Sesekali waktu hujung minggu tak nak bercuti jauh-jauh, boleh cuba staycation dekat hotel-hotel yang ada di ibu negara sahaja.
Dapat pula hotel dengan view yang nampak mercu tanda terkenal negara seperti KLCC dan KL tower memang lagi best, boleh bercuti sambil bergambar sampai puas.
Nak tahu hotel apa yang ada view dua mercu tanda ni kat KL? Ini 10 yang korang boleh jadikan pilihan untuk menginap!
Grand Hyatt Kuala Lumpur Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia
Hotel 5 Bintang ini terletak bersebelahan dengan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Selain dapat view yang cantik, korang yang stay sini boleh pergi shopping ke KLCC dan juga explore banyak lagi tempat menarik yang ada di sekitarnya.
Traders Hotel, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
Satu lagi hotel yang lokasinya berhampiran dengan KLCC. Hanya perlu berjalan untuk shopping di sini melewati taman KLCC yang cukup terkenal dan cantik itu. Stay satu malam di sini sambil shopping dan makan-makan.
W Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
Terletak di Segitiga Emas Kuala Lumpur, hotel 5 bintang ini antara yang mempunyai view KLCC paling jelas dengan lounge untuk santai-santai sambil menikmati keindahan kota raya Kuala Lumpur.
Ads
Banyan Tree Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
Hotel 5 bintang yang terletak di tengah-tengah Segitiga Emas Kuala Lumpur. Menginap di oasis bandar dengan Garden City of Lights. Mempunyai bilik jenis Vila untuk pilihan, nikmati pemandangan hebat ketika menginap di sini.
EQ Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
EQ Kuala Lumpur merupakan tempat yang ideal bagi penginapan pengembara yang mencari hotel dengan keindahan, keselesaan dan kemudahan di Kuala Lumpur. Alami percutian bandar di Kuala Lumpur dengan menginap di EQ Kuala Lumpur, dengan lokasinya yang luar biasa betul-betul di pusat bandar.
Ads
Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
Lihat sendiri view terbaik di Kuala Lumpur dengan menginap di Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Terletak bersebelahan pusat membeli belah, Suria KLCC yang terkenal di tengah-tengah pusat bandar, banyak lagi tempat menarik dan mercu tanda yang boleh korang explore. Dengan lokasinya yang memudahkan, anda boleh mengakses dengan mudah ke destinasi yang mesti dikunjungi di bandar ini.
The RuMa Hotel and Residences, Kuala Lumpur, Malaysia
The RuMa Hotel and Residences menawarkan penginapan dengan lokasi yang strategik di Pusat Bandar Kuala Lumpur. Berada tidak jauh dari kebanyakkan tarikan di Kuala Lumpur, staycation korang kat sini mesti best!
Shangri-La Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
Dihiasi indah, bilik mewah di Shangri-La Kuala Lumpur menampilkan tingkap-tingkap besar yang jelas dengan pemandangan bandar Kuala Lumpur yang indah. Setiap bilik dilengkapi dengan TV skrin rata, bar mini dan kemudahan membuat teh/kopi. Peralatan mandian dan jubah mandi disediakan di bilik mandi en suite yang luas.
Ads
Impiana KLCC Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia
Hanya 5 minit berjalan kaki dari pusat beli-belah Pavilion. Hotel ini terletak kira-kira 150 m dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan 400 m dari Menara Berkembar Petronas. Hotel ini bersambung secara berpusat melalui sky linked bridge berhawa dingin sepenuhnya yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ke Bukit Bintang.
Hotel Stripes Kuala Lumpur, Autograph Collection, Kuala Lumpur, Malaysia
Terletak dalam kesibukan pusat bandar, Hotel Stripes Kuala Lumpur, Autograph Collection menawarkan penginapan dengan view yang ada mercu tanda Kuala Lumpur. Selain kemudahan yang sedia ada kemudahan lain di tempat penginapan ini termasuk pusat kecergasan. Para tetamu boleh lobby yang beroperasi 24 jam untuk penukaran mata wang, perkhidmatan dobi dan simpanan bagasi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nampaknya industri pelancongan dlam negeri kembali rancak apabila kerajaan baru-baru ini melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.
Justeru, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan membenarkan tujuh aktiviti pelancongan utama di Langkawi sempena pembukaan semula pulau peranginan itu kepada pelancong tempatan pada 16 September ini.
MOTAC dalam kenyataan hari ini berkata, ia merangkumi kebenaran penginapan di hotel dan homestay termasuk semua fasiliti dalam premis hotel dan homestay (rumah inap), aktiviti perniagaan seperti mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran serta acara-acara pelancongan dan kebudayaan.
