Miri wujud disebabkan kemunculan industri minyak dan gas asli dijumpai pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Bukit Kanada.

Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak.

Rentetan dari itu Miri terus pesat membangun hingga hari ini. Miri dikatakan mendapat nama daripada suku kaum Miriek yang merupakan penduduk bumiputra Miri pada abad ke-16. Orang Eropah yang datang untuk mencari gali minyak kemudiannya secara tidak sengaja menukar nama Miriek menjadi Miri. Maka nama tersebut kekal hingga kini. Bandaraya ini terletak di bahagian Utara Sarawak, dikelilingi oleh laut di bahagian timur dan bersempadan dengan negara Brunei.

Jika bercadang bercuti ke Miri, Sarawak lokasi ini merupakan destinasi wajib mesti singgah:

  • Bukit Canada

Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak. Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak.

Bukit Canada juga digelar The Grand Old Lady merupakan telaga minyak pertama di negara ini yang menggunakan kaedah alat kabel. Sejak 1910, Bukit Canada yang terletak 150 meter di atas paras laut, telah menyaksikan pelbagai sejarah dan pembangunan fizikal yang berlaku di bandar Miri yang kaya dengan hasil minyak ini, tetapi juga industri pelancongannya yang menarik. View di atas puncak bukit ini sangat menawan dan istimewa dengan pemandangan indah bandar raya Miri dan Laut China Selatan. Memandangkan Bukit Canada mempunyai nilai sentimental kepada Miri, sebuah Muzium Sains Petroleum telah didirikan di sebelahnya.

Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak.

  • Muzium Sains Petroleum

Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak.

Muzium ini merupakan salah satu tarikan utama pengunjung di bandar Miri. Sebaik sahaja kaki melangkah ke sini, pelawat seolah-olah dibawa kembali ke era bermulanya industri petroleum di Miri dengan wujudnya replika patung manusia yang sedang menggerudi minyak dan menara yang tinggi menjulang langit. Selain lengkap dengan sejarah perkembangan petroleum, pengunjung pasti tertarik dengan reka bentuk bangunan muzium.

Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak. Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak. Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak. Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak.

  • Tamu Muhibbah

Tamu Muhibbah memang terkenal bukan sahaja kepada penduduk tempatan tetapi juga pelancong luar berusia lebih dua dekad. Sesuai dengan namanya, pasar ini sangat muhibbah dek kerana para peniaga yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Antara yang boleh anda dapatkan jika berkunjung ke sini seperti hasil pertanian, sayuran dan buah-buahan segar yang dibawa dari pendalaman sekitar daerah Miri. Jika ingin mebawa pulang ole-ole, jangan lupa untuk membeli Gambir Sarawak, Perencah Laksa Sarawak, Beras Bario, Gula Apong, Kayu Serukai, Buah Dabai, Mangga Sarawak, Durian Mukak, Buah Terap atau Terubuk Ikan Masin.

Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak. Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak. Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak. Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak.

  • Pusat Kraftangan Miri

Keindahan budaya pelbagai etnik yang terdapat di Sarawak boleh dilihat dengan berkunjung ke Pusat Kraftangan Miri. Pusat itu dibuka kepada pengunjung setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang. Antara kraftangan yang boleh dibeli di sini ialah tembikar Sarawak yang dihiasi dengan motif tradisional seperti bunga terung selain motif burung kenyalang. Selain itu, lukisan bermotifkan masyarakat Dayak dan Orang Ulu juga turut dijual dengan harga berpatutan.

Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak. Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak. Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak.

Pusat itu amat ideal bagi penggemar kraf buatan tangan seperti bakul, dan tikar rotan serta topi daripada kulit kayu. Menariknya pusat ini menempatkan pembuat kraf tangan dari pelbagai etnik seperti Melayu, Iban, Orang Ulu, Bidayuh dan Cina di bawah satu bumbung. Setiap premis menjual kraf tangan berdasarkan etnik masing-masing misalnya Orang Ulu menjual sumpit, hiasan manik dan topi kulit kayu.

  • Pantai Bungai

Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak. Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak.

Lebih kurang sejam pemanduan dari Bandar Miri, jangan lupa untuk singgah sebentar di Kampung Bungai di Bekenu. Di sini ada sebuah kawasan pelancongan yang tidak kurang popularnya iaitu Pantai Bungai. Pantai Bungai terkenal dengan kejernih airnya serta keindahan kawasan sekelilingnya yang masih terpelihara baik jauh dari kesibukan kota. Buat pengunjung yang gemar merakam momen indah pemandangan pantai, waktu paling ideal untuk ke sini menurut penduduk tempatan adalah pada pagi hari. Ketika itu air laut akan surut, maka pengunjung dapat melihat satu fenomena bentuk geografi yang begitu menarik dan unik.

Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak. Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak.

  • Long Bedian

Alang-alang sampai di Miri, masukkan destinasi Long Bedian dalam itinerari percutian anda. Long Bedian merupakan salah satu kawasan rumah panjang yang masih kekal dengan adat resam akar umbinya dan penduduknya jarang berhijrah ke bandar. Kejayaan dan perkembangan rumah panjang ini menarik perhatian ramai pihak sehinggalah mendapat perhatian dari golongan berstatus bangsawan untuk datang melawat.

Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak. Bumi Bertuah! 6 Destinasi Wajib Pelancong Mesti Singgah Di Miri, Sarawak.

Long Bedian hanya boleh dikunjungi menggunakan kenderaan pacuan empat roda dengan perjalanan lebih 200km dari bandar raya Miri. Selain itu, kampung berkenaan juga boleh dikunjungi dengan menggunakan perkhidmatan bot ekspres dari pekan Marudi ke Long Lama, sebelum menggunakan laluan jalan balak dari Long Lama ke Long Bedian.

Foto: Google Image

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI