Langkawi, pulau jolokan bebas cukai atau syurga membeli-belah memang cukup puas dan begitu berbaloi untuk dimasukkan dalam jadual percutian domestik anda.
Tidak puas dan cukup waktu jika anda bercuti di pulau lagenda ini hanya untuk semalaman. Cuba peruntukkan tempoh percutiaan di sini sekurang-kurangnya selama 3 hari 2 malam. Lebih-lebih lagi jika ada hari istimewa ingin diraikan, Kenapa? Kerana terdapat banyak lokasi menarik untuk disinggah sebagai hadiah kenangan bermakna untuk tahun ini.
Nah! Ini cadangan destinasi kena terjah dan aktiviti yang boleh anda lakukan ketika bercuti di Langkawi dikongsi oleh Zie Adrian HjJfr
3 Hari 2 Malam ( Short trip untuk sambutan ulangtahun hari jadi suami tersayang) 1 October ke 3 October 2020
Ads
HARI PERTAMA:
Air Asia ( KL-Langkawi-KL) flight pergi pukul 10:10, balik pukul 19:10 sebab nak pastikan segala surprise yang di rancang menjadi.
Kereta sewa jenis MYVI 3 hari (RM 120 +RM 100 (deposit dikembalikan lepas kereta di pulang dlm keadaan baik) Booking seminggu awal dan kereta di ambil di airport.
laksa ikan seekor ,rojak dan laksa sotong di jalan Kuala Muda bersebelahan Lapangan Terbang antarabangsa langkawi (Wajib cuba sedap!)
Check in di MALIBEST Resort RM 260 satu malam (Memilih TREE House @rumah atas pokok dengan pemandangan laut di pantai cenang untuk suasana romantika gitu!) booking awal sebab unit ni sangat limited. Kami dapat daftar masuk awal tanpa perlu menunggu waktu check in yang di tetapkan pihak hotel. Parking percuma di sekitar kawasan hotel.
Ads
Sunset cruise by Tropical Charters yatch untuk 2 orang RM 300 (promo sempena PKP). Kapal akan di bawa merentas lautan selama 3 jam bermula jam 5 petang dari kawasan Resort World Langkawi dan berpatah balik jam 8mlm. Untuk yang berkenderaan parking free di luar kawasan hotel.Aktiviti seperti water salt jacuzzi net (mandi air laut) dan bbq dinner serta free flow drinks sepanjang perjalanan.
HARI KEDUA:
Sarapan nasi lemak di gerai tepi kawasan hotel.
Island hopping by The Barons Holidays, RM 70 untuk 2 orang (Pulau Dayang Bunting,Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah) Van jemput pukul 9 pagi di lobi hotel. Makanan tidak di sediakan di dalam pakej. Disarankan bawa bekal makanan dan minuman. Semasa di tasik dayang bunting perlu sewa jaket keselamatan untuk semua aktiviti dengan bayaran RM 5 seorang. RM 20 (harga istimewa sempena PKP) seorang untuk aktiviti berkayak, paddle boat. Sampai hotel sekitar jam 2 petang.
Beli coklat di Kompleks Haji Ismail Group
Candle light dinner by the beach dekat pantai cenang, pakej asal RM 170 sahaja + RM 35 (saya minta tambahan decoration) + RM 40 (tambahan kek boleh pilih design sendiri untuk saiz 6 inci).Tempahan awal dengan QASIH Qasrina sebab slot sangat terhad. Cuma 5 minit berjalan kaki dari hotel kami bermula jam 8 malam sehingga 9.30 malam.
Ads
Urutan seluruh badan di Baron Spa & Wellness selepas dinner (Suami belanja harga tak tahu). Untuk tetamu yang menginap di MALIBEST resort tempahan awal akan dapat harga istimewa.
HARI KETIGA:
Daftar keluar dari hotel untuk ke Paradise 101, RM 30 seorang termasuk makanan dan perjalanan dengan bot pergi balik. (Percuma parking).
Haa..pulau yang dikenali sebagai Paradise 101, merupakan pulau persendirian untuk anda lakukan pelbagai aktiviti air atau pantai. Pulau ini hanya boleh diakses menggunakan perkhidmatan bot khas di Jeti Telaga Harbour Marina bermula dari jam 10 pagi hingga tengah malam setiap hari.
Antara pakej dan aktiviti yang disediakan adalah mencuba permainan air di Aqua Park, Banana Boat Ride, Parasailing, snorkel atau hanya beristirahat.
Jom cuti-cuti Pulau Langkawi!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Thailand antara negara jiran yang sering menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Tidak memerlukan kos yang banyak untuk bercuti ke sana, pemandangan yang ada kat sana juga cantik dan menarik.