“Kebenaran juga diberikan untuk produk tarikan utama pelancong seperti aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, sukan lasak atau pengembaraan (adventure) atau taman semulajadi (nature parks), ladang (farms), akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial.
“Aktiviti pelancongan minat khas seperti golf, selam skuba, berbasikal, memancing, pelayaran dan sebagainya juga dibenarkan,” menurut kenyataan itu.
Turut dibenarkan ialah aktiviti eko geo-kembara seperti berkhemah, mendaki, kembara gua, dan ‘jungle trekking’ dan sebagainya.
Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain juga dibenarkan beroperasi.
Selain itu, turut dibenarkan beroperasi ialah taman tema dan pusat hiburan keluarga serta lawatan bersifat akademik seperti ke Geopark Discovery Center, Balai Seni dan Laman Padi.
MOTAC turut memaklumkan senarai itu bakal diumumkan secara lebih terperinci tertakluk kepada perubahan semasa.
Pada masa sama MOTAC juga sedang menyediakan pakej pelancongan yang lebih menarik untuk seluruh Keluarga Malaysia sebagai menghargai sokongan dalam merancakkan semula aktiviti pelancongan domestik apabila kebenaran diberikan kelak.
Selain itu, MOTAC juga akan sentiasa membuat pemantauan dan mengadakan beberapa lagi sesi libat urus dengan para penggiat industri pelancongan serta pemegang taruh berkaitan bagi meluaskan gelembung pelancongan ini secara berfasa. – BERNAMA
Info Tambahan:
– Bilangan perjalanan feri ke Langkawi akan ditambah bermula 16 September ini susulan pengumuman pembukaan semula pulau itu sebagai destinasi pertama projek perintis gelembung pelancongan domestik.
– Pelancong yang ingin mengunjungi Pulau Langkawi perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri.
– Pelancong mempunyai pilihan untuk pergi ke Langkawi melalui jalan udara dan darat. Bagi pergerakan menggunakan jalan darat, pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi.
– Manakala bagi pelancong yang memulakan perjalanan mereka ke Langkawi dari negeri Kedah dan Perlis, serta yang menggunakan jalan udara, mereka tidak diwajibkan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan.
– Selain terhad kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin, antara SOP yang perlu dipatuhi pengunjung ialah ia mestilah percutian secara harian, bermalam, dengan tempahan penginapan atau tiket masuk yang dibuat lebih awal, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTA
– Tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi.
– Dalam masa sama, perlindungan insuran serta saringan COVID-19 juga adalah tidak diwajibkan.
Kapal terbang merupakan alat pengangkutan udara moden yang tidak dibincangkan berkenaan hukum-hakam berkaitannya oleh para fuqaha terdahulu. Akan tetapi, ia tetap tidak terkeluar dari sifatnya yang merupakan sebuah alat pengangkutan yang mana telah terdapatnya perbincangan mengenai hukum-hakam berkaitannya yang telah disebut oleh para fuqaha seperti hukum solat di atas unta, sampan atau kapal, dan sebagainya. Dalam edisi kali ini, kami di Bayan Linnas akan cuba memberikan penjelasan berkenaan suatu isu iaitu solat di atas kapal terbang serta hukum-hakam yang berkaitan.
Dalam menghuraikan isu ini dengan lebih lanjut, kami akan membahagikannya kepada beberapa isi penting.
PERTAMA: MASA PERLEPASAN Di antara perkara yang diambil kira dalam isu ini ialah masa pergerakan seseorang dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan menggunakan kapal terbang.
Sebagai contoh: Seseorang yang ingin menunaikan umrah ke Arab Saudi dari Malaysia dengan menaiki kapal terbang. Masa perlepasannya dari KLIA ke Jeddah adalah pada pukul 3 petang waktu Malaysia. Justeru, cara yang lebih mudah untuk dirinya dalam hal ini adalah dengan menunaikan solat jamak qasar secara taqdim zohor dan juga asar di airport KLIA.
Contoh lain: Jika seseorang berada di atas kapal terbang dalam keadaan waktu solat masih belum masuk dan waktu perlepasannya adalah dari Jeddah menuju ke Malaysia pada pukul 10 malam waktu Arab Saudi. Maka dalam hal ini, solat Maghrib dan Isyak boleh dilakukan secara jamak di airport Jeddah. Solat Subuh pula dilakukan di dalam perjalanan iaitu ketika berada di atas kapal terbang. Manakala solat zohor dan asar pula boleh dilakukan secara jamak di airport KLIA.
