Menjadi trend terkini orang ramai bercuti secara camping bersama keluarga sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
Banyak lokasi menarik boleh dijadikan campsite dan salah satunya yang menarik perhatian di Terengganu adalah di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Besut Terengganu.
Perkongsian Wawa Nazami yang pertama kali camping secara bermalam disini bersama keluarga. Menurutnya berbaloi dua jam perjalanan dari Kuala Terengganu kerana pengalaman camping di sini amat menyeronokkan.
2H1M Camping Di Lata Kolam Air Deru Ecopak
Our first time overnight camping 2D1N!
Disebabkan baru first time so kami decide stay 1 night je la sebab tak tahu lagi keadaan macam mana kan
Biasa before ni picnic camping je tak tido pun sebab tak jumpa lagi campsite yang ada good facilities di Terengganu.
Now finally dah jumpa campsite yang best & their facilities terbaik and and yang paling best port kami baik punya management bagi betul betul tepi air ( its safe dont worry! )
IKLAN
Facilites : – Toilet & bilik mandi ( bersih ) – Plug point ( ada plug point tapi kena bawak extension if jauh dengan tent ) – Bbq pit ( dah ada so perlu bawa pelapik sahaja ) – Management ( friendly & so far kami request anything management usahakan sampai dapat insyaAllab ) – Tong sampah ( ada tong sampah+plastik sampah & staff akan collect sampah ) – Parking ( okay dekat je dengan campsite ) – Cafe ( if tak nak masak pun ada cafe yang jual makanan & minuman )
IKLAN
Even our journey 2 hours from Kuala Terengganu but WORTH it! Air dia sejuk gila & view mashaAllah macam kita masuk dalam dunia lain,tenang & damai
Lata dekat sini ada 3 level : – Pengkalan Suri ( cetek sesuai untuk kids ) – Pengkalan Dua ( tak berapa cetek & tak la dalam sangat,dekat sini boleh sewa life jacket & pelampung ) – Pengkalan Raja ( untuk naik kena hiking dalam 10minit,color air cantik gila tapi dalam so tak boleh mandi & not suitable for kids )
Anda tahu negara mana yang mempunyai pasport paling berkuasa di dunia? Jawapannya adalah Jepun. Ya, Jepun adalah negara rantau asia yang mempunyai pasport paling berkuasa di dunia.
Selain daripada Jepun yang menduduki tempat pertama, senarai negara yang mempunyai pasport paling berkuasa itu turut mencatatkan Singapura dan Korea Selatan menduduki tempat kedua dan ketiga.
Indeks Pasport Henley menunjukkan bahawa ketiga-tiga negara itu boleh melawat 189 negara tanpa perlu membuat permohonan visa.
Ketiga-tiga negara dari rantau asia itu menduduki tempat pertama, langsung membuktikan berlakunya peningkatan terhadap pengaruh kuasa dari negara-negara asia di peringkat dunia.
Selain daripada Jepun, Singapura dan Korea Selatan menduduki tempat pertama, Jerman menduduki tempat kedua di mana penduduknya boleh melawat ke 188 buah negara tanpa permohonan visa.
Menyusuli di tempat ketiga adalah Denmark, Finland, Perancis, Itali dan Sweden di mana rakyat negara itu boleh melawat ke 187 buah negara.
Selain daripada negara-negara yang disebut di atas, di sini adalah senarai lengkap negara yang mempunyai pasport paling berpengaruh di dunia dari tempat pertama hingga kesepuluh.
Oleh kerana pulau peranginan banyak ditutup ketika hujung tahun ini, apa kata kita tukar percutian dengan mengunjungi muzium.
Pelbagai info dan fakta menarik yang boleh kita dapat dengan berkunjung ke mana-mana muzim yang ada di negara kita.
Selain mendapat info yang sangat berguna untuk memberitahu anak-anak tentang susur galur sesuatu sejarah, kita juga boleh mengabadikan kenangan di sini.
