Sabah sering kali menjadi pilihan pelancong untuk bercuti kerana keindahan alamnya. Selain kehijauan alam keliling, laut di Sabah juga antara yang tercantik untuk diterokai. Tak hairanlah ramai yang suka bercuti ke Sabah untuk merasai sendiri keindahan yang menjadi buah mulut orang.

Selain itu, makanan laut yang murah dan pilihan makanan lain yang unik juga menjadi tarikan untuk pengembara yang melancong ke Sabah.

Berkesempatan bercuti ke Kundasang dan juga Semporna di Sabah, Amira Yusuf sempat berkongsi itinerari lengkap sepanjang keberadaannya di sana. Memang best apa yang dikongsikan, dapat melawat ke kundasang dan dalam masa yang sama menikmati keindahan laut yang cantik di Semporna.

Jom ikut perkongsian Amira Yusuff:

Enjoy Makan-makan & Keindahan Laut Yang Luar Biasa. Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Trip 6H5M Bercuti Ke Kundasang & Semporna Enjoy Makan-makan & Keindahan Laut Yang Luar Biasa. Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Trip 6H5M Bercuti Ke Kundasang & Semporna

Sempornakanlah

Trip 9-14 May 2022

9 May 2022

Sampai airport Kk @ 8am. Sewa kereta (Axia RM110) terus gerak ke Kundasang. Otw stop di:

1) wan wan fish noodle – kolo mee tomyam dengan isi n kulit ikan (SEDAPPPPPP!)

2) Jambatan Tamparuli.

Kundasang

1) Desa

2) Llama (tak menarik pun, ticket masuk agak mahal)

Drive back to KK @ 4pm. Otw stop di Lily’s Cottage, try makanan Dusun. Nice!

IKLAN

Overnight at Atap Hotel @ KK. Cheap dan sangat selesa.

Enjoy Makan-makan & Keindahan Laut Yang Luar Biasa. Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Trip 6H5M Bercuti Ke Kundasang & Semporna Enjoy Makan-makan & Keindahan Laut Yang Luar Biasa. Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Trip 6H5M Bercuti Ke Kundasang & Semporna

10 May 2022

Flight pagi ke Tawau. Kereta sewa kami tinggal kat airport (no extra charge walaupun hantar awal pagi)

Tawau

Mee Tauhu – Mula mula rasa macam eh! Tapi bila campur sambal2 dia semua… Allahu.. sedap betul

Naik bus mini ke Semporna (RM20/pax).

Enjoy Makan-makan & Keindahan Laut Yang Luar Biasa. Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Trip 6H5M Bercuti Ke Kundasang & Semporna

Semporna

C/in at Scuba Tiger @ Kampung Tampi Tampi. Chalet untuk 3 orang RM144. Bilik luas. Toilet boleh main bola dalam tu. Sini best sebab jauh dari kesesakan Bandar Semporna jadi takda anak anak kecik ikut korang merata. Total privacy. Scuba Tiger ni ada restaurant sendiri, sedap dan affordable.

IKLAN

11 May 2022

Ambil pakej island tour, diving dan Maglamilami dari Windia Travel. Dari pukul 9 tunggu boat untuk island hopping, pukul 10 akhirnya boat sampai. Island hopping Dan snorkeling @ Mabul and Kapalai.

Mabul Water Bungalow Resort ada promo kalau korang book bulan ni, RM750/ pax ( harga asal RM1k++). Untuk masuk bergambar kat sini RM30/pax. Kalau nak beli seafood kat sini lagi murah dari pekan Semporna.

Enjoy Makan-makan & Keindahan Laut Yang Luar Biasa. Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Trip 6H5M Bercuti Ke Kundasang & Semporna

C/in Maglamilami (maglamilami ni maksudnya beramai2)

RM660/pax untuk 4 hari 3 malam. Makan included, 4x sehari. Resort ni sangat sesuai untuk family. Staff friendly! Kalau korang beli seafood boleh suruh derang tolong masakkan. Upah masak RM20/ dish. Jangan beli ketam sebab resort hari2 masak ketam untuk dinner. First day ni kami beli ketam (chilli crab) dengan lobster selipar (buttermilk).

Enjoy Makan-makan & Keindahan Laut Yang Luar Biasa. Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Trip 6H5M Bercuti Ke Kundasang & Semporna
Mabul Water Bungalow

Enjoy Makan-makan & Keindahan Laut Yang Luar Biasa. Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Trip 6H5M Bercuti Ke Kundasang & SempornaEnjoy Makan-makan & Keindahan Laut Yang Luar Biasa. Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Trip 6H5M Bercuti Ke Kundasang & Semporna

12 May 2022

Tunggu boat dari Windia Travel untuk dive trip. Call agent tak berjawab. Kami dah ready dari pukul 8. Akhirnya boat sampai pukul 11.

IKLAN

Dive trip untuk certified diver RM330/pax. Untuk diving kami pilih Mataking, Timba Timba dan Pom Pom. Banyak coral mati sebab aktiviti bom ikan tapi still cantik. Mataking banyak sangat turtle. Terima kasih En Roni (dive master) !!

13 May 2022

Belajar dari hari2 lepas jadi harini kami tak siap awal sangat. Lepas breakfast (7am) terus sewa fin dengan snorkel mask (RM25) dari resort and start snorkelling keliling resort. Coral banyak memang tak perlu pun ambil pakej snorkelling kat pulau2. Life jacket resort bagi free ja, tak perlu sewa. Sebab tu aku rasa Maglamilami ni sesuai sangat untuk family, aktiviti semua boleh buat kat sini ja, makan pun sedap. Cuma kena bawak jajan kalau korang jenis lapar 24jam sebab xda kedai runcit.

Pukul 10 boat sampai dan kami gerak ke Bohey Dulang. Local kata dah seminggu tak boleh hike sebab track licin tapi kami bernasib baik sangat sebab boleh hike. Kena pakai kasut tutup, kalau takda boleh sewa Adidas kampung RM5. Kat puncak ada jual can soft drinks for RM5.

Enjoy Makan-makan & Keindahan Laut Yang Luar Biasa. Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Trip 6H5M Bercuti Ke Kundasang & Semporna

Enjoy Makan-makan & Keindahan Laut Yang Luar Biasa. Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Trip 6H5M Bercuti Ke Kundasang & Semporna
Nasi Linopot

Enjoy Makan-makan & Keindahan Laut Yang Luar Biasa. Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Trip 6H5M Bercuti Ke Kundasang & Semporna

14 May 2022

Lepas breakfast kami terus c/out dan ambil boat resort untuk ke Semporna (8am) sampai Semporna dalam 8:30 dan transport untuk ke airport sampai dalam pukul 9:30 (transport Windia Travel yang arrange- memang gamble gila bila mintak tolong derang ni untuk arrange transport. Dah lah flight pukul 11 lepastu kena airport c/in pulak tu.. Nasib sempat. Pkul 5 sampai Langkawi!

Secara kesuluruhannya kami puas hati dengan trip ni. Walaupun Windia Travel punya management macam tak best, timing ke laut tapi ground staff dia semua best2. Untuk ke Bohey Dulang kiteorg naik boat Padaidi travel, sangat-sangat recommended! En Rosli (guide Padaidi) macam professional photographer. Cakap ja nak ambil gambar dia tau nak ambil macam mana.

Magsukul Na!

En Rosli Padaidi Travel : 011 31984535 (kalau korang nak guide yang boleh ambil gambar taraf professional photographer)

Kredit gambar: Nazirul Hazril

 

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI