Travel

Bawa Diri Ke Sunnebeam Paradise, Resort Konsep Kampung Di Ipoh Perak

Share

Ada yang masuk Ipoh, Perak, kena cuba sekali plan ke Sunnebeam Paradise untuk merasa tidur di resort unik diperbuat daripada buluh.

Di sini dekat juga dengan Lost World of Tambun, okay jom tengok apa yang best dan boleh buat di sini.

Menginap Sehari Dua Di Sunnebeam Paradise

Yang minat karaoke, jangan risau anda boleh ‘asah’ suara berjemaah dengan kawan-kawan atau keluarga tersayang. Memang ada port baik punya!

Dan mestilah jauh dari kesibukan bandar, sesuai untuk tenang-tenang ambil mood dan rehatkan minda. Suasana damai dan menghijau, sejuk mata memandang.

Dengan dikelilingi pokok buah-buahan, anda pasti seronok rasa teduh, sesuai lah nak buat team building dan family gathering.

Untuk puaskan hati anak-anak, ada taman permainan indoor ya. Adil lah untuk anak-anak puaskan hati bermain.

Tempat ini juga cukup privasi dan sesuai untuk berbulan madu.

Jika rasa nak raikan majlis tertentu pun memang sesuai sebab ada port best untuk majlis hari jadi & BBQ.

Eh, nak buat majlis pertunangan dan perkahwinan di sini pun boleh!

Apa yang menarik, ada kolam renang pokok buluh semula jadi. Boleh lah nak ambil gambar pun, sesuai nak posing dan port memancing di sungai pun ada.

Selain itu anda boleh join aktiviti ekstrem & menunggang kuda. Ini syok lah, merasa sesekali aktiviti berbeza.

Bab parking pun jangan risau sebab ada ruang tempat letak kereta yang luas dan selesa.

Haa… berbaloi bukan? Banyak benda boleh buat kat sini. Pasti anak-anak seronok nak datang lagi!

IKLAN