Tempoh cuti sekolah pastinya menjadi satu kegembiraan buat anak-anak. Dan antara aktiviti boleh menceriakan mereka ialah rombongan lawatan sambil belajar. Ia merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan ianya paling ditunggu-tunggu oleh para pelajar, tidak kira di peringkat Sekolah Rendah mahupun Sekolah Menengah. Program lawatan seperti ini akan membantu para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan yang berbeza daripada pembelajaran di dalam kelas. Susulan pembukaan semula sesi persekolahan bagi tahun 2022, ketahui 6 lokasi menarik di bawah yang sesuai untuk lawatan sambil belajar!
1) Muzium Coklat, Kota Damansara
Credit: Chocolate Museum by @ Chocolate Museum
Muzium Coklat terletak di Kota Damansara dan telah beroperasi sejak tahun 2013. Muzium Coklat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini mengalu-alukan kedatangan para pelajar untuk membuat lawatan dan pada masa yang sama 3 elemen asas iaitu, pendidikan mengenai koko dan coklat, proses pembuatan coklat dan pembelian coklat keluaran tempatan. Paling menyeronokkan, pihak Muzium akan membuat demonstrasi pembuatan coklat secara langsung dan para pelajar dapat merasai coklat yang dihasilkan!
2) Zoo Negara
Credit: Zoo Negara by Puspanita KPDNHEP Putrajaya @ Facebook
Pastinya semua orang tahu mengenai Zoo Negara dan pernah melawatinya. Zoo Negara menyediakan sesi seminar dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti pemuliharaan dan pengurusan hidupan liar.
Lawatan ini dapat memberi pengetahuan tentang tingkah laku haiwan, cara pengendalian haiwan dan keselamatan awam. Ini adalah selaras dengan matlamat utama Zoo Negara iaitu pemuliharaan hidupan liar. Selain itu, pihak Zoo turut menyediakan satu program yang dinamakan Zoo Camp Programme yang merangkumi aktiviti Night Walk, Wildlife Enrichment Programme dan Campfire.
Ads
3) Selangor Fruit Valley
Credit: Selangor Fruit Valley by @
Selangor Fruit Valley terletak di Bestari Jaya. Kawasan yang terbentang luas dengan pelbagai daya tarikan membolehkan para pelajar untuk mengalami sendiri pengalaman aktiviti pertanian dan merasai pelbagai jenis buah tempatan dan sayur-sayuran yang segar. Pelbagai aktiviti menarik yang terkandung dalam program lawatan tersebut termasuk aktiviti memetik sayur dan menoreh getah, lawatan ke taman haiwan dan rumah kampung, serta pelbagai lagi.
4) Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, dan Kampung Haji Dorani, Sungai Besar
Credit: Mandi Palong @Homestay sungai sireh, Tanjong Karang (palong soaking) by @ Youtube
Lawatan ke Kampung Sungai Sireh dan Kampung Haji Dorani akan memberi pengalaman yang sangat memuaskan dan menggembirakan kepada para pelajar!
Di sini, mereka dapat merasai suasana kampung dan mempelajari sendiri cara kehidupan orang kampung. Aktiviti seperti menggagau ikan dan menganyam daun kelapa, serta lawatan ke sawah padi dan rumah tradisional turut ditawarkan di sini!
Ads
5) Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Credit: Forest Research Institute Malaysia (FRIM) by Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya 1 @ Facebook
Antara tempat menarik untuk program lawatan sambil belajar adalah di Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang terletak di Kepong. Mempunyai keluasan 600 hektar dan dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong, ia menawarkan pelbagai aktiviti alam semulajadi kepada para pelajar.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah berjoging di Rover Track, berkelah, berbasikal serta dapat mempelajari mengenai keunikan alam semula jadi. Para pelajar juga tentu terpegun melihat keindahan sekililing di sini!
Ads
6) Taman Botani Negara Shah Alam
Credit: Shah Alam National Botanical Park by Taman Botani Negara Shah Alam @ Facebook
Taman Botani Negara Shah Alam merupakan salah satu tarikan yang tidak asing lagi di Negeri Selangor. Mula dibangunkan pada 24 April 1986, Taman Botani Negara telah menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan, penyelidikan, pemuliharaan bagi pembangunan botani dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Ianya sebuah lokasi yang sesuai untuk membawa para pelajar untuk mempelajari proses penanaman bunga, lawatan ke taman haiwan, nature walk dan penjagaan alam sekitar. Selain itu, kemudahan yang disediakan seperti tram akan membuat lawatan ini lebih menyeronokkan!
Tidak dinafikan lagi, program lawatan sambil belajar adalah sangat menyeronokkan bagi para pelajar, malah banyak perkara boleh dipelajari mereka. Negeri Selangor memang terkenal dengan pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati, dan lawatan sambil belajar ke lokasi-lokasi di sekitar Negeri ini tentunya akan memberikan sebuah pengalaman pembelajaran yang tidak akan dilupakan!
Kredit: Selangor Tourism
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Acara tahunan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2020 dibatalkan.
