Nak bawa nak kecil travel bukan mudah, kena fikir banyak benda tapi semuanya tak mustahil. Perjalanan kembara menjelajah Vietnam selama 20 hari meninggalkan kenangan manis buat Syuhada Mohd Mokhtar dan suami Ismadi Ismail dan dua orang anak kecil mereka.
Menaiki pelbagai pengangkutan awam termasuk sleeper bus dan juga keretapi yang memakan masa sehingga 25 jam pastinya ia satu pengalaman hebat untuk keluarga ini.
Dapat melawat ke tempat-tempat menarik memang menyeronokkan. Kembara 20 hari dari Ho Chi Minh City ke Dalat dan seterusnya ke Nha Trang dan berakhir di Da Nang sangat mengujakan dua orang anak kecil ini.
Setiap perjalanan dicatat sebagai jurnal untuk rujukan masa depan dan juga sebagai perkongsian maklumat dengan pembaca yang lain. Wanita ini juga turut berkongsi tip travel untuk ibu ayah yang punya anak kecil.
Menurut wanita ini juga memandangkan mereka berkunjung ke negara bukan Islam, pasangan ini memilih untuk tinggal di apartment bagi memudahkan mereka memasak. Membawa pes makanan dan juga pelbagai jenis sambal, mereka membeli barangan basah seperti sayur, telur, ikan dan udang di pasar.
Berhabis RM8 ribu untuk keseluruhan perjalanan mereka ke Vietnam, ia adalah pengembaraan yang berbaloi untuk mereka sekeluarga. Dapat menikmati dan melihat keindahan yang ada di Vietnam, mereka juga dapat satu pengalaman berharga untuk dikenang bersama-sama.
Ikuti perkongsiannya:
20 Hari Kembara Vietnam Bersama Anak Kecil
Part 1
7-12 September
Dekat HCM ni kitorg tukar hotel 2 kali.
Dekat Di An 3 malam, Nguyen Thai Binh 2 malam.
Most of the time memang berjalan kaki dan pakai Grab je dekat sini. Tak pernah pakai teksi atau bas awam sepanjang dekat HCM ni. Banyak je bus stop dekat pekan ni nak kesana sini tapi sebab kitorang ni dengan anak kecik dan stroller bagai jadinya naik grab lah paling senang.
Best tak HCM? Serius BEST.
Nak cerita semua memang tak habes kat sini.
Dalam masa 5 hari kitorang sempat explore/tour ;
War Museum
Public Park Sacombank
Vincom Plaza
Saigon Waterbus
Bitexco Tower
Book Street
Saigon Central Post Office
Ben Thanh Market
Saigon Center
Night Bus City Tour
Masa2 lain kitorang just strolling around, ambik angin tepi sungai, pergi kafe duduk minum jus atau lepak family mart and enjoy the moment je.
Ben Thanh Market tu kitorang pergi 2 kali
Ads
Ya Allah malas komen lebih2 cukup la nak bagitau orang pompuan kalau pergi sana sila lah bawak duit lebih.
Ini antara gambar mana ada je lah dalam henpon. Macam biasalah gambar cantik2 elok2 mestilah dalam henpon Dedi.
Part 2
12-15 September
Haritu ingatkan Ho Chi Minh dah cukup best, rupanya Da Lat lagi terpaling best. Masya Allah
Dari HCM kitorang naik sleeper bus ambil masa 7 jam. Ikutkan jarak perjalanan dalam 300km je tapi trafik kat vietnam memang jenis semua orang slow dan steady.
Sleeper bus ni memang unik. Semua orang naik, buka kasut dan terus baring/tido je sepanjang perjalanan. Masa berhenti kat satu RNR ni, kita tak payah pakai kasut pun dia dah sediakan sebakul selipar depan pintu bas untuk kegunaan dekat RNR tu.
Da Lat ni kawasan tanah tinggi, macam Cameron Highland tuu. Memang best dia punya sejuk. Bunga2 dan sayur2 memang banyak.
Dalam masa 4 hari kitorang sempat explore/tour ;
Alpine Coaster
Datanla Waterfall
Valley Of Love ( TERPALING WAJIB PERGI )
Da Lat Night Market
Dalat Old Train Cafe
Lam Vien Square
Dekat Da Lat ni memang banyak sangat kitorang jalan kaki. Sebab angin sejuk dia tu buat kita tak rasa penat. Macam mana nak cakap eh dia punya best tu. Rasa macam nak datang lagi dan duduk sini sebulan. Ha macam tulah.
