London antara destinasi membeli belah yang sangat popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara.
Selain berpeluang menyaksikan keindahan dan keunikan bangunan lama yang masih kukuh binaannya, bab shopping terutama barangan berjenama jadi matlamat utama mereka yang berkunjung ke sini.
Ada beberapa tempat wajib kita kunjungi jika berpeluang ke kota London yang juga terkenal dengan jolokan kota fesyen dunia.
Perkongsian salah seorang sahabat di Grup Backpackers Buddies Malaysia Pakcik Bidin memberitahu beberapa tempat tumpuan kaki shopping di London.
Tempat Tumpuan Shopping Di London
Kebanyakan visitors akan terjah 𝗢𝘅𝗳𝗼𝗿𝗱𝘀𝘁𝗿𝗲𝗲𝘁 & sasaran utama ialah 𝗣𝗿𝗶𝗺𝗮𝗿𝗸. Sebab harga yang berpatutan bersesuaian dengan quality. Walaupun Primark berdekatan underground 𝗧𝗼𝘁𝘁𝗲𝗻𝗵𝗮𝗺𝗖𝗼𝘂𝗿𝘁𝗥𝗱 lebih besar, 4 tingkat, selesa & ruang menunggu ada di dalam, ramai masih serbu cawangan berhampiran Marble Arch yang hanya 2 tingkat & sentiasa 𝗽𝗮𝗱𝗮𝘁.
Tempat jatuh lagi di kenang, apatah lagi tempat suami-suami duduk menunggu isteri tak kunjung kuar di luar bgn. Primark berhampiran Marble Arch
Kesian para suami no choice, terpaksa menunggu luar bangunan kat kaki-lima. Siap ada macam ‘ledge’ untuk dijadikan temapt duduk. Lain-lain store yang mungkin jadi tarikan di Oxford Street adalah Selfridge, Debenhams, GAP, H&M, M&S, & Forever 21 antara lain.
Ads
Selfridge di Oxford street. At one time, ramai pelajar² Malaysia kerja part time sini.Debenhams di Oxford street.GAP di Oxford street.H&M dan Foever 21 di Oxford Street.One of M&S stores.
Yang hendak berjimat, tapi masih nak barangan branded original, akan ke 𝗕𝗶𝗰𝗲𝘀𝘁𝗲𝗿𝗩𝗶𝗹𝗹𝗮𝗴𝗲. Naik train Chiltern Railways dari Marylebone station, 45 minit sampai. Di Bicester Village barang branded, tapi bukan yang latest lah. Color, saiz mahupun design, bukan semua boleh dapat, tengok nasib. Barangan di sini boleh dikatakan, previous² season design. Tak kisahlah, jika kasut ladies Clark bleh dpt £20, rembat dulu.
Bicester (bis-ter) Village untuk barangan branded original yang murah. Tempah tiket keretapi advanced untuk dapatkan tiket murah
Yang mereka betul-betul nak value for money & boleh tawar-menawar, kena pergi 𝗖𝗮𝗺𝗱𝗲𝗻. Make a point pergi weekdays, sebab weekends tempat ini padat & sesak gila. Di Camden Market terdapat gerai-gerai ala pasar malam. Barangan more towards budak-budk hingga mid-age.
Camden, tumpuan tempat barangan boleh tawar-menawar.
Yang have-have & pura-pura have-have, akan visit 𝗛𝗮𝗿𝗿𝗼𝗱𝘀. Sini harga barangan yahudi walaupun tokey nya Arab. Nak beli ‘𝗦𝗵𝗼𝗽𝗽𝗲𝗿𝗕𝗲𝗴‘ Harrods yang kaler hijau/gold pun dah £20-25. Tak kisahlah, bag plastik PVC aje pun, janji ada satu, tanda kita dah jejek kaki di sana.
Ads
Harrods tempat jika tak pegi, tak sah kunjung London !‘Shopper Beg’ Harrods, yang berharga £20-25. PVC aje pun.
