Negeri Selangor mempunyai banyak destinasi pelancongan agro yang menarik untuk dikunjungi. Bukan setakat untuk lawatan, pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Ini 5 destinasi pelancongan agro terbaik yang boleh dilawati di Negeri Selangor selepas PKPB berakhir:
MAEPS AGRO TOURISM PARK, SERDANG
MAEPS Agro Tourism Park merupakan taman agro yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga yang menampilkan keindahan alam semula jadi. MAEPS, Serdang menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik bagi mereka yang ingin merasai pengalaman di kawasan perladangan dan pertanian. Antaranya ialah “House of Kambing” yang menempatkan haiwan seperti kambing dan menawarkan menu makanan nasi kukus kambing bakar. Selain itu, terdapat juga pelbagai taman pertanian yang membolehkan pengunjung menimba ilmu seperti laman herba, laman padi, laman nenas, laman perikanan, G2G Animal Garden di mana mereka boleh memberi makanan kepada haiwan dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh menginap di Nafas Cube di sini yang berkonsepkan binaan kabin dan tiub. Bayaran masuk: RM65 tanpa MyKad, RM45 dengan Mykad, RM35 pelajar Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 5.30 petang)
TAMAN BOTANI NEGARA, SHAH ALAM
Ads
Taman Botani Negara merupakan taman pelancongan agro yang dibangunkan untuk tujuan riadah serta penyelidikan. Taman Botani Negara menampilkan pemandangan alam semula jadi yang hijau, nyaman dan menyegarkan. Taman ini mempunyai tarikan yang menarik khas buat pengunjung, iaitu Rumah Iklim Empat Musim yang terkenal di mana pengunjung akan merasai cuaca musim salji, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Namun rumah empat musim hanya akan dibuka semula kepada umum pada suku pertama tahun 2021. Selain itu, terdapat juga taman kaktus, orkid, rempah-ratus, buah-buahan, taman haiwan dan banyak lagi. Bayaran: RM3 (12-54 tahun) RM1 (kanak-kanak 6-11 tahun), RM1 (55 tahun keatas), OKU percuma Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (7.30 pagi hingga 4.30 petang)
SELANGOR FRUIT VALLEY, KUALA SELANGOR
Jika anda merancang untuk bercuti di taman buah-buahan, Selangor Fruit Valley merupakan destinasi yang tepat untuk anda kerana taman ini mempunyai pelbagai jenis ladang buah-buahan tempatan serta anda juga menikmati buah-buahan dengan percuma. Bukan itu sahaja, terdapat juga tarikan dan aktiviti yang disediakan seperti petting zoo mini, aktiviti berkayak, ladang rusa, rumah tradisional, ternakan madu kelulut dan banyak lagi. Malah, terdapat juga tanaman buah belimbing, jambu, betik, rambutan dan sebagainya. Selain itu, terdapat kemudahan trem yang boleh dinaiki dan anda akan dibawa ke sekitar kawasan taman ini sambil menghirup udara segar. Anda juga boleh singgah ke gerai menjual air kelapa untuk beristirahat dan menghilangkan dahaga dengan menikmati air kelapa yang segar. Bayaran: RM8 (dewasa), RM4 (60 tahun keatas), Rm4 (Oku) dan kanak-kanak (5-12 tahun), percuma (5 tahun ke bawah) Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (9.00 pagi hingga 4.00 petang)
Ads
FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA, KEPONG (FRIM)
Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal malah berpeluang mempelajari tentang keunikan alam semula jadi. Terdapat juga tanaman seperti Rubiaceae (famili kopi), Fabaceace (famili kacang), Euphorbiaceae (famil getah), pokok Keladan yang berumur 116 tahun, pokok Melaka dan banyak lagi. Tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar.
Satu fakta menarik – FRIM, Kepong ini pada mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman dan tenang yang boleh dilawati pengunjung. Bayaran masuk: Tanpa Mykad (RM5, dewasa), (RM1, kanak-kanak tanpa seragam), (Percuma, OKU dan kanak-kanak berseragam)Mykad (RM1, dewasa), (RM1, 13 tahun keatas), (Percuma, OKU dan kanak kanak pakaian berseragam) Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
Ads
KUAN WELLNESS ECO PARK, KUALA LANGAT
Taman Eko Kuan Wellness merupakan salah sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati di Negeri Selangor. Pengunjung akan menikmati persekitaran taman yang segar dengan tema pelancongan ekologi semula jadi disertakan dengan aktiviti yang ada di taman ini. Jika melawat ke sini, aktiviti yang boleh dilakukan adalah memberi makanan kepada haiwan di mini zoo seperti arnab, itik dan burung. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat ke ladang buah tropika, menyaksikan aktiviti pemprosesan sarang burung untuk dijadikan produk kesihatan dan landskap yang cantik untuk bergambar. Bayaran masuk: RM3 untuk ruang pameran sarang burung, RM5 untuk mini zoo Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Setiap Hari)
Satu kelainan bila beraya di Campsite yang best untuk habiskan masa. Apa lagi campsite yang dipilih berada di negara jiran yang memerlukan perjalanan sekitar 220km dari Perlis. Tapi semua itu berbaloi sangat dengan harga yang cukup berpatutan dan juga kemudahan yang baik di tapak perkhemahan.
