Ada macam-macam cara nak bercuti terutamanya bila tiba cuti sekolah. Percutian yang menjadi trend sekarang salah satunya adalah camping.
Sudah lama merancang untuk camping bersama rakan camper yang lain namum dek kerana kebanyakkan tapak perkhemahan penuh kerana cuti sekolah terlintas di fikiran Azizah Zainudin tentang sebuah campsite yang jarang mendapat review di media sosial.
Pemilihan Sunshine Campsite untuk aktiviti camping kali pertama di tahun 2023 ternyata pilihan terbaik. Terletak tidak jauh dari Gunung Nuang merupakan campsite yang selesa dan mempunyai tapak perkhemahan yang besar selain sungai yang jernih untuk semua peringkat umur.
Selain camping ada juga aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini antaranya memancing, brisk walk dan juga hiking ke Gunung Nuang.
Azizah juga berkongsi terdapat sebuah kedai kopi yang diberi nama Kedai Kopi Tunggal berhampiran campsite ini untuk para camper lepak-lepak.
Ikuti perkongsian wanita ini tentang aktiviti camping keluarganya pada awal mac yang lalu.
Camping Pertama di tahun 2023 di Sunshine Campsite, Janda Baik
Campsite 01/2023
Sunshine Campsite, Janda Baik.
4-5 Mac 2023.
Khemah Kecil – RM50
Khemah Sederhana – RM70
Khemah Besar – RM90
Campsite Owner – Encik Nazri.
012-210 0016
Kemudahan di tapak;
Dapur lengkap dengan sinki.
Tandas (1 Unit).
Surau.
Meja dan kerusi (Simen Fero).
Plug Point.
Lampu.
Kemudahan lain;
Ads
Set BBQ.
Tong sampah besar.
Parkir dalam campsite.
Phone coverage (Celcom).
Lain-lain;
Pemandangan bukit.
Di kaki Gunung Nuang.
Sungai sebelah campsite.
Aliran sungai sesuai untuk semua umur.
Tapak privacy, cantik dan bersih.
Kawasan selamat, berhadapan rumah CO.
Malam sejuk.
First camping untuk tahun 2023!
Saya plan camping bersama kawan-kawan di kawasan berdekatan kediaman kami sahaja. Paling dekat, pilihan yang ada semestinya di Janda Baik, Bentong.
Tapi itulah, cuti sekolah banyak pulak campsite yang penuh. Fully booked!
Dalam banyak-banyak campsite tu, saya terfikirkan satu campsite yang terletak lebih kurang 1.5 km ke Gunung Nuang.
Sunshine Campsite!
Mungkin ramai yang tidak tahu lokasi campsite ini disebabkan campsite ini jarang mendapat reviu. Seingat saya hanya satu sharing di group FB Family Camping Malaysia.
Ads
Itu pun dari rakan saya. Terima kasih Si Lubok’s sebab kongsi pengalaman camping di Sunshine Campsite.
Apa yang boleh saya katakan, campsite ini memang best. Betul-betul privacy!
Kalau mahu lebih privacy, boleh booking keseluruhan campsite. Kawasannya luas dan harga sewaan pun berpatutan.
Kami 4 keluarga pacak 4 khemah. Dua khemah bersaiz kecil dan 2 khemah bersaiz sederhana. Masih ada lagi ruang untuk tempat lepak.
Saya anggarkan campsite ini boleh menempatkan lebih 5 buah khemah pelbagai saiz.
Yang paling syok, air sungai di sini sangat jernih dan bersih. Dan tetaplah jernih walaupun selepas hujan.
Sungai tidak terlalu lebar, tidak terlalu dalam dan aliran tidak terlalu deras. Aktiviti mandi manda sesuai untuk semua peringkat umur.
Ads
Cuma anak-anak kecil perlu dipantau dengan lebih dekat sebab terdapatnya batu-batu (kecil besar) yang diletakkan di tepi sungai.
Batu-batu ini menghalang pandangan terus ke sungai dan menyukarkan laluan ke sungai. Boleh menyebabkan tergelincir dan terjatuh.
Berhati-hati!
Secara keseluruhannya, campsite ini memang menepati citarasa kami sekeluarga.
Harga sewaan berpatutan.
Tempat cantik dan bersih.
Kemudahan lengkap disediakan.
Sungai berdekatan.
