Bridge) pula merupakan sebuah struktur yang gah dan sesuai untuk dijadikan latar gambar. Dengan warna merah terang, jambatan ini kelihatan seolah-olah menyala apabila matahari menghilang dari pandangan sekaligus memberikan pengunjung pemandangan malam yang sangat mengagumkan.
Alamat: Seksyen U16 City of Elmina, 40160, Selangor.
HL Dragon Fruit Eco Farm yang terletak di Daerah Sepang ini bukan sahaja mempunyai ladang tanaman buah naga yang luas, malah turut menyediakan pelbagai aktiviti pertanian untuk pengunjung. Mereka berpeluang untuk merasai pengalaman menanam sendiri pokok buah naga, memetik buah naga segar, mempelajari pendebungaan bunga buah naga, serta menjelajahi keindahan kebun buah naga dengan khidmat jurupandu yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam tanaman ini.
Alamat: Lot 7608, Jalan Besar, Baru Satu, 43900, Sepang, Selangor.
Negeri Selangor terkenal dengan pelbagai keunikan alam semulajadi yang mempunyai penggemar dari pelbagai kelompok usia. Bertempat di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Kolam Air Panas Sungai Serai merupakan sebuah tarikan terbaharu bagi penggemar alam sekitar. Di sini terdapat banyak kolam air panas memandangkan struktur tanahnya yang mempunyai kandungan belerang yang tinggi. Kolam air panas ini juga merupakan destinasi yang tepat untuk disinggahi selepas kesejukan bermandi manda di kawasan air terjun yang banyak terdapat di Daerah Hulu Langat.
Alamat: Lot 769, Jalan Sentosa 11/A, Taman Desa Sentosa, Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, selangor.
Woodhouse KKB IO Home menawarkan pengalaman menginap di seleksi rumah kayu yang cukup unik dengan elemen privasi. Pemandangan puncak Bukit Kuala Kubu Bharu yang menakjubkan turut menjadi latar di lokasi ini. Woodhouse KKB IO Home dihiasi dengan kemudahan moden untuk penginapan yang selesa dan serba mewah.
Ia juga memiliki kolam renang privasi, dua bilik tidur besar dengan bilik mandi individu, dapur luar yang dilengkapi dengan peralatan memasak, ruang makan beranda, kemudahan untuk aktiviti barbeku, mesin basuh, TV kabel, meja belajar, serta banyak lagi kemudahan lain.
Alamat: Jalan Harmonian 2, Off Jalan Padang Golf, Tinggian, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor
Bukit Chenuang yang terletak di Daerah Hulu Langat mempunyai potensi untuk menjadi pilihan para penggemar aktiviti pendakian selepas Bukit Broga kerana trek dari pintu masuk Hutan Lipur Sungai Chongkak ke puncak Bukit Chenuang dilengkapi dengan tanda arah yang jelas serta memudahkan. Di sepanjang perjalanan juga terdapat beberapa batang anak sungai bagi melepaskan lelah dan bersantai, dan pendakian hingga ke puncak Bukit Chenuang dijangka mengambil masa dalam 2-3 jam, bergantung kepada kelajuan dan kemahiran para pendaki.
Alamat: Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah, Tingkat 1, Blok B, Platinum Cheras, 43200 Cheras, Selangor
Kredit: Tourism Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebayu Retreat Gopeng Perak adalah satu villa yang tidak jauh dari Ipoh, hanya perlu pandu lebih kurang 40 minit sahaja.
Cukup sesuai kalau anda ada plan nak buat hari keluarga atau berkumpul dengan kawan-kawan rapat, di sini tempat yang sesuai.
Sambil layan anak main air tepi kolam, anda boleh layan pemandangan yang tenang sekitar villa. Kehijauan pokok-pokok dan binaan bangunan yang menggunakan konsep batu bata merah menjadikan villa ini nampak unik.
Nak mandi-manda memang ada private bathtub, macam-macam aktiviti yang anda boleh buat dekat sini seperti water rafting, waterfall abseiling, kayaking & river tubing.
Di sini ada pelbagai jenis bilik termasuk Superior King Rooms, Superior Twin Rooms, Family Rooms dengan pemandangan gunung, Standard Villas, Superior Villas, Deluxe Villas, dan Chalets.
Jadi anda boleh pilih ikut jumlah kepala yang datan join, yang penting tempatnya best untuk cipta kenangan dan layan ootd di sekitar villa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...