KEDUA: MASUK WAKTU SOLAT Cara untuk kita mengetahui masuknya waktu solat adalah melalui pengumuman yang dibuat oleh pramugara atau krew kapal terbang. Jika tiada pengumuman, kita boleh bertanyakan kepada mereka tentang waktu tempatan di kawasan yang sedang dilalui oleh kapal terbang. Saya juga mengesyorkan agar kita mencari alternatif lain seperti menggunakan jam yang mempunyai masa tempatan khususnya waktu solat seperti al-fajr dan lain-lain.
KETIGA: PENENTUAN ARAH KIBLAT Dalam hal ini, amatlah perlu bagi seseorang untuk menghadap ke arah kiblat ketika hendak menunaikan solat. Ini kerana, menghadap ke arah kiblat merupakan syarat sah bagi solat. Ia berdasarkan firman Allah S.W.T:
فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ المَسْجِدِ الحَرَام
Maksudnya: Maka palingkanlah wajah kamu menghadap ke arah Masjid al-Haram.
Surah al-Baqarah (144)
Kata al-Imam al-Qurthubi ketika menafsirkan ayat ini: Palingkanlah urusan wajah kamu menghadap ke arah sudut Masjid al-Haram iaitu ka’abah. Lihat al-Jaamik Li Ahkam al-Quran, al-Qurthubi (2/148).
Namun ianya dikecualikan jika terdapat keuzuran untuk menghadap ke arah kiblat maka dibolehkan untuk menghadap arah yang paling hampir dengan kiblat. Namun jika ini juga tidak dapat dilakukan, maka saya syorkan agar solat tersebut diulang semula (i’adah) ataupun qadha sebaik sahaja sampai ke destinasi.
KEEMPAT: CARA MENGAMBIL WUDHUK Di antara perkara yang perlu kita raikan ketika menaiki kapal terbang adalah sifat kapal terbang itu sendiri serta mematuhi peraturan penggunaan air dalam kapal terbang terutamanya dalam perjalanan jarak jauh. Saya mengesyorkan agar penggunaan air dilakukan dengan seminima mungkin sama ada dengan cara yang diajarkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji iaitu dengan menggunakan spray dan menyapu keseluruhan muka ataupun dengan menggunakan air dengan sedikit. Seperti membasuh anggota wuduk dengan sekali basuhan sahaja.
KELIMA: TAYAMMUM Pada pendapat kami, adalah tidak sesuai untuk menggunakan tayammum di atas kapal terbang sementelahan lagi dengan pasir yang dibawa ke dalam kapal terbang. Manakala, berkenaan isu melekapkan tangan ke dinding atau tingkap kapal terbang untuk bertayammum, saya lebih cenderung mengatakan bahawa ia tidak menepati syarat sebenar wujudnya debu dan tanah pada dinding tersebut. Firman Allah S.W.T:
فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدٗا طَيِّبٗا
Maksudnya: Maka bertayammumlah kalian dengan debu yang bersih
Surah al-Maidah (6)
Kata al-Imam al-Syanqithi rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini: Menjadi ketetapan ketika tayammum adalah pada pasir yang mempunyai debu yang boleh melekat di tangan. Inilah pendapat Imam al-Syafie dan juga Imam Ahmad. Rujuk Tafsir Adhwa’ al-Bayan (1/354)
KEENAM: CARA SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG Dalam hal ini, kita hendaklah melihat kepada dua keadaan:
1- Kapal terbang yang mempunyai keluasan besar seperti Boeing 747, 757, 777, Airbus, dan seumpamanya. Justeru, jika terdapat ruangan untuk bersolat seperti kawasan yang berhampiran dengan tempat duduk pramugara, atau tempat hidangan makanan, maka pilihlah untuk bersolat di kawasan tersebut. Ini kerana, lebih banyak rukun fi’liyyah yang dapat kita lakukan dengan cara ini.
2- Sebaliknya, jika kapal terbang yang dinaiki itu bersaiz kecil seperti Boeing 737 dan seumpamanya dengan kapasiti penumpang yang padat serta tidak memungkinkan seseorang itu untuk berdiri bagi menunaikan solat maka dibolehkan untuk dia solat di tempat duduknya. Akan tetapi, terdapat beberapa keadaan yang perlu untuk diraikan. Antaranya:
Halakan tubuh badan ke arah kiblat dari mula solat.
Laksanakan rukun solat sekadar yang termampu. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud: Bertakwalah kalian kepada Allah sekadar kemampuan kalian.
(Surah al-Taghabun: 16)
Segala rukun qauli (perkataan) hendaklah dilaksanakan.
Syarat-syarat sah solat hendaklah dilakukan dengan sebaik mungkin.
KETUJUH: SOLAT HORMAT WAKTU Solat hormat waktu adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayamum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat.
Solat ini wajib di qadha semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat. Kita juga boleh mengqada solat hormat waktu ini secara jamak ataupun qasar dengan syarat kita masih berada dalam keadaan musafir.