Ads
Part 3
15-18 September
Sampai Nha Trang dari Dalat dah lewat petang. Lepas check in, masak makan malam dan rehat je layan Netflix.
Trip Nha Trang ni memang berbaloi baloi.
Highlight of the trip dan memang tujuan utama kitorang kesini sudah semestinya Vinpearl. Kalau compare dengan Disneyland ( yang kitorang pernah pergi just Disneyland Hong Kong ) jauh TERBAIK DAN BEST Vinpearl ni lagi. 11/10.
Seriesly 1 hari memang tak cukup nak explore the whole places sebab terlalu banyak aktiviti, section, dan games. Buka dari 9 pagi hingga 8 malam.
Dalam masa 4 hari kitorang sempat explore/tour ;
Vinpearl Land
Nha Trang Beach
Dam Market
Nha Trang Center Mall
Cho Dem Night Market
Trip dekat Nha Trang ni memang santai2 je sebab takde plan sangat kesana sini jadinya kitorang strolling around kawasan yang dekat2 je dengan hotel. Petang2 pun duduk tepi pantai ambik angin makan buah and lepak cafe.
Part 4
19 – 22 September
Nha Trang ke Hanoi adalah perjalanan kitorang sekeluarga yang paling panjang pernah kitorang experience. 25 jam di dalam keretapi.
Ads
YESSSS. SATU HARI.
Satu kabin ada 4 katil cukup2 untuk kitorang anak beranak. Selesa, toilet bersih, dan ada air minum sejuk/panas tapi kitorang dah ada air minum sendiri cuma ambil air panas untuk buat susu je. Makanan pun dah masak dan bawa bekal siap2.
View memang spectacular dan pengalaman ni memang one of yang tak dapat dilupakan rasanya.
Hanoi ni bagi kitorang ok ok je. Tak best sangat tapi taklah tak seronok. Kebetulan ada masa2 tu memang hari hujan jadinya kitorang memang tak kemana.
Dalam masa 4 hari kitorang sempat explore/tour ;
Hanoi SkyDeck
Old Quarter Hanoi
Lotte Tower
West Lake
Dong Xuan Market
Aeon MegaMall
Royal City
Masjid Al Noor
Masa2 lain banyak duduk coffee house,sapa yang gila kopi memang seronok la datang vietnam ni sebab banyak cafe and semua cantik2, vintage, modern, old school semua ada.
Tip Travel Dengan Anak Kecil
1 – bawa makanan dan minuman yang cukup lagi2 snacking seperti buah, biskut dan air kerana budak2 cepat penat dan lapar
2 – download 2/3 cerita yang dia suka dalam tab/phone untuk masa lapang atau dalam perjalanan yang panjang
3 – pastikan kelengkapan anak cukup setiap masa seperti baju salin atau pampers untuk keselesaan dia setiap masa
4 – Basic ubat mesti standby seperti krim gatal, ubat batuk/selesama dan sakit perut, cool fever. Tiap kali travel mesti bawa tapi normally tak guna pun sebab kena banyak bg anak2 minum air kosong. Insya Allah ok.
Kalau tahu tip naik sleeper train, pergerakan dan perjalanan anda ke destinasi yang dituju akan jadi lebih mudah dan menarik sebenarnya.
Hah, ini lah yang dikongsi oleh saudari Dayana Mukhayadi. Bermula sebelum perjalanan seperti cara membeli tiket, tip memilih koc dan katil hinggalah destinasi-destinasi menarik yang ada sepanjang perjalanan turut diceritakan. Jom baca!
TIP NAIK SLEEPER TRAIN
Aku selalu berangan nak pergi oversea solo trip. Tapi itu lah aku ni pun sejenis penakut juga, jadi aku postpone kan je dulu angan-angan aku tu.
Aku fikir better aku try dekat dalam Malaysia dulu. Jadi aku plan nak naik “sleeper train” ke Kelantan sebagai permulaan. Tapi tetiba plot twist, kawan-kawan aku tetiba eh jom lah kita pergi sekali, maka solo trip aku ni cancel dan terus jadi trip berempat lebih baik.
Kami berempat memulakan perjalanan dari KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu – Kota Bharu – KL. Tujuan utama trip ni memang hanya untuk merasa pengalaman naik “sleeper train” selama 13 jam sambil JJCM (jalan-jalan cari makan) dekat Kota Bharu. Very short trip with very different experience.
Untuk pengetahuan korang, nama rasmi train ni adalah Ekspres Rakyat Timuran atau nama glamer lain dikenali juga sebagai “jungle train”.
