
Status gelombang haba di sembilan negeri Semenanjung hari ini, dilaporkan berada pada Tahap 1, yakni paras berjaga-jaga, manakala hanya kawasan Pendang di Kedah pada Tahap 2 (Heatwave) iaitu suhu antara 37 dan 40 darjah Celcius.
Berdasarkan kemas kini Jabatan Metrologi Malaysia (MET) sehingga 5.20 petang semalam (17 Mac), 21 kawasan berada di pada Tahap 1 iaitu dengan suhu mencecah antara 35 dan 37 darjah Celcius.
Kawasan disenaraikan ialah, Chuping di Perlis; Kota Setar, Sik, Baling dan Kulim (Kedah); Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang (Perak); Jerantut, Raub, Temerloh, Maran dan Bentong (Pahang); Hulu Selangor, Sepang dan Petaling (Selangor). Turut tersenarai, Port Dickson (Negeri Sembilan), Melaka Tengah (Melaka), Tangkak di Johor dan Kuala Lumpur.
Gelombang haba berkenaan dijangka berlarutan selama tiga hari berturut-turut. Sementara itu, Sabah dan Sarawak pula mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius.
Nasihat Kementerian Kesihatan
- Menangguhkan atau mengehadkan aktiviti lasak seperti berkayak, berbasikal, maraton, memanjat gunung dan lain-lain aktiviti ketika berlaku gelombang haba ini sehinggalah keadaan kembali reda.
- Jika tidak dapat dielakkan, pakai topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas.
- Minum air secukupnya dan minumlah air yang sudah dimasak.
- Pakai pakaian yang ringan, cerah dan elakkan pakaian berwarna gelap, tebal dan ketat.
- Seboleh-bolehnya berada di dalam rumah atau bangunan. Tinggallah dalam rumah yang mempunyai pengudaraan yang cukup atau kelengkapan penyaman udara sekiranya mampu.
- Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa penyaman udara.
Sumber: Sinar Harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Korang Yang Nak Bercuti Di Johor Pastikan Tempat Penginapan Ada ‘Sijil Piawaian Keselamatan Pelancongan’. Keselamatan Lebih Terjamin Di Musim Pandemik

Kebanyakan dari kita sudah merancang untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan pasti ramai yang sudah pun 'melepaskan rindu' untuk pergi bercuti ketika musim pandemik ini. Namun, tidak kurangnya juga bagi mereka yang masih berasa takut dan tidak merancang sekali pun untuk keluar bercuti.
Tidak perlu ragu-ragu untuk melancong dalam negara, pastikan perkara utama yang anda buat sebelum memilih lokasi percutian dengan penilaian lokasi penginapan dan seterusnya menjaga semua SOP yang telah ditetapkan.
Kalau sebelum ini, pengunjung pastinya mengharapkan bilik hotel atau rumah sewa yang bersih ketika mereka sampai di tempat penginapan mereka dan kemungkinan akan mengeluh jika tidak menepati ‘standard’ mereka. Kini, anda perlu meletakkan harapan atau ‘standard’ lebih tinggi dari sebelumnya. Ketika musim pandemik, semua orang seharusnya lebih obses dengan aspek kebersihan dan keselamatan diri. Pastikan, premis hotel selepas ini anda menginap dilengkapi dengan cecair pembasmi kuman di setiap check-point seperti di ruang lif, kawasan lobi dan setiap tingkat bangunan hotel.
Di Johor, Sijil Piawaian Keselamatan Pelancongan Johor telah diperkenalkan baru-baru ini adalah antara usaha kerajaan Johor memberi keyakinan kepada pelancong mengenai tahap keselamatan dipraktikkan semua hotel di negeri Johor. Dengan akreditasi berkenaan kebimbangan mengenai tahap keselamatan akan berkurangan kerana pensijilan berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Usaha berkenaan mendapat kerjasama kerajaan negeri yang komited membantu meningkatkan semula ekonomi pelancongan negeri berikutan banyak hotel memaklumkan mengenai tahap keselamatan mereka masih diragui pelancong. Sehingga kini, lebih 70 buah hotel di seluruh Johor telah berdaftar untuk memperoleh pensijilan berkenaan yang dijangka memulakan pengauditan pada akhir September 2020 ini.
image via google | Sumber: Tourism Malaysia Johor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Darurat Yang Pernah Diisytiharkan Di Negara. Ini Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Darurat bermaksud suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa. Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.