Actually yang betul-betul berduit, your shopping area sepatutnya along 𝗥𝗲𝗴𝗲𝗻𝘁𝘀𝘀𝘁𝗿𝗲𝗲𝘁. Sini bersusun kedai branded international, masuklah one after the other. Satu hari pun, tak habis pusing. Untuk hipsters, lawatlah kedai-kedai di 𝗖𝗮𝗿𝗻𝗮𝗯𝘆𝘀𝘁𝗿𝗲𝗲𝘁, belakang Regents Street untuk pakaian-pakaian luar mainstream fashion.
Regents Street. Tempat orang have-have shopping sini. Jika you have-have shopping di Oxford, turun standard lah.Carnaby street, tmpt hipsters berkunjung. Hipsters London banding Malaysia jauh luar mainstream pakaian mereka.
Yang super rich (tak semestinya), 𝗟𝗶𝗯𝗲𝗿𝘁𝘆 is your place. Dikatakan sini barangan standard 𝗤𝘂𝗲𝗲𝗻𝗘𝗹𝗶𝘇𝗮𝗯𝗲𝘁𝗵. Kain ela memang cantik-cantik, sentuh pun terasa quality dia. Precision printing, bahan coloring berquality, kain yan lembut. Sekeping untuk buat blouse mahu at lest RM400+. Kita yang lelaki tengok and rasa fabric, pun terpegun. Barang-barang lain yang di jual sini, harga dia yahudi pun nangis.
Liberty, London. Awak ada kelas lah jika shopping sini. Standard Queen Elizaberth wei.
Jadi, average 𝗟𝗼𝗻𝗱𝗼𝗻𝗲𝗿𝘀 shopping mana? …… 𝗪𝗘𝗦𝗧𝗙𝗜𝗘𝗟𝗗. Terdapat satu cawangan di Shepherd’s Bush berhampiran dengan Shepherd’s Bush underground. Westfield ini macam Mid Valley, banyk stores dalam satu bumbung, Primark pun ada. Barangan all ages terdapat di sini. Try lah pergi, kedai makan halal & masjid ada around area ini.
Ads
Westfield di Shepherd’s Bush. Walking distance dari Shepherd’s Bush underground.
Lastly, ada 2-3 shopping mall di 𝗖𝗮𝗻𝗮𝗿𝘆𝗪𝗵𝗮𝗿𝗳. Yes, the hub of commercial activity in UK pun ada tempat shopping. Kami pergi sana nak tengok the ‘night lights’ and was surprised jumpa mall-mall. Infact, after office hours, kedai-kedai tak ramai orang, so shopping dengn selesa & tenang. ‘𝗝𝘂𝗯𝗶𝗹𝗲𝗲𝗣𝗹𝗮𝗰𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮𝗶𝗹‘ is adjacent to Canary Wharf underground.
‘Jublee Place retail’ di Canary Wharf yang agak besar. Bersebelahan Canary Wharf underground.Cara wrapping barang sebelum masuk paper bag di Liberty. Paper bag dia color purple.
Masuk Kedah, wajib singgah Gunung Jerai. Tempat bertenang yang anda pasti suka dan teruja tengok pemandangannya. Eh, aktiviti pun menarik kalau masuk sini!
Lokasi Gunung Jerai sangat mudah untuk dicari. Kalau ikut Lebuhraya Utara Selatan PLUS, ikut sahaja susur keluar di persimpangan Gurun/Sik. Cari Jalan ke Guar Chempedak/Alor Setar dan Gunung Jerai di sebelah kiri.
Gunung Jerai Pun Ada Strawberi
Mungkin ada yang sudah tahu kalau nak naik ke atas puncak Gunung Jerai boleh naik dengan kenderaan sendiri seperti kereta & motor, tapi parking di atas agak terhad.
Atau boleh juga parking kenderaan di bawah (kaki gunung Jerai) dan naik ke puncak dengan servis van shuttle yang disediakan dengan harga bayaran RM10 seorang atau RM80 satu van untuk perjalanan pergi balik.
