Bermula hari ini sehingga 4 September, Floria Diraja Putrajaya 2022 bakal berlangsung dengan penuh meriah. Setelah beberapa tahun penganjuran festival ini tidak dapat dilakukan kerana pandemik, tahun ini Floria Diraja Putrajaya kembali lagi.
Pamer 400,000 Spesis Bunga
Mempamerkan hampir 400,000 spesis bunga-bungaan di siang hari, pengunjung juga dapat melihat sendiri keseluruhan tempat ini disinari dengan gemerlepan cahaya lampu-lampu nan mempesona pada waktu malam.
Bertempat di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya antara tarikan utama yang anda boleh lihat adalah Taman Keluarga Malaysia, Taman Koboi, Taman Instagrammable, Hiasan Dinding Orkid, Terowong Oncidium, Clock Meadow, Taman ‘Glow in the Dark’ serta Taman Bonsai dan Suiseki manakala komponen seperti Laman Astaka DiRaja dan laluan utama yang amat popular kembali dengan wajah baru iaitu Floral Sky Walk.
Pada waktu malam pula, festival ini akan dilimpahi dengan pancaran dan kesan cahaya lampu khas di setiap laluan utama dan kawasan utama sekitar tapak festival seperti Red Carpet, Oncidium Tunnel, Dendrobium Walk, dan Taman Fantasi. Selain mempamerkan inovasi teknologi kesenian pencahayaan kreatif pada flora dan fauna, FLORIA juga menjadi platform kepada pengunjung menikmati keindahan persekitaran festival pada waktu malam.
So kalau datang sini memang kena pakai cantik-cantik untuk OOTD dan sebaiknya datang pada kedua-dua sesi iaitu siang dan malam untuk melihat sendiri kecantikan dan keunikan Florian Diraja Putrajaya 2022 pada tahun ini.
Ads
Bertemakan ‘FLORIA HEBAT’ atau ‘Awesome FLORIA’, pengunjung pastinya akan merasai pengalaman manis dengan pameran 10,000 pokok orkid yang merupakan bunga tema untuk festival pada tahun ini di samping pelbagai lagi bungaan lain yang cantik.
Sambutan Ambang Merdeka
Bukan sahaja pameran pelbagai spesis bunga-bungaan, sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-65, Sambutan Ambang Merdeka juga akan turut diadakan di Floria Diraja Putrajaya 2022.
Dikhabarkan majlis sambutan ini bakal dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ads
Antara artis terkenal yang bakal memeriahkan sambutan tersebut termasuklah Ameng, Amir Masdi, Haqiem Rusli, Afiq Nash, Manbai dan Ayu Damit. Selain itu pengunjung juga akan dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan dan pertunjukan bunga api.
𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗧𝗶𝗸𝗲𝘁
Nak masuk ke Royal Floria Putrajaya dikenakan bayaran. Untuk seorang dewasa RM15.00 , kanak-kanak / warga emas RM 5.00.
Manakala untuk OKU dan kanak-kanak bawah umur 6 tahun tiada bayaran dikenakan. Tak mahal pun, sebab harga untuk bukan warganegara adalah RM100.00 tau !
Okay kita sambung kembali kisah travel Kesuma. Perkongsian beliau dalam artikel yang lepas mengenai penginapan, kereta sewa dan tempat makan yang menarik di Pulau Langkawi.
Artikel kali ini kita ikuti kisah Kesuma dan sahabat beliau berenang di Laut Selat Melaka pula. Pengalaman sekali seumur hidup tau!
Sunset Diner Cruise
Terdapat pelbagai tarikan dan aktiviti menarik yang baharu di Langkawi ini dan kami memilih untuk menikmati makan malam di atas kapal layar sambil mengabadikan suasana matahari terbenam.
Kami memilih Sea Splash Langkawi yang terletak di Royal Yacht Club Kuah kerana kapal ini satu-satunya kapal yang tidak menghidangkan alkohol. Staff mereka amatlah peramah dan informatif selain sentiasa memberikan servis yang terbaik kepada kami.