Kesan umum pengisytiharan darurat ialah, Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif. Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharkan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara. Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan. Berdasarkan sejarah, negara kita pernah beberapa kali melalui keadaan darurat.
Darurat Tanah Melayu
Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang diisytiharkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Semuanya bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. Selepas tentera Jepun menyerah kalah kepada British pada 15 Ogos 1945, anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) mengambil kesempatan keluar dari hutan dan bertindak ganas. Ramai orang telah dibunuh dengan kejam oleh mereka terutama dalam tempoh seminggu ‘kekosongan kuasa’ disebabkan pasukan tentera Brisih belum tiba di Tanah Melayu. Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948 telah menyebabkan kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu.
Darurat konfrontasi
Tunku Abdul Rahman pernah mengisytiharkan darurat selepas pencerobohan tentera Indonesia pada September 1964.Parlimen kemudiannya meluluskan Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964 yang antara lain memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggubal peraturan-peraturan darurat.
Darurat Sarawak
Sarawak pernah diletakkan dalam keadaan darurat pada 14 September 1966. Ini susulan 21 daripada 42 Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak mengisytiharkan mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Darurat rusuhan kaum
Antara yang paling diingati tentunya darurat pada Mei 1969 berikutan tragedi rusuhan kaum yang mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969. Tragedi berdarah 13 Mei 1969 membawa kepada darurat yang diisytiharkan pada 16 Mei 1969. Perlembagaan Persekutuan telah digantung dan negara diperintah secara terus oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah undang-undang tentera.
Darurat Kelantan
Pada 8 November 1977, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Almarhum Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, telah mengisytiharkan darurat di Kelantan susulan krisis politik di negeri itu. Parlimen meluluskan Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 yang memberikan kuasa eksekutif negeri berkenaan kepada pengarah kerajaan yang dilantik oleh Perdana Menteri, manakala sultan, yang juga Yang di-Pertuan Agong pada masa itu, memegang kuasa perundangan.
Darurat jerebu
Darurat jerebu pernah diisytiharkan pada 1997, 2005 dan 2013. Ia hanya membabitkan beberapa kawasan di Sarawak, Selangor dan Johor susulan paras pencemaran udara yang sangat teruk ketika itu.
image via google | Sumber: Astroawani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Kali Buru Aurora, Luar Biasa Cantiknya. Lelaki Ni Kongsi Do’s & Don’t Ke Luar Negara Pasca Pandemik, Traveler Kena Tahu!

Sebelum diumumkan sempadan negara dibuka sepenuhnya buat pengembara, dah ramai yang melancong ke luar negara, namun prosedur yang perlu dilalui berbeza antara setiap negara yang bakal dilawati.
Sebagai seorang traveler, Khairul Hafiz ada berkongsi kepada pengikutnya di akaun Facebook tentang apa yang perlu dibuat apabila melancong atau bercuti selepas pandemik.
Berkongsi posting tersebut sebaik sahaja menamatkan kuarantin setelah melancong ke Finland untuk memburu aurora, Khairul turut berkongsi gambar tripnya kali ini yang menurut kapsyen yang dibuat merupakan kali kelima memburu aurora.
Ikuti perkongsian Khairul Hafiz ini dan semoga bermanfaat untuk semua yang bakal bercuti ke luar negara:
Perkongsian Travel Pasca Pandemik
Alhamdulillah baru je merdeka semalam dari kuarantin 5 hari.. Bersyukur juga semua PCR test yang dibuat sejak dari Helsinki, di KLIA dan RTK Antigen hari ke 5 semua menunjukkan keputusan negative jangkitan. Begitu juga dengan kesemua ahli kembara ke Lapland semuanya negative.
Saya cuba sharekan pengalaman selepas beberapa kali travel pada era pasca pandemik ni sejak november lepas dan march tahun ini. Semoga berguna kepada semua
Mungkin ramai dah cuba cari ruang untuk pergi bercuti luar negara selepas pengumuman kelonggaran untuk keluar masuk ke sempadan negara bermula 1st April. Maklumlah, 2 tahun disekat tak boleh travel, kepada pengembara tegar, ia adalah satu penyeksaan.
