Taman tema air di Negeri Selangor telah mula beroperasi semula selaras kelonggaran Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bersedialah untuk membawa anak-anak anda bermandi-manda pada hujung minggu, atau nikmati keseronokan ini bersama rakan taulan anda.
Tentunya, taman tema air merupakan tarikan pelancongan yang digemari semua lapisan masyarakat tidak kira usia. Permainan gelongsor dan ombak buatan sememangnya tarikan yang sinonim dengan taman tema air.
Akan tetapi, setiap taman tema air mempunyai keunikan yang tersendiri. Hanya individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 dibenarkan mengunjungi taman tema air di Negeri Selangor. Jom isi masa terluang anda bersama ahli keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu ini dengan mengunjungi taman tema air yang disenaraikan di bawah!
1) Sunway Lagoon
Siapa yang tidak tahu tentang Sunway Lagoon, teman tema air yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya? Sama seperti taman tema air yang lain, Sunway Lagoon juga dilengkapi dengan tarikan gelongsor pelbagai jenis yang sangat mengujakan.
Ads
Sunway Lagoon by kaionn.75
Antara tarikan popular di Sunway Lagoon yang sangat digemari para pengujung adalah Vuvuzela, Little Zimbabwe, Waterplexx 5D, Surf Beach dan banyak lagi! Sempena pembukaan semula pada 7 Oktober 2021, Sunway Lagoon telah memperkenalkan aktiviti berkelah yang dinamakan “Camp Out! at Sunway Lagoon”. Jadi, rasai sendiri pengalaman bermalam di Sunway Lagoon yang pertama kali diperkenalkan ini!
2) Bangi Wonderland Theme Park & Resort
Bangi Wonderland by ohmedia
Bangi Wonderland merupakan taman tema air yang dikelilingi oleh hutan rekreasi dengan keluasan 12 ekar. Lokasinya yang terletak di tengah antara Bandar Semenyih dan Bangi sememangnya sesuai bagi anda yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota. Bangi Wonderland menawarkan 14 permainan yang menyeronokkan, antaranya Anaconda Trail, Body Slide, Green Pearl dan banyak lagi!
3) Waterworld @ I-City
Waterworld @ i-City by littlehumansonthego
Selain daripada cahaya lampu LED dan taman tema salji yang menjadi tarikan popular para pengunjung di i-City, Shah Alam, taman tema air di sini harus juga diberi perhatian kerana Waterworld i-City ini menawarkan aktiviti yang amat menarik dan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung! Jom cuba satu-satunya Tornado Ride yang terdapat di Asia Tenggara, yang mencabar keberanian anda dan tentunya menyeronokkan!
Ads
4) Wet World Water Parks Shah Alam
Wet World Shah Alam by alifeady
Wet World Water Parks Shah Alam ini sudah beroperasi sejak 1996 lagi! Ianya menjanjikan keseronokan kepada para pengunjung, lebih-lebih lagi pada si kecil. Antara tarikan popular yang anda boleh cuba cuba di sini ialah Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River dan Kiddy Typoon Lagoon.
Pilihan aktiviti yang ditawarkan di sini adalah sesuai untuk kanak-kanak, dan kebanyakan kolam di sini adalah berparas cetek. Jadi, anda boleh bawa anak anda ke Wet World Water Parks Shah Alam pada masa cuti nanti!
Ads
Taman tema air kerap kali dikunjungi secara berkumpulan atau beramai-ramai kerana kita tahu, “lebih ramai lebih meriah”. Tambahan pula, taman tema air merupakan hiburan yang dapat dinikmati tanpa mengira usia.
Menariknya lagi, sesetengah taman tema air turut menyediakan tempat penginapan sekiranya sehari tidak cukup untuk anda menikmati semua aktiviti yang ditawarkan. Debaran permainan gelongsor yang curam dan ketenangan kolam renang memberi penangan yang hebat kepada para pengunjung. Jangan ketinggalan untuk menikmati pengalaman taman tema air yang menakjubkan di Negeri Selangor ini!