Boleh memancing (Ada ikan tengas).
Boleh mandi manda.
Boleh brisk walk menikmati pemandangan.
Boleh hiking kalau berminat.
Saya rekomen tempat ini untuk yang nak healing dan berdamai dengan alam.
Oh ya, berhampiran campsite ini ada kedai Kopi Tunggal. Beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam.
Yang dah boring minum kopi bancuh sendiri, bolehlah hirup Kopi Tunggal.
Port Dickson antara pantai peranginan popular di kalangan orang ramai. Banyak tarikan menarik ada di pantai ini dan pada musim cuti, lokasi ini sering jadi tumpuan ramai.
Bagi yang hujung minggu ingin ke sini dan ingin menikmati suasana malam dengan sedikit kelainan, bolehlah cuba-cuba singgah di Aurora Park Port Dickson. Tempat ini sangat terkenal dengan pesta lampu berwarna-warni yang membentuk replika bangunan terkenal di seluruh dunia dan dalam negara dan ianya sangat sesuai untuk geng insta worthy sebagai port bergambar.
Terletak di Batu 9 Port Dickson, korang dapat saksikan replika mercu tanda seperti KLCC, Eiffel Tower, Gunung Fuji, binatang dan banyak lagi. Paling best, kalau beli tiket sebelum jam 5 petang, harganya Cuma RM12 sahaja dan selepas jam 5 ke atas, harganya cuma RM18 sahaja.
Tidak hanya replika warna warni, Aurora Park Port Dickson juga sesuai untuk kanak-kanak kerana di sini ada taman haiwan (Mini Zoo Theme Park) dan harga masuk untuk melihat haiwan-haiwan ini hanyalah RM12 sahaja.Pasti anak-anak sangat teruja untuk belajar tentang haiwan kesayangan mereka
Waktu Operasi: Dibuka Setiap Hari (Taman Haiwan: 10am-7pm; Pesta Lampu: 7pm-11pm).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tugasan hakiki setiap hari tidak akan pernah habis dan berhenti.
Kadangkala rutin penting yang saban hari dilakukan seakan bosan dan hilang arah. Bukan setakat ketika melakukan pekerjaan atau sedang belajar sahaja tumpuan anda telah hilang, malah rutin lain seperti makan, tidur atau berparti. Boleh jadi anda sudah hilang selera makan, waktu tidur makin kurang atau keseronakkan berparti tidak seperti biasa.
Jika begitu, itu tanda-tanda diri anda perlu dapatkan percutian yang santai dengan segera. Jom rancang percutian anda ke 5 destinasi pulau ini yang punya tarikan berbeza daripada pulau yang lain.
KEDAH
Pernah dengar atau tidak ada sebuah pulau ‘baru’ umpama syurga hiburan dunia kini berada di Pulau Langkawi, Kedah? Paradise 101, merupakan pulau persendirian untuk anda lakukan pelbagai aktiviti air atau pantai. Pulau ini hanya boleh diakses menggunakan perkhidmatan bot khas di Jeti Telaga Harbour Marina bermula dari jam 10 pagi hingga tengah malam setiap hari. Antara pakej dan aktiviti yang disediakan adalah mencuba permainan air di Aqua Park, Banana Boat Ride, Parasailing, snorkel atau hanya beristirahat untuk menjamu selera. Ketika waktu senja, lokasi ini menerima view yang paling indah. Jangan lupa ambil gambar kenang-kenangan ketika itu ya!
Foto: paradise101.com
PULAU PINANG
Pulau Jerejak yang terletak di Pulau Pinang dikenali sebagai ‘Alcatraz Malaysia’ kerana ia pernah menempatkan tahanan perang selain banduan suatu ketika dulu. Ada yang menganggap Pulau Jerejak adalah pulau yang menyeramkan kerana pernah dihuni oleh banduan yang dibuang negeri sebelum pusat berkenaan ditutup pada Ogos 1993. Tidak hairanlah sebahagian besar ramai yang masih ragu-ragu untuk ke sini meski pun telah digazetkan sebagai destinasi pelancongan. Penduduk tempatan Pulau Pinang juga ramai yang tidak pernah menjejakkan kaki ke destinasi itu meskipun hanya mengambil masa 10 minit dengan menaiki bot dari jeti di tanah besar. Nah! Sekarang ini tidak perlu ragu-ragu lagi untuk ke sini, kerana pelbagai tarikan menarik tersedia di sini. Lebih-lebih lagi buat anda yang gemar merakam gambar kreatif atau berswafoto. Port-port ambil gambar seperti berada di luar negara.
