Selain terkenal sebagai syurga makanan, Penang juga mempunyai banyak tarikan lain yang korang boleh explore.
Mahukan sebuah percutian santai untuk foodhunting dan menginap di sebuah resort persis di Bali, Busa Syafiqqah Shawal dan teman-teman berkongsi itinerari mereka selama empat hari tiga malam di Pulau Mutiara itu.
Turut berkongsi info dan juga beberapa bajet untuk ke tempat-tempat yang dilawati, trip mereka memang sangat sempoi dan best. Untuk korang yang plan nak trip santai macam mereka, boleh jadikan perkongsian ini sebagai rujukan.
Ikuti perkongsiannya:
PENANG ESCAPE!
Hi korang, untuk travelogue kalini Busa nak share trip santai santai ke Penang. Motif utama sebab nak main Penang Escape Park, foodhunting pastu stay dekat resort ala ala Bali kat Penang je. So, Busa tak letak details perbelanjaan sebab memang trip ni santai and tak focus pada bajet sangat.
TRANSPORTATION
Air Asia Kul-Pen-Kul (book awal masa promo)
Untuk pergerakan dalam pulau kami banyak guna GRAB Car and naik kenderaan sendiri since travel buddy Busa bawak kereta.
ACCOMMODATION
Wassup Youth Hostel
(Hotel ni sangat strategik tau sebab dekat sangat dengan Komtar. Nak naik pengangkutan awam macam bas Rapid pun senang sangat sebab jalan kaki sikit je dah sampai Komtar. Banyak bas Rapid yang perjalanannya bermula dari Komtar atau lalu Kawasan Komtar. Even bas percuma Central Area Transit (CAT) pun lalu dekat Komtar tau. Incase korang naik bas Rapid dari Penang Airport, bas tu akan berhenti dekat Komtar and korang boleh jalan kaki je ke hotel. Hotel ni ada mini pool, café, mini arcade and bilik selesa and fasiliti best. Nak parking kereta pun senang sebab belakang hotel ni ada car park berbayar (around RM4-6 per entry).
: RM 192.30 per room (3H2M untuk Standard Double Room)
The Lost Paradise Resort, Tanjung Bungah
:RM 580 per night (Grand Suite Ombak, boleh muat dalam 5-6 orang).
ACTIVITIES
Escape Park: RM 133 per pax
Water Tricycle Bike: RM 30 per bike for 30 minutes (Khas untuk yang menginap di Lost Paradise Resort sahaja)
Rumah Kelahiran P Ramlee : Percuma
Penang Hill Sunrise Package (RM 3 per pax)
ITINERARY
DAY 1
- KLIA
- Penang Airport
- Check in Wassup Youth Hostel
- Lunch dekat Restoran Hameediyah
- Minum petang dekat Mi Sotong Hameed Pata, Esplanade Park Food Court
- Chill dekat Padang Kota
- Dinner dekat Restoran Kapitan
DAY 2
- Penang Hill Sunrise Package
- Lily Ais Kacang, Bukit Bendera
- Escape Park, Penang
- Tea time ft sunset view dekat Starbuck Batu Feringgi
- Dinner dekat Nasi Kandar Deen Maju
DAY 3
- Sarapan dekat Roti Canai Gemas Road
- Check out Wassap Youth Hostel
- Lunch dekat Restoran Padang Minang, Jalan Transfer
- Rumah Kelahiran P.Ramlee (museum visit)
- Check in The Lost Paradise Resort, Tanjung Bungah
- Tricyle Bike Water Sport, The Lost Paradise Resort
- Dinner dekat Padang Brown
DAY 4
- School Visit (Lighthouse Academy, The Lost Paradise Resort)
- Check out The Lost Paradise Resort
- Lunch dekat Cargas Café, Bayan Lepas
- Penang Airport
- KLIA
TIPS AND TRICK!
Untuk yang nak baca travelogue yang Busa tulis sebelum ni boleh search Facebook Page: Travelogue Budget By Busa
Escape Park, Penang
- Betul lah orang kata, Escape Park ni sehari pun tak cukup nak main semua. Rasa dah book tarikh cantik dah on weekday tapi tetap ramai jugak. Alhamdulillah, game best best kitaorang dapat main jugak even kena beratur lama. Staff sini kata cuba try datang Rabu or Khamis sebab orang tak ramai sangat masa ni. Tips, nak murah sila beli dekat website and beli awal ye. Busa beli awal 2 bulan so dapat harga RM 133 per pax. Kalau beli 4-6 bulan awal lagi murah. Semua game best, staff sangat sporting! Oh ye, untuk yang nak simpan barang boleh sewa locker dengan harga RM 10 and untuk para gegadis berhijab yang tak bawak pakaian mandi yang proper boleh sewa Burkini dekat sini dengan harga RM 9. Cara pembayaran sama ada guna kad atau touch n go ewallet.