Che Ain dan teman keluarga berhari raya pada 3 hingga 5 Syawal di campsite di Phattalung, Thailand. Konvoi sebuah kereta dan sebuah van ke sana ternyata satu pengalaman yang indah untuk dikenang.
Hanya dengan harga RM30 untuk sewa tapak bagi satu khemah, lengkap dengan sarapan dan tempat BBQ dan juga steambot, kemudahan yang ada kat sini memang terbaik.
Ikuti perkongsian gambar-gambar menarik oleh Che Ain sepanjang perkhemahan raya mereka di sana.
Camping Raya Di Thailand
3D2N
3 4 & 5 syawal
Camping di Phattalung Thailand
sebiji kereta dan sebiji van
perjalanan dari Perlis 220km
sewa tapak untuk 1 tent RM30 termasuk
-wifi
-plug point
-tempat bbq dan steambot kalau nak bagitau ja owner
-breakfast pulut ayam setiap orang sebungkus dan kuih muih.
-tolet bersih (lupa nak ambil gmbr)
-setiap pagi ada orang mai kutip sampah dan cuci kawasan camping.
Kalau masuk Thailand tak sah la tak singgah amazon cafe kan.sambil-sambil tu cari tempat makan yang best selain 7 Eleven banyak lagi kedai makan best-best tapi saya terlupa nak ambil gambar.
Kalau geng bikers lalu jalan ni wajib la singgah route 41 makanan kat sini sedap dan murah. perjalanan balik sempat lagi kami singgah spa pergi mengurut maklum lahh penat pasang khemah kan.
Mi Racun kedengaran agak ‘keras’. Hidangan ini sangat popular di Batu Pahat, Johor dek mampu meracuni selera pelanggan walaupun baru pertama kali merasainya.
Jangan risau, mi ini tidak beracun ya untuk dimakan! Mi Racun resepinya diubah suai daripada mi tomato yang boleh didapati dalam dua pilihan, iaitu mi racun gearbox dan mi racun original.
Sejarah mi racun yang bermula daripada datuk pemilik gerai ini Muhd Hussein A Jabar yang berasal dari India. Datuknya bernama Naina Mohd, yang datang ke negara ini pada tahun 1960-an dan ketika itu hanya menjual pelbagai jenis rojak, termasuklah rojak mi. Kemudian timbul idea untuk membuat kelainan, dan datuknya mencipta resepi rahsia mi racun ini sehingga menjadi ketagihan kepada pelanggan yang menikmatinya.
Untuk merasai kelazatan mi ini boleh ke gerai gerai terletak di Taman Sri Jaya, Batu Pahat. Tiga lagi cawangan mi racun ini turut berada di Jalan Sultanah, Jalan Timah Sari dan Sri Gading.
Beroperasi setiap hari, kecuali pada Isnin minggu kedua dan keempat, perniagaan mi racun ini bermula pukul 4 petang sehingga 11 malam.
Gerai ini turut menjadi lokasi persinggahan kumpulan pemilik motosikal berkuasa tinggi yang berkunjung ke daerah Batu Pahat serta sekitarnya dan pelanggan yang paling jauh adalah pemilik motosikal berkuasa tinggi dari Thailand.
Pusat beli-belah Lot 10 yang lebih dikenali dengan ciri bangunannya berwarna hijau di Bukit Bintang kini berwajah baharu apabila kerja-kerja pengubahsuaian secara berperingkat bakal menjadi tarikan kepada pengunjung terutama golongan muda.
Pusat beli-belah tersebut yang dibuka pada 1990 oleh YTL Corporation Bhd akan berdasarkan kepada empat pemacu utama untuk menarik pengguna muda yang celik teknologi-bertenaga, menyeronokkan, kreatif dan saling berhubung.
Naib Presiden YTL Land Development dan YTL Hotels & Properties, Joseph Yeoh berkata, industri peruncitan di Malaysia kini menghadapi cabaran dengan lebihan penawaran pusat membeli-belah baharu dan trend permintaan pengguna yang cepat berubah.
“Sejajar dengan keadaan semasa, kami mula melaksanakan transformasi untuk menyelaraskan pembangunan perkakasan dan perisian kami dengan visi baharu Lot 10.
“Sejajar dengan keadaan semasa, kami mula melaksanakan transformasi untuk menyelaraskan pembangunan perkakasan dan perisian kami dengan visi baharu Lot 10.
“Destinasi perniagaan yang dinamik untuk pengguna muda dengan persekitaran digital terkini yang menyeronokkan, menghiburkan dan menarik.
“Menjadi sebuah pusat membeli-belah semata-mata tidak lagi dianggap relevan dengan keadaan sekarang. Oleh itu, Lot 10 telah mengambil inisiatif untuk menjadi sebuah destinasi sosial pilihan,” katanya pada majlis pratonton bersama media baru-baru ini.
Dijangka siap pada akhir tahun ini, pusat membeli-belah itu akan melalui proses transformasi secara berperingkat termasuk pemasangan eskalator yang baharu, lif dan tempat meletak kenderaan yang reka bentuk semula.
Selain itu, Lot 10 juga turut merancang untuk bekerjasama dengan sekolah seni untuk mempamerkan hasil karya seni pereka muda. Kolaborasi ini akan memberi manfaat kepada semua pihak kerana Lot 10 tidak hanya sebagai tempat bersosial sahaja tetapi memberi satu input berguna kepada generasi muda.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...