Terengganu Darul Iman negeri yang indah permai dan cantik menawan. Ibu negerinya, Kuala Terengganu pernah diangkat menjadi lokasi yang paling gembira di Malaysia pada tahun 2019.
Tapi memang hakikatnya Kuala Terengganu adalah antara kawasan-kawasan yang paling 'menyeronokkan' untuk dilawati oleh sesiapa pun, baik warga tempatan atau pelancong luar. Kuala Terengganu mampu menyajikan keseronokkan untuk mereka yang berkunjung ke sana.
Jika anda orang luar dari Terengganu, dan tidak tahu lokasi menarik mana ingin anda tuju, ikuti panduan dan info daripada saudara Ashraf Danial
Kali terakhir aku pergi Terengganu pada tahun 1999. Lama tak? So, aku memang excited dengan trip kali ni.
Ads
Perjalanan sangat jauh. LPT macam tiada penghujung. LPT 2 ada bahagian jalan yang tak rata. Betullah apa orang cakap. Nak speed sangat pun tak boleh.
Pantai Batu Pelanduk dekat Kuala Abang sangat Instagramable. Tempat adanya batu-batu yang cantik tu, tak luas mana. Masa kami sampai tak ramai sangat orang. So boleh pose dengan tenang.
Jeti Kuala Besut sangat jauh dowh. Sob.
Pulau Perhentian sangat cantik. Snorkeling points semua awesome. Long beach dia pun best.
Ads
Suasana sekitar Pantai Mangkuk dan Pantai Penarik dekat Setiu pun menarik. Restoren celup tepung banyak gila. Sempat singgah satu, NL Celup Tepung. Best.
Drawbridge Terengganu segak. Berpeluang tengok masa jambatan tu diangkat. Ada kot dalam empat kali ulang alik jambatan tu. Haha
Miami beach dekat Seberang Takir pendek je tapi menarik untuk ambil gambar. Boleh nampak drawbridge dari sini.
Masjid Kristal perlu diselenggara dengan lebih baik. Kawasan sekitar tak terjaga. Sayang.
Sempat singgah di Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Ramai betul makhluk tuhan di sana. Tak jadi turun di public area. Kami berhenti di benteng batu berhadapan dengan airport. Kami panjat benteng batu yang tinggi tu. Bila sampai atas, MasyaAllah. Pemandangan laut yang sangat cantik. Kebetulan dah nak sunset. Awesome!
Pasar Kedai Payang tak sah kalau tak sesakkan. Dekat luar jem. Dekat dalam apatah lagi. Penjarakan fizikal memang ke laut. Kami menyelam tak lama. Dalam setengah jam je. I don’t like going into crowded places. Gittew!
Nasi dagang aku tra makang dekat Restoren Mokteh Nasi Kerabu, Wakaf Tembusu. Aku bukan peminat nasi dagang tapi yang Mokteh punya ni memang sedap.
Kenapa timing lampu isyarat dekat Kuala Terengganu lama gila dowh? Kalau kena yang hijau, bestlah. Bila time merah, alamak tuan. Aku sempat baca Yassin (ditipu).
Di Terengganu aku perasan, ramai wanita menunggang motosikal. Baik yang muda mahupun sedikit tua.
Keropok lekor mesti kena belikan. Kami beli di area Marang. Keropok Lekor 008 Kelulut.
Kami balik KL guna jalan pantai sampai ke Kuantan. Singgah sebentar di Teluk Bidara, Dungun. The view is just awesome. Tak ramai orang. Memang cantik.
Dekat Paka, berderet kedai jual kuih Akok. Aku singgah beli. Sedap.
Destinasi akhir Kemaman. Dah penat. Danial pun nyenyak tidur. So, kami tak singgah mana-mana pantai yang ada. Singgah solat je dekat salah satu masjid di sana.
Overall, aku enjoy trip ke Terengganu ni. Tapi secara peribadi, aku akan ke sana lagi bila aku nak bercuti ke pulau. Next plan, nak ke Pulau Lang Tengah. InsyaAllah.
Ads
Jom cuti-cuti Malaysia~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau-pulau yang ada di Mersing tak kurang hebat dan cantik. Pantai pasir putih dengan air laut yang membiru memang menenangkan bila dapat berkunjung ke salah satu pulau yang ada.
Pulau Sibu antara pulau yang menarik untuk dijadikan destinasi percutian anda dan keluarga. Agak terpencil dan hanya boleh diakses melalui jeti Tanjung Leman, AMERA ROS SOFFIAH AMER berkongsi kenapa anda harus memilih pulau ini sebagai lokasi percutian!