Semakin banyak juga negara sudah membuat pengumuman tentang pembukaan sempadan negara, bermaksud mereka telah bersedia menerima kedatangan kita sebagai pengembara.
Setiap negara, ada meletakkan syarat untuk kemasukan ke negara masing-masing. Syarat-syarat itu pula berbeza dengan negara yang lain. Ada yang mengkehendaki setiap orang menyediakan sijil PCR Test dengan keputusan negative. Ada juga yang hanya memerlukan RTK-Antigent Test sahaja. Bergantung kepada negara yang hendak dilawati.
Namun, kebanyakan negara meletakkan syarat memerlukan sijil vaksinasi yang lengkap. Ada juga negara yang memberikan syarat khas, kemasukan kepada mereka yang tidak mengambil vaksin. Namun mereka perlu mematuhi syarat-syarat khas yang lain seperti perlu melalui PCR test ketika tiba di sana, kemudian perlu melalui proses kuarantin dahulu beberapa hari dan sebagainya.
Walaupun ada negara yang menerima kedatangan mereka yang tidak mengambil vaksin, namun kebanyakan negara lain juga hanya membenarkan mereka yang sudah divaksinasi sahaja boleh keluar pergi mengembara. Jadi, ia tidak memenuhi kriteria kedua-dua syarat setiap negara ketika perlepasan dan ketibaan.
Kena Selalu Update SOP Setiap Negara
Syarat itu juga boleh bertukar dalam tempoh terdekat. Oleh itu, sentiasa dapatkan update tentang syarat kemasukan.
- Jangan bergantung sangat kepada kenyataan komen atau posting share di media sosial untuk info travel. Termasuklah posting dari saya. Apa yang saya maksudkan, jangan rujuk info tentang syarat kemasukan ke negara tertentu dari kenyataan posting yang orang tulis di media sosial.
“Pergi sini, tak payah pcr test..” atau “Hari tu saya pergi dia tak tanya pun pasal PCR test.” atau mungkin ada yang update kat media sosial, “Border negara tu kami tak boleh masuk sebab covid.”
Ada kes, di mana mereka ambil info dari posting share orang lain, tak memerlukan PCR test, tapi sebenarnya mereka dikehendaki membuat PCR untuk penerbangan itu. Jadi, tak dapat naik dan perlu tukar penerbangan. Kemudian perlu tergesa-gesa mencari tempat untuk membuat PCR test dan menukar plan penerbangan. Rugi masa travel dan wang.
Sebaiknya, dapatkan confirmation dari official page negara tersebut. Seperti contoh, jika ingin ke Finland, dapatkan kenyataan rasmi dari immigration Finland tentang SOP kemasukan.
Setiap kenyataan rasmi itu, ada tarikh update dan tempoh sahlaku kenyataan. Kadang-kadang ia akan berubah dalam tempoh seminggu. Perlu alert dengan perubahan terbaru.
- Jika masih ragu2 samada kita perlu sediakan keputusan PCR, cuba hubungi email kedutaan rasmi samada PCR test itu diperlukan atau tidak. Kos untuk membuat PCR Test pun kos bukannya murah sekitar RM170 seorang. Saya menghubungi kedutaan Malaysia di Finland dan mereka mengesahkan hanya perlukan sijil vaksinasi sebagai dokumen perjalanan.
- Sediakan dokumen lengkap vaksinasi. Sijil vaksinasi kita, boleh didapati dari apps Mysejahtera. Download file pdf, dan print hardcopy. Sebaiknya standby 2 atau 3 hardcopy senang just incase, mereka ambil 1 copy, kita ada lagi salinan lain sebagai simpanan kita.
Sediakan juga file pdf dan susun elok-elok dalam phone. Kadang-kadang time mereka minta, akan rasa kalut mulalah cari file tak jumpa. Sebab banyak sangat file persediaan dalam phone, flight ticket, tempahan tempat tinggal, tempahan tiket keretapi, tempahan bas dan sebagainya.
- Untuk merentasi negara-negara yang ingin dilawati, dapatkan maklumat tentang dokumen yang diperlukan. Ada negara yang mengkehendaki pengembara mengisi borang atau e-form tertentu, beserta dokumen vaksinasi. Maklumat ini juga boleh diperolehi dari laman rasmi imigration setiap negara.