The Lost Paradise Resort
- Nak rasa vibe Bali dekat Penang? Seriously, you need to stay in this resort! Banyak tempat OOTD yang ngam teruk and cantik cantik tau. Rate harga bilik bermula dari RM 199- RM 980 semalam untuk hari minggu. Yang best, setiap design bilik tak sama and semua idea ni datang dari owner resort, Dr Chew Yu Gee sendiri. Busa suka stay sini sebab hospitality dia terbaik. Semua staff sangat peramah termasuk lah owner resort dan keluarga beliau, Madam Melody and Dr Iise. Taknak taip banyak, korang kena datang and feel sendiri experience stay dekat sini tau! Madam Ong, manager dekat sini pun sangat banyak bantu kitaorang bila kitaorang perlukan apa apa. Thumbs up!
Lighthouse Academy
- Sekolah ni sangat unik sebab terletak dekat dalam resort. Basically, penubuhan resort ni sebenarnya untuk menampung kos pengoperasian sekolah ni. Sebab apa Busa kata sekolah ni unik? Sekolah ni khas untuk kanak kanak berkeperluan khas tau. Tenaga pengajar kat sini memang Busa salute sangat sebab berjiwa besar. Bukan mudah ye kita nak mengajar kanak kanal special needs ni. Pengetua sekolah, Madam Melody sangat friendly! Dia yang bawak geng Busa tour satu sekolah. Untuk yang menginap kat sini, korang bukan je boleh enjoy view and OOTD dekat kawasan resort tapi korang pun boleh lawat sekolah ni. Just inform receptionist untuk approval. Sambil bercuti, duit yang korang spend pun sebenarnya sangat membantu untuk dana sekolah ni tau. Menarik kan, from education line and medical line combine with the tourism and hospitality line.
Water Tricycle Bike
- Ni korang WAJIB ye try menginap dekat The Lost Paradise Resort! Kayuh lah nak dekat dekat senja so boleh tengok sunset sekali sambal layan view. Water sport ni hanya dibuka untuk pengunjung yang menginap dekat Lost Paradise resort je tau sebab nak jaga privacy in house guest dan juga sebab parking yang limited. Tapi, serious pengalaman naik basikal ni best tau. Kalau rasa nak kayuh basikal atas laut, meh la stay dekat Lost Paradise!
Penang Hill Sunrise Package
- Kalau nak naik train Penang Hill murah, boleh beli tiket walk in dari jam 6:30 pagi sampai 8:00 pagi sebab harga tiket cuma RM 3 je. Harga normal RM 12 tau so banyak jugak jimat tu. Orang pun tak ramai naik pagi. Busa prefer naik pagi sebab udara and suasana kat atas tu nyaman sangat kalau naik waktu pagi. Orang pun tak ramai. Tak silap Busa package ni hanya untuk walk in sahaja, untuk warganegara Malaysia, dan tak available masa cuti sekolah, long weekends, musim festival dan peak seasons.
Lain-lain
Korang kena try minum Bandung Float dekat sebelah kedai Mee Sotong Hameed Pata tu. Serious sedap and worth it (RM 4.50 tak silap).
Menu nasi nasi dekat Restoran Kapitan sedap tapi roti nan cheese dia kurang lah. Keras and sejuk. Jadi tak enjoy nak makan even kuah Milani dia sedap.
Datang awal untuk lunch dekat Restoran Padang Minang and Cargas Café sebab kalau lambat memang ramai orang. Tapi, makanan dia sedap. Korang kena try menu cencaru goreng kalau makan dekat Restoran Padang Minang. Kalau dekat Cargas Café tu korang try je lah mana mana lauk sebab semua sedap, serious! Patutlah baru pukul 12 orang dah beratur panjang even weekday.
Kalau rasa bosan taktahu nak jalan mana, boleh singgah dekat Galeri Rumah Kelahiran P.Ramlee. Masuk free je. Boleh tengok sejarah hidup P.Ramlee dan boleh masuk rumah dia.
Kalau nak tengok sunset, selalunya Busa suka tengok dekat Starbuck Batu Feringgi je sebab ada tempat lepak chill chill.
Wajib try makan aiskrim dekat Bukit Bendera, cari kedai Lily Ais Kacang. Menu dia best, sedap and yang penting murah.
Ni pendapat kitaorang tapi bagi kitaorang kan pasembor Padang Brown lah yang paling sedap kitaorang pernah makan dekat Penang. Kuah dia cukup rasa, orang kata kene kene kene. Bagitahu je bajet korang berapa dekat mamak tu, kitaorang order RM 15 je dah cukup kenyang and portion banyak. Tapi licin ye sebab sedap!
Credit to all my travel partner!
Kredit:Busa Syafiqqah Shawal
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI