Tahun 2020 dianggap bukan tahun terbaik dalam perniagaan dek isu COVID-19 melanda beberapa negara. Ia berikutan wabak ini menjadi kegusaran oleh banyak pihak dan industri yang turut sama terjejas terutama dalam urusan perkhidmatan pelanggan.
Walau bagaimanapun, hidup perlu diteruskan walaupun bahaya ada di depan mata. Pelbagai inisiatif terpaksa diambil oleh kebanyakan syarikat besar dalam mengatasi penularan wabak COVID-19 ini.
Sebelum ini, syarikat penerbangan yang melibatkan industri pelancongan antara sektor yang paling terjejas kerana terpaksa menyekat kemasukan pelancong dari beberapa buah negara. Di China, syarikat besar seperti McDonald’s dan Starbucks masih lagi beroperasi seperti biasa. Namun, mereka mengambil langkah berwaspada dengan mewujudkan servis ‘ambil dan hantar’ menggunakan sistem ‘tanpa kontak’ atau ‘contactless’. Ia bertujuan untuk memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan terjamin.
**media[154563]**
Untuk premis makanan segera:
**media[154561]**
Untuk premis kopi:
**media[154560]**
Sumber: Foxnews | Astroawani