Guangzhou memang terkenal dengan ‘syurga’ beli belah tapi awas, hati-hati dengan taktik penipuan ini.

Ramai peniaga di Malaysia yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan mereka dengan membeli produk dari China. Namun, penipuan atau scammer yang melibatkan jual beli barang dan duit palsu di sana kian menjadi-jadi. Tersilap langkah, anda boleh kerugian besar dalam urusan jual beli. Menerusi perkongsia seorang wanita rakyat Malaysia di laman sosialnya, dia berkongsi taktik penipuan peniaga di Guangzhou, China untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga.


Penipuan di Guangzhou. (Berhati-hati sebelum terkena)

  • Jika di plaza borong, akan ada yang akan jerit “change money, change money”. Tolong jangan tukar duit di situ (duit palsu sangat-sangat banyak).
  • Kalau ada yang ajak naik ke bilik kebal “go my office”. Jangan ikut kalau berseorangan. Nasib tak baik dia paksa beli, kalau tak beli dia tak bagi keluar dari bilik kebal tu.
  • Naik teksi pasti seorang duduk di depan. Sebelum bayar tambang teksi pastikan check dulu duit kita. Lepas bagi duit perhatikan tangan driver betul-betul. Kadang-kadang dia tukar duit palsu. Dia akan mintak kita bagi duit lain, pastu dia akan ulang-ulang. (Kalau ada wechat Pay lebih baik) Download Apps Didi (Register guna kad kredit tak pon maybank debit card).

  • Kalau di mana-mana plaza borong jumpa orang nak mintak derma buat masjid, jangan bagi. Itu sindikit. Masjid tu tak pernah siap dari 2013.
  • Lagi satu, kalau jumpa orang nak jual telefon secara sorok-sorok, laptop, atau ipad jangan beli. Nanti dia swap dengan dummy set.
  • Kalau jumpa orang jual makanan atau manisan macam kuih bepang, jangan tanya banyak-banyak, kecuali jika ingin beli. Kalau dia dah potong wajib beli.

  • Naik teksi pastikan dia pakai meter dan mintak resit.
  • Kalau di plaza-plaza borong ada orang-orang mintak sedekah pastikan jangan bagi banyak-banyak. Nanti mereka datag lagi ramai-ramai.
  • Di plaza-plaza borong juga nanti ada orang jual paip air, mesin masssage, mancis api, jangan beli sebab banyak barangnya kualiti tak bagus. Harganya juga mahal.

  • Jangan tukar duit kalau rate yang dia bagi melebihi dari rate semasa. Tinggi chance dapat duit palsu (contoh hari ini rate RM1.65, tiba-tiba dia bagi RM1.70).
  • Jangan beli telefon yang dijual secara sorok-sorok.
  • Beli barang kalau tak banyak check depan supplier (lambat asal selamat).

Sikit pesanan peribadi. Beli luggage secukup, jangan tumpang-tumpang luggage orang lain. Kalau terlebih kilogram, tambah luggage kilo di website. Bayar. (kalau tak mahu org mengata). Passport jaga baik-baik jangan sampai hilang.

Sumber: Nur Syawaludin / News Alert