Foto: Google Image
JOHOR
Pulau Aur terletak di daerah Mersing, Johor merupakan antara pulau ‘hidden gem’ yang cukup mempersona. Mungkin ramai yang tidak berapa tahu atau kenal dengan pulau ini kerana kurang mendapat promosi yang meluas. Tetapi percayalah, jika anda sudah menjejakkan kaki ke sini, pasti anda jatuh cinta dan berpuas hati memilih destinasi ini sebagai lokasi untuk bercuti. Terletak 80km dari Mersing, Pulau Aur adalah sebahagian dari Taman laut Johor. Ia semakin popular dalam kalangan pelancong kerana kolam semulajadi di luar pesisir pantai, batu karang berwarna-warni dan pantai yang cantik. Di Pulau Aur terdapat tarikan Batu Berhala, batu bersaiz besar berbentuk singa yang mempunyai legenda tersendiri. Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti merentas hutan, pastinya tertarik untuk memanjat batuan besar menuju ke kawasan pelbagai.
Foto: Google Image
TERENGGANU
Pulau Tenggol yang terletak di Terengganu ni bukan saja cantik di permukaan pulaunya, malah keindahan lautnya juga memukau mata pengunjung yang datang ke sini. Terumbu karang berserta hidupan lautnya yang cantik berjaya menjadikan Pulau Tenggol ini antara lokasi selam skuba bertaraf dunia. Pulau ini bukan hanya untuk kaki selam, tetapi untuk percutian keluarga atau berbulan madu. Selain itu, untuk anda yang sukakan aktiviti luar seperti jungle trekking juga boleh mengunjungi Pulau Tenggol kerana, bukit di tengah-tengah pulau ini berketinggian 800 kaki dan lokasi ini sesuai untuk anda menikmati pemandangan keindahan Pulau Tenggol dari kawasan puncak. Gambar yang anda abadikan di lokasi ini pasti menjadi pertanyaan ramai lokasi sebenar ‘percutian rahsia’ anda.
Foto: tripadvisor.com.my
SABAH
Pulau Balambangan yang teletak di Kuda merupakan Sabah Hidden Paradise. Tidak ramai yang pernah sampai ke sini. Pantainya punya pasir yang memanjang memutih, air lautnya sangat biru dan jernih, bukit dengan rumput menghijau dengan lebih 20 gua batu kapur yang unik dan kecantikan terumbu karang yang tidak terusik. Semuanya ada di Pulau Balambangan!
Malaysia sememangnya kaya dengan lokasi menarik untuk dikunjungi. Banyak perkongsian dari orang ramai hingga ia menjadi viral di media sosial. Terkini bagi instaworty, port yang sedang viral di media sosial ialah Laman Tebu Aidil yang terletak di Sungai Besar, Selangor.
Bagi yang mahukan scenery berlatarbelakang sawah padi, Laman Tebu Aidil yang terletak di Kampung Parit Empat Sungai Besar selain makan di dalam laman tebu, sememangnya port terbaik untuk singgah.
.
.
.
.
Menjual makanan seperti nasi lemak, lontong, laksa, tongkang madu dan kepak madu selain tiga jenis air sahaja iaitu air tebum air tembikai da air nenas pada harga berbaloi RM2, lokasi port makan ini cukup cantik untuk bergambar.
.
.
.
Bagi yang datang dari Kuala Lumpur, boleh memasuki Lebuhraya Latar menuju ke Kuala Selangor sebelum meneruskan perjalanan ke Sungai Besar dan mencari Laman Tebu Aidil. Dibuka dari jam 2.30 petang hingga 7 malam setiap hari dan tutup hari Isnin, dengan berlatar belakang suasana kampung, korang yang kaki selfie dalam bergambar dalam ladang tebu ini dengan sepuas-puasnya. Ia juga boleh mendidik anak-anak tentang tanaman padi yang kala ini sedang menguning di lokasi ini.
Jadi,bagi yang nak ke sini pada hujung minggu, bolehlah mencuba lokasi menarik ini.
Sumber gambar : Intan Jastina
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...