Apabila kita telah kembali ke tempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayamum bagi mengqada solat, maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah SWT.
Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah, tetapi kita masih melengah-lengahkannya maka kita dikira berdosa.
Aisyah menceritakan bahawasanya beliau telah meminjam daripada Asma’ seutas rantai, lalu ia hilang. Maka Rasulullah SAW menghantar beberapa orang sahabat baginda untuk mencarinya.
Lalu tiba waktu solat, dan mereka pun solat tanpa wuduk. Apabila mereka mendatangi Nabi SAW, mereka mengadu hal tersebut, lalu turunlah ayat pensyariatan tayammum.
Pendapat ulama:
Al-Hafiz Al-Iraqi (725-806 H.) menyatakan bahawa terdapat empat pendapat daripada fuqaha mazhab Al-Syafie berhubung solat tanpa taharah.
Pendapat yang paling sahih di sisi ulama mazhab (Al-Syafie) ialah: Wajib solat kerana menghormati waktu dan wajib mengulanginya jika mampu melakukan salah satu daripadanya (wuduk atau tayamum).
Ada juga pendapat wajib solat dan tidak wajib mengulanginya. Ini adalah pilihan Al-Muzani. Kata Abu Thaur: Inilah yang menepati qiyas dan ia disebut oleh Ibnu Abd Al-Barr daripada sebilangan fuqaha.
Imam Al-Nawawi berkata: “Sesungguhnya ia adalah pendapat yang paling kuat dalilnya dan pendapat ini dikukuhkan oleh hadis ini iaitu mereka (para sahabat) solat tanpa wuduk sebelum turun ayat tayamum dan tidak dinukilkan bahawa Nabi SAW mengarahkan mereka untuk mengulanginya.”
KELAPAN: PERI PENTING DAN KEDUDUKAN SOLAT Secara mutlak, solat merupakan ibadah badaniyah yang paling utama. Ini berdasarkan peristiwa seorang lelaki telah bertanya Nabi SAW tentang amalan yang afdhal.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Solat. Dia terus bertanya: Kemudian apa pula ? Nabi bersabda: Kemudian solat. Dia bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Baginda telah mengulangi jawapan solat sebanyak tiga kali.
(Riwayat Ibnu Hibban)
Menebus dosa
Dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim ada menyatakan dua solat yang dilakukan seseorang Islam dengan betul akan menebus dosa-dosa yang berlaku di antara kedua-dua solat tersebut. Ini berdasarkan hadis, Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dengan melakukan solat lima waktu Allah akan menghapuskan dosa-dosa.
(Riwayat al-Bukhari)
Hadis seterusnya, Uthman R.anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka semua solat fardu yang dilakukannya akan menebus dosa yang ada di antara solat tersebut.
(Riwayat Muslim)
Begitu juga orang yang cuai mengerjakan solat, sama ada sengaja melengah-lengahkan atau meninggalkannya akan membawa kepada kekufuran sekiranya dia berterusan begitu. Oleh itu, solat merupakan santapan utama bagi iman sebagaimana yang telah disebutkan.
Seterusnya hadis daripada Ummu Aiman, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jangan engkau sengaja meninggalkan solat, sesungguhnya sesiapa yang sengaja meninggalkan solat dia akan terlepas daripada mendapat perlindungan Allah dan Rasul-Nya.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Status gelombang haba di Semenanjung Malaysia dijangka mencecah sehingga 36.9 darjah celcius.
Berdasarkan kemaskini Jabatan Meteorologi Malaysia, 10 kawasan berada pada tahap satu, iaitu berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 darjah celcius hingga 36.9 darjah celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Kawasan yang disenaraikan adalah:
Chuping, Perlis
Kubang Pasu, Kedah
Kota Sertar, Kedah
Sik, Kedah
Hulu Perak,Perak
Kuala Kangsar, Perak
Kinta, Perak
Maran, Pahang
Kepong, Kuala Lumpur
Muar, Johor
Data tersebut dikemas kini sehingga jam 8 pagi semalam – 25 Februari 2019.
Bagi penduduk atau anda yang bercadang ke daerah terlibat diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk kekal sihat.
Banyakkan minum air.
Berhenti sementara daripada melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
Duduk sahaja di dalam bangunan jika tiada keperluan untuk keluar.
Pakai pakaian yang selesa. Elakkan memakai pakaian berwarna hitam.
Gunakan payung atau topi jika perlu melakukan aktiviti harian di luar.
Hati-hati dengan haiwan yang berbisa seperti ular yang mungkin akan banyak dijumpai di dalam premis atau rumah anda.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...