Paling best makanan sedap dan murah untuk dicuba. Satun dan Koh Lipe yang terletak di Barat Daya Thailand antara destinasi negara jiran yang sering dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Boleh sampai ke sana melalui jalan darat dan air, yang tinggal kat Langkawi juga lebih mudah rupanya untuk ke sana.
Pakya Bidin berkongsi percutiannya ke Satun dan Koh Lipe pada Januari yang lalu dengan menaiki feri dari Pulau Langkawi. Berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan dan juga melihat keindahan pulau di Koh Lipe, bajet yang digunakan untuk percutian dia dan isterinya hanya menelan belanja RM1300.
-Naik Feri dari Kuah ke Tammalang Pier dekat Satun (1 jam setengah) (11.30 ferry jalan)
– 12 tengahari ( waktu tempatan) sampai di jeti
-1 tengahari lepas selesai beratoq di immi kami amik teksi dari pier ke Pakbara. Harga 1000 bath (RM145). Boleh jugak nak amik tuk tuk atau truck taxi. Kena tukaq 3 kali so decide amik taxi ja. (1jam)
-2.30 petang check in Marina inn Pakbara 900 bath 1 malam ( agoda). Chalet overall ok.. sangat recomended untuk short stay. Dekat dengan 7 Eleven dan masjid.
– Teh Ais, Tomyam campur, nasi Pakapau & telor dadar (350 Bath). Sedap dan Portion besaq, boleh makan 3-4 org.
– Hujung minggu sahaja tak silap. Sabtu dan Ahad ( peak hari ahad). Macam-macam ada juai makanan.
Hari kedua:
Bara Roti ( Breakfas) ( 50m dari chalet)
– sedap dan murah2 makanan dia. Menu pulut ayam nasi komok dan macam2 roti ada boleh pilih.
– 10.30 am Checkout dan amik motor taxi p Pak Bara Pier, harga 60 bath. Kalau nak jalan dalam 700m saja.
– Kos Speedboat untuk ke Koh Lipe lebih Kurang 550bath, 200bath untuk national park fee, dan jeti fee 20bath seorang.
-12 tengahari boat bertolak dari Pak Bara ke Koh Lipe ( dia berenti Tarutao 15 min n kena bayaq 10bath untuk fee)
-2 petang sampai Koh Lipe and check in dekat Z Touch Lipe Island Resort.
Jemputan daripada Visit Victoria untuk menyertai AirAsia X Rediscover Melbourne hujung tahun 2022, awalnya seperti tidak dapat dipenuhi atas pelbagai perkara yang memerlukan saya untuk berada di pejabat. Sementelah saya telah pernah berkunjung ke Melbourne dan tinggal hampir dua minggu di sana. Banyak tempat tarikan pelancong sudah dilawati. Tetapi seketika melihat itenarari yang diberikan, ternyata, majoriti lokasinya belum pernah saya kunjungi.
Teruja! Bukan sahaja kerana tidak sabar berada di sana, tetapi juga kerana sudah dua tahun tidak terbang akibat pendemik yang melanda dunia. Terbang dengan AirasiaX juga bukanlah kali pertama. Proses pendaftaran berjalan lancar sehinggalah berada di dalam perut pesawat. Sebagai orang media, sebentar sahaja, kami sudah dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Jadi dengan siapa kita duduk, bukan satu masalah. Bagai sudah kenal lama, sepanjang penerbangan ada sahaja cerita kami sambil menikmati hidangan yang telah dipesan sebelum berangkat. Nasi Lemak Pak Nasser menjadi pilihan saya. Mengubat rindu. Inilah antara menu kegemaran saya kala terbang bersama AirAsia. Kini AirAsiaX menyediakan penerbangan setiap hari ke Melbourne.
Aktiviti Penuh Mengujakan Bermula Seawal Hari Pertama.
Trip selama lapan hari tujuh ini jatuh pada penghujung musim bunga. Berada dalam suhu antara 11’c-22’c, kami sejak awal sudah diingatkan tentang keadaan cuaca yang tidak menentu. Agak sejuk dan berangin. Bagi anda yang ingin berkunjung ke Melbourne ketika musim begini amat digalakkan untuk membawa baju yang sedikit tebal.
Kami tiba di Melbourne waktu pagi. Setelah segala proses mengambil bagasi selesai, sehagian kami membeli sim kad telefon. Ya lebih murah untuk digunakan sepanjang berada di sana. Sambil menunggu kenderaan yang akan membawa kami, kami diberi secawan kopi . Aduhai, bagi pencinta kopi seperti saya, ini salah satu tarikan pertama untuk jatuh cinta dengan bumi Victoria. Menghirup kopi dalam suasana dingin pagi memang memberi satu energi baru setelah berada lapan jam dalam penerbangan.