Pengembara yang meminati ‘mobile photography’ juga tidak ketinggalan kerana tempat-tempat ini sangat ‘insta-worthy’ untuk dimuat naik ke laman sosial mereka.
1. Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang
Lotong bercelak menjadi tumpuan utama dalam pameran seni anjuran Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Langur Project Pulau Pinang.
Ia bertujuan memberi kesedaran kepada pengunjung mengenai nasib spesies lotong bercelak terutama selepas kemusnahan kira-kira 20 lotong di Port Dickson oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada Mei yang lalu.
Pameran yang berakhir pada 31 Disember ini menampilkan karya 60 artis, mempersembahkan lakaran berbeza tentang kehidupan lotong bercelak, habitat mereka, ancaman serta usaha pemuliharaan.
2. Galeri Seni Sabah
Jika sudah selesai melakukan aktiviti menyelam percutian dan berseronok di tepi laut, anda boleh singgah di Galeri Seni Sabah.
Pameran yang diadakan menawarkan gambaran tentang perjalanan seni melalui pilihan karya merangkumi pelbagai medium, termasuk kolaj media campuran, pastel minyak, cat air dan kraf tangan kitar semula.
Pameran yang berakhir pada 7 Januari 2022 turut menampilkan pilihan lukisan awal dan buku lakaran dipamerkan.
Untuk merasai seni era kontemporari dan pandemik di Sabah, pengunjung juga boleh melihat pameran Pemilihan Seni Tahunan Sabah 2021 ke-36.
Tema tahun ini ialah “Gunung Kinabalu” dan “Sabah – Norma Baharu” merupakan pameran seni yang dipilih oleh seluruh negeri tersebut.
3. Muzium Warisan Baba & Nyonya, Melaka
Dianggap sebagai salah satu muzium persendirian terbaik di Malaysia, muzium ini akhirnya mengalu-alukan pengunjung selepas ditutup selama hampir dua tahun disebabkan pandemik.
Kini, muzium ini hanya dibuka pada Jumaat dan Sabtu untuk lawatan kerana ia perlahan-lahan kembali ke fasa pemulihan.
Bagi mereka yang berminat dengan identiti dan budaya Peranakan, “muzium rumah” ini memberi peluang anda merasai pengalaman mengenali sejarah itu sendiri.
Inilah peluang untuk bersiar-siar di sekitar rumah Baba Chan Cheng Siew (1865-1919) yang citarasa eklektiknya menawarkan gambaran sekilas tentang kekayaan budaya dan kemewahan di banyak rumah Peranakan sebelum Perang Dunia II.
4. Galeri Brooke, Sarawak
Galeri Brooke di Kubu Margherita Kuching telah dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Rajah Sarawak – bersedia untuk menyambut pengunjung selepas penutupan yang lama.
Galeri Brooke, bersaiz padat, menonjolkan sejarah, tempat dan figura di sebalik Sarawak dan Rajah Putihnya (Raja Putih Sarawak).
Galeri ini mempamerkan barangan dan artifak daripada keluarga Brooke yang memerintah Sarawak selama lebih satu abad sebelum menyerahkan Sarawak kepada Britain selepas Perang Dunia Kedua.
5. Galeri Ilham, Kuala Lumpur
Pameran di Galeri Ilham ini dikendalikan oleh Rahel Joseph dan Beverly Yong.
Karya-karya yang berwarna-warni namun berasas itu berpusat pada daya tarikan terhadap kehidupan seharian di kampung halaman seorang karyawan, Kok Yew Puah yang tinggal di Klang, Selangor.
Ia juga mengesan perkembangan amalan seni dan ideanya melalui temu bual dan perbualan dengan rakan artisnya.
Puah dianggap sebagai artis Malaysia yang diabaikan pada zamannya, dan pameran ini, yang berakhir April depan, melakukan banyak perkara untuk memperkenalkan semula legasinya.
Bagi yang pertama kali ke Galeri Ilham, jangan lupa untuk melihat kedai cenderamata galeri dipenuhi dengan buku seni Malaysia dan kraf kontemporari.
