Makan

Estetik & Tersendiri, Kafe Unik Can By Haru Hari Di Pulau Pinang Memang Best. Port Lepak Santai Muda-mudi!

Share

Pi Penang bukan sekadar makan nasi kandar, malah ada banyak lagi makanan dan tempat yang cukup estetik dan tersendiri untuk dilawati. Salah satunya adalah Can By Haru Hari yang terletak di Lebuh Gelugor, Pulau Pinang ini.

Berkonsepkan restauran eropah moden, nikmati variasi makanan barat yang enak di sini. Dekorasi yang cukup menarik pasti buatkan anda teruja nak lepak santai kat sini bersama keluarga atau teman-teman.

Sementara menunggu makanan, jangan lupa untuk merakam gambar OOTD di restauran yang cantik ini. setiap sudut memang sesuai dijadikan tempat untuk bergambar.  Jadi kalau dah sampai Pulau Pinang, jangan lupa untuk singgah ke Can By Haru Hari selain menikmati makanan sedap yang lain di Pulau Pinang.

Waktu Operasi

10.00 pagi hingga 10.00 malam

Isnin Hingga Ahad

Alamat:

62, Lebuh Glugor, Taman Gelugur, 11600 Jelutong, Pulau Pinang

FB: https://www.facebook.com/pages/Can-By-Haru-Hari-Coffee-Penang/

 

IKLAN