Owh ya, macam-macam jenis gaya dapat dilihat masa nak pergi sebab ada yang pergi naik kereta, motor, basikal dan ada jugak yang berjalan kaki atau hiking sepanjang 12 KM perjalanan ke puncak.
Sebelum nak naik pastikan periksa atau kaji cuaca dulu sebab kalau berkabus, mendung dan nak hujan memang tak dapat view yang cantik.
Lagi pun agak bahaya untuk naik ke Gunung Jerai ketika waktu hujan kerana keadaan jalan yang licin dan banyak berselekoh tajam. Seeloknya naik awal pagi selepas Subuh untuk cuaca yang lebih baik.
Gunung Jerai yang sekarang bukanlah Gunung Jerai yang seperti dahulu. Kalau dulu naik Gunung Jerai tak tahu nak buat apa, sekarang ni ada banyak benda atau aktiviti yang boleh dilakukan di sini.
1. Jerai Skyview
Tarikan terbaru di Gunung Jerai yang baru dibuka awal bulan Disember tahun 2023 yang lepas. Sejenis platform yang diperbuat dari cermin kaca lutsinar menghadap hamparan sawah padi daerah Yan.
Yang gayat atau ada masalah anxiety memang tak digalakkan naik. Boleh lembik lutut duduk atas ni. Harga bayaran RM8.00 seorang dan pada satu masa hanya 25 orang sahaja yang boleh berada di platform ni.
Sesuai bagi mereka yang kaki OOTD untuk bergambar berlatarbelakang langit yang membiru.
2. Bermalam di Jerai Hill Resort
Satu-satunya resort yang terdapat di puncak Gunung Jerai yang diberi nama ‘Jerai Hill Resort’. Terdapat sebanyak 75 bilik di sini. Suasana sekitar sangat cantik dengan pokok-pokok bunga beriklim sejuk.
Biasa orang naik Gunung Jerai balik hari (daytrip) je. Tapi apa salahnya kalau nak bermalam di sini. Harga bilik sekitar RM3++ /malam untuk 2 orang siap sekali dengan sarapan. Yang sukakan kedamaian, kesunyian & kedinginan sangat sesuai la datang sini.
3. Ladang Strawberi (Strawberry Farm) Gunung Jerai
Mesti tak tahu kan dekat Gunung Jerai pun ada ladang strawberi? Dah tak payah kalut dah buat semak jalan nak pi Cameron Highland.
Ladang Strawberi pun terletak dalam kawasan berhampiran Jerai Hill Resort. Jalan kaki sahaja untuk ke sini. Masuk percuma sahaja cuma kalau nak duduk di meja dan kerusi yang disediakan kena la beli sesuatu.
Ada dijual minuman dan aiskrim berasaskan strawberi. Contohnya macam aiskrim RM4.00. Di sini jugak terdapat ratusan pasu pokok strawberi yang ditanam, tapi tak nampak buahnya lagi. Mungkin dah dipetik, atau pokok baru nak membesar.
Ya, boleh makan ais krim strawberi, beli fresh flower, dan jangan lupa beli strawberi fresh terbaik dari ladang. Strawberi putih yang viral pun ada. Di sini ada banyak produk makanan yang dibuat daripada buah strawberi, mesti rambang mata nak try yang mana.
4. Jungle Coffee Shop
Di dalam redupan hutan Gunung Jerai, siapa sangka ada kedai kopi kecil yang sangat estetik dan menarik. Terletak tak jauh dari tempat parking, boleh cari kedai kopi ni dekat dengan Taman Dinasour.
Layan emosi sambil minum kopi dengan angin bukit yang bertiup.
Itulah antara 4 aktiviti yang anda boleh cuba kalau ke Gunung Jerai. Kalau sempat lepas turun dari Gunung Jerai waktu tengahari, boleh cuba makan di Top D’Gurun, dekat sahaja dengan area kaki Gunung Jerai.
