Hatyai yang terletak tak jauh daripada Sempadan Malaysia sering menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Kalau tak nak bermalam, day trip pun dah memadai, boleh jalan-jalan sambil makan-makan. Yang penting bajet tak perlu banyak-banyak.
Aqilah Azizan menerusi hantaranya di group Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) berkongsi itinerari sehari ke Hatyai bersama teman-teman. Paling syok kos untuk setiap orang tak sampai RM100 pun.
Namun menurut Aqilah, kalau ada yang nak shopping dan terjah banyak lagi tempat kat sana, mungkin perlukan bajet yang lebih besar daripada yang dikongsikan. Apa-apa pun memang best baca perkongsian gadis ini dan teman-teman habiskan masa seharian di Hatyai.
Ikuti perkongsiannya:
HATYAI BUDGET DAY TRIP (Bawah RM100)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hai saya kembali lagi tapi bukan Solo ke Hatyai
01 JULAI 2022
(Girls Day Trip)
PARKING FREE DUTY (RM9) (jalan kaki 6 minit)
THAI IMMI
BFAST DI DANOK
Pulut Ayam + Milo Ais (100 baht)
Ads
MASUK HATYAI (100 baht van)( saya tak turun di bas station , terus ke plaza)
CENTRAL PLAZA (bawa kawan shopping)
DIMSUM CHABURA (50 baht tuktuk)
(closed 2pm)
(280 baht) Lunch dimsum + daging bakar + teh ais
cara kiraan dimsum
1 pot kecik 15 baht
1 pot besar 20 baht
nasi goreng / daging bakar / kerabu semua harga lain2
(jangan pick dimsum semua , makanan dalam menu dia pun sedap)
Ads
BAS STATION (49 baht naik grab)
BALIK DANOK (70baht Van)
THAI IMMI (jalan kaki)
DUTY FREE (jalan kaki)
Total Kebakaran 739 baht : MYR 91.58 (per head)
–> Kalau nak shopping di 7E DANOK sediakan duit lebih
–> Kalau nak bawa balik pulut ayam / pulut pelam pun sediakan duit lebih
–> Impromptu Plan masuk hatyai sbb nak makan saja , mmg takdak niat nak bermalam
–> Kalau nak shopping di Plaza boleh sediakan dalam RM200-300 (takut nafsu shopping tak boleh kawal)
Ads
–> Nak singgah Asean Night Market sempat , tp saya tak sure Van ke Hatyai last jam berapa + kena alert Thai Immi close pukul berapa , rasanya 10pm
–> Kalau tak pernah masuk Hatyai tu seeloknya bermalam , baru puas jalan
–> Tukar Duit di Danok dapat tinggi , (kedai sebelah 7E yg dah tutup
–>Pakai Sim brand Dtac
(laju nak mampoih)
(simcard beli di Kedai2 phone area Danok , yg juai dkt Thai immi selalu mahal sikit)
(naik Grab kena ada Thai Simcard)
instagram : qlhzzn (saya save highlight budget Day Trip)
Nak Daytrip bawa beg ni baru senang nak jalan-jalan!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak melancong tak perlu tunggu ke luar negara, kat dalam Malaysia pun sebenarnya banyak tempat-tempat menarik untuk kita lawati.
Jika berkunjung ke Selatan Semenanjung Malaysia, jangan lupa untuk singgah di Muar yang terkenal dengan julukan Bandar Maharini. Merupakan bandar Di-Raja di barat laut negeri Johor, Muar ada banyak tempat untuk anda terjah bila dah sampai ke sana.
Perkongsian oleh pengguna Facebook Aziera Dianza ke Muar selama 2 hari 1 malam cukup mengujakan. Banyak tempat menarik yang dilawati sepanjang berada di sana. Paling best dapat minum kopi yang terkenal kat sana dan juga cuba tiram segar dari laut.
Nak tahu apa lagi yang best ada kat Muar, ikuti perkongsian gadis ini!
ITENARY MUAR 2D1N
MUAR BANDAR MAHARANI, BANDAR DIRAJA
==================
Kami gerak dari KL jumaat mlm lepas keje .. Sampai Muar terus dinner di Wak Jos Ikan Bakar.
Mungkin da sampai lewat. Pilihan makanan dah tak banyak.. Tapi not bad jugak la makan kat sini.