GEELONG & THE BELLARINE / GEELONG WATERFRONT
Keluar dari Airport, sudah sedia menanti kenderaan dari Explore Australia Tours. Kami terus berangkat menuju lokasi pertama di luar kota Melbourne. Kami berangkat ke Geelong. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 40 minit ini membawa kami ke kawasan santai dengan pemandangan replika seni yang dikenali sebagai ‘Bollards’, hasil seni dari pelukis terkenal Jan Mitchell.
Langit yang biru dan laut yang terbentang luas menyambut kedatangan kami. Jika ke sini kita boleh temui lebih dari 100 replika bollards dengan pelbagai warna dan corak. Kami menyusuri Rippleside Park, Limeburners Point dan Botanic Gardens. Cuaca yang cantik dan cerah serta berangin tidak terasa meletihkan. Apa Istimewanya Geelong Arts & Culture Trails ini? Di sini kita boleh memuat naik app yang disediakan untuk melihat replika bollards tersebut bergerak. Benarkah? Ya, dan tanpa sedar ia membuatkan kami leka. Terlupa seketika keletihan.
MINI GOLF DRIVING RANGE CHALLENGE AT CURLEWIS GOLF
Melihat iternari ini dalam list yang diberi. Sejak dari Malaysia lagi saya sudah teruja. Teruja ingin menghayun kayu golf penuh bergaya. Berangan sambil ketawa. Kami kemudiannya dibawa ke Mini Golf Driving Range Challenge di Curlewis Golf. diiktiraf antara Top 50 Australian Golf Course terbaik , The Range @Curlewis ini mempunyai 18 laluan driving range dan akademi latihan golf lengkap dengan makanan.
Paling seronok kami juga diberi task untuk melakukan aktiviti di sini. Sebagai beginer kami semua sangat teruja penuh dengan ketawa dan jeritan apabila pukulan kami masuk tepat ke lubang yang dituju. Mana tidaknya kerana kami dibahagikan kepada grup dan pemenangnya akan mendapat hadiah. Jadi masing-masing cuba untuk membuat pukulan tepat dengan sekali pukulan.
Selesai beraktiviti kami dihidangkan dengan minuman segar serta sneks berupa roti dan kek. Buat kaki golf, ini antara lokasi yang patut anda tuju. Sebelum meninggalkan kawasan ini, kami juga dibawa ke lapangan golf yang turut disediakan hotel dan chalet penginapan yang sangat menarik. Jadi kepada kaki golf tempat ini pasti menjadi salah satu destinasi patut dituju.
MAKAN TENGAHARI DI JACK RABBIT VINEYARD
Kami kemudiannya dibawa makan tengahari diJack Rabbit Vineyard. Kawasan atas bukit yang mempunyai pemandangan indah menghadap laut lepas.
BELLARINE SMOKEHOUSE
Ikan Salmon tentunya tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Kalau melancong ke luar negara, mencuba variasi makanan laut adalah antara perkara yang selalu menjadi pilihan. Kami dibawa ke Bellarine Smokehouse yang mengambil berada tidak jauh dari lokasi kami makan tengahari. Bellarine Smoke house menyediakan ‘smoked fish’ secara tradisional dan kualiti rasanya sangat dijaga.
Kami juga diberi smoked salmon dan barramundi untuk dicuba. Ternyata rasanya sangat sedap. Buat penggemar salmon seperti saya, walaupun sudah kenyang tetap teruja mencuba. Apa lagi mereka sudah menyediakan hidangan untuk kami cuba. Selain ikan salmon, Bellarine Smokehouse juga menyediakan ikan barramundi, NZ Ora King Salmon, King Fish, Victorian Rainbow Trout dan belut. Terbuk
R GEELONG HOTEL & MAKAN MALAM DI FISHERMAN’S PIER
Petang menjelang tiba, kami akhirnya dibawa mendaftar bilik di R Geelong Hotel. Setelah seharian ke sana dan ke sini, sememangnya tidak sabar untuk menyegarkan diri. Kala pintu dibuka, teruja seketika. Apa tidaknya bukan sekadar bilik malah lebih seperti apartment satu bilik yang dilengkapi dengan dapur dan ruang makan dan ruang tamu yang luas.