5 Sebab Pulau Sibu Harus Dipilih Sebagai Destinasi Percutian
Setiap destinasi yang ingin dikunjungi semasa musim percutian perlulah menepati citarasa setiap individu dalam menjamin keselesaan dan kepuasan sepanjang berada di kawasan tersebut.
Memilih pulau sebagai salah satu destinasi percutian merupakan satu pelaburan yang sangat berbaloi. Tidak dapat dinafikan lagi, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan keindahan pulau-pulaunya yang tersendiri serta mampu menarik minat pelancong-pelancong asing untuk berkunjung ke dalam negara.
Namun begitu, adakah berbaloi sekiranya destinasi percutian yang dipilih tersebut dipenuhi dengan bilangan pengunjung yang terlalu ramai? Menerusi artikel ini, saya akan berkongsi tentang salah satu pulau yang terpencil di Malaysia serta lima sebab pulau ini harus dipilih sebagai destinasi percutian anda.
Keadaan di sekitar Pulau Sibu
Jika anda merancang untuk meluangkan masa percutian di negeri Johor, Pulau Sibu merupakan destinasi pelancongan yang perlu dinotakan sebagai salah satu tempat yang harus anda lawati. Pulau Sibu merupakan pulau terpencil yang terletak di negeri Johor, Darul Takzim.
Meskipun perjalanan ke pulau ini tidak semudah seperti perjalanan ke pulau-pulau yang lain sekitar Mersing, namun keistimewaan Pulau Sibu ini tiada tolok bandingnya. Tambahan lagi, pulau ini hanya boleh dimasuki melalui Jeti Tanjung Leman.
Perjalanan menaiki bot atau feri dari Jeti Tanjung Leman ke Pulau Sibu pula hanya mengambil masa 30 minit sahaja serta tambang sehala untuk menaiki feri dari Jeti Tanjung Leman ke Pulau Sibu adalah sebanyak RM 70 bagi orang dewasa dan RM 35 untuk kanak-kanak. Sambil menaiki feri mahupun bot, pelancong turut disajikan dengan pemandangan laut dan langit biru yang indah di sekitar mereka.
Keadaan Pulau Sibu ketika sedang bermandi-manda
Kini, tibalah masanya untuk saya berkongsi berkenaan lima sebab mengapa Pulau Sibu harus dipilih sebagai destinasi pelancongan anda.
Memiliki 4 gugusan pulau yang lain
Meskipun Pulau Sibu dikenali sebagai sebuah pulau yang terpencil, namun pulau ini memiliki empat buah pantai pada bahagian timurnya. Tidak dilupakan juga, pantai di bahagian selatannya pula merupakan tempat yang paling selamat untuk melakukan aktiviti menyelam sambil menikmati keindahan laut biru di Pulau Sibu kerana terlindung dari tiupan angin. Pengunjung turut berpeluang untuk menerokai empat gugusan pulau yang lain, terdiri daripada Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung.
2. Dilengkapi dengan Pelbagai Kemudahan
Selain itu, sebab yang kedua mengapa pelancong harus berkunjung ke Pulau Sibu sebagai destinasi percutian adalah kerana pulau ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang kondusif. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap pengunjung yang hadir ke sini
dapat menikmati percutian mereka dengan selesa dan selamat. Seperti contoh, terdapat beberapa tempat peranginan yang boleh didapati sekitar Pulau Sibu. Antaranya, ‘Rimba Resort’, ‘Sea Gyspy Village’, ‘Sari Pacifica Hotel, Resort & Spa’, ‘Sibu Island Resort’, ‘Sibu Island Cabanas’, ‘Junansa Villa’, ‘Twin Beach Resort’ serta ‘Coconut Village Resort’. Tambahan lagi, tempat-tempat peranginan yang telah dinyatakan tersebut turut menguruskan segala aktiviti, tempat penginapan, makan dan minum serta pengangkutan pengunjung sepanjang berada di Pulau Sibu.
Aktiviti menyelam permukaan atau ‘Snorkelling’ bersama ahli keluarg
Kedudukan tempat peranginan yang strategik juga memainkan peranan yang penting di mana pelancong-pelancong yang bertandang dapat menikmati keindahan pemandangan di sekitar pulau tersebut sambil ditemani bunyi ombak serta laut biru yang tenang dan pokok-pokok yang rendang. Bagi peminat tumbuhan hijau, pulau ini juga merupakan kepulauan tropika yang dikelilingi oleh hutan dan sangat berbaloi untuk dilawati.