Ini sedikit tips dan tricks yang mungkin boleh menjadi rujukan kengkawan yang plan untuk experience “sleeper train” ni:
1. BELI TIKET SLEEPER TRAIN
Mula-mula kena beli tiket “sleeper train” dulu melalui apps KTMB.
2. PILIH KOC
Untuk nak rasa tidur atas katil dalam train, kena pilih koc berkatil: Koc T6-T8. Kami pilih Koc 8, koc paling hujung. Dia ada koc seat duduk biasa jugak, Koc T1-T3.
Kenapa better pilih koc 8, penumpang lain tak lalu-lalang untuk ke cafe di Koc 5 dan ia yang paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 ni paling depan sekali, jadi lebih senang untuk keluar ambil gambar.
3. PILIH KATIL & HARGA
Better elakkan ambil katil depan sekali jugak sebab besi yang connect in between koc tu boleh tahan bising.
Untuk pilihan katil, nombor genap adalah katil bawah. Nombor ganjil adalah katil atas. No katil kami T26, T28, T30, T32, semua dapat katil bawah dan kedudukannya di tengah-tengah koc.
Harga katil/berth atas RM40, katil/berth bawah RM46.
Sila pilih katil bawah sebab ruang tingkap untuk kita feeling-feeling lebih luas dan panjang dari katil atas. Dekat katil tak ada plug point, jadi jangan lupa standby fully charged power bank.
4. BELI TIKET ETS KE GEMAS
Dah settle beli tiket “sleeper train” ni baru kami beli tiket nak ke Gemas. Senang naik ETS je dari KL Sentral. Tiket pun beli melalui apps KTMB dengan harga RM 30.
Kami naik dari KL Sentral 9.40 malam dan sampai di Gemas 12.10 pagi. “Sleeper train” ni akan bertolak ke Wakaf Bharu pada pukul 1.18 pagi dan dijangka tiba 12.37 tengahari esoknya.
Gap in between tunggu “sleeper train” sampai dari JB, kita boleh naik dan tunggu di ruang menunggu tingkat atas Stesen Keretapi Gemas. Siap ada toilet dan surau.
KEADAAN DALAM SLEEPER TRAIN
Bila train tu dah sampai apa lagi excited lah memasingkan jakun naik katil atas train. Katil dia selesa je, ada langsir, ada satu bantal dan selimut. Cuma kalau risau gatal-gatal atau tak selesa, better bawa kain extra untuk cover tilam dan bantal.
Suhu aircond dalam keretapi ni pun just nice, tak sejuk sangat dan tak panas sangat. Tak payah pakai sweater pun tak apa.
Lepas dah letak beg, kami pun apalagi, pergi ke cafe kat Koc 5. Wajib ya check in sini, makanan dan air dia semua sedap-sedap, kena tekak kami. Makan megi sup RM 6 semangkuk masak panas-panas oiii pukul 2 pagi, fuhh memang syahdu.
Selain megi sup, ada nasik/bihun/megi goreng panas-panas, tengok apa yang available masa korang sampai. Sebab dapur dia ada satu je, so dia masak ikut batch. Tapi digalakkan korang spare makanan/minuman lain jugak takut lambat dan ramai orang.
PEMANDANGAN SEPANJANG PERJALANAN
The main part of the trip adalah view sepanjang perjalanan, train ni akan melalui kawasan kampung dan hutan yang sangat cantik pemandangan dia. Jadi jangan tidur selepas Subuh, time ni lah nak enjoy the view. Malam memang dah tak nampak apa.
Kalau bernasib baik, boleh nampak Gunung Stong dan air terjun Jelawang dekat Dabong. Lain-lain view boleh nampak suasana berkabus, bukit batu kapur, sungai, jambatan, terowong, dan jambatan rel terpanjang kat Malaysia (jambatan Guilemard).
Stesen Kuala Lipis (sekitar 6 pagi).
Gua Musang (sekitar 8 pagi).
Jambatan Guillemard (sekitar 11 pagi).
Di kawasan Dabong, banyak terowong dan sungai yang akan dilalui.
Tapi timing bergantung kepada jadual perjalanan keretapi. Masa kami naik ni train ada sedikit delay dan tak dapat berhenti lama di Stesen Gua Musang.
STESEN UNTUK DIJELAJAHI
Paling ramai geng backpackers akan turun dekat Stesen Merapoh untuk ke Taman Negara dan Stesen Dabong untuk explore nature di Jelawang dan Gunung Stong.