Walau diberi masa yang singkat untuk berehat, tetapi cukup untuk saya merebahkan badan sebentar atas tilam yang empuk. Kemudiannya mandi dan bersiap untuk menikmati hidangan makan malam di Fisherman’s Pier. Restoran yang terletak berhampiran port boat ini rupanya adalah restoran yang telah mendapat Anugerah Restoran Seafood Terbaik selama 40 tahun berturut-turut! Ah, memang teruja betul apa lagi setelah mandi, perut kembali lapar. Saya juga sudah berangan mahu memesan menu berasaskan ikan dan makanan laut. Pasti segar dan enak. Kerana restoran ini tidak jauh dari hotel penginapan, kami berjalan kaki berama-ramai.
Santai dalam cuaca petang yang indah. Angin laut yang bertiup agak dingin tak terasa kami sudah menghampiri restoran yang dituju. Benarlah sesuai dengan gelarannya diterima, setiap ruang tempat duduk sudah penuh. Selesai menikmati makan malam, kami pulang ke bilik. Sambil menikmati hidangan
Banyak lagi tempat menarik yang akan kami kongsikan dalam story yang seterusnya. Jangan lupa nantikan part 2 ya.
SARAPAN DAN KE QUEENSCLIFF
Hari kedua sudah mula, kami bersarapan di kafe berhadpan hotel. Cafe’Go menyajikan hidangan sarapan ‘mat saleh’ yang tidak asing bagi orang Malaysia. Laju sahaja masing-masing membuat pesanan.
Dan kerana kami akan memulakan perjalanan yang agak jauh jadi setelah bersarapan kami bergerak untuk menaiki cruise menuju Seorrento.
Queenscliff-Sorrento Feri
Perjalanan selama 35 minit untuk ke jeti Queenscliff dan perjalanan di atas cruise selama 90 minit kami gunakan untuk melihat pemandangan indah Victoria. masa selama 45 minit perjalanan feri dari Queenscliff ke Sorrento, katanya kalau bernasib baik boleh nampak ikan lumba-lumba. Namun semuanya bergantung kepada nasib kerana mereka merupakan habitat liar dan bukan dipelihara. Walau apa pun pengalaman menaiki feri sememangnya cukup menarik sambil menikmati pemandangan indah Port Philip Bay.
MENYUSURI MILLIONAIRE’S WALK
Turun dari Cruise kami dibawa ke Sorrento. Kawasan elit yang menempatkan rumah-rumah serba mewah menghadap laut yang terkenal dengan nama Millionnaire’s Walk. Menyusuri laluan ‘Millionnaire’s Walk’ melalui kawasan belakang rumah-rumah mewah yang indah sambil melepaskan pandangan ke laut lepas memang melekakan. Bunga-bunga liar yang menghiasi laluan menjadikan suasanan sangat indah.
ARTHURS SEAT EAGLE (GONDOLA RIDE)
Sorrento dan rumah mewah kami tinggalkan untuk ke Arthurs Seat Eagle, salah satu lokasi perlancongan wajib datang di Melbourne. Menaiki gondola berkonsep terbuka memang lain daripada yang lain. Dari ketinggian gondola bermula, kita akan dapat melihat pemandangan indah Mornington Peninsula dan Port Philip. Oh ya dari gondola juga kita boleh nampak sayup jauh di sana bandar Melbourne. Jika membawa keluarga dan anak-anak, pastinya pengalaman akan menjadi antara memori terindah buat mereka.
MEMANJA DIRI DI PENINSULA HOT SPRINGS
Hot Spring, Kolam air panas mungkin akan memberikan gambaran pertama yang biasa-biasa bagi orang kita. Tetapi segalanya amat berbeza di sini. Dalam cuaca yang sejuk 11’C, kami dibawa untuk memanjakan diri di Peninsula Hot Spring . Bukan kolam air panas biasa. Bagi saya ia sangat istimewa. Dengan lanskap yang indah, sangat berbaloi dikunjungi apa lagi kolam air panas ini telah memenangi anugerah ‘ Best Natural Hot Spring and Spa’ .
Menyediakan lebih 50 kemudahan dan pengalaman spa, anda boleh pilih kemudahan mandi dari kolam air panas, reflexology walk, Turkish hamam, dan kolam di atas bukit dengan pemandangan 360′ darjah Mornington Peninsula. Bukan itu sahaja, ada juga kemudahan seperti geothermal pool, ice cave, sauna, kafe, pentas untuk majlis-majlis rasmi dan wellness centre.
Apa yang boleh saya katakan kawasan ini menjanjikan pengalaman paling istimwa dan kerana itulah walau hujan turun renyai-renyai, kami tetap tidak mahu melepaskan peluang menikmati pengalaman mandi di kolam air panas dan masuk ke gua ais. Jika berpeluang, anda juga patut mencuba kerana bakal menjanjikan pengalaman yang sangat best!