6. Muzium Perak, Taiping
Masa untuk mengenali sejarah hasil timah di Muzium Perak yang meninjau semula sejarah perlombongan bijih timah di Taiping dari abad ke-19 di British Malaya.
Ia mempamerkan peralatan perlombongan bijih timah dan dokumen sejarah dari zaman kegemilangan perlombongan bijih timah di bandar ini.
Seni bersejarah lain termasuk waran tangkap untuk ahli triad Ghee Hin dan Hai San, artifak dan barangan daripada agensi kerajaan seperti Majlis Perbandaran Taiping, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara.
Pameran ini berlangsung sehingga Jun depan, dan jika anda berpeluang bolehlah singgah sebentar di Taiping untuk makanan, pemandangan menarik serta sejarah untuk diterokai di sini.
7. Muzium Bukit Besi, Terengganu
Muzium Bukit Besi yang baru dibuka di Dungun, Terengganu, membawa pengunjung ke pengembaraan bermakna kerana ia memberi penghormatan kepada sejarah perlombongan bijih besi di kawasan itu.
Dengan artifak sejak akhir 1920-an, pengunjung boleh mempelajari cara bijih besi dilombong dan diproses sebelum dieksport ke luar negara.
Pameran termasuk gambar peralatan perlombongan dan bekas kakitangan kerja, lokomotif lama serta data demografi warga asing yang dilahirkan di sana.
Lebih menarik lagi adalah Bukit Besi merupakan ibu kota pantai Timur yang paling hipster pada zaman kegemilangannya dan kemasukan adalah percuma sehingga diberitahu kelak.
8. Muzium Galeri Made In Ipoh, Perak
Muzium galeri mesra Instagram di Phin Kee Chan merupakan sebuah bangunan tiga tingkat yang dikenali sebagai Bangunan Kapitan Chung Thye Phin atau Rumah Arlene.
Muzium ini mempamerkan kisah, kehidupan dan warisan Kapitan Malaya merupakan sejarah yang mengasyikkan dipenuhi barangan sejarah dan artifak sejak lebih daripada satu abad lalu.
Antara yang menarik di sini ialah papan tanda perdagangan Phin Kee Chan, meja kerja milik Kapitan dan tangga lingkaran besi tuang Victoria berusia 116 tahun yang telah dipulihkan sepenuhnya dengan reka bentuk fleur-de-lis (lili) bergaya, tanda kegemaran Kapitan Chung.
Agoda dengan AirAsia.com, mesti ramai yang tahu kan? Ada pakej menarik bakal ditawarkan untuk yang suka bercuti tau..
AirAsia.com, platform e-dagang pelancongan dan gaya hidup berkembang pesat di ASEAN dan Agoda, platform pelancongan digital terkemuka dunia mengumumkan perkongsian strategik bagi merancakkan aktiviti pelancongan di Asia Tenggara dan mengukuhkan tawaran aplikasi Super AirAsia.
Inisiatif daripada kerjasama itu merangkumi perjalanan, keistimewaan keahlian serta pemasaran produk secara bersama-sama. Pelanggan AirAsia.com kini boleh menikmati pelbagai tawaran melibatkan lebih 600,000 hartanah Agoda beserta harga tambang AirAsia yang lebih bernilai dengan tempahan menerusi SNAP. Ia bakal menawarkan pakej penerbangan dan hotel dengan jaminan harga terbaik.
Perkongsian itu yang melibatkan penyedia perkhidmatan pelancongan dalam talian yang utama di rantau ini, akan memanfaatkan kekuatan bersinergi bagi kedua-dua platform digital berkenaan. Menerusi perkongsian inventori penerbangan dan hotel, pelancong akan mendapat akses pilihan kepada pelbagai produk yang lebih meluas, menikmati kemudahan dan manfaat nilai yang lebih tinggi.
Perkongsian dengan Agoda adalah sebahagian daripada strategi kumpulan itu untuk merancakkan kembali pelancongan dengan jangkaan pembukaan semula sempadan di Asia Tenggara dalam masa terdekat.