3. Pelbagai Aktiviti Menarik Boleh Dilakukan
Selain itu, Pulau Sibu harus dipilih sebagai tempat percutian anda kerana pelbagai aktiviti menarik boleh dijalankan di pulau tersebut. Seperti yang kita dapat lihat, Pulau Sibu turut terkenal dengan kehidupan marinnya yang berwarna-warni. Oleh sebab itu, pengunjung tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menikmati keindahan kehidupan marin di
pulau ini melalui aktiviti menyelam permukaan atau lebih dikenali sebagai ‘snorkeling’, jelajah antara pulau ke pulau atau ‘Island Hopping’ dengan menaiki bot, memancing, berkanu dan lain-lain lagi. Sekiranya pelancong mempunyai sijil yang membolehkan mereka untuk melakukan aktiviti menyelam scuba atau ‘scuba diving, maka Pulau Sibu merupakan tempat yang sangat disyorkan untuk melihat pemandangan di dasar laut yang dipenuhi dengan pelbagai jenis terumbu karang serta kehidupan laut yang penuh warna-warni. Perairannya yang cukup jernih juga menjadikan Pulau Sibu antara tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh peluncur-peluncur air dari setiap pelosok dunia.
Menaiki bot untuk aktiviti jelajah antara pulau ke pulau atau ‘Island Hopping
4. Kawasan yang tidak dipenuhi dengan orang ramai
Seperti yang kita sedia maklum, Pulau Sibu merupakan sebuah pulau yang terpencil. Sepanjang dua kali saya bercuti di Pulau Sibu, saya melihat bahawa pulau ini merupakan antara tempat yang terbaik untuk dilawati terutamanya buat pelancong yang tidak gemar bercuti di tempat yang terlalu padat dengan pengunjung yang lain. Berbeza dengan Pulau Pangkor serta Pulau Langkawi yang sentiasa menerima pengunjung dari dalam dan juga luar negara, Pulau Sibu merupakan suatu tempat yang tidak memerlukan pengunjung untuk bersesak-sesak dengan orang ramai.
Tambahan lagi, pengunjung juga bebas melakukan setiap aktiviti tanpa perlu menunggu atau beratur dalam tempoh masa yang lama. Secara tidak langsung, tempoh percutian yang anda luangkan di Pulau Sibu juga adalah berkualiti dan berbaloi. Tuntasnya, setiap pengunjung dapat menikmati percutian di Pulau Sibu dengan tenang tanpa wujudnya sebarang gangguan yang lain.
5. Tempat yang strategik untuk merehatkan minda dari dunia siber
Berdasarkan pengalaman saya yang telah menetap selama empat hari dan tiga malam di tempat peranginan ‘Twin Beach Resort’, saya dapati bahawa rangkaian Internet sukar untuk diperoleh di kawasan ini. Hal ini menjadikan Pulau Sibu antara tempat yang paling relevan buat pengunjung yang ingin berehat sebentar daripada media sosial.
Kejernihan air di Pulau Sibu
Sepanjang saya berada di Pulau Sibu ini juga, lazimnya saya cuma memanfaatkan hari percutian dengan menikmati pemandangan di sekitar tempat peranginan, merakam foto, berjalan kaki di sekitar pantai serta melakukan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh pihak ‘Twin Beach Resort’ seperti berkayak, menyelam permukaan dan menaiki bot.
Masa yang diluangkan bersama orang-orang tersayang juga lebih berkualiti dan dapat dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin. Hakikatnya, berehat sebentar dari dunia siber sambil menikmati pemandangan laut biru merupakan satu pelaburan yang amat bernilai dan bermakna.
Kesimpulannya, anda haruslah mempertimbangkan untuk memilih Pulau Sibu sebagai destinasi percutian anda yang seterusnya. Terdapat pelbagai kelebihan yang dapat anda peroleh apabila bercuti di pulau yang terpencil ini.
Berdasarkan kelima-lima sebab yang telah dihuraikan di atas, saya berharap semoga bakal-bakal pengunjung di Pulau Sibu mampu menikmati dan menghayati setiap keindahan yang terdapat di sekitarnya.
Pemandangan di tepi pantai pada waktu petang
Dalam usaha memastikan kelestarian pulau ini dapat dijaga sepanjang zaman, setiap pengunjung haruslah menjaga kebersihan pulau dari semasa ke semasa. Sampah-sarap tidak sewajarnya dibuang merata-rata terutamanya di dalam laut bagi memastikan kehidupan akuatik tidak terancam dan habitat-habitatnya juga dapat dijaga.