Langkawi cukup terkenal sebagai pulau pelancongan yang mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Kini tarikan terbaharu yang menjadi tarikan di pulau lagenda ini merupakan Arca-arca berkonsepkan mitos dan lagenda yang baru sahaja dilabuhkan ke dasar laut di perairan Pulau Pasir, Langkawi.
Baru sahaja dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri pada 23 Julai yang lalu, 14 Arca Dasar Laut yang dihasilkan oleh sembilan artis tempatan itu dilabuhkan di sekitar pulau tersebut pada 2 Jun yang lalu.
Datuk Seri Nancy Shukri pada majlis perasmian Arca Dasar Laut di Pulau Pasir, Langkawi Foto: Balai Seni Negara
Merupakan program Community Based Tourism, Arca Dasar Laut yang dianjurkan oleh Balai Seni Negara ini adalah salah satu usaha menggalakkan lagi ekosistem seni dan pelancongan negara.
Arca Dasar Laut disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai Most Underwater Sculptures
14 arca yang dihasilkan oleh sembilan artis tempatan ini bermula pada Disember 2021 di Pengkalan Kubang Badak. Turut tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Most Underwater Sculptures, antara arca yang boleh anda lihat bila berkunjung ke Pulau Pasir adalah Sang Kelembai Meletus, Sumpahan Mahsuri, Belanga Pecah dan banyak lagi.
Datuk Seri Nancy Shukri bersama barisan artis yang menjayakan Arca Dasar Laut
Majlis perasmian pada hari tersebut turut dihadiri YBhg. Datuk Hajah Saraya Arbi, Ketua Setiausaha MOTAC, YB Tuan Mohd Firdaus Ahmad, Exco Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Indera Dayang Fatimah Tom Abang Saufi, Pengerusi LPSVN, YBrs. Encik Amerruddin Ahmad, Ketua Pengarah LPSVN, serta pegawai-pegawai kanan MOTAC, Jabatan dan agensi.
Snorkeling Atau Selam Skuba Untuk Lihat Sendiri Arca Dasar Laut
Kesemua arca ini diletakkan di dua tempat berbeza yang membolehkan anda melihat sendiri melalui aktiviti snorkeling ataupun selam skuba di Pulau Pasir. Bagi yang ingin ke Pulau tersebut, anda boleh menaiki bot dari Pengkalan Kubang Badak selama lebih kurang 15 hingga 20 minit untuk sampai ke Pulau tersebut.
Datuk Seri Nancy Shukri turut melakukan aktiviti selam skuba untuk melihat sendiri arca di dasar laut Foto: Balai Seni Negara
Meskipun ada beberapa arca ditenggelamkan ke dasar laut dan boleh dilihat menerusi aktiviti menyelam, Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Ameruddin Ahmad berkata pihak mereka turut meletakkan beberapa arca lain di kawasan pesisir pantai dan separa tenggelam untuk memudahkan pelancong melihat dengan lebih dekat
Pulau Pasir yang menempatkan arca laut karya artis tempatan
Penghasilan arca-arca tersebut adalah sebahagian daripada program Community-Based Tourism anjuran Balai Seni Negara dengan kerjasama beberapa pihak antaranya Marine Research and Excellent Centre (MAREC) UiTM Perlis, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Kedah, Geopark Langkawi, Jabatan Perikanan Malaysia, Pejabat Tanah Daerah Langkawi dan Polis Marin Langkawi.
Program ini juga telah mendapat tajaan daripada pihak Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan juga LADA.
Sembilan arca itu dihasilkan dengan saiz minimum lima kaki setiap satu turut dilabuhkan di perairan Pulau Pasir dan akan berada pada kedudukan di daratan, sekitar pesisir dan gigi pantai dan paling menarik ‘dibenam’ ke dasar laut yang mengambil masa lima bulan untuk disiapkan.
Antara artis yang terlibat dalam program itu adalah Mohd Al Khuzairie Ali menerusi karya Sang Kelembai Meletus, Mohd Radzi Ismail (Belanga Pecah), Ahmad Fuad Osman (Tugu Antroposen), Umibaizurah Mahir @ Ismail (Permata Hinggap) dan Dr. Zainuddin Abindinhazir @ Abdul Rashid (Sumpahan Mahsuri).