Checkin Elite Hotel Muar
Elite Hotel,5-20, Jalan Ibrahim, Taman Sri Tanjung
Hotel ni 3 tingkat takde lift ye.. So untuk orang tua tidak sesuai.. Tapi bilik hotel ni sangat selesa dan luas.. Lokasi strategik nak pergi mana-mana tempat…
Best mancing udang galah kt sini.. Korang tak terer mancing pun kompom dapat jugak seko 2.. Anak-anak kompom teruja sebab aku pun enjoy mancing udang kat sini
Ngeteh di Sai Kee Kopi Serbok Sdn Bhd – Kopi 434 Muar
Mmg wajib try kopi 434 dia la ..Roti Bakar wholemeal dia sedap. 2x kitorg order sebab sedap. Roti kok tu yang macam semekut lutut tu korang cicah dengan kopi panas Padu ooo..
Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa kini memperkenalkan promosi Malay Authentic Buffet Lunch dengan menawarkan masakan tradisional Melayu popular dari semua negeri di Malaysia.
Dihidangkan secara bufet untuk makan tengah hari (tujuh hari seminggu), sasaran promosi ini adalah bagi semua lapisan pelanggan dengan tawaran harga promosi menarik iaitu RM29++ berbanding harga asal RM38++.
Antara menu popular yang dihidangkan adalah Gulai Kawah Kambing, Masak Lemak Telur Itik, Asam Pedas Ikan Pari, Masak Lemak Daging Salai dengan Pucuk Paku, Singgang Daging, Ikan Goreng Panas dan pelbagai lagi menu pilihan lain.
Tidak setakat itu sahaja, menu seperti Rendang Tok, Laksa Johor, Mi Rebus dan pencuci mulut iaitu tapai aiskrim.
Selain itu, Restoran Terapung D’Saji Titiwangsa turut menawarkan Gala Dinner & Cultural Show pada kadar promosi RM45++ berbanding harga asal RM62++ untuk semua pelanggan termasuk pelancong untuk menikmati hidangan di restoran ini.
Tidak hanya menu tradisional Melayu semata-mata, pelanggan juga patut mencuba Koay Teow Kambing, steamboat dan menu makanan laut lain yang turut disediakan secara bufet.
Jika datang pada waktu malam, pengunjung boleh menikmati hidangan makan malam sambil menikmati persembahan kebudayaan yang bermula pada jam 7 malam hingga 11 malam setiap hari.
Kemudahan dewan
Bukan sekadar menawarkan bufet sahaja, restoran ini turut menawarkan pakej perkahwinan bermula dari RM25++ per pax untuk jumlah tempahan minima 500 pax dan juga pakej untuk majlis keraian yang lain.
Di restoran ini terdapat tiga buah dewan banquet. Antaranya Dewan Rafflesia 500 orang, Dewan Anggerik 320 orang dan Dewan Tulip 300 orang.
Terdapat juga bilik mesyuarat iaitu Bilik Mayor yang boleh menempatkan 25 orang dan Bilik Safron seramai 70 orang.
Untuk majlis perkahwinan, helikopter dan kereta kuda juga boleh ditempah di sini untuk menyerikan lagi majlis bahagia dan mengabadikan kenangan terindah. Bagi majlis keraian lain seperti majlis hari jadi, perkhidmatan maskot turut disediakan.
Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Felda D’Saji Sdn Bhd, Ahmad Zaki Abdullah, menu yang diketengahkan ini akan terus dikekalkan dalam usaha mengangkat budaya Melayu.
“Sekiranya tiada halangan, selepas hari raya kita akan melancarkan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan secara terus.
“Konsep ini dilihat amat relevan dengan keadaan semasa. Kita akan mengekalkan masakan tradisional sebagai menu utama,” katanya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pengalaman bermain ski di kawasan pergunungan dengan panorama indah dalam cuaca dingin sering menjadi impian buat sesiapa jua terutama buat pelancong dari rantau Asia Tenggara.
Selain daripada menikmati aktiviti ski ini, lokasi ski di perkampungan pergunungan juga mengujakan. Setiap lokasi ski mempunyai tarikan dengan pemandangan yang berbeza, pergaulan dengan warga tempatan dan pembangunan yang berkonsepkan bandar kecil.
Bermain ski bukanlah suatu perkara yang mudah. Aktiviti ini memerlukan skil atau kemahiran yang tinggi di mana tidak mungkin kita dapat menguasainya dalam tempoh yang singkat. Buat Siti Balqish Sabar, minat dalam aktiviti ski bermula semasa cuti musim sejuk pada zaman universiti di United Kingdom. Berada di situ selama setahun untuk melengkapkan ijazah beri peluang Balqish untuk mencuba aktiviti ini.