Artikel ini disumbangkan oleh Amera Ros Soffiah Binti Amer, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Masyarakat di sini sangat bertuahnya dapat berpuasa dan beraya di Malaysia, malangnya saban tahun kegembiraan tersebut sering kali diragut oleh tragedi kemalangan jalan raya. Satu perangai mengenai rakyat Malaysia akan tersedar mengenai kepentingan keselamatan apabila kejadian itu berlaku terhadap diri kita. Selagi kemalangan tersebut tidak melibatkan ahli keluarga dan orang tersayang, kita seakan-akan lalai untuk menghargai nyawa.
Setiap pemandu dan pengguna jalan raya sepatutnya sentiasa membuat persediaan dan merancang perjalanan sama ada jauh dan dekat agar kemalangan dapat dielakkan. Jika melibatkan perjalanan jauh menggunakan lebuh raya umpamanya, pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya terlebih dahulu.
Ini kerana banyak kes kehilangan nyawa akibat lemas dalam kenderaan dilaporkan berpunca tidur dalam kereta kerana terlalu letih. Selain itu mengantuk dan terlelap ketika memandu juga merupakan punca kemalangan maut sering berlaku. Sehubungan itu, Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat sekaligus mengurangkan kemalangan jalanraya terutamanya kepada pemandu kenderaan berat.
Cadangan itu kini pada peringkat kajian dan projek rintisnya dijangka direalisasikan pada tahun hadapan. Kapsul tidur yang juga dipanggil ‘time capsule’ ini akan memberi peluang kepada pemandu terutamanya pemandu kenderaan berat untuk mereka ambil ‘quick nap’ pada waktu malam sebelum mereka meneruskan pemanduan.
Sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan akibat mengantuk dan kepenatan. Untuk pengetahuan, dahulu PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan dan kita dapati pemandu mahukan tempat tidur hanya untuk ‘quick nap’ dan tidak memerlukan hotel seharian.
Ramai netizen yang menyambut baik cadangan pembinaan kapsul rehat ini. Namun pihak PLUS perlu mengkaji banyak aspek agar kemudahan yang tersedia tidak disalah gunakan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Anda juga sebenarnya boleh dapatkan foto menarik ketika travel. Ia memerlukan sedikit idea dan juga effort untuk dapatkan hasil memuaskan.
Ikuti tip LIBUR kongsikan di bawah!
SUDUT BAIK
Buat apa kalau handsome tapi gambar tak menarik. Antara faktor utama untuk nampak lebih mengancam dalam gambar ialah dengan mengambilnya pada sudut yang baik. Sebagai contoh jika anda ingin kelihatan lebih tinggi ambillah dari sudut bawah. Anda dan tukang ambil gambar haruslah sentiasa berkomunikasi dengan baik juga.
Pada masa kini kamera telefon pintar sudah menghampiri kualiti kamera digital yang berharga mahal. Jadi masalah pengcahayaan itu tidak lagi menjadi masalah sebenarnya. Namun jika anda tak menggunakan teknik pengcahayaan dengan baik pasti gambar tidak akan nampak menarik. Sebagai contoh elakkan ambil gambar membelkangkan sumber cahaya seperti sinaran matahari.
KONDISI LATAR BELAKANG
Mengapa orang yang pergi melancong beriya-iya ambil gambar terutamanya berhampiran monumen terkena. Ya, tak lain tak bukans ebab ingin latar belakang yang menarik. Selain latar belakang popular anda juga boleh guna latar belakang kemas yang bercorak, bergeometri dan berwarna-warni.
Selain itu anda juga boleh meningkatkan keunikan foto dengan menggunakan prop. Penggunaaan prop membuatkan foto nampak lebih menarik. Antara prop penting ialah makanan, hiasan meja, beg tangan juga boleh dijadikan prop dalam foto OOTD anda. Tapi janganlah pula anda guna objek sensitif seperti minuman keras, rokok dan barang-barang berbahaya dilarang undang-undang!
TIRU MAJALAH
Jika anda kering idea nak pose, usah gundah-gulana. Ambil idea yang ditonjolkan dalam majalah fesyen atau gaya hidup seperti MASKULIN. Tiru sahaja pose yang diketengahkan dalam ruangan fesyen atau personaliti. Pasti anda sendiri pun nampak pose macam model.
Selamat mencuba!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...