Stesen Gua Musang wajib turun untuk ambil gambar dengan kepala keretapi dan boleh turun beli makanan dari orang kampung di Stesen Dabong.
Kalau tanya aku, best memang best tapi cukup lah sekali seumur hidup aku dah merasa unless aku kawen nanti laki aku ajak repeat.
Tapi sebenarnya rasa sayang, ni antara khazanah Malaysia yang boleh ditambahbaik lagi untuk tarik lebih banyak pelancong tapi macam sepi je alahai.
TANDAS
Last but not least, toilet dia tak ada lah seselesa toilet kat rumah, jadi korang kena pastikan kalau boleh jangan sakit perut ya bila naik train ini, okay.
Jadi yang plan nak bagi anak-anak naik train, boleh lah cuba booking tiket awal dan terus enjoy!
Minat dan budaya makan-makan ini bukan sahaja melibatkan hidangan tempatan tetapi juga sajian antarabangsa yang lazat. DubuYo, restoran masakan Korea asli di Malaysia dapat memenuhi selera penduduk tempatan. Restoran ini telah menyahut cabaran untuk membawakan cita rasa Korea ke negera kita.
Pada tahun ini, sempena meraikan ulang tahun keenamnya, DubuYo melancarkan gandingan Syupeo Ramyeon yang turut dikenali sebagai “ Super Ramyeon”. Ini merupakan gabungan dua resipi mi lazat yang pasti menambat selera mereka yang paling pemilih dalam soal makanan. Kedua-dua Syupeo Chicken Ramyeon dan Syupeo Beef Ramyeon dihidangkan dalam sup berperisa yang bermutu tinggi dan bahan lazat bersama mi Korea kenyal yang pasti membuat kaki makan teruja.
Dicipta khas untuk memenuhi selera buat penggemar makanan Korea, Syupeo Chicken Ramyeon dihidangkan dengan ayam goreng rangup tetapi lembut bila digigit dan “dumpling” Korea yang enak. Manakala Syupeo Beef Ramyeon dihidangkan bersama hirisan daging lembu Australia lazat dan cendawan enoki , pasti anda mahu lagi dan lagi.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Operasi Restoran Kumpulan TCRS, berkata,”DubuYo sentiasa mengutamakan keaslian sajian Korea kami, yang memaparkan cita rasa unik, budaya dan juga penduduk Korea kepada rakyat Malaysia,”
Selain daripada dua hidangan lazat ini, DubuYo juga menghidangkan Citron Dubu kecil percuma kepada pelanggan yang menggambil gambar diri mereka bersama risalah menu Syupeo Ramyeon dan berkongsi gambar tersebut dalam akaun Instagram atau Facebook. Ditawarkan untuk tempoh terhad, harga ala carte untuk Syupeo Chicken Ramyeon ialah RM20.90, manakala harga bagi set ialah RM23.90. Harga ala carte Syupeo Beef Ramyeon ialah RM22.90 bagi ala carte dan RM25.90 untuk set.
“Kami berharap untuk mengembangkan DubuYo menjadi restoran pilihan utama bagi orang ramai menikmati sajian asli Korea yang menjadi kegemaran mereka. Fokus kami terhadap kualiti dan keaslian yang telah membantu kami mencapai kejayaan setakat ini, kami juga berharap sokongan berpanjangan dari pelanggan serta membantu kami untuk terus menawarkan pengalaman menjamu selera yang baharu,” jelas Wong.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pelbagai bentuk penghargaan diberikan warga dunia kepada petugas barisan hadapan sebagai tanda terima kasih kerana berhempas pulas dalam membendung penularan wabak pandemik COVID-19. Bukan itu sahaja, mereka juga memperjudikan nyawa sendiri demi menyelamatkan mangsa-mangsa wabak ini.
Terbaru, Qatar Airways menawarkan 100,000 tiket percuma kepada profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan dalam membantu merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus (COVID-19).
"Profesional penjagaan kesihatan di setiap negara di dunia layak mendapat tiket percuma ini," umum syarikat penerbangan berkenaan dalam satu kenyataan.
Mereka yang menerima kod promosi boleh menempah sehingga dua tiket pergi balik kelas ekonomi secara percuma untuk penerbangan yang dikendalikan Qatar Airways ke mana sahaja di rangkaian global syarikat penerbangan ini
Qatar Airways akan kembali membuka semula operasi tidak lama lagi selepas ditangguhkan sementara kerana wabak COVID-19.