Penisular Hot Spring kami tinggalkan untuk ke penginapan seterusnya. Rye Hotel yang mengetengahkan konsep suites yang mengeliling kolam menyediakan bilik yang sangat luas dan selesa apa lagi bila perlu duduk sendirian. Selesai mandi, kami bersiap lagi untuk makan malam. Kali ini kami dibawa ke Intercontinental, Soreento.
MAKAN MALAM DI DI THE ATRIUM
Masuk ke ruang dalam The Atrium at Intercontinental, Sorrento. yang serba mewah sememangnya sangat menarik. Hiasan dalam yang moden memberikan mood yang lebih segar dan mengujakan.
Kami terus ke meja yang telah disediakan. Memilih menu dan makan dengan penuh khusyuk. Maklum sahaja kalau lepas berendam, perut pastilah menjerit kelaparan. Semua makanan sedap dan saya memilih hidangan ikan salmon. Segar dan sedap sekali. Selesai makan malam kembali ke hotel untuk berehat.
Malam itu kami tidur cepat kerana awal pagi kami perlu bertolak ke Melbourne. Esoknya kami bersarapan di hotel. Segar selepas menghirup secawan kopi dan bersarapan ala-barat. Kami kemudian bergerak kembali ke Kota Melbourne.
Apa aktiviti dan lokasi kami seterusnya? Jangan lupa ikuti catatan siri ke-2 menampilkan keseronokan menjelajah kota Melbourne. Menyaksikan teater Harry Porter di Princess Theatre Melbourne. Juga menyusuri sepanjangan jalan-jalan yang dihiasi bangunan cantik sehinggalah ke lorong-lorong seni yang menampilkan lukisan hebat dan luahan rasa anak-anak seni sehingga menjadi antara lokasi street art terbaik di dunia.
Trip ke Bangkok ini adalah bermula dari tarikh 1-4 Julai 2023, kalau nak tahu beberapa tempat menarik sepanjang di sana, anda boleh baca perkongsian wanita ini.
Menurut Puan Farah Syakira, dia beli tiket pergi balik MyAirline RM250/ pax dengan bagasi RM55/ 15 kg + RM115/30kg.
Penginapan pula, pilih Spitze Hotel Pratunam dengan harga RM710. Hotel ini memang dekat dengan Platinum dan pratunam market.
Tiba di Don Mueang Airport Bangkok ( DMK) pada pukul 8 malam. Terus ambil Bolt untuk ke hotel.
Pergi Platinum Fashion Mall untuk cuci mata dan jalan- jalan.
Makan tengahari Yana Restaurant. Makan tomyam di sini sedap.
Nak pergi chatuchak tapi dah lambat dan traffic jammed teruk, jadi jalan-jalan area pratunam.
Dari hotel booking Bolt Economy dia drop kami di stesen boat untuk ke Wat Arun. Bot datang setiap 30 minit.
Boleh sewa baju tradisional dekat tepi Wat Arun Harga 200-300 baht ikut kedai.
Makan tengahari di Chaolay Restaurant.
Naik grabike pergi Gentlewomen ( brand tengah hype)
Malam dinner di atas Royal Thai Princess ( RM109/pax booking di apps klook). Pukul 7.30 pm check in. Kami berlari ingat dah lambat rupanya 7.30 tu baru boleh masuk.
Breakfast di Rotinis dan balik hotel semula untuk kemas barang nak check out.
Tengahari pergi ke Pratunam Market dan Platinum Fashion Mall untuk habiskan duit.
Makan tengahari di Farida Fattornee.
Petang terus pergi ke airport DMK untuk balik.
Platinum Fashion Mall
MBK Mall ( Yana restaurant & Chaolay Restaurant)
Farida Fattornee ( dekat dengan masjid darul aman )
Rotinis ( dekat maajid Darul Aman)
Bangkok memang safe untuk wanita as long as balik sebelum tengah malam.
Naik Grabike lebih cepat ( Datang dengan keluarga, jadi memang kena ambil taxi atau tuktuk)
Bolt driver banyak cancel dan banyak tak available.
Sandal wanita murah: Depan jalan berhadapan platinum fashion mall ( jenama Sensini)
Baju murah: di Pratunam Market
Baju big size dan dress labuci : Platinum Mall.
Mekap murah : MBK level yang ada halal street food dan Chaolay Restaurant.
Itu sahaja perkongsiannya, baginya Bangkok masih lagi tempat best untuk shopping, lagi murah dari Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...