Setibanya di atas kapal, mereka memberikan taklimat keselamatan sambil menghidangkan jamuan selamat datang kepada kami dan terus memulakan perjalanan. Acara kemuncaknya apabila tetamu dijemput untuk merasai pengalaman net jacuzzi di tengah-tengah laut. Nak turun tu memang nervous tapi bila dah masuk air terus jatuh cinta……..
Ini la kapal yang akan membawa kami – Sea Splash Langkawi.Seronok naik kapal Sea Splash Langkawi ni. Lagi satu yang best, kapal ini tidak menyediakan alkohol kepada penumpangnya, jadi ianya mesra muslim.Sempat la tekong kapal ni, hehehe..Ini la dia aktiviti yang ditunggu-tunggu! Net jacuzzi! Dia akan bentang net ni tengah laut, dan kita boleh mandi-manda dalam net tu. Jangan risau, semuanya selamat.
Facebook dan Instagram : Sea Splash Langkawi Alamat: Lot 12, Fisherman Whart Royal Langkawi Yacths Club, Jalan Dato Syed Omar, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Smiling Buffalo, bila perut asyik lapar.
Sememangnya hobi kami dua sahabat ini adalah MAKAN. Maka setibanya kami selepas aktiviti net jacuzzi di laut Selat Melaka tadi, kami terus memandu ke Restoran Smiling Buffalo. Ready gais!
Kami cuba Manggo Waffle, salah satu menu unik di Smiling Buffalo ini. Menu fusion di sini mempunyai tarikannya yang tersendiri apabila waffle gebu gebas dihidangkan dengan topping santan dan gula melaka dan sudah tentu dengan potongan dadu mangga segar manis cukup leleh apabila menikmati gabungan ini.
Manggo waffle dia, sangat mengiurkan!Ini big breakfast. Siapa nak ambil breakfast dalam kuantiti besar boleh order yang ini.Kawasan Smiling Buffalo ini antik, tenang dan bersih. Boleh juga kalau sesiapa nak buat weding photoshot di sini, cantik!Terdapat beberapa rumah dan villa berkonsepkan moden tradisional untuk penginapan pengunjung di sini.Ada banyak deretan kereta antik yang disimpan di sini.Kereta ni dikalangan penggemar offroad digelar ‘anak babi’, huhuhu.Thank you Uncle Ethan for having us to your place. Next time we meet again ya!
Satu lagi hidangan yang wajib cuba adalah Big Breakfast. Big Breakfast adalah gabungan roti bakar bersama sosej ayam dan daging, telur hancur, salad dan buah-buahan. Sungguh mewah dengan nutrisi dan rasanya.
Facebook dan Instagram : Smiling Buffalo Waktu Operasi : 8.00am-6.00pm Alamat : 965 Kuala Chenang, Mukim Kedawang
Sepertinya 3 hari 2 malam tak mencukup untuk kami berdua ini. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang baharu di Langkawi yang belum kami terokai. Ombak membiru, warga Langkawi yang peramah seolah-olah memanggil kami untuk kembali ke sana lagi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa situasi semasa kluster penyakit Koronavirus di Malaysia adalah terkawal, di mana KKM berkerjasama rapat dengan World Health Organisation (WHO) dan Kementerian Kesihatan negara-negara jiran berhubung kluster penyakit ini.
Setakat (26 Januari 2020) ini seramai 4 kes disahkan positif, 23 kes disahkan negatif dan masih terdapat 4 kes yang masih menunggu keputusan makmal. Pihak KKM turut membentang langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon Kementerian bagi mengelak penularan kluster penyakit ini, termasuk melakukan saringan kesihatan terperinci di pintu masuk antarabangsa negara, dan pemantauan rapi di semua peringkat koodinasi menerusi pengaktifan bilik gerakan di peringkat Daerah, Negeri dan Pusat.
Wisma Putra terus memantau rapat keadaan 49 rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan, yang kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa dan golongan profesional. Pihak Kedutaan Malaysia di Beijing juga telah mengeluarkan dua (2) nasihat perjalanan kepada semua rakyat Malaysia di China dan menangguhkan sebarang perjalanan ke 13 wilayah yang dianggap berisiko di China.
