Negeri Terengganu yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia cukup terkenal dengan keindahannya. Kaya dengan keindahan alam, banyak tempat menarik untuk dikunjungi bila ke Terengganu.
Pesisir pantai yang cantik, air terjun yang jernih antara yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Setiap daerah yang ada di Terengganu mempunyai keindahan yang tersendiri. Tempat makan pun banyak untuk korang terjah.
Nak tahu apa yang menarik di setiap daerah di Negeri Terengganu, ini senarainya!
Mendengar nama Sungai Amazon sahaja ramai yang mengetahui bahaya dan rahsia alam ngeri yang menanti di sepanjang sungai yang melintasi beberapa negara Amerika Selatan seperti Peru, Colombia, Brazil, Bolivia, Venezuela, Ecuador,dan Guyana.
Jika diabadikan di dalam filem-filem atau dokumentari, Sungai Amazon seringkali dimomokkan serta dikhabarkan sebagai sungai yang sangat bahaya di dunia dan perlu dielakkan untuk dikunjungi. Mana tidaknya, kawasan disekitar Sungai Amazon didiami oleh komuniti peribumi yang masih tidak mengecapi arus permodenan. Mereka masih mengamalkan cara hidup kuno seperti memakan daging manusia dan sama sekali tidak menerima dan mengalukan kedatangan orang luar.
Selain itu, hutan dan sungai Amazon juga terkenal dengan haiwan pembunuh seperti ikan pirana, annaconda, buaya, serangga beracun dan binatang-binatang buas yang lain. Ada sebab atau tidak untuk anda menghabiskan masa selama hampir tiga tahun semata-mata untuk bersiar-siar di sepanjang sungai hutan Amazon? Semestinya ia kerja gila jika anda mempunyai impian untuk bercuti di sini!
Namun, seorang warga Britain, Ed Stafford membuktikan itu bukan perkara mustahil. Pada tahun 2010, dia yang berumur 34 tahun ketika itu mencipta sejarah apabila menjadi manusia pertama berjalan di sepanjang Sungai Amazon selama 860 hari.
Setelah meninggalkan dunia ketenteraan dan berpangkat seorang kapten, dia berasa sangat bosan dengan rutin pekerjaannya di pejabat. Ketika itu ada seorang rakan sekerja yang memberitahunya bahawa belum ada lagi manusia yang pernah dan ingin untuk berjalan disepanjang Sungai Amazon. Ed Stafford menganggap kenyataan rakannya itu sebagai satu cabaran pada dirinya.
Akhirnya dia tekad untuk melepaskan jawatan dan melakukan misi gila saranan rakannya. Ed Stafford bersama seorang rakan baiknya, Luke Collyer telah memulakan perjalanan pada 2 April 2008, meninggalkan Samudera Pasifik di bahagian selatan Peru. Pada awalnya, Ed Stafford merasakan bahawa perjalanan menjelajahi hutan sungai Amazon itu akan memakan waktu sekitar satu tahun, namun anggapannya itu ternyata silap.
Pada satu ketika di Peru, sekumpulan komuniti orang asli telah menangkap dan memenjarakan dia bersama rakannya itu kerana disyaki menjadi pembunuh haiwan sebelum dibebaskan selepas 48 jam ditahan. Luke Collyer pulang ke rumahnya setelah hanya mampu bertahan tiga bulan menjelajah bersama Ed Stafford. Mungkin rakannya beranggapan misi ini mustahil dan tidak patut diteruskan demi keselamatan diri
Namun, Ed Stafford tetap ingin meneruskan ekspedisi berjalan melalui hutan sebelum menemui seorang pekerja renjer hutan Peru, Sanchez Rivera. Setelah dipujuk Sanchez Rivera yang berumur 31 tahun sedia untuk membantunya sebagai penunjuk arah dan menemaninya sehingga ke lokasi penamat.
Sepanjang perjalanan, Ed Stafford dan Sanchez Rivera terpaksa berhadapan dengan pirana, ular anaconda, pusaran air, arus banjir, hujan tanpa henti, digigit ribuan nyamuk, dan penyakit berjangkit. Mereka juga perlu berhati-hati agar tidak menjadi mangsa kepada buaya Caiman yang panjangnya hingga 18 kaki.
Mereka berdua hidup dengan memakan pirana dan bahagian dalam pohon palm, serta berhenti seketika diperkampungan orang asli yang dikenali Sanchez Rivera di sepanjang sungai. Tetapi ancaman terbesar adalah masyarakat pribumi disitu yang telah dianiaya selama puluhan tahun oleh penguatkuasa wilayah, sehingga kaum ini sering curiga dan sering melakukan kekerasan kepada pengunjung asing.
Namun demikian, selama dua setengah tahun Ed Stafford tidak menyerah. Mungkin kerjaya sebagai seorang tentera pada masa lalu banyak membantunya untuk meneruskan kelangsungan hidup walaupun sukar. Dia bersusah payah berenang, naik semula ke batas disepanjang tepian sungai dan melangkah secara perlahan sambil menebas hutan dengan parang.
Kira-kira 85 kilometer lagi berjalanan sebelum tiba di lokasi penamat, Ed Stafford pengsan akibat kepenatan melampau. Walau bagaimanapun dia tetap menyambung perjalanan selepas berehat selama beberapa jam.
Ketika hampir tiba di lokasi penamat, Ed Stafford dan Sanchez Rivera kemudian berlari ke arah Lautan Atlantik di pantai Crispim Brazil, yang merupakan lokasi penamat jelajah Sungai Amazon.