- Untuk Transit, boleh hubungi penerbangan yang kita bakal naiki. Saya menaiki Qatar Airways dalam kebanyakan penerbangan kerana pada saya customer servis mereka sangat bagus dan mudah untuk dihubungi.
- Untuk pulang ke Malaysia, kerajaan Malaysia masih menetapkan sesiapa yang memasuki border Malaysia, perlu menyediakan sijil pemeriksaan ujian PCR. Oleh itu, ketika mahu pulang dari Finland, kami perlu cari tempat PCR di Helsinki sebagai dokumen yang diperlukan untuk fly dari Helsinki ke KL.
- Buat masa ini, semua kemasukan di Malaysia perlu mengisi Home Quarantine Application, sehingga 1st April. Selepas 1st April, quarantine di Malaysia dah tak diperlukan lagi.
Agak leceh sikit mengisi borang ini kerana terlalu banyak maklumat di minta. Sediakan awal2 info, Nama, no IC, jenis vaksin, tarikh vaksin, Alamat rumah, berapa bilik dalam rumah, berapa bilik air yg attach dgn bedroom, berapa orang yang duduk dalam rumah, ini semua data yang perlu untuk isi Home Quarantine Apllication.
Sedikit masalah muncul dalam Home Quarantine Apps ini. Dalam 1 form, boleh diisi sehingga 10 orang. Tapi apabila Surat approval diberikan dalam bentuk pdf file, hanya 1 nama sahaja yang ada di dalam surat. Iaitu nama applicant yang pertama.
Apabila proses check in di lapangan terbang, mereka akan menyemak, dan perlu inform kepada mereka tentang form hanya letak 1 nama sahaja walaupun kita apply 2 atau 3 orang dalam 1 form quarantine.
Ia menyebabkan kita perlu menunjukkan pada mereka form yang kita apply. Untuk log in semula pula, perlu sediakan passcode yang kita dapat dalam email ketika apply form.
- Apabila sampai di KLIA pula, kita diminta untuk isi eform traveller dalam Applikasi Mysejahtera.
Caranya,Pergi Applikasi Mysejahtera (Home), Pilih icon Traveller, Pilih Travel for NAMA Profile kita, then perlu isi borang itu sebelum masuk que di KLIA.
Banyak juga data yang diperlukan. Ini antara sebab kenapa ambil masa yang lama di KLIA. Perlu isi data berikut:
- IC Number
- Passport Number
- Umur
- Gender
- Nationality
- Occupation
- Tempat ketibaan
- Negara Pelepasan
- Nombor Penerbangan
- Tarikh Penerbangan
- Tarikh Ketibaan
- Quarantine Address di Malaysia
- Poskod
- Negeri
- Nama Waris
- Nombor contact waris
17, 18,19 berkenaan pernah dijangkiti covid atau tidak.
- Dah siap isi borang tu, dan Status Mysejahtera kita dah bertukar kepada Person Under Surveillance (PUS) (Warna Kuning), baru kita dibenarkan masuk dan que utk confirmation berdafter Home Quarantine.
Jika kita pulang dari negara2 tertentu (yang mana kes covidnya sangat tinggi), kesemua pengembara yang pulang akan dipakaikan gelang pink.
- Kemudian kita beratur untuk ke Proses swab PCR Test di KLIA. Mengikut pengalaman yang lepas, selepas beberapa hari keputusan akan diupdate dalam apps Mysejahtera dan hantaran SMS.
- Buat masa sekarang, jika kita dah complete vaksin dan booster, perlu kuarantin selama 5 hari. Hari ke-5 perlu ke mana2 klinik utk buat sekali lagi test, RTK-Antigen. Hari ketibaan dikira sebagai Hari pertama (Hari 1).
Bermula 1 April, tidak perlu lagi kuarantin jika sampai ke Malaysia.
Process ini mungkin akan berubah selepas beberapa tempoh, sebab itu setiap pengembara perlu sentiasa alert dengan apa sahaja pengumuman dan perubahan yang di beritahu oleh kerajaan.
- Selepas selesai test RTK Antigen hari ke-5, tinggal tunggu Mysejahtera update status dari PUS kepada Normal.
Saya kongsikan juga sedikit gambar-gambar aktiviti semasa trip memburu Aurora di Lapland. Trip Memburu Aurora ke-5,
Khairul Hafiz
Kapten Lensa Kembara,
Rovaniemi,
Finland.
March 2022
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI