Sabah sememangnya penuh dengan tarikan pelancongan. Melihat sunset di pulau, snorkling di dasar laut yang jernih, makanan laut yang murah hinggalah menyaksikan puncak Kinabalu semua itu menjadi daya tarikan di Sabah.
Dalam pada itu, jika ingin lari dari sedikit dari kebiasaan, bagi kaki travel yang bercadang ke negeri di bawah bayu ini, bolehlah mengunjungi ke Lahad Datu yang terkenal dengan Jambatan Gantung Canopy Walk Di Borneo Rainforest Lodge Danum.
Menurut Jabatan Perhutanan Sabah, jambatan Canopy Walk Lembah Danum Lahad Datu ini adalah sepanjang 300 meter panjang (985 kaki) dan setinggi 27 meter (90 kaki). Titian gantung yang menakjubkan ini adalah salah satu yang terbaik di dunia di mana korang boleh meneroka hutan simpan di Danum, Sabah.
Ads
Ads
Tidak hanya menikmati alam semulajadi tapi bagi pencipta haiwan, boleh saksikan hidupan liar di depan mata kerana kawasan tadahan hujan yang luas ini merupakan tempat tinggal bagi badak Sumatera, Orang Utan, Kancil, serta Harimau Bintang. Tidak hanya binatang liar tapi terdapat sebanyak 270 spesies burung telah dicatat di kawasan ini.
Ads
Pusat Kajian Danum terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 440 km persegi ini. Info dari Sabah Forestry Department / Gambar : Jollence Lee
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu pada satu ketika dahulu merangkumi bangunan stesen, hotel dan pejabat pentadbiran dibina pada zaman kemuncak ketika berlakunya pembangunan pesat dan perubahan teknologi pengangkutan keretapi di Tanah Melayu.
Bangunan ini merupakan stesen ketiga di Kuala Lumpur yang merupakan sebuah bangunan beratap sementara menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang (Pengkalan Batu) dengan landasan keretapi yang pertama untuk menghubungkan bandar ini dengan kawasan-kawasan lain di Semenanjung Tanah Melayu.
Pada asalnya, bangunan stesen ini mengandungi tiga platform yang berkonsep ringkas dan terbuka dengan ruang legar yang luas berbumbung selari dengan platform. Stesen Keretapi Tanah Melayu ini merupakan antara bangunan terindah yang memperlihatkan perkembangan reka bentuk dan nilai estetika melalui kepelbagaian seni hiasnya seperti penggunaan berulang gerbang besar (Gothe) dan disulam beranda di setiap tingkat, serta tingkap besar dan kubah dengan tiang tegak terpintal yang terletak di empat penjuru bangunan.
Dalam lipatan sejarah, bangunan ini pernah mengalami kemusnahan dan kerosakan besar iaitu di bahagian sayap utara akibat terkena bedilan bom semasa Perang Dunia Kedua. Kemudian, pada 14 November 1968, bahagian yang sama di tingkat kedua musnah akibat kebakaran yang tercetus.
Kuala Lumpur merupakan tempat pentadbiran ketika zaman British sebelum Merdeka lagi. Disebabkan itu, Bandaraya Kuala Lumpur dihiasi pelbagai binaan agung serta struktur bangunan yang menpunyai nilai sejarah yang tinggi dan menarik. Sebagai rakyat Malaysia, anda seharusnya berbangga untuk menghayati sejarah tinggalan warisan ini. Jangan lupa untuk ambil gambar kenangan disekitar kawasan tersebut dan perkenalkan negara kita kepada orang luar melalui gambar-gambar destinasi menarik yang ada disekitar Kuala Lumpur ke dalam sosial media!
Foto: Google Image | Instagram
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Terdapat banyak seni jalanan yang boleh dilawati di Selangor. Seni jalanan seringkali menjadi lokasi untuk orang ramai bergambar.
Karya seni jalanan atau Street Art ini bukan sahaja menarik dan cantik, malah pengunjung dapat mengisi kenangan untuk bergambar dengan lukisan-lukisan luar biasa seperti lukisan 3D, campuran lukisan dengan perabot, lukisan dengan tema yang berlainan dan lain-lain lagi. Seni jalanan ini memberi peluang kepada para pelukis yang berbakat untuk mempamerkan idea-idea lukisan di dinding-dinding bangunan kepada pengunjung yang hadir dan menjadikan ia satu kawasan tarikan pelancong.
Antara lokasi seni jalanan kreatif yang menarik boleh anda singgah seperti di:
Laman Seni 7 merupakan sambungan daripada Laman Seni 2 di Seksyen 7, Shah Alam, berdekatan dengan i-City di mana ia merupakan tempat atau zon yang kreatif dan cantik yang diwujudkan bertujuan untuk penghayatan bidang seni lukis dan kreatif. Kawasan ini adalah hasil daripada inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah lorong belakang kawasan komersial dan perindustrian menjadi selamat, bersih dan tenang. Pelbagai hasil seni yang dilukis seperti Lukisan 3D, Pemasangan 3D, Perabot Jalan dan lain lain lagi. Laman Seni 7 ini berkonsepkan ciri-ciri 'Komuniti Shah Alam', 'Tarikan Pelancong' dan juga 'Konsep Hijau'.