Selain selam skuba dan maraton,aktiviti ski menjadi aktiviti wajib tahunan. “kali pertama cuba ski terus minat sebab guna banyak skil hingga kini masih tidak habis lagi belajar. Ia sesuatu yang unik kerana setiap tempat ski, laluan dan halangannya berbeza,” akuinya.
Tidak dinafikan perasaan semasa itu sangat teruja sebab dirinya menyukai aktiviti ekstrem. “Bagi yang tidak pernah ski, di St. Anton diwajibkan untuk memasuki kelas ski begitu juga dengan saya. Dalam kelas ini instruktor akan ajar cara memakai peralatan ski dan skil asas.
Peralatan ski berbeza mengikut berat dan ketinggian pengguna. Helmet dan goggle juga perlu dipakai untuk keselamatan. Hari ketiga apabila skil yang intensif diajar, terasa hampir putus asa. Dengan suhu sekitar 10 selsius, sememangnya mental dan fizikal harus kuat. Kakak dan abang ipar menjadi penguat semangat.
Akhirnya hari keempat kami cuba ski sendiri. Memang licin susah untuk kawal diri. Jatuh berpuluh kali dan makan salji sudah jadi perkara biasa. Yang penting fokus, semangat dan berani untuk bangun dan ski lagi. Disebabkan kali pertama ski , tidak bersedia stamina, kaki kejang dan lenguh hingga tidak boleh berjalan. Tapi esoknya bangun dan semangat semula untuk ski,” cerita Balqish.
Minat yang mendalam akhirnya berjaya ski menuruni Gunung St. Anton secara solo melalui ‘blue piste’ iaitu laluan ski yang kurang halangan bagi pemain ski. Percubaan kedua ialah di pergunungan Gaschurn, Silvretta Montafon, Austria. Skil diasah lagi dengan menyertai kelas lebih intensif.
Tujuh hari di sini berjaya ski menuruni pergunungan melalui ‘red piste’ iaitu laluan ski yang lebih mencabar. Kepuasan dirasai apabila menuruni gunung dan laluan yang lebih curam dan ski dengan lebih laju. Walaupun ski di tempat yg curam langkah keselamatan perlu diutamakan.
Seterusnya aktiviti ski telah dilakukan di Zermatt Switzerland, Mount Yochi Hokkaido Japan, Meribel Mottaret France dan Grand Hirafu Hokkaido Japan. Zermatt, Switzerland ialah lokasi perkampungan ski serba lengkap. Bagi yang tidak ski tidak akan bosan kerana banyak tempat untuk membeli belah serta restoran. Laluan ski di situ juga banyak dan boleh ski di tempat yg berlainan. Begitu juga pilihan tempat tinggal di sini juga pelbagai.
Di Hokkaido menarik kerana struktur salji yang halus macam tepung. Jika jatuh tidak terlalu sakit kerana saljinya yang lembut.Pengalaman yang paling mencabar sepanjang melibatkan diri di dalam aktiviti ini adalah berhadapan dengan ribut salji di ketinggian 4,000 meter semasa di Zermatt.
Cuaca dalam berkeadaan baik di dasar gunung menyebabkannya mengambil keputusan untuk menaiki ‘cable car’ ke ketinggian 4,000 meter. Apabila sampai di puncak gunung, ribut salji dan suhu 18 selsius menyebabkan sukar untuk berjalan dan bernafas. Semangat ingin menawan gunung Matterhorn, akhirnya berjaya ski menuruni pergunungan Swiss Alps itu.
Nasihat dan Info:
*Pastikan membawa bekalan baju yang mencukupi dan sesuai untuk elakkan daripada rasa sejuk beku.
*Lakukan latihan kecergasan untuk kekalkan stamina. Ski memerlukan kaki yg kuat. Apabila stamina kurang, akan berasa cepat letih dan susah untuk sokong kaki ketika menuruni laluan yg curam. Ini kerana setiap pergunungan mempunyai cuaca yang tidak menentu dan halangan laluan ski yang berbeza.
*Bagi sesiapa yang bajet rendah, di setiap lokasi ski ada lokasi sewa peralatan,jadi tidak perlu beli sendiri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...