Segala pengalaman indah dan detik sukar untuk menjadi manusia pertama berjalan menyusuri Sungai Amazon ini telah dibukukan dalam sebuah jilid berjudul Ed Stafford Walking The Amzon.
Ekspedisi itu melibatkan kos sebanyak AS$100,000 (RM315,200) yang ditaja oleh beberapa syarikat dan sumbangan. Sepanjang misi bahaya ini dia mendapati bahawa banyak pokok hutan ditebang sekali gus menyebabkannya memahami lebih mendalam mengenai peranannya untuk melindungi Amazon dan berusaha mengatasi masalah perubahan cuaca.
“Saya telah diberitahu bahawa saya akan mati. Namun, saya tidak mati. Saya kini berada di sini. Saya membuktikan bahawa jika anda mahukan sesuatu, anda boleh melakukannya,” katanya.
Hari ini sudah menjadi ‘trend’, ramai yang berminat untuk ke sesuatu lokasi itu, jika mempunyai kelainan terutama untuk merakam gambar dan dikongsikan ke laman sosial peribadi. Anda tercari-cari lokasi ideal untuk ber ‘OOTD’, pra graduan atau abadikan gambar perkahwinan di sekitar Kampar Perak? Boleh singgah ke Bandar Agacia atau dikenali sebagai The Trails of Kampar untuk melihat kelainan daerah ini dari sisi yang lain.
Terletak tidak jauh dari bandar Kampar, deretan bangunan kedai tiga tingkat yang dicat dengan kombinasi pelbagai warnal-warna ceria menyerupai bangunan deretan kedai di bandar zaman kolonial. Rekaan bangunan di Bandar Agacia ini tampil dengan konsep yang unik dan ceria berdasarkan idea kartun animasi serta fantasi terutama di University Square Kampar. Pembinaannya mengambil inspirasi daripada ‘The Trails of Redmond’ iaitu satu bandar di Washington, Amerika Syarikat.
Dapat abadikan foto berlatar belakangkan kawasan ini memang menarik kan? Anda kena pandai menggunakan sudut yang pelbagai untuk mendapatkan gambar terbaik.
Setiap unit bangunan mempunyai ciri dan rekabentuk tersendiri serta berbeza antara satu sama lain. Sambil bergambar dan bersiar-siar, jika terasa lapar dan dahaga, lokasi itu turut menempatkan beberapa kemudahan kedai makan seperti kafe yang dihiasi indah mengikut tema di bandar itu. Lebih menarik jika anda memilih untuk duduk di kawasan terbuka bersantai sebentar sambil berborak dengan yang tersayang.
Nama setiap lorong di Bandar Agacia ini juga dinamakan dengan nama yang kreatif berdasarkan konsep bangunan yang terdapat di lorong tersebut antaranya seperti Disney Avenue, Castle Avenue dan Pavilion Avenue.
Bandar Agacia ini dikatakan lebih popular dalam kalangan orang luar berbanding penduduk tempatan yang mungkin tidak menyedari kewujudan port menarik ini. Jom lah orang Perak datang bersiar-siar ke sini sambil merakam gambar best untuk dijadikan kenang-kenangan.
Trivia – Sejarah lokasi Bandar Agacia ini dahulunya merupakan bekas daripada tapak tasik terbentuk hasil tinggalan aktiviti perlombongan biji timah yang pesat membangun pada satu ketika dulu.
Bayangkan satu keluarga yang sedang bergelak ketawa riang, berjalan bersama dalam hutan hujan tropika sambil menyentuh rumput dan dedaunan, membuat BBQ di hadapan khemah, dan mengira bintang di malam hari bersama.
Semua ini bukan saja memberi kesan yang positif terhadap mental dan fizikal, tetapi lebih mendalam lagi dari segi emosional setiap ahli keluarga. Jadi, kalau anda rasa membawa keluarga pergi bercuti adalah sesuatu yang membazir, ternyata anda salah!
Bercuti bersama keluarga tidak semestinya perlu memilih lokasi yang serba mewah atau jauh nun di negara asing. Di negara kita juga banyak jenis percutian keluarga yang menarik boleh dipilih. Antaranya percutiaan ala glamping.
Ini ada cadangan lokasi glamping menarik daripada Pak Adam Bercuti yang penting selesa untuk seisi keluarga.
Tak jauh dari ibu kota kuala lumpur, lebih kurang kalau tak jem sekitar 45 minit dan kalau jem dalam 1 – 2 jam melalui highway gombak – karak. Kalau nak lagi rare , santai, korang boleh ikut route 68 melalui gombak lama. Korang boleh layan satu kampung Janda Boek kata dak dak keyell.
Tapi bukan Janda yg Boek dicari, malah kedamaian dan kehijauan alam semulajadi yg ditujui. Kedudukan kampung tradisional Melayu di lereng Banjaran Titiwangsa dalam daerah Bentong, Pahang.
Aktiviti Glamping, pertama kali aku pernah join masa 2009, di Ampang Look Up Point, sekarang dah tutup dan takda dah sebarang aktivit kat sana. Sekarang aktiviti Glamping nih dah mula mendapat minat dikalangan pencinta alam semulajadi yg nak relaks dan menenangkan fikiran bersama ahli keluarga tercinta.
“Canopy Villa Glamping, Kg Sum Sum , Janda baik”. Tak nak cerita banyak boleh lihat foto, tapi korang boleh try, selesa dan modern. Aku dah try
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...