Bermalam Di Villa Bertema Hello Kitty Kat Melaka, Siap Ada Kolam Renang & Tempat BBQ. Banyak Angle Boleh Bergambar

Share

Selain mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati di Melaka, kat sini juga ada pilihan destinasi untuk menginap bersama keluarga. Ada hotel, villa, homestay dan banyak lagi.

Kalau nak bermalam di villa dengan tema-tema yang menarik boleh ke Villa D’Faro A’Famosa Resort Melaka.

Paling terbaru mereka mempunyai pilihan villa dengan tema Hello Kitty yang comel. Lengkap dengan kolam renang dan BBQ pit, villa ini mempunyai 3 bilik yang cukup besar untuk memuatkan keluarga anda.

Selain tema tersebut, kat sini juga turut mempunyai villa dengan tema lain yang berbeza. Antaranya, Atlantis, Mushroom Vila dan banyak lagi.

Mempunyai kemudahan lengkap dan sesuai untuk keluarga yang besar, sesuai untuk buat gathering atau majlis keluarga. Setiap vila yang ada kat sini juga mempunyai keluasan dan bilik yang berbeza.

Alamat: Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Sumber: FB Villa D’Faro A’Famosa Resort Melaka

 

IKLAN