Mesyuarat telah membuat beberapa cadangan iaitu;
Kawalan kemasukan di pintu masuk Negara diperketatkan, termasuk semua penumpang penerbangan dari Negara China termasuk warganegara Malaysia WAJIB melalui saringan kesihatan perinci.
Semua rakyat Malaysia yang telah melawat atau pulang bercuti dari Wuhan khususnya yang mengalami simptom, diminta untuk melaporkan diri segera ke hospital terdekat bagi pemeriksaan kesihatan. Mereka yang tidak mempunyai simptom dikehendaki memantau status kesihatan masing-masing dalam tempoh 14
hari;
Difahamkan bahawa pihak China telah menyekat penerbangan antarabangsa komersil keluar/masuk di Wuhan, dan telah tidak membenarkan pakej pelancongan secara berkumpulan bagi warganegaranya ke luar negara bermula 23 Januari, 2020.
Semua rakyat Malaysia dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan ke Wuhan;
Orang ramai turut diingatkan untuk mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer); serta segera mendapatkan kepada pihak hospital sekiranya mengalami simptom;
Pihak hospital swasta dipohon melaporkan segera kepada KKM bagi mana-mana kes penyakit berjangkit;
Semua pihak dinasihatkan agar tidak mengambil peluang untuk menimbulkan ketidaktenteraman dengan menyebarkan fitnah atau maklumat yang tidak pasti. Dapatkan maklumat yang tepat daripada pihak KKM dan Agensi Kerajaan yang berkaitan.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
26 Januari 2020
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sesetengah destinasi percutian memerlukan kita menyewa kereta ketika ke sana seperti salah satunya adalah di Pulau Langkawi, Kedah.
Sekiranya anda pergi bercuti secara berkumpulan, sudah tentu anda mahu kongsi sewa kereta beramai-ramai dan memerlukan kereta yang besar untuk menjimatkan kos.
Bila cerita bab sewa kereta ni, ada sesetengah orang yang paranoid kerana ini mungkin kali pertama mereka ingin menyewa kereta. Sebab ada sesetengah kes sewa kereta yang minta deposit tetapi bila tiba hari yang dijanjikan, kereta tiada. Deposit pun burn.
Jadi bagaimana cara untuk mendapatkan kereta yang sesuai, elok dan mampu disewa? Entri Libur kali ini akan cuba membantu anda menjawab persoalan ini. Ikuti tip yang kami sediakan di bawah:
Pilih kereta yang selesa
Tidak perlu pilih kereta yang terlalu besar jika tidak perlu. Paling penting dapatkan kereta yang selesa dan berada dalam keadaan yang elok (sudah diservis dan bersih). Kereta bersaiz sederhana adalah paling sesuai kerana kosnya tidak mahal.
Buat perbandingan
Sangat penting untuk anda mencari maklumat tentang kereta sewa. Pastikan ada beberapa pilihan supaya anda boleh membuat perbandingan. Ini bagi mengelakkan anda daripada ditipu dan pada yang sama dapat menjimatkan bajet percutian anda.
Pilihan di tangan anda
Sesetengah kereta sewa datang dengan pakej bersama pemandu pelancong. Jika harganya terlalu mahal, eloklah anda memandu sendiri. Lebih baik begitu kerana anda tidak terikat dengan jadual pemandu pelancong tersebut.
Elak masalah Bagi memastikan anda terlibat dengan sebarang masalah, sebaiknya periksalah status syarikat kereta sewa tersebut. Pastikan perniagaan mereka sah dan berdaftar. Elakkan menyewa daripada syarikat tidak berdaftar kerana dikhuatiri anda terlibat dengan sindeket kecurian kereta dan sebagainya.
Tanya orang
Jika anda merancang untuk ke destinasi yang pernah dikunjungi orang-orang terdekat dengan anda, lebih baik minta pendapat mereka. Mungkin mereka ada cadangan kereta sewa yang bagus. Anda akan lebih yakin dan urusan menyewa kereta akan menjadi lebih mudah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...