Cantik! Lukisan Mural Di Hospital Columbia Asia Tebrau Beri Kesedaran COVID-19

Share

Seluruh dunia masih terbelenggu dengan pandemic COVID-19. Walau ada negara mula berjaya menanganinya tetapi setiap hari kes jangkitan akibat wabak ini masih berterusan. Buktinya, Malaysia antara negara yang mengenakan sekatan perjalanan daerah dan negeri bagi menangani wabak ini.

Apa pun, jangan alpa, jangan ambil mudah. Kita masih belum menang menangani COVID-19. Sentiasa mengamalkan norma baharu dalam usaha mengawal penularan wabak ini.

Lukisan mural di dinding seni pelukis tempatan Iskandar Noor Rahim dan Muhamad Razali Abd Aziz di Hospital Columbia Asia, Tebrau, Johor ini ternyata berjaya menarik perhatian ramai kerana unik dan cantik. Mural ini memaparkan tulisan #kitajagakita, #staysafe, gambar barisan hadapan yang berjuang menangani wabak ini serta lain lagi yang sangat menarik.










Lukisan mural ini diadakan sempena Program Mural sempena Pembudayaan Norma Baharu Zon Selatan sebagai kempen kesedaran COVID-19 kepada masyarakat setempat dan memberi peringatan bersama dalam mematuhi SOP yang ditetapkan.

Program ini merupakan usaha Balai Seni Negara dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Hospital Columbia Asia, Tebrau, Johor.

Apa pun, kalau singgah di lokasi ini, jangan lupa selfie dulu.

IKLAN