Sumpahan Mahsuri oleh Dr. Zainuddin Abindinhazir @ Abdul Rashid Arca sebelum dilabuhkan ke dasar laut Foto: Balai Seni NegaraArchelon oleh Yang Mulia Tengku Sabri Tengku Ibrahim. Arca sebelum dilabuhkan ke dasar laut Foto: Balai Seni NegaraCurse of Passing oleh Low Chee Peng. Arca sebelum dilabuhkan ke dasar laut Foto: Balai Seni Negara
Selain itu adalah karya Tengku Sabri Tengku Ibrahim berjudul Archelon, Abdul Multhalib Musa (Segitiga Langkawi), Low Chee Peng (Curse of Passing) dan Maxine Xie Xian Xin (Mushrooms For MuchRooms To Let).
Memang amaze bila dapat tengok sendiri Arca Dasar Laut yang pertama di Langkawi ini. Rugi kalau tak singgah ke Pulau Pasir bila datang ke Pulau Langkawi!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia susulan pandemik COVID-19 turut memberi ‘hikmah’ kepada alam sekitar.
Ia berikutan aktiviti manusia yang menyumbang kepada pembebasan karbon dioksida seperti asap kenderaan dan aktiviti perindustrian yang merupakan penyumbang karbon dioksida kedua tertinggi di Malaysia iaitu 23 peratus dapat dikawal kepada tahap minima.
Ini terbukti melalui rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara yang secara purata di bawah tahap sederhana iaitu kurang daripada 60, manakala di Kuantan (Pahang), Tanjung Malim (Perak), Paka (Terengganu), Alor Setar (Kedah), Kangar (Perlis) dan beberapa kawasan di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara di bawah 50 iaitu di tahap baik.
Foto: MalaymailFoto: Yahoo Malaysia
Kejernihan air sungai di sekitar Lembah Klang semasa Perintah Kawalan Pergerakan juga menunjukkan ada aktiviti yang menyumbang kepada kekeruhan sungai terhenti. Antara aktiviti yang berkemungkinan menyumbang ialah kerja pembangunan tanah dan pelepasan sisa basuhan terus ke longkang seterusnya ke sungai. Apabila kedua-dua aktiviti ini dihentikan, hasilnya sungai kelihatan lebih bersih.
Media sebelum ini melaporkan menurut Global Environment Centre (GEC), jelas dapat dilihat perbezaan yang berlaku khasnya terhadap sungai-sungai di Lembah Klang yang dahulunya berwarna coklat, kini bertukar menjadi jernih. Antara sungai yang kelihatan jernih sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan adalah Sungai Gombak, Sungai Way dan Sungai Kemunsing.
Di Sungai Klang lebih bersih, apabila pengurangan sebanyak 43 peratus jumlah sampah telah dikeluarkan daripada sungai tersebut. Pada 15 Mac 2020 sehingga 15 April 2020, sebanyak 15,580 tan metrik sampah dikumpul menerusi projek “Selangor Maritime Gateway” berbanding purata 900 hingga 1,200MT sebulan dalam tempoh enam bulan lepas.
Bagi tempoh itu, Sungai Klang mencatatkan bacaan Indeks Kualiti Air Kelas III hampir 90 peratus daripada masa pemantauan berbanding pada tahun lepas sehingga Mac, dan walaupun secara keseluruhannya bacaan Indeks Kualiti Air pada Kelas III adalah baik.
Ini jelas menunjukkan bahawa meminimumkan pergerakan orang ramai dan operasi perniagaan dapat membantu memulihkan sungai seperti ditunjukkan oleh frekuensi lebih tinggi Indeks Kualiti Air Kelas III. Apa yang lebih penting ia meningkatkan lagi kualiti air, berikutan data antarabangsa menunjukkan air bersih adalah faktor utama bagi pertumbuhan ekonomi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...