Perkara ini diumumkan penganjur Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon, Dirigo Events. Acara tersebut sepatutnya diadakan pada 13 dan 14 Jun 2020. Penganjur berkata peserta yang telah mendaftar untuk acara itu tahun ini akan didaftarkan secara automatik tahun hadapan.
KLSCM 2021 akan diadakan sekitar tarikh yang sama, iaitu minggu kedua bulan Jun 2021. Namun penganjur perlu menunggu keputusan dan kebenaran pihak berkuasa tempatan sebelum mengumumkan tarikhnya nanti.
Penganjur turut memaklumkan semua acara sampingan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon termasuk klinik larian, pengambilan baju (Race Entry Pack Collection), dan Ekspo Gaya Hidup Aktif juga dibatalkan. Hanya acara amal Run For A Reason akan diteruskan hingga 14 Mei dan semua dana terkumpul akan terus disalurkan kepada badan-badan amal yang telah diumumkan sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon https://www.kl-marathon.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Rambut merupakan mahkota wanita. Pelbagai fesyen dan jenis gaya rambut menjadi pilihan. Ada yang suka berambut panjang dan ada juga yang gemar akan potongan rambut pendek.
Umum mengetahui wanita di negara India gemar menyimpan panjang rambut mereka, baik daripada golongan selebriti terkenal hingga ke rakyat biasa. Namun untuk seorang warganegara India bernama Nilanshi Patel ini, dia memilih untuk menyimpan panjang rambutnya hingga mencecah lantai.
Sungguh luar biasa apabila gadis ini berjaya mengekalkan gelarannya memiliki rambut terpanjang di dunia sekali gus tercatat dalam Guiness World Records untuk beberapa tempoh.
Nilanshi Patel gadis berusia 17 berasal dari Pekan Modasa, Gujarat, India dikatakan terpaksa mengambil masa satu jam setiap hari untuk menyikat rambutnya yang berukuran lebih 190 cm.
Dia yang mendapat jolokan Rapunzel India, mula menyimpan rambutnya selepas berdepan pengalaman pahit ketika memotong rambut di sebuah kedai ketika berusia enam tahun.
Sejak peristiwa itu, rambut Nilanshi tidak dipotong dan semakin panjang dari tahun ke tahun sehingga dia terpilih sebagai pemegang rekod dunia November 2018 dengan ukuran 170.5 cm.
Bagi menjaga rapi rambutnya, Nilanshi memakai kasut tinggi bagi mengelakkan rambutnya mencecah lantai dan jika mahu membasuh rambut, dia akan meminta bantuan daripada ibunya.
Photo by SAM PANTHAKY / AFP
“Saya melakukan apa yang dilakukan setiap remaja. Basuh rambut setiap minggu dan minyak sekali atau dua kali seminggu. Saya akan keringkan rambut dibawah sinaran matahari atau menggunakan pengering rambut, ” katanya yang berdepan masalah ketika melakukan aktiviti berenang.
Rutin mencuci rambut memerlukan 30 minit dan untuk dikeringkan pula dia memperuntukkan satu jam untuk disikat. Dia gembira nama terus kekal dalam rekod dunia Guiness dan berhasrat untuk mencipta rekod baru selepas ini.
Sebanyak enam acara utama telah disusun atur sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bermula esok.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Roziah Abudin berkata kesemua acara itu ditentukan melalui Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan yang dipengerusikan Menteri di JPM Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
Acara itu akan dimulakan dengan:
Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Solat Hajat pada 25 Julai di Masjid Negara.
Istiadat Pertabalan pada 30 Julai di Balairung Seri Istana Negara.
Diikuti Majlis Santapan Diraja pada 31 JuLai di Dewan Santapan Utama Istana Negara.
Tiga lagi acara lain ialah:
Lawatan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Hospital Rehabilitasi Cheras (1 Ogos)
Khutbah Khas dan Solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya pada 2 Ogos.
Pameran Raja Kita di Muzium Diraja di sini (5 Ogos hingga 5 Nov).
Rakyat jelata dialu-alukan untuk melibatkan diri dalam beberapa acara terbuka seperti Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat serta Khutbah Khas dan Solat Jumaat, sekali gus memberi peluang kepada rakyat untuk mendekati dan melahirkan tanda menjunjung kasih kepada Seri Paduka berdua.
Bagi Istiadat Pertabalan yang merupakan acara utama, akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan rakyat boleh memanfaatkan hari kelepasan am pada hari itu untuk menyaksikan istiadat bersejarah itu.
Institusi Yang di-Pertuan Agong ini merupakan payung kedaulatan negara dan merupakan simbol perpaduan, lambang kestabilan dan kemegahan negara, oleh kerana itu kerajaan amat berharap supaya seluruh rakyat bersama-sama menghayati istiadat ini.
Kerajaan juga menggalakkan semua pihak termasuk kementerian, agensi dan organisasi swasta menyemarakkan istiadat pertabalan itu dengan menganjurkan aktiviti yang menjunjung sistem raja berperlembagaan dan institusi Yang di-Pertuan Agong.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...