Walau bagaimanapun, adalah diingatkan kepada kita semua untuk berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, terutamanya ketika memasuki premis-premis di Negeri Selangor.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak bercuti ala Santorini? Tak payah pergi jauh-jauh ke luar negara kerana sekarang anda boleh alaminya sendiri di Selangor. Resort yang cantik, bersih dan dikelilingi hutan menghijau adalah lokasi yang cukup sesuai buat anda yang ingin berehat sebentar dari kesibukan kerja atau terma baharu yang sering digunakan iaitu ‘healing’
Terletak di Kerling, Selangor, Beacon Resort yang diinspirasikan oleh rekabentuk penginapan yang ada di Santorini, Greece merupakan lokasi percutian alam untuk anda jadikan pilihan destinasi percutian.
Tempat ini dibina di tepi sungai dengan mata air panas semula jadi, dedaunan tropika dan tasik yang indah.
Ada banyak pilihan untuk kemudahan bilik yang boleh anda nikmati mengikut kesesuaian, termasuk mata air panas semula jadi, meredah hutan dan banyak lagi.
Lagi best bila tempat dah cantik, rugilah kalau tak ambil peluang untuk bergambar sampai puas. Banyak sudut untuk mengambil gambar yang sesuai untuk dimuat naik ke akaun media sosial anda!
Selepas raya boleh plan bercuti ke sini, sambil menghirup udara segar, dapat nikmati juga air sungai yang jernih dan juga kolam air panas.
Alamat:PT 4049, Mukim Sungai Gumut, Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang, Hulu Selangor, Kalumpang, Malaysia
Tanpa berlengah, jom tengok video ni sampai habis, dan korang berpeluang menang percutian 2 Hari 1 Malam di Mardhiyyah Hotel & Suites. Tapi kena jawab soalan dulu ok?
Soalan:
Namakan Restoran & Cafe yang ada di Mardhiyyah Hotel & Suites?
Syarat mudah nak menang
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall korang (PUBLIC)
Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan! (komen di sini)
3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bertahun-tahun ramai yang menanti pembukaan semula taman tema di Genting Highland yang bakal menyaksikan ia diberi nama baru. Namun, perkara itu mungkin ditangguhkan seketika atas faktor dalaman. Walau bagaimanapun penantian anda itu tidak akan terhenti begitu sahaja kerana anda masih boleh bersuka ria dan berlibur di kawasan pusat peranginan itu.
Taman tema luar Skytropolis Funland bertempat di Resorts World Genting kembali dibuka setelah ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian secara besar-besaran beberapa tahun yang lalu. Ia kini tampil dengan tarikan yang lebih hebat dan meriah dilimpahi sinaran lampu neon berwarna-warni. Dekorasinya turut diceriakan dengan paparan skrin LED mega pada dinding dan siling sepanjang kira-kira 50 meter yang memaparkan pelbagai tema animasi.
Skytropolis Funland tampil dengan permainan indoor serba baharu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu untuk kanak-kanak, keluarga dan ekstrem. Terdapat beberapa jenis permainan menarik yang perlu dicuba antaranya Power Surge, Sky Tower, Spin Crazy, Bumper Boss, Disco, Boo Bum, Tea Cups dan Balloon Race. Di sini juga turut dilengkapi permainan-permainan realiti maya bertaraf antarabangsa seperti di The Void, Imaginatrix dan Big Top Games Park.
Dalam tema sarkas pula, RWG turut memperkenalkan Highlands Hero yang baharu iaitu watak Joe (orang hutan), Tabby (harimau), Allie (gajah), Geno (dinasour), Bennie (beruang matahari) dan Callie (naga). Watak-watak berkenaan juga merupakan wajah rasmi taman tema yang terlibat dalam kumpulan penyambut kehadiran pengunjung di pintu masuk utama yang pasti memberi seribu keriangan terutama kepada kanak-kanak.
Info
Masa dibuka: Setiap hari bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Tiket: –
RM10 per game pada hari Isnin hingga Jumaat.
RM15 per game pada Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti persekolahan.
RM60 pas previu tanpa had permainan
Sumber Foto: gentinghighland.info / PM kami untuk kredit nama sumber asal gambar kepunyaan anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...