Laman Seni Seksyen 2 ini merupakan titik permulaan terjadinya kawasan mural di Shah Alam yang kemudiannya ditukarkan ke Laman Seni 7. Tema untuk karya seni di tempat ini adalah 'kembali ke sekolah'. Bersedia untuk mengimbau suasana nostalgia di mana anda akan melihat bilik gantung, bas sekolah, lukisan haiwan dan lain-lain lagi. Bukan hanya itu, terdapat juga medan selera di mana anda boleh berehat setelah bergambar di lokasi lukisan mural.
Jika ke Bandar Diraja Klang, adalah wajib untuk singgah ke bandar lama Klang yang mana terdapat kedai yang menjual pelbagai barangan untuk masyarakat India malah anda juga boleh singgah untuk mengambil gambar lukisan mural yang menarik dan bertemakan 'Safari' sepanjang lorong-lorong belakang kedai di bandar lama Klang. Kawasan mural ini telah dirasmikan oleh Datuk Zainal Abidin Abu Hassan pada 5 Jun 2020 dimana anda akan terpesona dengan hasil lukisan bertemakan haiwan ibarat berada dalam safari sebenar.
Sejak tahun 2008, Organisasi Sasaran Art telah menganjurkan festival seni berskala besar setiap 3 tahun bagi memberi pendedahan tentang lukisan jalanan. Selain itu, dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor, pembinaan bangunan 2 tingkat telah dijadikan sebagai sebuah pusat galeri seni yang dinamakan 'Balai Seni Sasaran Kuala Selangor'. Ianya berfungsi sebagai pusat seni, festival ataupun pameran tempatan dan antarabangsa dalam mempromosikan aktiviti kesenian dan kebudayaan.
Kawasan mural ini terletak di Jalan Kenari 5, Puchong ini dihiasi dengan pelbagai lukisan mural di sepanjang jalan keluar. Karya seni lukisan mural ini telah dilukis hasil oleh 103 orang pelajar tahun akhir dari The One Academy, Subang Jaya dan juga dari Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik yang mengambil masa selama 6 hari. Hasil lukisan mereka menggambarkan kecantikan dan elemen budaya Malaysia berdasarkan tema Negeri Selangor dan keunikan Negara.
Kuala Kubu Bharu (KKB) terlelak lebih kurang 70km dari bandar Kuala Lumpur, Bandar Kuala Kubu Bharu terkenal dengan tarikan aktiviti semula jadi seperti water tubing dan white water rafting. Tetapi bukan itu sahaja, terdapat juga kawasan seni jalanan di mana karya seni dilukis di dinding bangunan lama kawasan KKB. 8 lukisan mural di KKB ini juga telah dilukis oleh 40 orang pelajar dan staf dari ALFA College pada tahun 2014 yang menggambarkan kehidupan bandar di KKB.
Jom pusing-pusing Selangor. Jangan lupa menjaga penjarakan fizikal dan sosial sepanjang masa serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan bagi mengelakkan sebarang jangkitan virus COVID-19 yang melanda dunia kini.
Sumber & Foto: Tourism Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
The Hooton Retreat di Simpang Pertang, Negeri Sembilan menawarkan pengalaman glamping yang luar biasa, dikelilingi flora dan fauna semula jadi.
Antara aktiviti menarik di sini ada jungle trekking yang menyeronokkan untuk melengkapkan pengalaman berkemah anda.
Kemudahan tarikan berdekatan dengan lokasi ini adalah seperti Bandar Titi (23 km), Air Terjun Jeram Toi (30 km, sementara ini ditutup), Bukit Batu Sawa (12 km), Bukit Baginda Trailhead (25 km), dan Bukit Taisho (37 km).
Owh ya, ada kolam renang luar juga tau! Bilik larangan merokok dan ada tempat letak kereta percuma, mempunyai bilik keluarga dan ada pilihan untuk sarapan.
Untuk bergerak ke sini anda perlukan masa dalam 1 jam dari Seremban dan 1 jam 35 minit jika dari KLIA 1 jam 43 minit dari Kuala Lumpur.
Berkonsepkan Santai dan chic, The Hooton Retreat adalah destinasi menarik untuk korang staycation minggu ni. Bersantai dengan pelbagai pilihan bilik, suite atau glamping, pilih ikut selesa.
Sungguh, The Hooton Retreat adalah tempat yang sempurna untuk menyegarkan minda dan jiwa, menawarkan persekitaran yang tenang dan damai untuk percutian yang menenangkan.
Lot 2773, Jalan Kuala Klawang – Simpang Pertang, Mukim, 72300 Pertang, Negeri Sembilan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila fikirkan percutian yang romantik, mesti ramai terfikirkan Paris. Paris sentiasa jadi penanda aras dan gambaran percutian yang romantik. Tetapi bukan semua trip romantik...